Salam Aidilfitri, rasanya masih tak terlambat Watie & keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada anda yang melayari laman blog ni. Sibuk sungguh saya sampai tak sempat nak update apa2 artikel seperti yang dirancang sebelum ini. Seminggu sebelum raya, memang Watie tak buat kelas, sebab dah agak ramai student akan balik kampung. Lagipun, Watie nak "mengerjakan" rumah yg dah macam tongkang pecah tu. Hambek ko.. 7 hari 7 malam mengerjakan rumah, dari bilik ke bilik satu demi satu Watie kemas. Nasib baik juga hubby ada tolong, kalau tak memang lagi lama lah agaknya masa untuk mengemas rumah.
Raya pertama bersama ibu & ayah Watie @ my sis house. Semua kata baju me & hubby cam pengantin nak nikah! Tapi lagi best sebab dah ada 2 pengapit! Wakakaka.. Tu baju nursing kurung moden tau! Tgklah Zayra mengamuk takmo duduk sebelah Atok. Nak Mommy dukung jugak!
Tahun ni kiranya tahun pertama lah Watie beraya tanpa maid menolong kerja-kerja rumah. Tak sangka gak lah, walaupun maid takder, Watie berjaya juga mengemas rumah dengan sangatlah bersih sampai hubby puji dan terkejut tgk rumah terang, kemas dan bersih. Siap tilam, langsir dan carpet semua aku cuci! Nasib baik lah sgt ada Roboclean, my best investment so far! Senang kerja Watie, tak penat sgt nak mengemop, puas hati Watie sebab tgk rumah dah bersih tanpa habuk, lega mata memandang. Hehehe.. Tapi tu lah, disebabkan terlalu sibuk mengemas rumah, sampai tidur malam pun ala-ala jer, jangan cakap nak berblog, nak menjenguk internet pun memang takder masa langsung! Bangun tidur jer terus mengemas, sampai malam, tidur kejap, then sahur, pastu sambung mengemas. Paling ganas, hari terakhir puasa tuh, lepas sahur jer, dari pukul 5.30 pagi Watie mengemas living room & dining room, pukul 10.30 am baru Watie duduk! Tak sedar langsung dah 5 jam Watie kerja non stop! Gilos btol.. hehehe.. hubby terperanjat bila turun tgk semua dah kemas dan cantik! Eekkekeke... Happy tgk muka dia terperanjat!
Masa ni kat Singapore rumah makcik we all yg paling rapat- Aunty Sarah. Sedap dia masak untuk we all. Watie belikan anak-anak baju Punjabi, comel sgt! Nampak lain dari lain sikit kan, nak bergerak pun senang! Sudahnya, baju raya kedua we all kena ikut tema baju anak, bukan anak ikut tema baju mak bapak! Ahaks!
Raya tahun ni Watie & family ada kat KL, raya pertama ngan kedua, then we all balik Singapore melawat nenek dan saudara mara sebelah mak & ayah Watie dr hari raya ketiga sampailah kelima. We all tidur kat The ZON Regency, tak tidur hotel Singapore pun, currency dia tinggi sangat, rasa tak berbaloi nak tidur hotel sana, kecik dan mahal, kalau hotel besar lg lah mahal kan...kebetulan pula The ZON ada buat promotion Raya, so harga dia berbaloi lah..:) Lagipun memang dekat dengan Imegresen & Kastam, sekejap jer dah leh sampai Singapore tuh.. Setakat balik tidur jer kan, memang sangat selesa lah ..Qarissa kemain suka lagi melepak atas katil..Hehehe..
Masa ni dah malam, sampai Singapore dah lewat, tapi tetap jenguk Nenek Timah dulu. Ni lah Nenek kesayangan Watie, sampai Watie kena lempang ngan Abah sebab asyik sedih teringatkan Nenek masa sekolah rendah dulu. Dah tahap kronik lah kot, kalau dah sampai bercakap ngan gambar Nenek, nampak flat kat KL semua Watie jerit "Nenek!!" Hahahaha... Mak dah risau sgt, mak ngadu ngan abah, terus abah lempang, baik terus aku pastu! Wakakakak.. (pas nangis kena lempang tu, Watie ngadu jugak ngan gambar Nenek, bg tau "Nenek" abah lempang!) Hahahhaa...
Tahun ni jugak, tahun pertama Watie beraya dengan wajah baru. Alhamdulillah, sejak awal Ramadhan, Watie secara perlahan-lahan cuba mengubah penampilan Watie ke arah menjadi Muslimah yang lebih baik. Takmolah sebut "berubah imej", geli jer dengar! (sebab ada yang kata kat Watie - "imej baru") Hahaha.. Siap ada yang tanya ni pakai time Ramadhan jer ker? Tanya camner dapat hidayah lah, sejak bila nak pakai tudung lah, apsal nak pakai lah.. semua cam tak percaya Watie dah pakai tudung. Hahahha.. Especially kawan-kawan sekolah & UTM lah, dorang dah lama kenal Watie, dorang tau Watie jenis yang giler-giler, happy go lucky, up to date & suka stylo mylo, dan maybe dorang tak sangka yg Watie akan pakai tudung sekarang kot? Maybe dorang pikir lambat lagi agaknya Watie akan pakai tudung. Hehhehe.. Watie tak sempat nak jawab panjang lebar sgt pun, nanti kalau Watie ada masa, Watie tulis lah dalam blog nih, macam mana Allah SWT bg hidayah pada Watie untuk lebih peka soal aurat, memang semuanya secara tak sengaja pun (kita yg rasa tak sengaja, pada Allah, memang Dia "sengajakan" dengan cara yg tak sengaja pada kita..heheh), kalau fikir balik, memang macam tak sangka juga, sebab pada Watie perubahan ini mesti datang dari hati, bukan kerana fesyen & ikut-ikutan tetapi kerana Allah. Seriously, pada Watie, ia adalah satu perubahan yg sangat BESAR dan bukan setakat "semua orang pakai, aku pun kena pakai". Harapnya, catatan ini juga sebagai ingatan dan kalau Watie ada tersasar sedikit dalam melalui kehidupan ni (dari segi berpakaian terutamanya), leh lah Watie baca balik catatan yang Watie sendiri tulis, semoga Watie akan kekal berpenampilan begini, Insya Allah..
Raya kedua @ KL. Ni masa kat umah Aunty Watie @ TTDI. Anak-anak pakai jubah bunga2, beli kat Jusco, best giler sebab ada diskaun 70%. Shopping last minit memang syiok oooo.. Jusco bg diskaun kaw-kaw punya! Nest time kan, kalau korang nak jimat banyak, jgn semangat na nak shopping awal-awal! kalau boleh, sehari sebelum raya baru gi shopping, confirm berbaloi! Hahaha.. Dari sehelai jer Watie buat baju raya anak, terus jadi 3 helai! Heheheh.. Murah bangat wei! Belas-belas ringgit jer after diskaun!
Di kesempatan ini juga, Watie & keluarga GBOB ingin memohon ampun & maaf pada semua pelayar laman blog ini dan kepada semua rakan-rakan, keluarga, pelanggan GBOB dan semua pembaca & mereka yang mengenali Watie dan keluarga sejak kecil hinggalah dah beranak-pinak ni. Kalau ada salah & silap sepanjang kita kenal, dari segi perbuatan, perkataan dan apa sahaja dosa-doa besar mahupun kecil yang Watie sedar @ tak sedar, Watie mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun & maaf di bulan mulia ini. Semoga Ramadhan & Aidilfitri kali ini memberi barakah & keinsafan yang lebih buat kita semua. Amin. Jumpa lagi di entry akan datang okeh..:) Salam Aidilfitri buat semua.
Watie ngan Along, with Danisha & Zayra. Motip letak gambar nih? Nak tunjuk betapa comelnya Zayra dengan songkok tinggi Pak Long dia! Hahahahha... Daddy nak sgt anak lelaki, Zayra berlakon jap jadi baby boy lah! Hihihi...
1 comment:
alhamdulillah.. happy for u, dear friend.. aku sgt2 faham bile ko mention about HIDAYAH tu.. kebetulan, ade sesuatu juga yg berlaku dlm hidup aku semenjak dua menjak ni yg buatkn aku relate to ur hijrah.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
Post a Comment