Rasanya masih belum terlambat untuk Watie ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca dan pelayar blog Genius Baby On Board. Diam tak diam, dah masuk tahun baru dah yer. Rasanya baru semalam jer saya tulis entry pasal Majalah PaMa tuh. Sekali bila saya tgk balik tarikhnya, rupanya 30 December 2011! Maknanya ini entry pertama saya buat tahun 2012 nih! Mak aiii.. berbelas hari saya tak menulis yer? Padanlah rindu naaaa.. hehhehe..
Maaflah kawan-kawan semua. Watie memang sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Macam-macam perkara nak kena setel dari tahun lepas sampailah tahun ini. Insya Allah, tak lama lagi, cawangan Genius Baby On Board akan dibuka di Johor Bharu bertempat di Taman Mutiara Rini, Skudai. Sebab tuh, Watie sgt2 bz menyiapkan dan memastikan segala-galanya berjalan lancar. Kalau takder aral melintang
pukang, besar kemungkinan cawangan tersebut akan dibuka pada bulan Februari 2012. Watie nak kena pastikan ianya berjalan lancar lebih-lebih lagi ini adalah cawangan pertama GBOB melalui program Licensing @ GBOB. Sekarang Watie tgh training the Puan Anne Aida, Licensee @ GBOB JB dan memberikan latihan dan consultation secukupnya untuk beliau memulakan kelas @ Trial Pertama di JB. Insya Allah, hari Jumaat nih, Watie akan ke Johor untuk melawat pejabat baru kami di sana. Doakan kami yer.:) Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini cawangan GBOB JB, selain dari
Fanpage Rasmi Genius Baby On Board, bolehlah kawan-kawan semua LIKE Fanpage nih:
http://www.facebook.com/gbobjb. Insya Allah, maklumat terkini tentang pendaftaran dan kemasukan pelajar baru akan dimaklumkan di situ. :)
Ok, hari nih Watie nak bayar hutang yang dah lama Watie janji, sorry sgt, Watie tahu ada ramai yg htr sms dan msg malah tinggalkan komen tanya bila Watie nak share apa yang ada dalam Tray Montressori my Q's @ home nih .. Watie baca semua komen anda, cuma tak berkesempatan nak balas .. Maaf ye! Ok, jadi today Watie nak setelkan satu dari banyaaaakkkk....hutang Watie nih ha ..Ahaks! :) Watie membebel kat gambar jer lah ..lagi senang dan jelas anda semua tengok dan paham what is the purpose & usage of all the Apparatus...:)
Kalau anda semua masih ingat lagi dalam entry2 yang lalu, Watie keep on saying yang satu ruang khas atau "territorry" adalah sangat penting untuk anak kita bermain sambil belajar. Tak besar pun takper, janji ada satu kawasan khas yang anda sediakan di sudut rumah anda, yang mana bila anak anda tengok jer, dia tahu itu adalah tempat untuk dia meneroka, bermain dan bergembira tanpa ada sesiapa yang nak "membebel" sbb bersepah! Ekekekek..*sapa lah agaknya yg suka bebel2 tuh yer?* Hahahahha..Ok, Watie share ngan anda gambar bilik anak Watie yer. Kalau nak tgk lebih lagi, bolehlah beli Majalah Nur keluaran Mac 2012. Insya Allah akan keluar pada akhir bulan Februari nanti. Wartawan Majalah Nur, kak Azza ada interview Watie untuk Ruangan "Ruang Pilihan" dan Ruang yang dipilih tuh adalah bilik anak2 Watie. Patutnya masuk bulan Februari 2012, tapi Kak Azza kata nak masukkan bulan Mac sebab bulan Mac tu issue Bumper, dan kata Kak Azza, bilik anak Watie tuh cantik serta sesuai untuk edisi bulan tersebut. Terima kasihlah kak Azza, terharu dan berbesar hati saya dapat msg macam tu *tetiba rasa nak jadi Interior Designer plak dahhhh...wakakakak...* . Heheheh..Rasanya di luar sana, ramai lagi yg bilik anak-anak2nya cantik dan banyak mainan, tapi mungkin konsep Montessori yang Watie ketengahkan dalam menghias bilik anak mempunyai value yg tersendiri. :) Ok, meh kita tgk bilik adik beradik yg asyik berpeluk nih. Harap maklum yg bilik ni santek time masuk Majalah jer! Hahahha..hari2 lain selalunya memang bersepah lahaiiiii....tapi saya tak marah pun! Saya suka bilik tu bersepah sebab saya tahu anak saya sedang meneroka persekitaran mereka. Ia adalah satu terapi minda yang baik untuk saya..ewahhhh...hahahahah...*ada maid leh ah citer Watie....poyolah ngko...!* Wakakakak... Eh eh ..7 bulan saya takder maid tau...ok jer ..saya ngan anak2 kemas sesama ..heheheh...skang dah ada maid pun selalunya anak2 saya akan kemas ikut kemampuan mereka, so not a big issue lah kan ..ehhehe..
