Ya Allah, inilah hadiah paling bermakna buat diriku. Di saat aku sibuk memastikan segala agenda untuk Majlis Perasmian Genius Baby On Board berjalan lancar Sabtu ini, Quzayra telah menghadiahkan aku satu video yang sangat beharga. Di saat aku dirundung duka kerana kematian pakcik yang paling ku sayang semalam- yang ku panggil AYAH, Quzayra menceriakan hati dan perasaan ini dengan kehebatannya MEMBACA! Sungguh tidak aku sangka dan jangka! Hebatnya kuasa otak seorang bayi! Terima kasih kerana memberikan Zayra kepada kami sekeluarga. Amin Ya Allah... Sangat bersyukur padaMU...
Hari ini, 29 September 2010 bersamaan dengan hari Rabu, pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk melawat jenazah Ayah di Serdang. Aku membawa Zayra dan meninggalkan Qarissa di rumah. My FIL sangat baik hati to drive me to Serdang memandangkan hubby kerja.Puas rasanya dapat mencium dan menatap wajah Ayah buat kali terakhir. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Ayah dan menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman.
Usai melawat, aku pulang ke rumah lebih kurang pukul 4 pm. Melayan kerenah Zayra yang nak bermain bersama-sama, bukakkan TV, menetekkan dia, sambil berborak-borak sementara menunggu hubby pulang ke rumah untuk ke Serdang bagi upacara tahlil malam ini. Tanpa niat merekod sebarang video, aku terus bermain dengan Zayra dan mengajaknya membaca. Sangat terkejut dan terharu melihat kesungguhan Zayra mencapai perkataan-perkataan yang aku minta. Teruslah I said to myself, "Wahhh... ini sudah bagus .. Baik aku rekod .." dan terus mencapai camcoder yang aku simpan dalam laci hubby. Nasib baiklah bateri dia masih banyak dan berfungsi setelah lama aku tak pakai. Kalau tak...melopehhh.... :P
Sangat happy, bangga dan dalam masa yang sama terharu dengan kesungguhan dan kepandaian Zayra "membaca" kesemua perkataan yang aku suakan kepadanya. Dalam keadaan meniarap, Zayra sedaya upaya mencapai setiap perkataan yang aku minta..dengan tangan kiri! Dengan keadaan tangan kanan yang menahan berat badannya (yang bukan ringan ..> 7 kg) sambil tangan kiri mencapai perkataan yang betul, sememangnya membuatkan air mataku meleleh apabila melihat kembali video ini! Apatah lagi di saat Zayra baru 5 bulan, kebolehan, kepandaian serta semangatnya membuatkan aku KAGUM!
Zayra sememangnya bayi yang istimewa. Di saat Daddynya risau bagaimana anaknya itu akan bergolek dan meniarap serta menolak tubuhnya dengan keadaan tangan kanannya yang tiada tulang, Zayra dengan selamba menunjukkan skil tersebut pada usia 3 bulan! Bukan itu sahaja, siap jatuh sofa lagi pada usia 4 bulan! Sedaya mungkin Zayra ingin menenangkan dan menggembirakan hati kami suami isteri, tidak mahu kami risau akan perkembangannya. Zayra membuatkan aku gembira dan tidak ragu-ragu lagi akan kebolehannya. Dia membuatkan aku menjadi lebih kuat, lebih bersemangat untuk meneroka sesuatu yang sebelum ini tidak pernah aku cuba. Bukan itu sahaja, Zayra banyak mengajar aku menikmati dan menyukuri nikmat yang Allah berikan. Banyak sungguh hikmah yang berlaku selepas kelahiran Zayra.:)
Insya Allah, selepas ni, harap-harap aku dapat merekodkan lebih banyak sessi bacaan yang kami adakan. Dulu masa Q kempunan nak buat dari baby (tak terfikir pun....aku start fokus on reading pun masa dia 11 bulan ..:) but now dah ada Zayra, rasa happy sgt sebab start awal... tak sesia me stimulate dia few hours lepas dia lahir..start to teach her to read start dari sebulan setengah usia dia ..:) As I always told uols... - ALL BABIES ARE GENIUS!!
Semoga Zayra dapat menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang ada diluar sana. Tidak kira bagaimana situasi dan condition anak kita, terutamanya pada anak-anak istimewa, mereka masih punya hak untuk belajar sama seperti rakan-rakan yang lain. Treat them equally, jangan membezakan anak (jangan sebab dia tak cukup sifat atau ada sedikit kekurangan, kita treat dia special. In certain things atau condition aku rasa maybe ok , tapi kalau boleh, layanilah dia sama rata dengan anak-anak yang lain). Mungkin bunyinya kejam, but that is what i tried to apply to Zayra. Aku nak dia berdiri di atas kaki sendiri, jangan mengharapkan bantuan orang dan meminta simpati sesiapa. Memang mengalir air mata aku tengok, tapi bukan sedih. Air mata tu adalah air mata kebanggaan melihat kejayaan anakku itu berusaha mengimbangi badannya. Orang mungkin nampak aku jahat bila sengaja bagi barang kat Zayra dan suruh dia amik pakai tangan kanan tapi aku buat camtuh sebab nak bagi Zayra guna tangan kanan dia. Find a way to take things using that hand dan biar deria rasa dan sentuhan dia semakin baik. Its all for her own good & I'm proud to say I'm happy to do that. :)
I'm planning to do a chit chat moment with Mummies & special baby at GBOB satu hari nanti. Will discuss with Mommy Lyna about this dengan lebih lanjut. :) Aku ada borak dan cadangkan pasal nih masa sebelum puasa tapi belum finalise lagi. Memang teruja jugak nak buat sessi nih, just a simple one, borak-borak dan memberi semangat antara satu sama lain. This is how we thankful our readers, viewers & the way we give back to the community. Nak bagi derma dalam bentuk wang mungkin tak mampu, tapi dalam bentuk sokongan moral dan semangat serta cara menghadapi masyarakat, insya Allah kami boleh bantu setakat yang termampu. :)
Semoga Allah SWT merahmati apa yang kami lakukan. Amin ..
My name is ZAYRA - I'm a Symbrachydactyly Baby & proud of it!!
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Love All Babies in the World,
6 comments:
wahh bagusnyer...alangkah bahagianyer dak dadif pon gtu...neh asal pigang buju..koyak...org soh ikut bace pon dia namo..:(
darling, i pun sibuk2 cry bila tgk video tu...wow, what a great achievement for zayraa. kalau ikut hati I, sekarang jugak I nak bawak baby SN ke GBOB hehehe.
sis..i nak bawa my bb pegi jumpa u..nak discuss utk educate dia even i bole jumpa dia seminggu sekali saja..co i kena pgi course for 6 mths..nnt i call to set an appmt boleh?
cik puan akish,
heheheh.. baby & kids develop at their own pace yang ..dun worry, just bagi galakan jer kat ur baby, dan jangan putus asa... :)
yatie...
heheheh..so chomel lah u nih ..nak nangis gak erk? kan kan kan ..? tgk kesungguhan dia tuh yang buat i sedih gak .. hehehe
nanti u balik jgn lupa bawak ur bby jumpa i kay ..!
adlina,
boleh dear ..boleh sgt ..u just bgtau bila u nak jumpa i ..we can set appointment ..:)
Post a Comment