Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, February 18, 2011

Baby Harris: Bukti Stimulasi Berkesan @ GBOB!

Sekarang ni, bayi comel yang anda tengok di bawah ni dah pun selamat berada di Doha, Qatar. :) Rindu pulak saya dengan keletah dan kebijaksanaan Harris ni. Saya belek-belek album gambar yang saya dah transfer, nampak gambar Haris & family dan terus nak wat satu entry khas untuk si comel ni. :)

Me & the genius baby Harris!

Saya secara personal bangga dengan Mommy Harris kerana beliau begitu bersungguh-sungguh ingin menyertai Playgroup @ GBOB just for Harris. Dari Terengganu ke KL, dan selepas itu ke Doha pula, she really make an effort to learn how to stimulate Harris to the max. Masa Mommy Harris @ Norizan ni telefon saya, beliau masih berada di Terengganu, masa tuh saya tak tahu pun yang mereka sekeluarga akan berpindah ke Doha, Qatar pada awal bulan Febuari. Izan bgtau saya dia dari Terengganu dan nak datang my Playgroup pun saya dah cukup terkejut. Adoii.. jauh tuh yang! Rupa-rupanya, dia memang dalam plan untuk pindah semula ke KL dan lepas tuh akan mengikut suaminya ke Qatar. 

Me, Harris, Izan & Nina!

So, sebelum beliau ke Doha, she want to come over for the Playgroup Class. Memandangkan masa yang ada begitu singkat, beliau bercadang untuk enroll kan Harris for 4 classes. Saya pula yang rasa rugi sebab she also paid the Yearly Fee as other family tapi cuma managed untuk datang 4 kali sahaja. Suprisingly, she dont mind at all, because she really want to learn how to stimulate her only son. It makes me realizes that parents would do anything for the best of their children kan? Kerana kesungguhannya juga, saya buatkan class khas untuk Harris di mana it is a special class yang bukan weekly but mengikut masa free Izan dan campuran sukatan subjek sebab kalau boleh saya nak mak Harris belajar banyak dalam masa yg sekejap tu. Memang lah 4 kali tak boleh cover semua, but at least I want her to get an idea how to stimulate Harris at home. Satu lagi yang saya bangga, kerana dalam banyak-banyak kelas, kelas Level 1 yang paling kurang student, sedangkan kelas itulah YANG PALING PENTING! Dari situ saya sedar yang kesedaran ibu bapa tentang betapa pentingnya stimulasi dilakukan sejak anak mereka lahir memang kurang. Kalaulah mereka tahu yang tempoh masa 0-6 bulan tuh adalah masa yang sangat-sangat "crucial", mesti keluar-keluar spital jer, dah semangat nak htr anak ke kelas-kelas stimulasi, just like oversea parents selalu buat. Dorang kan tak pantang macam kita, cukup 2 minggu dah bawak anak ke all kinds of class yang ada kat sana, Kat Malaysia memang kurang kelas-kelas sebegini, itu saya akui, dan itulah cabaran yang perlu saya hadapi - Menerangkan pada ibu bapa betapa pentingnya tempoh 0-6 bulan usia anak tu. :) Nanti kita buat entry lain lah .. kang terkeluar tajuk plak kang! Hahahah..

Kakak comey yang baik sesangat!

Kali pertama Izan datang dan selepas habis kelas, beliau membeli beberapa jenis alat bantu untuk menstimulasi Harris at home. Selepas kali pertama, Izan agak busy meneruskan kerja-kerja harian dan persedian untuk ke Doha. Hanya apabila beliau berada di KL dan suaminya juga ada untuk membawa mereka anak beranak ke Doha, barulah Izan dapat datang ke kelas saya untuk baki 3 kelas. Kelas tersebut diadakan 4 hari sebelum Izan berangkat ke Doha. Very last minute kan? So every single day for the 3 days tuh, Izan datang ke kelas yang saya buat khas untuknya dan suprisingly, kami dapat melihat perubahan Harris yang sangat-sangat nyata! Saya yakin kerana stimulasinya dilakukan secara berterusan. 3 days in a row, dalam waktu yang lebih kurang sama, around 10.30 am. Harris seolah-olah tahu yang masa permainannya telah tiba dan bayi genius itu memberikan kerjasama yang sangat mengagumkan. He suprise us a lot! Just imagine, Harris can look at the word flash for right brain session for more than 10 seconds! Amazing kan! Lebih kurang 15 saat rasanya. Selalunya untuk bayi baru yang saya latih di kelas, jika mereka dapat bertahan 5 saat dah kira cukup baik sebenarnya, ada juga yang mencecah 10 saat, saya kagum! Tapi more than that, masih belum ada lagi saya jumpa. Bukan setakat tengok, boleh siap gelak2 suka lagi. Pastu mulut becok bila saya stop! Hahaha. Nak lagi lah tuh kan! 

