Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, August 20, 2010

GBOB New Office - Seminar Interior Deco

Alhamdulillah, akhirnya pihak GBOB telah pun selamat menjalankan kerja-kerja renovasi di pejabat baru kami @ Wisma Bling Lustre dan secara rasminya telah mula beroperasi pada 16 August 2010 yang lalu, selepas membuat kejutan kepada kedua-dua ibu bapa saya (pada 15 August 2010), sebagai tanda meminta restu memulakan perniagaan ini. J

Pihak GBOB sedaya upaya menyediakan persekitaran yang selesa dan mempunyai banyak kemudahan, bukan sahaja untuk bakal-bakal peserta GBOB tetapi juga anak-anak mereka yang hadir bersama ketika sessi seminar di jalankan. Kami seboleh mungkin menjadikan suasana pejabat kami seperti dirumah supaya ibu bapa dan anak-anak ini gembira dan seronok setiap kali aktiviti di jalankan di sini.

Kami telah memisahkan pejabat ini kepada 2 bahagian iaitu Seminar Area & Kids Zone. Ketika ibu bapa tekun mendengar seminar dan menjalani bengkel @ workshop yang diadakan, anak-anak boleh bermain dengan gembira di Kids Zone atau menonton DVD Education di bahagian tersebut. Nantikan gambar Kids Zone di album akan datang!

Di bahagian seminar pula, ia dilengkapi dengan 2 buah aircond 1.5 horse power untuk keselesaan maksimum para peserta. Kami juga menyediakan 2 set sofa untuk ibu bapa bersantai sambil mendengar seminar yang akan diadakan. Kami mengambil pendekatan “mesra pelanggan”dan tidak mahu sessi seminar kami menjadi terlalu serius. It’s about parenting & it should be fun & happy rite? Kami menggunakan teknologi terkini di mana projector tidak digunakan, tetapi semua presentation akan dimainkan terus di LCD TV HDMI 42 inci yang terkini. Bukan itu sahaja, kami juga melengkapi sessi seminar & bengkel kami dengan sistem audio yang lengkap dengan amplifier, speaker dan microphone untuk memastikan sessi seminar ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mempunyai kelas tersendiri.

Kami juga menyediakan meja untuk 4 orang , khas untuk ibu bapa yang datang dan inginkan consultation dari pihak kami. Sessi perbincangan pasti menjadi selesa di sini. Kami juga mempamirkan ptoduk-produk yang dijual oleh pihak GBOB di mana kami telah memisahkan antara produk permainan dan produk pendidikan kepada 2 bahagian agar mudah untuk pelanggan melihat & memilihnya. Setiap produk ini mempunyai kebaikan yang tersendiri dan pihak GBOB akan memberi khidmat rundingan PERCUMA bagaimana anda boleh memaksimumkan penggunakan produk pendidikan dan permainan ini apabila pelanggan kami membeli produk-produk ini melalui GBOB.

Antara kemudahan yang disediakan untuk ibu bapa yang datang ke GBOB ialah:

  1. Private Breastfeeding Area
  2. Changing Area
  3. Playpen
  4. Peti Ais (untuk anda menyimpan susu EBM)
  5. Kettle
  6. Besen Mandian Bayi
  7. Water Heater (jika anda ingin memandikan anak anda)
  8. Telekung & Sejadah

Seperti yang kami katakan, keselesaan anda menjadi keutamaan kami. Seboleh mungkin kami ingin anda merasakan suasana harmoni, cozy seperti berada dirumah sendiri. Nantikan gambar di Kids Zone di album akan datang!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Loves,

9 comments:

yatie chomeyl said...

wow , babe..subhanallah..ongrates dear. bestnya. one day nanti i mesti jenguk GBOB nih ;)

mRs FaR_eAsT said...

wati...sgt cantik office GBOB

alinalan said...

Tahniah watie. Gojes la deco2 GBOB nih...superb!!InsyaAllah one fine day pasti ku jejak di sana.

mila.ibunajihah said...

watie..mmg best la ur GBOB ni..mmg nmpak cosy dan selesa mcm rumah. wish i dpt chance utk dtg situ.

Watie Aziz said...

yatie, tq so much dear .. really appreciate it ..sure. u jgn tak datang tau ..wajib datang .. eheheh ..:)

Watie Aziz said...

mrs fareast, tq dear..tq so much ..meh dtg meh..

Watie Aziz said...

momma mia ..haruslah yang datang tau! bawak anak2 suma skali ..:)

Watie Aziz said...

mila, mmg i buat biar cozy nampak cam umah so that my cust will be happy to come always ..:) u datanglah sini dear:)

irmaputri said...

bestnye, xsabar nak jenguk