Cinta hati saya. Suka betul dorang tgk character Princess tuh. saya pun suka cadar dan langsir tuh.:) Tgklah muka Q perasan diva, konon ala2 model lah tuh, muka garang tak senyum...yokoyo! Perasan tak ada ruang kosong sebelah katil? Ruang tuh saya dah hias macam gambar kat bawah nih, khas untuk anak2 saya main puas2..:)
Taddaaa... saya letakkan meja IKEA yang sblm ni ada kat tingkat bwh *sapa ikuti kisah saya mesti tahu meja merah ni, saya ada buat entry pasal ruang juga..* Almari -almari kecil berbentuk empat segi sama tuh, adalah hasil kreativiti saya sendiri. Pandai2 sendiri jer.. Hahahah...Ada promosi di TESCO, satu kiub RM 15 jer. Murah kan? Jadi, saya beli 6 kiub, pilih warna yang ada dan saya suai-padankan menjadi seperti apa yang anda lihat ini. Hehehe.. Sapa sangka hanya dengan RM 90 sahaja, saya dapat deko satu ruang yang cantik dan boleh menyimpan barang-barang mainan anak saya. :) Nampak tak atas meja tu ada apa? Itulah Montessori Pre-Writing set yang saya belikan khas untuk Qarissa mengukuhkan jari jemarinya yang agak lemah akibat kesilapan saya menjadikan anak saya "cacat" dahulu. I have to admit, that now is my "repay back" time selepas hampir 3 tahun saya "mencacatkan" anak saya tanpa saya sedari. Memang mahal, tapi ia berkesan dalam membantu Qarissa sebelum dia masuk skolah bulan Nov yang lalu. Terus terang saya katakan, kalau kita jenis ibu bapa yg dari kecil ajar anak berdikari, semua buat sendiri *dengan pengawasan kita*, tak takut sgt macam saya dulu, kita tak perlukan this set kecuali kalau rasa nak beli as Montessori Apparatus supaya anak kita dapat lebih benefit darinya. Cthnya Zayra. FYI, Zayra pegang pen dgn tgn kiri dlm usia 20 bulan JAUH LEBIH BAIK berbanding Qarissa dalam usia 3 tahun walaupun saya tak latih Zayra gunakan that pre-writing set pun! Tak payah lah saya bgtau kenapa, semua rasanya semua dah tahu kenapa kan? Semua dah baca entry saya tuh kan? Hehhehe..penat nak ulang ..ekekek...
Inilah rupa keseluruhan ruang untuk anak saya bermain dan meneroka. Agak selesa dan luas untuk mereka belajar sambil bermain menyepah kan? Skang atas Matt ABC tu dah penuh dgn Wood House Qarissa, the latest mainan Play Pretend yg saya beli utk dia. Dulu kecik2 teringin sgt nak mainan camtuh tapi tak merasa, saya dibesarkan dalam suasana kampung yang serba-serbi susah, bilik sendiri pun takder, I still can remember yang saya cukup suka dgn Barbie, teringin sgt nak ada patung tu, tapi saya tak pernah terfikir utk mintak Mak @ Ayah saya belikan, sebab saya tau dorang tak mampu dan Barbie tuh bukan sesuatu yang penting berbanding makanan, pakaian dan belanja saya ke sekolah. Saya ingat lagi ..belanja saya gi skolah RM1 jer tau! 20 sen tambang pergi, 20 sen tambang balik, 60 sen belanja makan! *apa aku makan dgn 60 sen pun aku tak tahu...hahahah..ops...saya ingat! Saya makan KUAH LAKSA harga dia 20 sen jer! Sedapp oooo, letak telur tambah lagi 20 sen. Hehehe..*. Saya tak sedih pun, atau salahkan my parents, cuma saya selalu cakap dalam hati, "Nanti aku dah besar, dah pegang duit sendiri, aku nak beli Barbie!" Wakakaka... sampai sudah tak beli pung! Poyo jer lebey .. Belikan anak jer.. Ahaks ..