We're genius!! (Harris cakap kat semua kengkawan dia!) Hehehhe

Memang kerjasama yang Harris berikan mengagumkan saya dan ternyata apa yang saya percayai selama ini benar. When u play a.k.a stimulate the babies on daily basis, as a routine, they will show their potential u will be amaze.Saya dah jumpa banyak anak-anak dari pelbagai peringkat, Level 1, 2 dan 4, ramai yang mula-mula datang sebagai kanak-kanak pemalu dan tidak mahu memberikan kerjasama, tapi selepas 2/3 kali hadir, they become more active dan jadi happy baby. Zairil, Aqil, Aqeef, Farihah, Afiq, Azzam dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama yang saya ingat pada waktu awal kehadiran mereka, sangat pemalu dan takut-takut serta tak mau join @ tak bagi kerjasama seperti yang Mommy mereka harapkan.) But now, they become more supportive and aggressive serta menjadi "happy baby" dalam class. Sebab tu saya bgtau kat parents, you should be grateful kalau anak u tak nangis atau tantrum dalam kelas. Walaupun dia tak join sgt, atau buat tak peduli, keep on running here and there to explore the new places, sekurang-kurangnya anak u berani dan observance, as a mother, kitalah kena guide anak kita untuk participate in all the session, kata pun masa main ngan anak kan? Hehehehe.. 

Nanti jumpa balik mesti dah besar budak bijak nih! 5 tahun ooo kat Qatar!

Dan, saya juga sememangnya sangat menggalakkan para ibu yang datang, tidak kira Level mana sekalipun, bila ada di rumah, gunakan apa yang telah dipelajari dalam kelas semasa di rumah juga. Ini bertujuan untuk menghubungkan sinaps-sinaps di otak anak, agar mereka mengingati aktiviti yang telah mereka lakukan pada minggu tersebut. I tell you- The result is TREMENDOUS! Saya selalu ulang ayat yang sama pada parents - Setakat 45 minit - 1 jam setengah dengan I dalam kelas, memang tak cukup dibandingkan dengan masa yang you  habiskan dengan anak. Dah lah seminggu sekali jer kan, tu belum lagi kalau tak datang kelas, sebab tu u kena buat juga aktiviti tuh kat rumah bersama anak you, then only you will see the result. Me as a Teacher akan membimbing tapi CIKGU TERBAIK ADALAH YOU SENDIRI! I pun tak boleh jadi Teacher terbaik untuk anak you! Ha ... kalau betul nak untung, eden tak cakap gini, lagi banyak uols datang, lagi untung aku kan? Peduli lah u buat ker tak buat kat umah, yang penting datang class selalu yer! Hahahhaa... tapi saya bukan camtu lah! Saya pun sama macam mak-mak lain- I WANT TO SEE RESULT, I WANT THE OUTCOME (sebab kita ni dah disogokkan dengan hasil, result atau keputusan sejak lahir kan ..hahahah) apabila datang kelas, jadi saya perlukan kerjasama dan bantuan dari para ibu bapa yang dah enrollkan anak itu. Saya hanya rasa saya berjaya apabila saya dapat melihat perubahan yang nyata dalam diri anak-anak genius ini. That is my benchmark! :)

Muka Izan nih ada iras2 adik sepupu hubby i tau! Macam Alia..:)

Kerana itu saya mudah kagum dengan anak-anak genius ini. Mungkin pada mak bapak perkara itu adalah perkara yang biasa, tetapi pada saya, ia adalah sesuatu yang besar, kejayaan anak yang besar dan kita harus meraikannya! Saya telah banyak membaca mengenai ECE dan kepentingannya terhadap pertumbuhan otak bayi dan kanak-kanak, dan saya sharekan apa yang saya tahu dalam seminar dan bengkel yang saya kendalikan, sebab itu saya sangat menghargai setiap inci pencapaian mana-mana bayi dan  kanak-kanak sekalipun. Saya belajar untuk menghargai usaha dan pencapaian mereka walaupun sedikit, kerana dari situlah anak-anak kita akan terus maju ke hadapan. Itu baru anak yang normal, kalau anak OKU atau yang brain damage @ brain injured, lagilah saya akan kagum dan rasa diri saya "kecik sangat" nak dibandingkan dengan anak-anak ini. So please, parents yang ada anak, tak kiralah normal ker, istimewa ker, ajaib ker, OKU ker, brain damage ker, hargailah setiap inci perkembangan anak anda and tell the world please!. Trust, trust, trust is very important! Ada satu segmen khas dalam Seminar saya tentang TRUST ni tau! Nanti kita share ok ..! :)

Semoga Izan & family happy di Doha dan akan meneruskan stimulasi bersama Harris & Nina. Comel betul Nina, 4 tahun tapi halus jer ..:) Good sister tau! Saya tak sabar juga nak tengok Harris pandai baca sebab izan pun dah beli LR+LM untuk anak dia. She said dia tak pandai IT sangat, FB ada pun jarang bukak, Blog apatah lagi. Saya tak tahulah Izan baca ker tak entry nih, hehehe...tapi kalau dia baca, saya nak bgtau dia yg saya bangga dengan pencapaian Harris selama 3 hari saya "bersiaran" dengan mereka awal bulan Feb yang lalu. In just 3 days, Harris menunjukkan peningkatan yang sungguh memberangsangkan. Just imagine kalau 3 bulan? Hmmmm.. superb! Tahniah to you and hubby coz believe in ECE dan lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga Allah SWT merahmati you dan keluarga. Jaga diri di Doha dan jangan lupakan daku! Ewah ..Sentimental nya bunyi! Hahhaa.. Mentel sungguh!  Nanti balik cuti kat M'sia, as u said to me, join activity kat GBOB okeh! :) Take care dear, & thanks for the trust u've given me to stimulate your genius baby!:)

post signature
post signature

No comments: