Saya menulis entry ini dengan perasaan yang berbaur di hati. Yang pasti ia bukannya perasaan marah, tapi mungkin lebih kepada rasa sedih, kecewa, geram, risau, terkejut atau ....entahlah, susah saya nak gambarkan apa yang terbuku di hati ini. Sebelum saya menulis entry ini, saya meletakkan diri saya sebagai orang luar, yang tidak ada kepentingan peribadi, yang tidak ada perniagaan ECE dan bukannya kerana keuntungan. Saya menulis dan bercakap ketika ini sebagai seorang sahabat dan memberikan nasihat PERCUMA, dan apabila ia PERCUMA, saya tidak peduli samada ada orang kisah atau tidak nasihat saya itu, yang penting saya ingin meluahkan pendapat tentang apa yang saya rasa. Siapa yang mengenali saya secara peribadi, dari kanak-kanak, hingga ke remaja, jadi anak dara sampailah dah beranak pinak, pasti tahu perangai dan tingkah laku saya. Saya masih orang yg sama yang anda kenal dulu kan? I will said directly to your face whether you like it or not, lebih rapat saya dgn orang itu, lebih selamba saya sound kalau saya rasa ada yg saya tak puas hati. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang. Saya memang tak pandai bodek dan saya benci orang yg suka membodek, jadi kalau saya rasa tak puas hati, memang saya akan "bohhh" jer walaupun it can jeopardise me or my career. Memang ada "makan dalam" tapi bila balik dan berfikir secara rasional, mereka akhirnya sedar apa yang saya cakap itu memang benar dan kadangkala kebenaran itu pahit untuk ditelan.
Pada saya mudah - "I've done my part as your bff to advise you, take it or leave it. It doesn't cost you anything to hear what I want to say, so it doesn't concern me whether u want to take my advice or not". Kalau aku nasihat ko takmo dengar dan lepas tuh if anything happen, aku tak rasa ralat sebab aku dah jalankan tanggungjawab aku as friend. Kau dah dengar tapi ko tak nak ikut kan? So sendiri mau ingat! Yer, saya akui mmg saya kuat membebel, kawan-kawan rapat saya tahu perangai saya mmg tak pernah berubah dari dulu ..:) Tapi bila berkenalan dengan orang baru, saya cuba sedaya mungkin untuk tidak terlalu "loud" menyuarakan apa yang saya rasa kerana menghormati perasaan mereka. Risau juga saya kalau tiba-tiba orang tuh terkejut tgk saya sound direct jer kan. Sebab tuh, saya sedaya mungkin try to control the situation sebab my new friends baru kenal saya dan belum kenal isi hati saya, belum kenal saya "luar dan dalam". So I need to behave. Tak mau orang salah sangka dan salah tafsir niat ikhlas kita. Kerana itu saya meminta izin tuan punya badan untuk menulis dan memberikan pendapat di sini agar semua orang boleh baca termasuk dirinya, kerana berbalas SMS di hp mmg sukar memandangkan ruang tersebut sgt sempit. Alhamdulillah, tuan punya badan memberikan izin pada saya dan meminta saya menamakannya sebagai Cik Anon sahaja.
Apa yang membuatkan saya terkejut sehingga menulis entry khas ini? Kerana mesej yang dikirimkan Cik Anon pada saya hari Sabtu yang lalu. Saya akan menaip balik apa yang beliau tulis dan menukar sedikit mana yang perlu kerana ingin memastikan dirinya masih Cik Anon. Cik Anon menulis, "Puan Watie, actually my X will not be attending his class anymore. My hubby is not satisfied when most of the time X refuse to involve in the activities. I'm so sorry for this matter. Actually my hubby also complains that X still cant recognize alphabet well. So, I was thinking of LR but seems like X is way to "old" for it cause at his age, their right brain are shifting to left brain kan? So, do u have any suggestion on this? Sorry again for the matter". Nampak apa yang saya gariskan itu? And let us see the fact & figures. The first fact: X is only 2 years 6 months NOW! The second fact: The total class that X attended all this while: 3 classes including TRIAL!!! Not even complete the session that we offer - 4 times and the husband make the decision not to continue and willing to burn the final class just because of the reason I underlined above. Now, please tell me how to react apabila menerima mesej seperti ini? Pelbagai rasa menerjah minda saya. Dan semuanya melibatkan perasaan berkaitan dengan anak genius itu. Tidak sedikit pun pada saat ini saya memikirkan yang saya "hilang satu client" dan rugi wang. Saya sedih sekali. Mengapa tega sekali Daddy ini membuat kesimpulan? Mengapa menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. Mengapa menilai anak sebegitu rupa? Adakah ini ADIL untuk anaknya? Saya mohon agar semua pembaca menilai apa yang saya tulis ini dengan sewajarnya. Its not about ME, bukan kerana saya ada perniagaan ECE & I want to backing up my business (if I were to cover up, I will definitely not sharing with uols about this), tapi saya merasakan satu keperluan untuk menyedarkan para ibu bapa diluar sana hakikat sebuah keadilan, hakikat satu kepercayaan. Even if I dont have my own Playgroup @ Centre, I will still say the same thing dan takkan berganjak sedikit pun dari apa yang saya percaya. Saya akan tetap mengatakan apa yang saya ingin katakan, apa yang ingin saya luahkan di bawah ini. Mungkin para bapa yang terasa akan berkecil hati, saya minta maaf, tapi sila fikir secara rasional dan lebih bertanggungjawab.
Wahai Daddy, sedarkah anda apa yang anda dah lakukan pada anak anda? ADIL kah anda untuk menilai prestasi anak anda dengan hanya 3 kelas (termasuk kelas percubaan pula tuh!) dan terus menghakimi anak anda dan menjatuhkan hukuman untuk berhenti hanya kerana anak anda tidak terlibat 100% dalam setiap aktiviti yang diadakan? Sedarkah Daddy yang anak anda cuma 2 tahun 6 bulan, and you expect your child to recognize the alphabet??? Boleh saya tanya, apa yang you dah lakukan as Daddy selama 2 thn 6 bulan hidup anak you dalam memastikan anak kecil you kenal huruf A-Z? Apa peranan you dalam memastikan your child kenal semua huruf tuh as you wish?? Kalau you sendiri tidak banyak memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan anak you, kenapa mesti merungut? Please Daddy, dont put high hope if you yourself do not give your best effort!You nak harap nursery ker yang ajar semua tuh? You tau tak yang you adalah CIKGU TERBAIK untuk anak you? Kalau anak you masih tak kenal huruf, tanya balik pada diri you apa yang you dah lakukan selama ini? Do you participate? Atau hanya membiarkan kerja itu di uruskan oleh isteri sahaja? And, if u REALLY PARTICIPATE, it clearly shows that ITS NOT ENUFF!! DO MORE!! Tolonglah Daddy, bukan ini caranya menguji anak. They hate to be tested! Tolonglah bagi kepercayaan pada anak you, tidak kisah di mana you hantar anak you sekalipun, any Playgroup @ Playdates, di Taska, Tadika, atau Sekolah Rendah. Janganlah terlalu cepat "buruk sangka" dengan kebolehan anak you, they can really see that you frustrated, that you don't trust them, dan ia akan memberikan kesan psychology yang negatif pada anak. I faham Daddy, you pay for the class, so you want to see the result, you want your child to participate in all the activities, so that your investment is worth every penny, but please understand that your child develop at their own pace. Tak semestinya anak tak participate dalam kelas, mereka tak belajar sesuatu, ALL BABIES ARE GENIUS that they dont need to sit in front of ME or YOU to learn something!!! Please understand that!!
Fikirkan seketika Daddy, dalam Playgroup ada involvement ibu bapa. So you nampak perkembangan anak you dari minggu ke minggu. Kalau you hantar anak ke Tadika dan Sekolah Rendah nanti, you ada ker di sisi anak you masa kelas? You takder kan? So, you tau ker apa anak you buat dalam kelas? Wheter THEY REALLY PARTICIPATE OR NOT? You have no idea at all melainkan menerima feedback dari Teacher betul tak?. So, katakan dalam tempoh 3 bulan, takder perubahan dalam diri anak you, adakah you akan berhentikan anak you dari sekolah tuh? You sepatutnya menyokong isteri dan anak-anak you, bukan menuding jari menyalahkan isteri semata-mata. Satu jari you tuding kat isteri, 3 jari menuding kembali kepada diri you! Saya sedih bila baca mesej seterusnya dari Cik Anon. Katanya, "I tau, I faham, I tau kids develop at their own pace. And I know X did learn something. Tapi tu lah, my hubby had made his decision. Dia boleh salahkan I sebab X tak ...." dan mesej tersebut tergantung di situ. Mungkin network error so mesej tak masuk, tapi saya boleh agak yang perkataan bergaris dalam message kedua ini berkaitan dengan mesej yang pertama. Luruh hati saya bila baca!! Kenapa hanya mengharapkan isteri? Kenapa menyalahkan isteri apabila anak tidak menunjukkan peningkatan? (yang sebenarnya memang ada, malah saya amat bangga dengan pencapaian anak anda, seriously I do! Sebab tuh saya sedih, saya orang luar yang jumpa anak you seminggu sekali boleh nampak, tapi Daddy depan mata boleh tak nampak!!!) Bukankah itu anak bersama, yang lahir dari benih cinta masing-masing? Alangkah baiknya jika Daddy sama-sama mencari jalan terbaik untuk memastikan anak menunjukkan peningkatan minggu demi minggu. Sedarlah Daddy, ITS A LONG WAY TO GOOOOOO!! Anak you baru 2 tahun setengah!! Kalau macam ni pun u dah mengalah, you dah surrender, malulah kita sebagai orang dewasa yang diberikan akal sempurna oleh Allah SWT. Sebagai isteri, kalau menjawab lebih kang jatuh berdosa, tapi tolonglah faham, usia emas anak you - 3 tahun pertama itu takkan datang lagi!! Biarlah Daddy benci kat saya sebab buat entry macam nih, seolah-olah menyalahkan Daddy, sungguh itu bukan niat saya, saya tiada medan lain untuk meluahkan rasa, saya menaip entry ini dari pukul 1 pagi sampai 5 pagi, tidur, kemudian sambung balik menaip hanya untuk mencari ayat yang paling sedap untuk didengar dan di baca, agar Daddy tak kecil hati dengan penulisan saya, kerana saya merasakan itu tanggungjawab sosial yang perlu saya laksanakan.
Pendikan awal kanak-kanak memerlukan involvement kedua-dua pihak. Bukan one way road!! Sebab itu saya sering mengulang-ulang cakap betapa pentingnya suami hadir sama ke Seminar. Kalau Bengkel tak datang pun takper, sebab nanti isteri boleh ajar suami bila balik rumah. (Kalau saya nak untung lebih saya tak cakap macam ni kan ..?) Sebab Seminar itulah tempat saya membuka mata hati dan minda Daddy tentang ECE. Terlalu banyak untuk dikongsikan, memang tak cukup tempat nak "membebel" dalam entry-entry saya. Dan sebaik mana pun saya menulis, ia tidak akan pernah sebaik saya bercakap!! Saya beritahu Cik Anon, kalau saya tidak berjaya sebagai Cikgu @ Pembimbing untuk menunjukkan kepada Daddynya yang anak beliau belajar sesuatu di kelas saya, cubalah cari Playgroup @ Playdates yang lain. Sungguh saya tidak kecil hati, malah sangat menggalakkannya. Tapi nasihat saya, bagilah masa untuk anak anda, tanamkanlah kepercayaan yang anak anda bijak, anak anda boleh buat dan anak anda genius!!! Kalau Daddy masih bersikap begini, mana-mana Playgroup yang Daddy join juga akan memberikan hasil yang sama. Baik Playgroup, Tadika atau Sekolah. Sungguh saya risau, kerna anak kecil itu di harapkan memberi sesuatu yang BESAR pada ibu bapanya, dalam usianya yang masih mentah! Please Daddy, anything that your child do now SHOULD BE FUN!!! IT SHOULD BE FUN in terms of learning!! Positifkan diri dan minda anda, jangan terlalu berorientasikan hasil dan keputusan semata-mata. Cukuplah anak kita di uji di sekolah nya nanti dengan pelbagai ujian yang bakal menjelma, jangan kita pula yang memberi tekanan di awal-awal usia anak di mana pembelajaran adalah sangat mudah dan tanpa tekanan!
Saya dan anak-anak really had fun in terms of learning, saya mengajar mereka macam-macam tanpa mereka menyedari langsung yang mereka sedang belajar sebenarnya. Itulah yang saya kongsikan di blog peribadi dan kemudian di blog GBOB. Bermula dengan tiada apa-apa, hanya sekadar blog untuk menceritakan tentang anak-anak, saya tidak peduli pun samada ada orang baca atau tak blog saya itu, yang penting mak dan bapak saya baca dan ikuti perkembangan cucu mereka. Kerana itu, saya tetap akan mempertahankan apa yang saya cakap, apa yang saya rasa walaupun kini saya dah ada Centre sendiri, kerana saya cakap berdasarkan pengalaman, yang menjadi GURU TERBAIK utuk saya berkongsi dengan anda semua. Sekali lagi saya tegaskan, its not about ME, adalah tidak berbaloi untuk saya menghabiskan masa lebih dari 6 jam menulis di entry ini hanya kerana RM 35 yang saya "hilang" apabila anak Cik Anon berhenti kelas saya. Tetapi saya amat berharap dengan hasil perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan para bapa betapa pentingnya mereka memberikan kepercayaan kepada anak kecil mereka, memberi peluang seluas-luasnya kepada anak kecil mereka untuk meneroka segala potensi diri. Bukan setakat memberikan kepercayaan dan peluang meneroka diri, tetapi turut sama membantu isteri dalam segala aktiviti yang melibatkan pendidikan a.k.a permainan anak tersebut. Jangan "buruk sangka" dengan anak, jangan terlalu negatif dan memandang rendah kebolehan anak hanya kerana pencapaian anak tidak seperti yang kita harapkan. Jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman dan membuat kesimpulan. Kita adalah ibu bapa, apa yang kita cakap adalah "doa". Kalau kita sendiri yang negatif, ia sesungguhnya akan memberikan impak pada anak dan ia akan jadi negatif "seperti yang kita rasakan!!"
Berkaitan Otak Kanan (Right Brain) dan Otak Kiri (Left Brain) seperti yang ditanya Cik Anon pula, anak kita tidak akan menggunakan sepenuhnya Otak Kiri mereka sehingga mereka berusia dalam lingkungan 4-6 tahun. Ini bermakna Otak Kanan TERBUKA LUAS untuk input pembelajaran antara 0-3 tahun. Tempoh masa ini dipanggil "The Right Brain Window". Untuk kanak-kanak "ajaib" (saya suka perkataan ajaib sekarang!) brain injured atau brain damage, tempoh masa dari Right Brain - Left Brain ini lebih lama sedikit. So, we shud thanks to Allah SWT sebab bagi kita lebih banyak masa untuk meneroka potensi diri anak kita, as I told uols in my previous entry, tak semua cerita OKU adalah cerita yang sedih kan? Kerana itu saya sangat menggalakkan ibu bapa yang anaknya normal, sihat walafiat dan sempurna akal fikirannya haruslah bekerja lebih sedikit (kerana 3 tahun bukan lama sangat!!) untuk melakukan apa yang mereka boleh untuk membantu anak mereka ketika mereka masih di dalam state "Right Brain" ini kerana ketika ini, EVERYTHING IS POSSIBLE!!.
Untuk Little Reader pula, kalau kita nak beli, ada 2 tujuan why we want to purchase. Satu - kita nak anak kita baca cepat. Dua- kita nak penguasaan Bahasa Inggeris anak kita superb! Jadi, umur bukan satu isu di sini. Di kotak, cadangan penggunaan Little Reader adalah 3 bulan - 5 tahun, tetapi haruslah kita ambil kira yang produk ini adalah produk luar negara. Di luar negara, pendedahan terhadap ECE sangat baik dan ketika usia 5 tahun, kebanyakan kanak-kanak di sana read independently. Sekiranya anak kita berusia 5 tahun ke atas dan masih tidak boleh membaca, saya akan tetap mencadangkan agar para ibu bapa mendapatkan produk ini. Kerana, ASAS itu yang penting. Anak kita harus menguasai PERKARA YANG ASAS dahulu. Ada juga yang sudah pandai membaca, tetapi penguasaan Bahasa Inggeris tidak baik, maka produk ini juga sesuai digunakan untuk anak kita. Saya menerima banyak aduan dan keluhan ibu bapa yang risau anak mereka masih belum pandai membaca dan lebih sedih lagi, tidak mengenal ABC di kala usia mereka 6-7 tahun. Serius saya tumpang sedih, dan dari situ saya tahu tanggungjawab saya sangat besar untuk membantu kanak-kanak ini. Saya akan cuba sedaya mungkin yang saya mampu untuk berkongsi pengalaman dan expertise saya melalui blog, seminar, bengkel dan Playgroup yang saya adakan, tetapi ianya TIDAK AKAN BERMAKNA tanpa penglibatan dan sokongan ibu bapa di RUMAH. So please Mommy & Daddy, HELP ME TO HELP YOU!!!
Saya mendoakan yang terbaik untuk anak genius saya di luar sana khususnya X, saya yakin walaupun tanpa Playgroup Teacher Watie, X akan tetap menjadi anak yang cerdik, bijak, pandai, genius dan menjadi kebanggan kedua-dua ibu bapanya. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Anon kerana memberikan saya peluang menjadi guru buat X for 3 times, semoga Cik Anon dan suami akan memberikan yang terbaik buat X di rumah selepas ini. Jika ada mana-mana Playgroup, Playdates, Tadika atau Taska yang menawarkan program-program yang hebat, jangan lupa daftarkan X dan bagi peluang seluasnya untuk X meneroka potensi dirinya yer! Jaga diri dan semoga hubungan silaturrahim antara kita tidak akan terputus. :) I Love You Cik Anon ..:)
No comments:
Post a Comment