Tiada apa yang lebih menggembirakan bila saya tgk anak saya bermain dengan penuh leka. Hilang penat saya cari duit sebab saya tahu ke mana saya habiskan duit tu. Saya selalu ingatkan diri saya, apa yang saya buat selama ni, rezeki yg saya cari selama ni adalah rezeki anak-anak yang Allah SWT bg. Saya ni sebagai perantara saja. Sebab tuh saya tak boleh kedekut dgn anak. Abah saya yang ajar saya camni. *kita sebagai perantara, kadang2 Allah bg kita duit bukan untuk kita pun, tapi untuk kita bg @ sedekah pd orang lain yg lebih memerlukan, Allah bg kita pegang kejap jer*. Abah saya yg pernah cakap macam ni masa saya remaja dulu dan sampai skang saya ingat. Dan saya percaya juga, Allah SWT akan beri kita rezeki yg tak putus2 kalau kita percaya janji Allah.Saya perasan, walaupun kadang2 saya berhabis untuk beli brg education anak, sampai kadang2 hubby tegur sebab nampak membazir, dan saya "kering", tapi rezeki selalu ada, Insya Allah.. :) Saya rasa malu dan segan bila baca yang orang Korea & Jepun habiskan sekurang-kurangnya 30% gaji mereka ke education anak SETIAP BULAN *tak termasuk perbelanjaan education yg wajib macam kindy, tusyen dsb!* Tapi kita? Mana duit kita pergi setiap bulan? Ada tak anda semua asingkan wang gaji anda setiap bulan untuk melabur pada education anak? Ker kita ni lebih pentingkan gincu, minyak wangi, baju baru, kasut dan beg tangan branded untuk melawa ke pejabat? Bukanlah saya nak suruh kita tiru bulat2 cam org sana, lifestyle dan tangga gaji kat sana berbeza dr Malaysia, tapi kalau tak 30% sekalipun, at least 5-10% tuh cubalah kita sepitkan sedikit untuk education anak. :) Dan, inilah stesen Montessori yang anda tgk dalam entry saya sebelum ini. Stesen nih terletak berhadapan dengan katil anak2 saya. Ada juga ruang yg agak luas untuk mereka explore all the Apparatus tu. Saya suka sgt gambar ni tau ..Cuba tgk Zayra kat mana? Hahhahaa... Si kenit nih, dengan baju tak pakai, korang tau tak, dia lah yang tarik rak tuh ke depan, lepas tuh dia masuk ke belakang dan buat sepah!. Tak padan kan? Sapa kata satu tgn takleh menggegar dunia? Hahahha... Kakak dia elok jer main stacking cup, dia kemain lagi jadi bos kecik duk nyakat akak dia, saya ingat lagi masa ni Zayra amik satu stacking cup Q dan cepat2 lari sembunyi belakang rak tuh. Yg dia tgh pegang tuh akak dia punya stacking cup lah tuh! Kiut dan cheeky giler, cepat2 saya snap gambar ni. Hehehhe. Ok meh kita tgk apa yg ada dalam Montessory Tray ni yer :) Sepit baju. Boleh jer nak amik sepit baju uols dan masukkan dalam Tray nih, tapi kalau nak cantik dan seragam, nampak kiddos sket ...then jadilah ngada-ngada macam saya, hehehhe..poyo jer letak penyepit Bee & Caterpillar ni.Kalau anak kita dah pandai sepit, dia boleh buat sendiri, tapi bg yang belum, kita tunjukkan macam mana dia boleh gunakan jarinya untuk pegang penyepit dan kemudian sepitkan penyepit baju itu di keliling bekas. Kalau pakai kadbod keras pun ok. :) Sambil tuh boleh ajar pasal warna dan binatang.:) Aktiviti ni melatih menguatkan jari jemari anak kita di samping meningatkan fokus dia :) Scooping Activity. Ada 2 bekas dan satu scoop.Tak esah nak letak apa dalam dalam satu bekas tuh, tapi kalau ada anak ecil, kena hati2 sikit takut dorang makan nanti. As for me, Watie letak macam marble untuk hiasan akuarium tuh, pakai belasah jer beli masa tuh sebab warna merah tuh menarik. Kalau nak letak kacang hijau ker, kacang soya, boleh juga, janji anak boleh scoop dan pindahkan isi dari Cup A - Cup B. Sama juga objektifnya, melatih tangan anak memegang dengan betul, bukan setakat jari jemari tapi juga pegangan mereka dan meningkatkan fokus untuk memastikan apa yang ada di dalam bekas tidak jatuh. Sebab tuh bagus kita sediakan tray macam yg anda nampak di atas. Yang warna biru tuh. Jadi, masa anak bermain, if jatuh, ia hanya bersepah di tray. *Sebab tuh Watie pilih tray yang tinggi sedikit dan tiada lubang *.Untuk permulaan, bila anak pindahkan apa yg ada di Cup A - Cup B tuh, mesti akan bersepah punya, sebab koordinasi mata dan tangan anak belum begitu baik. Jangan frust bila ini berlaku. No..no..no..no no..! *bak kata Ustaz Don Daniyal..*. As parents , kita kena banyak puji anak ita dan galakkan dia untuk keep on trying. Bila jatuh atau bersepah, kita cakap, "Opsss! Alamak...dah jatuh lah kakak/abang, takper meh kita cuba lagi ok? Abang /Kakak seronok main tak? Jom kita amik semula kacang hijau nih, letak dalam bekas dan kita cuba lagi ok?" Kita cakap dengan muka happy dan ceria, macam kita tgh main-main. So anak takder rasa tekanan dan dia akan happy. Apabila setiap hari dia buat aktiviti ni, anda akan dapati tiada lagi yg jatuh ke dalam Tray sebab anak punya fokus dah tinggi, dan koordinasi mata-tangan anak semakin kukuh, so, dorang tak "main belasah" jer masuk dalam bekas sebab excited, tapi lebih berhati-hati.
Ni pula sebenarnya konsep dia macam LEGO tuh, boleh kita lekatkan antara satu sama lain dengan memasukkannya ke dalam lubang2 yang ada dan combinekan dia jadi apa yang kita nak, macam replika lah. Tapi Watie ubahsuai sedikit, selain dr permainan macam LEGO, Watie buat lacing activity dan ajar warna. Kita boleh buat macam-macam aktiviti cthnya suruh anak asingkan item ni ikut warna, then masukkan tali dalam lubang, buat replika macam LEGO tu dan macam-macam lagi. Tali tuh sebenarnya bukan di situ tempatnya, dia ada di dalam Threading Activity di bawah nih, tapi Watie mix and match. Watie amik tali tuh, letak dalam tray ni, kebetulan pulak warna dia sama, dan di Threading Activity tuh, Watie beli tali kasut yg agak keras untuk buat aktivity threading :)
Ni pun best sgt, tapi masa mula2 dulu, Q tak suka sebab dia tak reti. Sekarang dah ok sikit. Satu lagi kan, walaupun anak kita macam tak suka main Apparatus yg kita letakkan tuh, kita jgn frust tau. Biarkan jer atas rak tuh, eventually dorang akan pergi amik dan explore. Mungkin masa kita beli dan suruh dorang buat tuh, they dont feel like doing it, maybe dorang rasa its too hard for them, they get frust dan tak mau buat, tapi lama-lama, bila sikit-sikit they master the skill, dorang akan amik dan main. Few times terjadi pada Qarissa macam tuh.:) Dalam game nih, ada 4 character iaitu Train, Cow, Bear dan Turtle. meh kita tgk bawah ni.:)
Ha ..tu lah animal2 nya ..:) Nampak tak Cow tuh? That is what Threading are for. Ada lubang2 di seluruh bahagian badan binatang-binatang tuh, dan anak kita kena masukkan tali yg disediakan dalam lubang yg ada dan buat aktivity threading tuh . Disebabkan tali tu agak lembik sedikit, Watie rasa macam agak sukar untuk Qarissa melakukannya di permulaan aktiviti. Jadi Watie belikan tali kasut yang agak keras, so, taklah dia terpele'ot ke bwh jer masa anak nak masukkan dalam lubang.. hehehe..Kira senang juga nak masukkan dalam lubang tu. Aktiviti ini juga memerlukan kepakaran dan fokus yang tinggi. Ia membantu anak untuk cekap menggunakan jari-jemari, meningkatkan koordinasi mata dan tangan masa dia nak masukkan tali kasut dalam lubang, secara tak langsung tingkatkan fokus dia sebab nak pastikan tali tu kasut masuk ke dalam lubang dengan betul. Kita boleh bg 'add on value' di sini, di mana kita boleh cakap "In &Out" semasa anak kita masukkan tali kasut dan semasa dia keluarkan tali tersebut. Bila anak dah pandai, kita perhatikan sahaja sambil memuji apa yang mereka lakukan..:)
Yang ni pulak Sorting Cake.Apa yg anda lihat tuh pemadam.
