Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, February 24, 2011

Stimulation: Having Fun with Toy Stimulation Blocks

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua video anak-anak saya bermain stimulation blocks. Dah lama juga saya ambil vdeo nih, tapi lupa nak transfer sampai lah baru-baru berkesempatan untuk transfer all the videos. Seperti dalam entry ini, saya ada menceritakan secara terperinci tentang Kepentingan dan Faedah Stimulation Blocks ini terhadap perkembangan motor halus serta minda anak anda. Dan kali ini pula, saya kongsikan video ini dengan anda semua, menunjukkan betapa seronoknya kedua-dua anak saya bermain blocks. 


Saya sangat menggalakkan ibu bapa untuk bermain bersama anak mereka ketika sessi ini. Ada ibu bapa yang memberitahu saya yang mereka risau kerana anak mereka tidak pandai membina blocks, tetapi mereka suka merobohkan binaan yang dibuat. Well Mommies .. do not worries ok..Merobohkan binaan juga satu aktiviti yang menyeronokkan bukan? Qarissa juga sangat suka merobohkan binaan yang saya bina dan ketika itu, mukanya sangat excited dan teruja untuk melihat binaan tersebut "musnah". Lepas jer roboh, kemain suka dia gelak dan rasa puas. As I always said, everything that we do should be fun kan? Terdapat satu tempoh masa anak kita akan leka membuat binaan, dari rendah sampailah tinggi, dan bila kita nak join, dia tak bagi, MASTERPIECE kekdahnya! Jangan kacau arkitek tau! Hahahaah.. Dan ada ketikanya mereka hanya suka untuk merobohkan binaan yang kita buat. Kira cam "pengganas" lah gitu .. Ahaks..


Tidak kira apa pun yang anak kita lakukan, kita haruslah menjadi lebih kreatif untuk mengajar mereka, baik ketika sedang membina atau merobohkan. Anda boleh lihat di dalam video ini, interaksi saya dengan anak-anak ketika mereka bermain blocks. Inilah blocks yang saya beritahu dalam entry sebelum ini. Yang besar dan paling mahal sampai RM 200++ kot, kalau tak silap. Semuanya gara2 susah nak dapat foam type blocks, saya tutup sebelah mata beli juga yang paling besar, memang puas lah main kan, tapi kat GBOB saya jual yang paling besar cuma RM 89.90. Saya cadangkan, ketika binaan sedang dibuat, anda sebut berulang-ulang setiap kali satu binaan diletakkan di atas binaan yang lain, perkataan ON TOP (sambil anda meletakkan binaan baru). Ini secara tidak langsung mengajar anak anda cara melakukan perbuatan tersebut dan mengajar mereka perkataan baru. Dan, bila binaan di robohkan, kita boleh sama-sama tergelak, dan membuat mimik muka sambil mengatakan, "Oh oh.. dah roboh.." dan sebagainya.


Selamat menonton dan bergembira bersama anak yer..:) 







post signature

post signature

No comments: