Saya menerima feedback yang memberangsangkan dari para ibu bapa yang hadir hari itu, memuji cara Teacher Aida mengendalikan kelas. Begitu bersemangat sampai masuk kelas yang kedua, terus asyik terbatuk-batuk dan hilang suara. Hehehe.. Memang nak jadi Teacher Playgroup bukan sesuatu yang mudah, saya baru sahaja mengakui hakikat itu ketika memberikan latihan "ala mafia" (hahahahha..jahatnya aku nih..) pada Teacher Aida sebulan yang lepas. Yer lah, kadang-kadang, perkara yang kita rasa mudah, pada org lain terlalu sukar dan saya harus mengakui hakikat itu apabila salah seorang Mommy yg datang ke kelas Playgroup ketika saya masih melatih Teacher Aida, memberitahu saya, "Susah rupanya nak jadi Teacher Playgroup ni yer Watie..I tengok you handle kelas senang jer ..Pup pap pup pap...dah setel..Susah rupanya.." Dan pada saat itu, saya tahu yang kerjaya sebagai seorang guru, apatah lagi guru kepada bayi dan anak-anak kecil, adalah sesuatu yang bukan mudah. Ia tidak sukar, tetapi tidak mudah juga. Walaupun kita minat, suka, dan sayang pada kanak-kanak, belum tentu lagi kita boleh mengawal situasi seisi kelas, memastikan kelas riuh & happening, dalam masa yang sama pastikan anak-anak itu mendengar arahan kita tanpa dipaksa dan mempelajari sesuatu dalam setiap kelas yang mereka hadiri. Minat, suka & sayang pada kanak-kanak itu adalah langkah pertama itu kita menceburkan diri dalam bidang ECE ini, ia akan membantu, tapi sekiranya tanpa skill, tanpa latihan yang berterusan, tanpa teknik yang betul, kelas akan jadi hambar. Menghilangkan rasa malu dan segan dalam diri ketika kelas berlangsung adalah cabaran yang paling besar, selain dari interaksi dengan anak-anak yang semuanya aktif dan bijak ini. Ohhh...itu juga agak sukar...Anak-anak ini sangat bijak dan sangat aktif, mereka TIDAK akan tunggu kita, kalau hang terkial-kial..hang tinggal lahhh Teacher oiiii...hhahahhaa.. dan kerana itu, saya harus nyatakan secara terbuka - SAYA RESPECT TEACHER PLAYGROUP @ PLAYSKOOL YANG BERJAYA MENJADIKAN KELAS ANDA HAPPENING, HAVOC & MERIAH...KUDOSSS TO U!!
Saya masih ingat bagaimana kali pertama saya meminta Teacher Aida mengendalikan kelas di KL. Habis sahaja kelas, semua student dah balik, soalan pertama yang saya tanyakan, "How do you feel dear? Come on, share with me.. I want to know..." Heehehehe.. sememangnya melihat saya mengendalikan kelas dan melakukan sendiri perkara tersebut adalah sesuatu yang sangat berbeza..Perasaannya & cuaknya jauh berbeza! Dan saya tergelak bila Teacher Aida kata lebih kurang macam ni, "Ohhhh...(sambil menutup muka dan tergelak juga ..)..I rasa nak stop semua... nak tarik diri jer! I rasa I tak leh buattttt!" Hhahahahaa... besar sungguh gelak saya waktu tuh bila Teacher Aida kata she feel like giving up everything sebab dia rasa susah sangat nak handle situasi. Yeah..I know its not easy ..when 10 genius babies & kids are in front of you.. and another 10 Mommies are judging you, belum masuk lagi Daddy dan sedara mara yang datang sama2 nak tengok bagaimana kelas dijalankan. :) I have to admit, its not easy. Dan, saya habiskan seluruh petang melatih Teacher Aida, memberikan semangat & motivasi (dalam erti kata lain ..membebel lah tuh..hahahha), untuk memastikan semangat & keyakinannya kembali pulih. Its' ok to feel down, anyway, its your 1st class..dan saya mahu Teacher Aida jadikan ianya satu pencetus semangat untuk buat yang lebih baik di minggu seterusnya. Dan, saya mula meletakkan sedikit tekanan, di mana saya tidak membenarkan beliau membuat kelas sendiri selagi saya tidak puas hati dengan pencapaiannya di KL. She must prove to me she is capable to run the class alone, without me at all, then only I akan benarkan dia buat kelas di JB. Dalam masa yang sama, orang JB sudah ramai yang ingin menghadiri kelas Trial yang sudah saya warwarkan di FB dan Teacher Aida sudah menerima banyak tempahan slot untuk menghadiri kelas Trial. Sudah tentu ini menambahkan tekanan pada beliau. :)
Alhamdulillah, Teacher Aida menjadikan kata-kata semangat & motivasi saya sebagai satu cabaran dan mengambil berat setiap latihan yang saya berikan. Ternyata tekanan yang diberikan tidak membuatkan beliau jatuh tetapi tekanan itu yang menyebabkan beliau bangkit dan membuktikan beliau mampu melakukannya. Beliau pulang ke Johor dan menggunakan hari Isnin- Khamis sehabis baik untuk berlatih dan kemudian kembali ke KL pada hujung minggu untuk melakukan kelas bagi membuktikan pada saya yang beliau sememangnya boleh melakukannya. Sekali lagi saya tergelak apabila selepas kelas di minggu seterusnya, soalan pertama yang saya tanyakan, "How's your weekdays last week?? You felt like in HELL??" Dan beliau juga tergelak sambil menceritakan bagaimana setiap hari dan "pantang ada masa terluang", beliau akan berlatih buat kelas di pejabat, menghafal lagu, menyanyi dengan anak-anak sampai dalam bas masa nak datang KL pun, beliau masih berlatih! Sampai mak Teacher Aida sound, "Ko jgn nak nyanyi2 kuat2 dalam bas plak yerk!!!" Hhahahaha.. Adoilahhh ...sakit perut saya gelak...Dan kemudian, saya tersenyum lebar sambil berkata lebih kurang begini, "Kerana itu, you dapat lihat hasil seperti mana yang you lihat tadi! Kelas tadi membuktikan, that you're taking my advice & training seriously, you feel responsible towards your job & apa yang you lakukan bukan hanya kerana you rasa you want to take advantage of being our Licensee and using our name to get the students joining you, but you really want to do the best for the sake of the children's development. Congratulations to you!"
Secara jujur, saya berbangga melihat kesungguhan Teacher Aida berlatih bersungguh-sungguh tanpa jemu, sentiasa cuba melakukan yang terbaik, merubah diri dan menajamkan skill beliau demi untuk memastikan GBOB JB mendapat tempat di hati pelanggan. Saya akui, mungkin nama GBOB itu dekat di hati pelanggan, mereka excited dan teruja untuk datang kelas, tetapi jika kelas yang dilaksanakan "not up to their expectation", ia tidak akan menjadi juga. GBOB telah menyediakan platform yang baik untuk nama mereka dikenali, tetapi ia haruslah disertai dengan semangat dan usaha ingin melakukan yang terbaik, sehabis mungkin agar pelanggan tidak mengatakan, "Kelas @ GBOB hanya indah khabar dari rupa". Kerana itu, saya sangat memberikan penekanan pada latihan untuk memastikan Licensee & bakal-bakal Licensee akan datang bersedia dari segi mental, fizikal (* dan duit juga .. hehehehe..) sebelum merancang membuka cawangan GBOB di mana-mana. Saya percaya, dari masa ke semasa, selepas beberapa minggu kelas dijalankan, Teacher Aida akan semakin serasi dengan kerjaya baru beliau, dan skill serta interaksi sosialnya akan bertambah baik dengan anak-anak yang hadir. :) Insya Allah.. Saya yakin dengan kebolehnnya beliau mengendalikan kelas.
Melihatkan gambar2 yang beliau kirimkan, saya yakin anak-anak ini seronok dan teruja menimba pengalaman baru, berjumpa kawan-kawan baru dan suasana baru yang kondusif dan sesuai untuk perkembangan mental & fizikal mereka. Ada ibu-ibu di Johor yang bertanya, adakah kelasnya sama setiap minggu? Sudah tentu tidak.. :) Kami mempunyai 7 modul, lebih kurang 68 minggu dan temanya berbeza setiap minggu, aktiviti yang dilakukan juga berbeza. Program yang dilaksanakan ini berstruktur dan ada bahagian-bahagian tertentu yang diklasifikasikan sebagai ritual untuk memastikan anak-anak ini belajar mendisiplinkan diri tanpa mereka sedari, tanpa tekanan malah menyeronokkan. Anda harus mendaftar dan menyertai kelas Playgroup @ GBOB JB untuk merasai dan melihat sendiri perubahan anak anak minggu demi minggu. :)
Kami kini masih melaksanakan Sessi Trial untuk minggu kedua pada 18 Feb 2012 ini, dan sekiranya anda berminat untuk menghadirinya, anda boleh hubungi Teacher Aida di talian 010-7103155 untuk mendaftar di GBOB @ JB. Bagi mereka yang telah menghadiri Sessi Playgroup & ingin membuat pendaftaran, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM 150 ke akaun Maybank GBOB Johor Bharu iaitu Genius Kids Resource (5513 0651 0407) dan sebaik sahaja 5 pelajar mendaftar, kelas official akan dilaksanakan, Insya Allah. :) I strongly suggest you to LIKE the Facebook Fanpage of GBOB JB @ www.facebook.com/gbobjb, agar anda menerima maklumat terkini tentang kelas Playgroup di JB ini. :)
Saya suka dan tumpang bangga jika ada mana-mana Daddy yang turut sama ingin bermain dan melibatkan diri dengan aktiviti bersama anak mereka. Walaupun tidak seaktif ibu ketika dalam kelas , sekurang-kurangnya kehadiran mereka di sisi anak dapat membantu meningkat keyakinan diri anak tersebut. :)
No comments:
Post a Comment