Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Saturday, January 8, 2011

Akhirnya,Saya Menangis!!

Baru lepas gembira pagi tadi. 
Playgroup Level 2 yg menyeronokkan, 
Playgroup Level 4 yg havoc dan happening,
Dikelilingi anak-anak yg bijak dan istimewa di hati saya,
Temuramah dgn wartawan Rancangan IKS @ RTM untuk hari pertama.
Sempat bercerita tetang perancangan GBOB 2011 dan penubuhan FameKids .
Berborak pjg dgn partner Bling Lustre selepas kelas.
Insiden "rezeki" tak sesuai yg menyegankan.
Kelaparan kerana belum mkn dr pagi.
Bersama hubby ker Restoran Kawanku Puchong
Menjamu selera sambil membaca paper Metro..
Dan sekelip mata, sekelip mata...
*
*
*
*
*
Semua perkara yang menyeronokkan yang berlaku pagi tadi hilang  bersama berita yang di baca.
Saya tersentuh, sedih, cuba menahan kesedihan tetapi gagal. 
Teringat Zayra di pejabat dan hati bertambah sayu. 
Air mata gugur tanpa dapat ditahan lagi. 
Hubby terkejut dan melarang saya menangis di depan rezeki. 
Saya cuba menahan sebak, tetapi hampir gagal.
Jiwa semakin sakit dan kepala saya mula pening kerana gelojak rasa yang cuba menahan tangis sekuat hati. 
Saya tidak dapat melupakannya sehingga saya di dalam kereta.
Mata saya merah menahan rasa, akhirnya ia tumpah juga. 
Mungkin ia lebih terkesan berbanding kisah yang sama yg sering saya baca di dada akhbar selama ini. 
Terasa begitu dekat dengan saya, kerana anak saya juga perempuan. 
Anak saya juga istimewa.
Zayra saya istimewa. Begitu istimewa.

Saya marah, begitu marah. 
Kenapa membenarkan si jahat dalam diri dan akal menguasai kamu? 
Kenapa selepas 5 - 6 bulan kamu mengalah? Mengapa? 
Bukankah itu rezeki dari Allah juga? 
Mengapa memperlakukannya seperti binatang? 
Pelbagai rasa menyerbu diri saya di ketika ini. 
Saya hanya mampu meluahkannya dalam Wall di FB sahaja. 

Bukak sahaja pintu pejabat, wajah mulus Zayra yang saya lihat. 
Sedang enak duduk sambil memegang dan menggigit biskut di tangan. 
Sungguh cantik, sungguh mulus, sungguh suci. 
Saya terus memeluk dan menciumnya sepenuh hati. 
Rasa sayu masih bersarang di jiwa ini. 

Dan sekarang, saya berapa di depan Lappy menaip dengan perasaan yg berkecamuk di jiwa. 
Tunggang langgang rasanya apa yang saya tulis kali ini. 
Entahlah, saya hanya mahu berkongsi rasa. 
Meluahkan sesuatu yang terbuku di hati. 
Saya geram, marah, sedih, terharu, insaf dan macam-macam lagi perasaan. 
Saya sedih kerana saya seorang IBU. 
Saya terasa sayu kerana anak saya OKU seperti anak kamu. 
*
*
Tetapi siapa kamu?
Seorang IBUkah kamu?
Manusia kah kamu?
Binatang kah kamu?
Tidak, saya rasa kamu bukan sesiapa.
Bukan manusia, malah bukan juga binatang.
Kerana binatang juga sayangkan anak. 
*
*
Mungkin kamu SYAITAN bertopengkan MANUSIA

 Hati bagai disiat-siat.
 
  Di saat saya dan Lyna teruja menubuhkan support group iaitu FameKids, kami mempunyai pencabar rupanya. 
Semoga kamu sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT Sayang..

Ya Allah, Kau kurangkanlah kesedihanku ini demi untuk memberikan yang terbaik di Sessi Seminar ku esok. Amin.

post signature
post signature

No comments: