Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, February 8, 2012

Testimoni ECE Seminar 6 Feb 2012 @ GBOB HQ

 Alhamdulillah, kelmarin @ hari Isnin yang lepas, sempena cuti Maulidur Rasul, GBOB telah pun berjaya mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang pertama kalinya buat tahun 2012 ini. Insya Allah, satu entry khas mengenai Seminar ini akan Watie buat kemudian kerana semua gambar ada kat hp hubby .:) Kat hp Watie cuma sempat amik gambar borang Testimoni sahaja. So, sebelum Watie lupa, lebih baik Watie share kan dalam blog dulu. Hehehe..


Full board Alhamdulillah ..gambar yg hubby kongsi kat FB beliau, saya rembat lah kan .. hehehe.. banyak lagi kat hp dia tapi tak sempat transfer ...)

I'm happy to share with uols the Testimoni written by my participants. Sepatutnya ada 16 testimoni, tapi bila dah habis, saya cek, cuma ada 11 jer, maybe saya tak perasan kat mana diletakkkannya yg lagi 5 borang, atau borang Testimoni tuh takder dalam file peserta menyebabkan mereka juga tak dapat nak tulis dan beri feedback. Alhamdulillah, nampaknya semua berpuas hati dengan Seminar ECE ini dan sesungguhnya ia merupakan satu seminar yang berjaya membuka mata dan hati mereka betapa pentingnya ECE itu sendiri dalam kehidupan anak masing-masing. Jom kita tgk apa yang mereka tulis okeh :) Sorry Watie kena hitamkan hp mereka utk menjaga privacy my participants but no worries, kalau rasa nak hubungi mereka, bolehlah gunakan emel yang disertakan dalam borang tu. Takut nombor tuh disalah guna oleh mereka-mereka yang suka "menjual hp number" pelanggan pada syarikat2 tertentu yang buat Telemarketing..ekekekke:) Tu okeh lagi .. kalau dia jual nama GBOB @ nama Watie pada my clients, lagi haru oooo... So, jom tengok.. :)

Fatiha: Seminar ini beri kesedaran pada saya - masa prime time anak yang perlu dihargai sepenuhnya. Doakan saya dapat usahakannya dengan anak-anak. Amin.  (*Amin, saya doakan. Mari kita sama-sama doakan semua ibu bapa berjaya mendidik anak mereka dengan baik dan sempurna, Amin..)
Aida AtiqahSeminar yang sangat bagus! Sekarang saya menyedari betapa pentingnya kita kena menghabiskan masa bersama anak-anak. Teringat pulak ayat "Hargailah seseorang / sesuatu sebelum kita kehilangannya'. Berikan hak yang sepatutnya untuk mereka. (*yess..kerana masa itu tidak akan berulang lagi. Its only once in your life time. :)
AzzalinaKnow you, Playgroup & Seminar was the best moments in my life and that was good information that I get. Bout the Seminar, Teacher Watie need to control emotion, hehehe..kita pun sedih bila Teacher sedih.  (*tergelak saya baca testimoni ni, tu lah salah satu sebab saya elak2 nak buat selalu Seminar nih, susah betul nak kontrol kesedihan saya terutamanya bila kita tahu hakikat dan masa yg kita ada tidak lama, hubby kata nanti nampak tak "pro" bila nangis..but I just cant help it, but suprisingly, saya dapat kontrol juga hari Isnin tu, tak meleleh dah macam yg dulu-dulu. Hehehe.. bertakung jer sebab dah berhari-hari I talk to myself, to control my emotion sehabis baik, dah lah suara serak teruk, kalau meleleh, habislah semua hingus kuar dan suara lagilah teruk hilang..Allah memang bantu saya hari tu .. Amin...) 
Muhamad FauziIt teach me what is early Childhood all about. Very beneficial to us. Every parents should attend this Seminar. (* En Fauzi adalah salah satu dari 2 orang Daddy yang hadir pada hari tersebut. Respect him, she came with her sweet wife yang preggy 13 minggu, anak pertama! And I know they got the input that they can applied to the baby in the womb! Yeahhh!) 
Mahfuzah AbasVery good Seminar. Really membuka mata saya ECE ini sangat penting (*Fuza nih lagi best, kelakar dia cerita macam mana dia tahu pasal GBOB. Katanya, dia baru sangat tahu pasal kewujudan GBOB ni. Asalnya dia nak tahu pasal Little Reader. Google punya google, terjumpa blog yang ada cerita pasal LR dan juga GBOB dalam tu. Terus lah masuk blog GBOB dan kebetulan tahu yang Watie buat Seminar. Tak fikir panjang, terus mendaftar untuk hadir. Yer..semudah itu!)
Intan JulianaSeminar yang sangat bagus. Memberikan pendedahan tentang teknik-teknik yang dipakai dalam ECE memandangkan kesedaran tentang ECE itu sudah ada, cuma kekurangan ilmu, kesabaran, "courage", semangat untuk menjalankannya secara konsisten. (*Saya tumpang simpati dalam masa yang sama sangat berbangga dengan semangat Intan yang sanggup hadir walaupun suaminya di tahan di wad kerana disyaki demam denggi, pada awalnya beliau mengatakan tidak dapat hadir keraana tiada siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga anaknya Rausyan Hadi, tetapi  saya memberi kebenaran beliau membawa anaknya bersama dan dapat juga kami berjumpa hari itu. Mari kita doakan suami Intan cepat sembuh dan Intan dapat berita gembira kerana menurut beliau, she's expecting!) 
JegieYou have done a great job in creating awareness on ECE. It's an eye opener and those method /stimulation that I've learn will be practice. Thank you for your effort.:) (*Jegie merupakan satu-satunya peserta Seminar ECE saya yang bukan berbangsa Melayu yang hadir pada hari itu, dan beliau juga adalah peserta saya yang pertama yang bukan berbangsa Melayu hadir sepanjang saya mengendalikan Seminar ECE selama ini. I feel so honoured as my main intention having this kind of Seminar ini adalah untuk membantu menyedarkan bangsa saya sendiri, ibu dan ayah terutamanya, tentang betapa pentingnya ECE dan apabila bangsa lain turut menghargai & mengiktiraf usaha yang saya lakukan, saya rasa sangat terharu. Thanks for the support Jegie. Ops..Lupa nak bgtahu, bukan tu saja, Jegie juga datang dari luar Kuala Lumpur! All the way from Perak!)  
Maisarah Mohammad YusapSangat membantu kami dalam merancang pendidikan anak-anak. Sangat teruja! Terima Kasih. :)  (*isteri Encik Fauzi. Wanita comel yang bertuah kerana suaminya menyokong penuh ECE ini. So romantic nama pun digabungkan bersama sampai saya plak yang keliru. Heheh..Tapi senang ingatlah - Sarah Fauzi.. :) 
Rosmah Mohd ZabidiVery very interesting. rasa nak jadi full housewife so that I can practice ECE to my children.  (*memang ramai yg rasa nak jadi housewife sepenuh masa so that they can have all the golden time with their children. But no worries, sekiranya ada kemahuan, wanita bekerjaya juga pasti mampu menjana minda anak dengan sempurna dan bagus!) 
RossafenazSangat menarik dan sangat penuh dengan  info yang berguna untuk dipraktikkan dengan anak/ semasa hamil. Mungkin boleh dipanjangkan lagi menjadi kursus 1 hari beserta dengan praktikal bagaimana untuk menjalani sendiri ECE dari rumah.  (* Hehehe, senyum jer saya baca testimoni Rossa.. Seminar yang sepatutnya habis pukul 2 hari tu pun habis pada pukul 4 petang, Lewat 2 jam dari jadual asal, kalau campur dengan kursus, memang sampai malam lah jawapnya. Hehehe.. Sebab tu saya adakan Bengkel Stimulasi untuk sehari tapi memandangkan masa saya sgt2 tight, jarang betul saya dapat melakukannya..hu hu ..last year sempat buat sekali jer Bengkel tu..hu hu) 
ShareenaSeminar ini bukan sahaja beri tips untuk stimulate anak-anak, malah memberi pendedahan how to react with your child positively..continously. Keep on sharing Watie! I'm glad dapat jumpa orang macam you, really believe in ECE! and orang yang I boleh banyak belajar tentang ECE. Thanks again. Good job and you are really awesome!! (*Tq so much Shareena, I really appreciate it ..:) terharu baca your testimoni..:)


Sesungguhnya saya berterima kasih di atas Testimoni ikhlas yang diberikan. Saya amat-amat menghargai apa yang anda coretkan dan ia menjadi pencetus semangat pada saya untuk memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa. Semoga Allah SWT membantu saya, memberikan saya idea-idea yang bernas,  memebrikan kesihatan pada saya, dan memberikan saya ilham untuk menyampaikan ilmu-ilmuNya pada semua sehingga nafas yang terakhir. Amin. 

post signature

post signature

1 comment:

~ hanie ~ said...

Ala..baru terlepas..bila nak buat lg?