*Thank you Yati Chomeyl for the idea nak guna pemadam. Walaupun dah ada few sorting aktivity, sebab pemadam ni suma kiut-kiut, dan nampak sedaplicious, aku beli jugak* .Hahahhaha...Kita boleh beli few types of different color of pemadam yang cantik2 dan bewarna warni, then letak dalam satu bekas. Lepas tuh, kita beli tempat letak sos yg macam color oren tuh, supaya anak kita boleh pindahkan pemadam tuh dari bekas yang ada ke dalam bekas oren tuh menggunakan penyepit dan isih @ sort ikut jenis & warnanya. Penyepit tuh, beli jer penyepit meehoon yang kecik tuh. Sekali lagi ia akan bantu anak untuk mengukuhkan jari jemarinya menggunakan penyepit dan koordinasi mata-tangan plus dia pandai isih ikut kategori. Kalau best lagi, suruh anak guna Chopstik
*opss..saya fail di situ..heheh..tunggu Q besar sikit kot* dan pindahkan satu demi satu. Kita boleh buat activity ni secara vice versa. Maksudnya, mula2 pindah dari bekas putih dan isih ikut kategori ke dalam bekas oren. Lepas tuh, dari bekas oren tuh, simpan balik dalam bekas putih, baru suruh anak simpan di rak.
Ini pula Aktivity Sorting Marbles. Warna hijau tuh ice cube tray. Beli 3 jenis warna marble dan letakkan seperti di atas. Then, kita minta anak isih ikut warna ke dalam bekas pink tu. Konsep dia sama seperti Sorting Cake di atas, cuma this time kita guna marble dan ia agak mencabar sedikit kerana anak kita kena betul2 pastikan penyepit tuh masuk dalam ice cube tray yang kecil tuh untuk dia amik the marble dan pindahkan. Kalau dia tak kepit betul-betul, dia akan terkepit ice cube "jiran sebelah" pulak kang ..hehehe.. so kita kena ajar anak kita untuk tekan sedikit penyepit semasa nak ambil marble tuh. Kita boleh buat activity ni secara vice versa. Maksudnya, mula2 pindah dari ice cube tray dan isih ikut kategori ke dalam bekas pink. Lepas tuh, dari bekas pink tuh, simpan balik dalam ice cube tray, baru suruh anak simpan di rak. Harus berhati-hati sedikit kalau ada anak kecil dirumah, takut mereka ambil marble yang bewarna warni tuh dan masuk dalam mulut pula. Apa yang Watie lihat, selalunya if anak kita dah tahu apa gunanya marble tuh, jarang dorang masuk mulut, tapi just a precaution, Mommy kena awasi selalu ok. :) Zayra pun sometimes ngada2 nak masuk mulut walaupun kebanyakan masa dia tak heran sebab dah tahu the function of the marbles, seriau jer saya..:)
Ini pula Sorting Button. Sama juga konsepnya seperti 2 Aktivity di atas, cuma lebih mencabar sebab Button yg dibeli semua nipis2 .. Hahhaha... Sebab saya tak jumpa Button yang gemok-gemok lah .. Kalau anda jumpa Button yang gemok-gemok, dan lain-lain jenis pun bagus juga, so anak anda dapat tgk varieties of Button yang ada, tapi kalau boleh satu jenis Button tuh, ada 3-4 buttons yer. Baru anak boleh buat isihaan mengikut kategori dengan baik. Dia akan lebih paham konsep isihan mengikut warna @ kategori dengan lebih jelas.
This is Stacking Cup yg saya beli kat IKEA. Saja saya masukkan dalam Tray nih sebab nampak kemas dan tersusun, kang kalau letak sebarang-sebarang, confirm lah hilang kan, bila letak dalam Tray nih, sampai skang "hayat" dia masih panjang.. Hahahha.. Anak2 saya suka main Stacking Cup juga .. Saya rasa anda semua mesti ada Stacking Cup at home kan?
Ni pula Wood Velcro Fruits & Vegetables. Ada sekali dengan pisau kayunya tapi saya tukar dan letakkan pisau Plastik IKEA tuh. Biar besar sikit dan anak saya dapat pegang dengan baik untuk Sessi Play Pretend. Kita ajar anak nama Buah & Vege yang ada, sambil tunjukkan caranya untuk memotong. :) Banyak lagi lah yg kita boleh ajar, Warna, nama buah, berapa bahagian satu buah boleh dipotyong dan macam2 lagi ooooo.....Lets dig our Brain okeh!! Hehehhe..
Melalui game di atas nih, macam2 yang anak kita boleh belajar. Selain dari ajar dia bentuk dan warna, kita boleh ajar anak kita the meaning of Small, Medium & Big. Kiub-kiub yang ada tuh boleh dipisahkan semuanya macam cth kat atas. Kita boleh tunjukkan pada anak cara yang betul untuk meletakkan kiub-kiub tersebut sebelum kita bg the cube for them to play. Saya cadangkan, kita keluarkan semuanya dulu dari tray sebelum bagi anak main, Sebab, kadangkala saya dapati ada anak-anak yang over excited bila nampak banyak toys, dia akan sepah dan punggahkan instead of play in the right way. Then, kita bagi satu-satu kat anak, suruh dia masukkan dalam bekas yang betul. Bila anak dah paham konsep tuh, baru kita boleh bg semua cube serentak. :)
Ni Jigsaw yang a little bit special lah. Nampak tak ada lubang kat jigsaw tuh. Anak kita kena tarik lubang tuh ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk tgk apa yg ada dibelakang gamba tersebut. So, it helps their fine motor skills. Cthnya, bila tarik fish bowl tu keluar, dibelakangnya itu rupanya air dah tumpah keluar. So, we can make a strory or say "Peek A Boo!!" bila anak kita tarik lubang tuh keluar sambil kita berborak dengan anak pasal gambar yang dilihat. Untuk anak yg becok lagi best, sebab kita boleh berinteraksi dengan lebih banyak, tanya macam2 soalan berkenaan gambar untuk lihat bagaimana cara anak kita berfikir. :)
Ni Puzzle yang ada Watie jual kat GBOB. Rembat satu untuk anak sendiri. Hahahhaa.. Dia Early Puzzle. Paling sikit jigsaw yg ada dalam satu gambar adalah 3, dan paling banyak ada 6 keping kadboard keras untuk satu-satu gambar. Permulaan yg sangat bagus untuk anak kita main puzzle. Saya dapat feedback yang cukup baik dr ibu bapa. Anak semuda 2 tahun dah pandai main Puzzle, tutup mata pun leh siapkan sampai sedara mara kagum. Hehehhee... Anak murid saya tuh ..anak murid saya ..*vavava..tumpang semangkuk nak bangga jugak..* hahahhaha
Ni Bamboo mat. Kita latih jari jemari anak untuk menggulung. :) As usual, Mommy tunjukkan dulu cara menggulung yang betul, dan kemudian encourage anak untuk buat. Jadi, lama-lama anak akan pandai menggunakan kesemua jari-jemarinya untuk menggulungkan bamboo mat tersebut. :) Bestkan?
Jigsaw terkini saya beli untuk Qarissa. Mahal dalam RM 39.90 tapi sebab si Q suka sangat Ballerina, saya tutup mata beli jugak la, padahal dah berlambak Wood Jigsaw dia..*anak tak apa2, mak yg lebey2 kan? Hahahah* Saya suka sebab ada banyak color dan Ballerina tuh boleh tukar2 baju dan skirt. Kira persediaan sebelum nak htr Q pergi kelas Ballet lah nih ..bulan Februari nanti. Q suka berjoget2 dan berpusing-pusing like Ballerina, dan saya rasa ia adalah medan yang baik untuk dia bersosial dengan rakan-rakan sebaya tanpa rasa takut. Q perlukan sedikit bantuan *lihat saya cuba tidak tulis the word "masalah" kerana ia ayat yg negatif, dan saya tidak mahu aura negatif mendekati saya, Insya Allah akan bincangkan lebih lanjut pasal perkataan ni dalam Seminar ECE bulan Februari nanti* dalam hubungan interaksi sosial memandangkan dia agak lambat bercakap berbanding Zayra. Jadi, saya sehabis baik cuba membantu Qarissa untuk mengekpresikan dirinya melalui aktiviti-aktiviti yang dia suka buat like Ballet, Swimming, Horse Riding, Play Pretend dan sebagainya, supaya dia akan lebih terbuka dalam berinteraksi dengan orang sekeliling.
Ini Set Montessori Lab yang saya beli lamaaaa dahuluuu...Qarissa masih dalam stroller lagi kot. Ker masa tgh pregnantkan dia? Hahhahah...saya beli kat Pesta Buku PWTC. Masa beli tuh, satu haper pun saya tak paham pasal Montessori! Tapi saya belek-belek kemain lama dan nampak menarik, harga runtuh pulak tuh! Satu set RM 30 jer! Giler murah kan? Harga asal RM 300++ lah kalau tak silap saya. Tak ingat dah.. Tapi dorang mmg nak habiskan stok dan Publisher nya mmg dah takder dah. So, memang bg kaw-kaw punya murah. Saya rembat lah satu. Hahahha....sapa sangka saya akan gunakan kaedah yang sama untuk ajar anak satu hari nanti. Nampak tak huruf K yang disediakan tu? Tuh disediakan guna kertas pasir. Jadi anak kita "boleh rasa" huruf K tuh macam mana. Sebab tuh saya suka Kaedah Montessori. :) Kita letakkan jari anak dan bagi dia macam mana rasanya semua huruf-huruf A-Z tu :) Ada Parents Guide dalam Pakej ni yg ajar kita how to use the book, CD dan sebagainya ..:)
Yang kat atas nih pulak, Wood Math Logarithmic. Saya suka sgt this Apparatus sebab ada ketiga-tiga komponen yang saya nak ajar anak (walaupun takder bhg word - One, Two, Three dan seterusnya). Tapi dah cukup baik bg saya. Saya boleh ajar anak saya nombor dalam bentuk nombor dan dalam bentuk gambar. Selain tuh, saya boleh minta anak saya define apa yg dia maksudkan dengan nombor 1, 2,3 dan seterusnya menggunakan gelung plastik bewarna tuh. :) Again, saya keluarkan semua, dan bagi Q satu demi satu sebelum saya biarkan dia main sendirian.* tapi selalunya si kenit yg wat sepah*. Memang dia akan sedikit bersepah dan mudah hilang sebab semuanya boleh dikeluarkan dan kecil, tapi setakat nih, tak hilang lagi, senang nak cari sebab mereka cuma main di dalam bilik dan ruang tertentu, bukan satu rumah *pentingnya ada ruang kan?*
Ni pun lebih kurang sama dengan Math Logarithmic kat atas. Cuma dia takder dalam bentuk gambarajah. Tapi dia dalam bentuk nombor yang betul2 bentuk nombor, bukan cetakan seperti di atas. Jadi kita dapat lihat 2 jenis mainan yang "sama tapi tak serupa" di sini. Batang kayu kecil kat bawah tu adalah untuk anak kita define apa itu nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Saya tak bukak lagi pun, sebab saya nak fokus utk Math Logarithmic dulu, kerana konsepnya lebih kurang sama. Jadi saya cuma tunjukkan dr luar nombor2 ini pada Q dan Zayra. Ada operasi +,-,X dan / juga dalam ni. Masa main dengan anak, letakkan mat yang gelap supaya nombor dan kayu kecil tuh akan timbul dan naik warnanya bila kita letak di atas mat, jadi lebih mudah untuk anak lihat. :)
Foam Puzzle Jawi, Number 1-20 dan Huruf Besar dan Kecil A-Z. :)
Grouping Wood Puzzle - Saya rasa this invention sungguh Amazing! Perhatikan bagaimana satu kategori dikumpulkan bersama dalam satu jigsaw kayu yang paling kiri dan kemudian anak kita harus mengisih gamba-gambar yang ada mengikut kategori. Bagaimana anak kita harus melihat, fokus dan berfikir untuk meletakkannya di dalam satu baris untuk setiap kategori yang sama. Of course di permulaan permainan, anak akan pakai letak jer jigsaw2 itu, sebab dia tak perasan the 1st jigsaw, tapi bila kita tunjuk dan ajar, it's amazing how they can actually sort the jigsaw one by one. Again, bila anak kita silap letak, tolong jangan cakap NO! Kita tanya balik pada anak, "Are you sure Darling?" atau ayat2 lain yang lebih positif sebelum kita terangkan kenapa jawapan yg mereka berikan tidak tepat. Saya gunakan this Puzzle dalam kelas dan happy bila anak murid saya faham konsepnya selepas diterangkan dalam penerangan yang singkat. Harap parents dalam Playgroup dalam ilmu yang bermanfaat semasa sessi itu. :) How to play and say the right word. Kan kan kan?
NI jigsaw kayu kecik yang sangat comel. :) Transportation & Numbers. Good for Q's tiny fingers. Bagi dia main banyak sikit dengan benda2 kecil untuk kuatkan otot2 jari dia yg halus tuh. :)
Ni Shape Sorter. Rasanya ramai dah tahu fingsinya untuk apa kan? Saya ada buat entry pasal Blocks dan masukkan gambar ini juga. Dulu, Q cukup tak suka main Shape Sorter ni. Dia tak sabar sebab susah nak masukkan dalam lubang. *tak susah pun, tapi sebab motor jari-jemari dia agak lemah, tu yg jadi sukar sedikit*. Tapi alhamdulillah, sekarang dah power dah! Hehehheeh.. Saya boleh biarkan dia main sorang-sorang *tapi selalunya saya akan teman, sebab kepoh + sebab Q suka saya ada disamping dia dan lihat "kehebatan" dia masukkan shape sorter dengan betul. Konon....yokoyo jer Q nih ..* Hahhaha..Saya siap suruh Q zip & unzip sendiri setiap kali main sebab saya nak dia tahu yg itu tugas dia dan dalam masa yang sama, saya latih jari-jemari dia tanpa dia sedari. :)
Pouring Activity. Cawan air dan sponge. Letak air di Cup A dan minta anak tuang di Cup B. Sure akan tumpah di permulaan aktivity, itulah gunanya Sponge. Heeheh..Sponge untuk anak lap sendiri, bukan untuk kita lap, harap maklum. Ekekekek..:) Aktivity yg sangat baik untuk mengukuhkan jari jemari dan tangan anak, pengawalan tangan mereka masa nak pastikan air masuk dengan betul tanpa tumpah. Anda mesti teruja bila dalam masa yang sekejap, anak dah pandai balance air tu dan cuba untuk tidak menumpahkannya. Si Q ni punya eksyen, mentang2 dah selalu buat, boleh pulak dia tuang air tuh sambil jeling dan buat muka kerek sambil pandang muka saya sebab nak eksyen konon dia boleh tuang air tanpa tgk! Adoii..mestilah tumpah kan? Hahhaha..Tapi saya suka, sebab dia belajar cause & effect di situ. Saya terangkan yg cara itu kurang tepat sebab nanti air boleh jatuh. Sometimes dia ikut, sometimes tak sebab dia memang suka jadi diva! Hahhahaha...
Ni Aktivity Lacing, saya cukup suka aktivity nih. Sila abaikan jari -jemari runcing gemok saya di gambar kedua. Hehehe.. Saya masih ingat, beberapa bulan lepas, untuk Qarissa masukkan 5 biji pun susah giler..Dia lari-lari takmo masukkan. Sedey jugak time tuh sebab anak murid saya okey jer, suma suka masukkan. Tapi saya tak putus asa. Saya biarkan jer kat rak, bila Q dah sekolah, satu hari lepas balik sekolah, saya ajak dia main lacing. Happy giler bila dia boleh masukkan semua yg ada dalam bekas tuh dengan tekun dan sabar serta leka tanpa henti! Mula-mula saya letak 10 jer cube dalam bekas tuh, sebab saya takmo Q rasa banyak sgt dan dia tak berminat nak buat, tapi lepas Q dah pandai buat 10 cube tuh, saya terus masukkan semua yang ada, dan Q buat sampai habis! Seronok betul tgk dia boleh fokus dan duduk buat satu demi satu tanpa jemu. :) Memang aktivity yg sangat bagus untuk latih anak kita fokus dan duduk satu tempat, siapkan kerja dorang. Bila dah selalu buat, kita akan dapati, anak kita mudah untuk dengar arahan dan boleh siapkan apa yang mereka dah mulakan. :)
Ni another area dalam bilik my kids. Watie letak dalam Walk-in Wardrobe dorang sebab dah penuh dah tempatnya kat luar. Hehehhe.. Bagi Q duduk dan main dengan magnetic ABC and numbers. :)
Ok pembaca tersayang semua, rasanya dah Watie dah kongsikan semua Apparatus yg ada di Montessori Workstation My Q's nih dengan anda semua. Harap bermanfaat dan bolehlah anda buat juga dirumah. Kalau sudi, bila dah buat tuh, sharelah dengan Watie yer, tag kat my FB pun okeh juga..:) Dari masa ke semasa, mesti akan ada jer Apparatus yg bertambah. Percayalah!! Tu lah sampai tak muat rak tuh dibuatnya.. Hheheheh...Watie harap anda enjoy tgk gambar dan penerangan yg Watie berikan. Hambek ko...dari malam tadi, sampai pagi ni baru habis tau! Siap tidur dan bangun 2 kali sebab Zayra nak menenen! Hehehhe...Takperlah, inilah pengorbanan namanya. Ilmu yg bermanfaat utk semua. :) Watie akhiri entry kali ini dengan 2 gambar Q yg sedang leka explore Wood House dia ..:) Tak peduli langsung bila saya suruh pose & senyum. Hahahha...