free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Sunday, July 5, 2009

Artikel: 25 Rangsangan Mudah Utk Anak Yg Lebih Bijak!

Berikut adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak tersayang. Lebih baik lagi, anda print out & tandakan sama ada anak anda telah berjaya melalukan perkara-perkara dibawah. Saya update sket tulisan bewarna merah memandangkan artikel ini saya ambil dari blog Qarissa. Jadi, ada antara aktiviti di bawah telahpun berjaya Qarissa lakukan pada usia 1 tahun 1 minggu ini.. Check it out..!!
***********************************************************************************

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. (passed - since dia lahir)

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. (passed - since dia lahir)

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQ nya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.(passed - since dia lahir, I really support breastfeeding)

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. (passed - sampai letih lidah, bukan setakat jelir, macam-macam aksi saya buat dengan lidah but Qarissa love it so much! Yang bestnya, dia cuba tiru aksi saya, menunjukkan yang baby memang pandai meniru apa yg kita lakukan!)

5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk di albumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. (pergi zoo belum pernah, tapi pernah pergi Bird Park @ Ikano, Aquaria KLCC & setiap hari bukak Little Reader & tunjuk subjek binatang beserta bunyinya )

6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.(yup, passed jugak. Setiap hari Qarissa kena geletek. Bila tulis ayat "I Love U" kat perut dia, menggeletek kesukaan!)

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. (Tunjuk gambar dan suruh dia pilih salah satu yang saya sebutkan memang selalu, tapi kalau gambar yang nak dekat-dekat sama tak pernah lagi, sebab takder gambar tuh.Maybe bila dah jumpa gambar yang lebih kurang sama, i will show her ..)

8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. (passed jugak, selalu buat cam tuh waau di mana saya berada! sampai pening pikir, apa lagi aku nak tunjuk?)

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. (yess! passed jugak, sejak ada Qarissa, saya semakin kreatif dalam mencipta lagu Nanti AF8 saya hantarlah lirik lagu, mana tau ada rezeki menang plak! Hhehehe..)

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. (yup, passed lagi..:) selalu bgtau dia bhg2 badan especially time tukar baju @ lampin)

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. (passed, kat Gymboree pun ada ajar this teknik, bagus untuk merangsang deria rasa baby )

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. (wah ..boleh kata setiap minggu bawak Qarissa shopping...letih mak noks!)

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. (good, passed jugak..)

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. (passed, she love it so much!)

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. (wah ..dia memang suka kirai-kirai tisu dan pernah juga main sorok-sorok dengan dia. Suka lah sangat!)

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa. (passed - cuma Qarissa ni suka baca "sendiri" bukunya. pantang tgk Mummy dia baca buku, dia pun kunun-kunun nak join sama. Cam poyo ..heheh. Satu lagi, sejak ada Little Reader, aku rasa kajian saintis memang betul sebab bila Qarissa tgk Little Reader tuh everyday, dia macam tau apa yang akan keluar selepas setiap gambar & try to imitate the word yang dia dengar. Belum sempat LR tu tunjuk & keluarkan suara & perkataan "Daddy". dia dah cakap dengan suaranya yang pelat-pelat baby .So impress masa 1st time aku tgk..)

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. (passed. Setiap masa dan ketika, memang Peek A Boo menjadi pilihan ..hehehe)

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. (Dah try, dia bawak aku berjalan ke tangga! Hahhaha..)

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya (ni pun lum buat, bila tiba waktu yg sesuai dengan umurnya, definately will do this activities).

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.(done, Q sangat suka bubur epal + ayam!)

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. (done, tapi penat ooo...asyik nak kena angkat jer ..hangin pun yer ..hahhha)

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat. (padanlah dia selalu nak ikut apa kita cakap!Mummynya pun kuat melayan ..heheheh)

23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. (penah cuba sekali dua tapi Q buat tak tahu jer ..hu hu ...nanti besar sket nak cuba lagik)

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.(done, tapi selalu dia ikut kepala sendiri jer ..camner nak buat tuh..hehehe)

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. (done. Both of us is having fun together!!)


Wah, nampaknya most of the activities memang aku dah lakukan. Alhamdulillah, I'm in the right track i guess. Korang camner plak? Insya Allah, nanti aku masukkan lagi 25 aktiviti untuk kita meransang anak-anak kita menjadi lebih BIJAK!. Rasanya mudah jer aktiviti tuh untuk kita ikuti kan? So lets do it on daily basis & see the outcome kan?


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Loves,

6 comments:

MamaDamia a.k.a Haiza said...

wah banyak gak yang Damia leh buat antara semua ni..tapi bab susu badan tu Damia memang kalah la...tapi takpe..walau tak menyusu badan pun still bleh jadik genius gak kan?...kene positif ni..

Watie Aziz said...

hheheh...boleh boleh ..dun worry yang ..its how we develop our children that matters ..hehe..bg susu badan sampai 10 tahun pun tp kalau tak bg education, environment & asas yg kukuh pun no point jugak...heheh..:)

btw, i dun think so that bill gates nyusu sampai 2 tahun! hahaha..(lega sket dengar kan ..heheha) ...

cuma sapa yg fullu BF tuh kredit bonus dapat sket lah ..hehehe.. duit pun kena guna lebey nak maintain "harta" yg ala2 kendur tuh..kahkah ....

~Puteri-Nuur~ said...

watie,kebanyakkannya dah dibuat kat idris & sophia, tapi suka dengan entry ni, educate me to be more knowledgeable mama :P

Watie Aziz said...

Put, so happy to hear that dear!! bagus u nih ...i'm proud of u!! keep doing it kay!!

sama2lah kita tammbahkan ilmu ...i pun want to learn sumthing from u dear!! hehehee

Hanz said...

Point nombor 7 tu menarik & belum buat lagi.Nanti nak buat.Point nombor 21 tu memang tengah dia asyik..sabar jelah me mangangkat nyer sebab dah tahu tang peringkat ni.

Thanks Watie!

Watie Aziz said...

Hanz, hehehe...tuh lah kan ..mmg enat tapi layankan jer ..ahahah..

i pun sampai skang tak jumpa lagi the same picture yg nak dekat2 sama. Kalau dapat yang keras punya mesti best ..selalu ada dalam paper kan? Lama tak baca paper ko...hahaha..ketinggalan zaman tul aku nih ..wkkakaka