Lama sungguh rasanya saya tak update blog ni ..:) Sibuk dengan anak-anak dan kelas Playgroup, kerja 7 hari seminggu membuatkan masa saya begitu singkat untuk menulis. Syukur juga ada Fanpage FB GBOB dan kebelakangan ini saya sememangnya menggunakan medium tersebut 100% untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dengan pelanggan serta Fans GBOB. Siapa yang belum LIKE Facebook GBOB, cepat-cepat LIKE yer, dan cadangkan juga page tersebut pada rakan-rakan dan saudara mara, mungkin ianya berguna untuk mereka, Insya Allah ..:)
Saya menulis entry ini pada pukul 2.40 am, ketika anak-anak sedang enak dibuai mimpi. :) Saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua, pembaca setia blog saya. Sesuatu berlaku dalam hidup saya kelmarin, dan saya sudahpun berkongsi rasa sayu dan sedih itu dengan rakan-rakan saya di FB semalam, kini saya ingin abadikan kisah itu di blog pula, agar saya akan dapat membacanya selagi hayat dikandung badan, malah mungkin Zayra juga dapat menatap dan menghayati isi hati ibunya ini apabila beliau dewasa kelak..
Saya salinkan kembali apa yang saya tulis di Facebook saya semalam.
***Kengkawan..nak share citer sayu pasal Yaya smalam..balik2 jer aku terus cek apa barang aku dah beli utk anak2 aku for this coming holiday. Aku shopping sikit2 from the past few months so aku dah lupa apa benda yg dah beli dan apa yg belum. Bila cek2..rupanya aku dah beli glove for the kids.. Aku suruh lah Yaya cuba..excited giler Yaya sebab glove dia color purple.. Cepat2 dia mintak pakai.
Yg sedih tu kan.. Bila tgk muka Yaya happy sebab both hands dia ada 'jari-jari' yg complete..jadi Yaya macam excited lah jari tgn kanan tu panjang2..aku sayu jer tgk tambahan pula bila hubby kata "Cantik pulak Yaya pakai glove tu nampak cam semua jari ada. "..
Dan yang paling sedih..memang terganggu gak lah emosi aku.. Meleleh gak air mata dan hampir rasa bersalah sebab macam aku yg menyebabkan tangan dia lahir camtu...bila Yaya tak mo pakai mitten yang aku belikan utk dia. Aku beli wool mitten nak kasik panas tgn tu tapi Yaya tak nak pakai.. Pecah hati aku bila Yaya cakap, "Taknaklah pakai ni Mommy.."..bila aku tanya kenapa...jawapan dia buat aku sedih sangattttt...Yaya kata "Taknak..ni ada 1 jer finger..ni takder!!" *sambil tunjuk kat mitten tu. Mitten tu hanya ada sarung 'jari' kat thumb dan yg lain takder..*
Memang aku terus terdiam dan kitaorang laki bini cam tersenyap jap dgr Yaya cakap macam tu.. Terus bergenang air mata aku dan aku peluk Yaya kuat2...:'(((
Yaya sayang..kalaulah Mommy ada kuasa utk buat tangan Yaya normal semula....Mommy akan buat saayanggggg...huwaaaaa!!! *tetiba emo plak hujan2 ni haaaaa***
Itulah luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi yang tak terduga seperti ini. Walaupun Yaya bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku, tetapi sebagai ibu, naluri keibuan saya cukup tersentuh dan sekuat-kuat ..setabah-tabah saya ini pun, akhirnya lemah juga hanya dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi ianya datang dari anak sekecil Yaya yang baru menginjak usia 2 tahun 7 bulan. Saya dapat lihat mata Yaya bersinar-sinar kesukaan tatkala melihat tangannya yang kelihatan sungguh sempurna apabila dia memakai glove itu dan kalaulah saya ada kuasa magis, ingin saja saya letakkan tongkat sakti ke tangannya dan pastikan ia normal sama seperti kanak-kanak lain..
Ya, seorang ibu dan ayah akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi apabila datangnya satu hakikat dan takdir yang tidak mampu kita tolak, hanya doa sahaja yang dapat kita panjatkan semoga Allah SWT membantu kita dalam membesarkan amanahNya ini. Benarlah kata rakan baik saya yang juga mempunyai anak OKU, setiap ibu bapa itu cabarannya lain, anak beliau mungkin tidak pandai berkata-kata dan mempersoalkan mengapa dan kenapa dia menjadi OKU kerana dilahirkan dengan hampir tiada sel otak, dan untuk berkata-kata adalah sesuatu yang hampir mustahil, jadi dia tidak perlu bersusah payah dan pening2 nak berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada anaknya itu. Berbeza dengan saya, anak saya kelainannya di tangan kanan, alhamdulillah otaknya berfungsi normal dan sudah tentu saya harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini yang kadangkala saya tidak bersedia sepenuhnya .. :(
Semasa rakan saya itu memberikan hujahnya, sungguh saya rasa kagum melihat beliau. Saya tahu yang cabaran beliau bukan kecil anak, bukan calang-calang, besar sungguh cabaran yang beliau hadapi, boleh dikatakan hampir setiap masa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kondisi kesihatan anaknya yang pasang surut tidak henti-henti, tetapi beliau masih lagi melihat "saya ini bertuah berbanding dirinya" dengan mengemukakan hujah seperti di atas, sedangkan kalau kita lihat secara luaran dan secara logik, patutnya sayalah yang rasa bertuah dan bersyukur kerana anak saya cuma kekurangan dari segi fizikal sahaja. Zayra masih boleh melakukan apa yang anak-anak lain lakukan, cuma mungkin ada sedikit limitasi yang saya rasa tidak akan menjejaskan langsung kualiti hidupnya. Benarlah kata ahli falsafah, "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Bagaimana kita melihat diri kita, bagaimana kita melihat dunia ini dan isinya serta bertindak balas dengannya, membezakan antara kita dengan orang lain.
Begitulah kita ini sebagai hamba Allah SWT yang tidak pernah sempurna. Melihat diri kita, nasib kita dan mula merungut serta kecewa dengan takdir yang telah ditetapkan hanya akan membuatkan kita semakin lemah. Mempersoalkan kerja Allah SWT yang kita rasa tidak adil, tidak siap, tidak cantik, tidak seperti yang lain yang DIA ciptakan kebiasaannya hanya akan membuatkan kita mudah dikuasai emosi dan syaitan. Satu petua yang saya amalkan dan saya rasa ia cukup berkesan dalam menaikkan kembali motivasi diri tatkala rasa sedih menyerang *untuk apa jenis situasi yang melanda* adalah dengan MEMBUKA MATA saya luas-luas, dan melihat sekeliling saya. Instead of looking at myself and my fate, I'm looking around at the people. Berapa ramai lagi orang yang situasinya lebih dasyat dari saya? Kenapa saya begitu lemah dengan ujian menguji keimanan yang begitu sedikit dari Allah SWT ini? Dan saya dengan bangga mengaku saya Islam?? Tetapi rukun iman pun tak lepas!!! Saya tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah?? Dan..cukup setakat itu, saya akan angkat tangan dan surrender. Malu saya pada Allah. Takut saya untuk terus mencari sebab mengapa saya harus rasa tidak puas hati dengan apa yang telah DIA berikan pada saya. Terus saya tidak lagi memikirkan kesedihan yg saya alami itu. Dengan sekelip mata hati saya yg gundah terubat dan saya tahu malah percaya sungguh-sungguh, Allah tidak memberikan saya sesuatu yang saya rasakan "masalah" itu tanpa ada sebab musababnya. Janji Allah itu pasti, hanya saya yang perlu mengerti. Saya yakin sesungguhnya yang Allah tidak beri Zayra pada saya untuk suka-suka, Allah mahu saya lakukan sesuatu, Allah mahu saya menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang dapat memberikan manfaat pada manusia lain dan ianya memang benar..sungguh benar!!
Lihatlah saya sekarang, memberikan konsultasi, motivasi dan semangat pada semua ibu bapa dan anak-anak, baik yang sempurna ataupun istimewa. Tanpa mengenal saya sepenuhnya, tidak pernah berjumpa, hanya melalui tulisan, dengan izin Allah saya berjaya menyentuh hati dan memberikan inspirasi pada mereka yang membaca blog ini. Padahal, saya ini bukan siapa-siapa sebelum Quzayra hadir dalam hidup saya. Saya ibu biasa, sama seperti anda semua, tetapi selepas kehadiran anak bertuah ini, hidup saya berubah, harus saya mengakui yang saya menjadi insan yang lebih baik selepas kehadiran Zayra. Alangkah cantiknya percaturan Allah itu, mengamanahkan Zayra kepada saya suami isteri kerana DIA tahu saya mampu membantu orang lain dengan tulisan dan pemikiran saya. DIA berikan saya fikiran yang pantas, suara yang jelas, hati yang kuat dan bersemangat, otak yang tajam untuk saya belajar ilmu-ilmuNYA dan kemudian menyampaikannya kepada masyarakat. Tanpa Zayra yang istimewa, saya mungkin asyik berblog dan bercerita tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra yang normal tanpa memahami isi hati ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, mengeluarkan idea dan berkongsi rasa disamping memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa lain. Allah ingin saya mengumpul pahala sebanyak mungkin melalui perkongsian saya. Dengan adanya Zayra, Allah beri saya peluang. Peluang menambah pahala. Peluang untuk saya kongsikan dengan masyarakat yang akhirnya membawa manfaat pada banyak pihak. Subhanallah.. hanya dengan mengirimkan Zayra yang istimewa, banyak sungguh hikmahnya yang saya dapat lihat .. Cuma, apa yang harus kita semua ingat, hikmah itu HANYA DAPAT DILIHAT, DIRASAI & DINIKMATI HANYA JIKA KITA MEMBUKA MATA HATI...:)
Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu huraian yang saya dengar di TV9 baru-baru ini. Saya lupa nama Ustaznya, tetapi beliau bukan Melayu. Ceramahnya dalam bahasa Inggeris. Agak terkenal juga, cuma saya tidak pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau di TV. Kebetulan hari itu saya di meja makan di rumah kakak dan rancangan Ustaz itu ke udara, dan saya mendengar penuh minat. Beliau menghuraikan tentang ayat ini yang saya rasakan huraiannya cukup menarik dan memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap apa yang selama ini kita kurang peduli. Ayatnya seperti di bawah:
Selalu sangat kita dengar kan? Dah boleh hafal pun! Tapi apa yang kita faham dari ayat ini? Apa yang boleh kita huraikan?Apa yang boleh kita simpulkan? Kata Ustaz tersebut yang masih saya ingat dan terkesan sehingga kini tentang ayat di atas ialah: Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan kita ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup, peralatan yang ada dalam diri kita sendiri untuk kita gunakan dalam menangani dan mengatasi ujian itu dengan bijaksana. Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian menangkis masalah dan ujian itu, kita sebenarnya sudah pun dibekalkan dengan alat bantu sebelum kita diuji supaya kita ini terdaya menongkah ujian yang diberikan itu dengan jayanya. Beliau turut memberikan contoh Nabi Musa ketika dikejar askar Firaun. Bila Nabi Musa dikejar askar Firaun, Nabi Musa lari sehingga sampai ke Laut Merah dan beliau terhenti disitu. Nabi Musa berdoa pada Allah, dan Allah tanya Nabi Musa apa yang dipegangnya, Nabi Musa jawab, takder apa, ni ranting kayu buat aku halau-halau kambing petang-petang, tiada apa yang istimewa. Tetapi Allah Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut untuk menyelamatkan diri dari tentera tersebut dan dengan izin Allah dan mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah, Laut Merah terbelah dan selamatlah Nabi Musa. Tanya Ustaz itu sewaktu menghuraikan situasi ini, kenapa tongkat Nabi Musa yang ada ditangannya itu yang Allah suruh ketuk, kenapa Allah tak suruh guna ranting-ranting kayu yang ada dikelilingnya tuh? Itulah menunjukkan yang Allah tidak memberikan pada kita sesuatu itu dengan sia-sia. Tongkat kayu yang buruk dan seolah-olah tiada gunanya itulah yang menjadi penyelamat di saat-saat yang amat kritikal dan amat berguna. Hmmm..menarik kan huraian ini? Sungguh saya terkesan bila mendengar penjelasan dan huraian Ustaz ini dalam topik UJIAN Allah ini. Kawan-kawan sayang, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan lupakan kata-kata ini - "Kita adalah APA YANG KITA FIKIRKAN". Jika baik dan lurus serta ikhlas pemikiran kita terhadap segala ujian yang Allah berikan, maka kita akan dapat lihat hikmahnya, kita dapat lihat apakah "tools @ alat bantu" yang Allah telah kirimkan dan berikan pada kita dengan segera dan kita akan jumpa penyelesaian terhadap ujian itu secepat mungkin.
Saya rasa tidak salah untuk kita rasa sedih dan terharu serta sayu untuk setengah-setengah ujian yang Allah beri dan situasi yang kita lalui, kerana itulah juga emosi yang Allah berikan pada kita hambanya ini. Allah yang bagi kita sekeping hati untuk merasai pelbagai gelojak rasa dalam kehidupan sehari-hari. Tidak salah untuk mempunyai rasa itu tetapi biarlah berpada. Biarlah ada hadnya. Jika perlu menangis dan meraung untuk 5-10 minit, lakukan jika itu mampu melepaskan bebanan di dada yang berat dan sarat. Selepas puas menangis dalam tempoh 10 minit itu, lap lah air mata kita, bangkit kembali dan melangkahlah dengan berani, yakin dan pasti yang Allah SWT sentiasa ada bersama kita, Allah akan bantu kita mengharungi ujian ini. itulah yang saya lakukan setiap kali perasaan dan gelojak rasa saya condong ke kiri. Di saat saya sedih, terharu, kecewa, risau, dan pelbagai rasa lagi, saya tidak akan sekali-kali membenar perasaan itu menguasai akal saya. Tidak!! Hanya saya yang berhak menguasai akal saya sendiri dan bertindak selari dengan tuntuan agama, dengan bantuan dan alat bantu yang telah pun Allah berikan sebelum saya diuji, Insya Allah. Bila saya rasa perlu, saya akan berkongsi rasa dengan rakan-rakan FB tentang perasaan saya di saat itu sebagai salah satu cara mendapatkan kekuatan dan sokongan dari orang-orang keliling saya yang saya sayangi, yang pasti akan memberikan kata-kata semangat yang menenangkan, kerana saya tahu, saya takkan pernah keseorangan. :)
Saya tahu ada dikalangan pembaca blog ini juga mempunyai anak istimewa. Dan saya tahu situasi anak istimewa setiap dari kita ini berbeza-beza. Cabaran kita berbeza tetapi naluri keibuan kita sama. Saya juga ada menerima mesej peribadi dari ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa, dan ada juga yang baru mendapat khabar bakal melahirkan anak istimewa, di mana mereka sukar menerima hakikat itu pada awalnya dan setelah membaca blog ini, mereka kembali bersemangat dan tahu mereka tidak keseorangan. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Semuanya dengan izin Allah juga. Ingatlah, anda sememangnya tidak keseorangan. Dan percayalah yang sesungguhnya hidup anda akan jadi lebih baik selepas di uji Allah SWT. Saya akhiri coretan ini dengan nukilan hati,
***Kengkawan..nak share citer sayu pasal Yaya smalam..balik2 jer aku terus cek apa barang aku dah beli utk anak2 aku for this coming holiday. Aku shopping sikit2 from the past few months so aku dah lupa apa benda yg dah beli dan apa yg belum. Bila cek2..rupanya aku dah beli glove for the kids.. Aku suruh lah Yaya cuba..excited giler Yaya sebab glove dia color purple.. Cepat2 dia mintak pakai.
Yg sedih tu kan.. Bila tgk muka Yaya happy sebab both hands dia ada 'jari-jari' yg complete..jadi Yaya macam excited lah jari tgn kanan tu panjang2..aku sayu jer tgk tambahan pula bila hubby kata "Cantik pulak Yaya pakai glove tu nampak cam semua jari ada. "..
Dan yang paling sedih..memang terganggu gak lah emosi aku.. Meleleh gak air mata dan hampir rasa bersalah sebab macam aku yg menyebabkan tangan dia lahir camtu...bila Yaya tak mo pakai mitten yang aku belikan utk dia. Aku beli wool mitten nak kasik panas tgn tu tapi Yaya tak nak pakai.. Pecah hati aku bila Yaya cakap, "Taknaklah pakai ni Mommy.."..bila aku tanya kenapa...jawapan dia buat aku sedih sangattttt...Yaya kata "Taknak..ni ada 1 jer finger..ni takder!!" *sambil tunjuk kat mitten tu. Mitten tu hanya ada sarung 'jari' kat thumb dan yg lain takder..*
Memang aku terus terdiam dan kitaorang laki bini cam tersenyap jap dgr Yaya cakap macam tu.. Terus bergenang air mata aku dan aku peluk Yaya kuat2...:'(((
Yaya sayang..kalaulah Mommy ada kuasa utk buat tangan Yaya normal semula....Mommy akan buat saayanggggg...huwaaaaa!!! *tetiba emo plak hujan2 ni haaaaa***
Itulah luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi yang tak terduga seperti ini. Walaupun Yaya bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku, tetapi sebagai ibu, naluri keibuan saya cukup tersentuh dan sekuat-kuat ..setabah-tabah saya ini pun, akhirnya lemah juga hanya dengan kata-kata seperti itu. Apatah lagi ianya datang dari anak sekecil Yaya yang baru menginjak usia 2 tahun 7 bulan. Saya dapat lihat mata Yaya bersinar-sinar kesukaan tatkala melihat tangannya yang kelihatan sungguh sempurna apabila dia memakai glove itu dan kalaulah saya ada kuasa magis, ingin saja saya letakkan tongkat sakti ke tangannya dan pastikan ia normal sama seperti kanak-kanak lain..
Ya, seorang ibu dan ayah akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan anaknya dapat yang terbaik dalam hidupnya, tetapi apabila datangnya satu hakikat dan takdir yang tidak mampu kita tolak, hanya doa sahaja yang dapat kita panjatkan semoga Allah SWT membantu kita dalam membesarkan amanahNya ini. Benarlah kata rakan baik saya yang juga mempunyai anak OKU, setiap ibu bapa itu cabarannya lain, anak beliau mungkin tidak pandai berkata-kata dan mempersoalkan mengapa dan kenapa dia menjadi OKU kerana dilahirkan dengan hampir tiada sel otak, dan untuk berkata-kata adalah sesuatu yang hampir mustahil, jadi dia tidak perlu bersusah payah dan pening2 nak berfikir jawapan apa yang patut diberikan pada anaknya itu. Berbeza dengan saya, anak saya kelainannya di tangan kanan, alhamdulillah otaknya berfungsi normal dan sudah tentu saya harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti ini yang kadangkala saya tidak bersedia sepenuhnya .. :(
Semasa rakan saya itu memberikan hujahnya, sungguh saya rasa kagum melihat beliau. Saya tahu yang cabaran beliau bukan kecil anak, bukan calang-calang, besar sungguh cabaran yang beliau hadapi, boleh dikatakan hampir setiap masa dalam keadaan berjaga-jaga dengan kondisi kesihatan anaknya yang pasang surut tidak henti-henti, tetapi beliau masih lagi melihat "saya ini bertuah berbanding dirinya" dengan mengemukakan hujah seperti di atas, sedangkan kalau kita lihat secara luaran dan secara logik, patutnya sayalah yang rasa bertuah dan bersyukur kerana anak saya cuma kekurangan dari segi fizikal sahaja. Zayra masih boleh melakukan apa yang anak-anak lain lakukan, cuma mungkin ada sedikit limitasi yang saya rasa tidak akan menjejaskan langsung kualiti hidupnya. Benarlah kata ahli falsafah, "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Bagaimana kita melihat diri kita, bagaimana kita melihat dunia ini dan isinya serta bertindak balas dengannya, membezakan antara kita dengan orang lain.
Lihatlah saya sekarang, memberikan konsultasi, motivasi dan semangat pada semua ibu bapa dan anak-anak, baik yang sempurna ataupun istimewa. Tanpa mengenal saya sepenuhnya, tidak pernah berjumpa, hanya melalui tulisan, dengan izin Allah saya berjaya menyentuh hati dan memberikan inspirasi pada mereka yang membaca blog ini. Padahal, saya ini bukan siapa-siapa sebelum Quzayra hadir dalam hidup saya. Saya ibu biasa, sama seperti anda semua, tetapi selepas kehadiran anak bertuah ini, hidup saya berubah, harus saya mengakui yang saya menjadi insan yang lebih baik selepas kehadiran Zayra. Alangkah cantiknya percaturan Allah itu, mengamanahkan Zayra kepada saya suami isteri kerana DIA tahu saya mampu membantu orang lain dengan tulisan dan pemikiran saya. DIA berikan saya fikiran yang pantas, suara yang jelas, hati yang kuat dan bersemangat, otak yang tajam untuk saya belajar ilmu-ilmuNYA dan kemudian menyampaikannya kepada masyarakat. Tanpa Zayra yang istimewa, saya mungkin asyik berblog dan bercerita tentang apa yang saya lakukan sehari-hari dengan Qarissa dan Quzayra yang normal tanpa memahami isi hati ibu-ibu lain yang mempunyai anak istimewa, mengeluarkan idea dan berkongsi rasa disamping memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa lain. Allah ingin saya mengumpul pahala sebanyak mungkin melalui perkongsian saya. Dengan adanya Zayra, Allah beri saya peluang. Peluang menambah pahala. Peluang untuk saya kongsikan dengan masyarakat yang akhirnya membawa manfaat pada banyak pihak. Subhanallah.. hanya dengan mengirimkan Zayra yang istimewa, banyak sungguh hikmahnya yang saya dapat lihat .. Cuma, apa yang harus kita semua ingat, hikmah itu HANYA DAPAT DILIHAT, DIRASAI & DINIKMATI HANYA JIKA KITA MEMBUKA MATA HATI...:)
Jangan sesekali kita bersangka buruk pada Allah SWT. Saya ingin berkongsi satu huraian yang saya dengar di TV9 baru-baru ini. Saya lupa nama Ustaznya, tetapi beliau bukan Melayu. Ceramahnya dalam bahasa Inggeris. Agak terkenal juga, cuma saya tidak pernah berkesempatan mendengar ceramah beliau di TV. Kebetulan hari itu saya di meja makan di rumah kakak dan rancangan Ustaz itu ke udara, dan saya mendengar penuh minat. Beliau menghuraikan tentang ayat ini yang saya rasakan huraiannya cukup menarik dan memberikan satu persepsi yang berbeza terhadap apa yang selama ini kita kurang peduli. Ayatnya seperti di bawah:
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Selalu sangat kita dengar kan? Dah boleh hafal pun! Tapi apa yang kita faham dari ayat ini? Apa yang boleh kita huraikan?Apa yang boleh kita simpulkan? Kata Ustaz tersebut yang masih saya ingat dan terkesan sehingga kini tentang ayat di atas ialah: Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan kita ini telah dibekalkan dengan kelengkapan yang cukup, peralatan yang ada dalam diri kita sendiri untuk kita gunakan dalam menangani dan mengatasi ujian itu dengan bijaksana. Allah takkan biarkan kita terkapai-kapai sendirian menangkis masalah dan ujian itu, kita sebenarnya sudah pun dibekalkan dengan alat bantu sebelum kita diuji supaya kita ini terdaya menongkah ujian yang diberikan itu dengan jayanya. Beliau turut memberikan contoh Nabi Musa ketika dikejar askar Firaun. Bila Nabi Musa dikejar askar Firaun, Nabi Musa lari sehingga sampai ke Laut Merah dan beliau terhenti disitu. Nabi Musa berdoa pada Allah, dan Allah tanya Nabi Musa apa yang dipegangnya, Nabi Musa jawab, takder apa, ni ranting kayu buat aku halau-halau kambing petang-petang, tiada apa yang istimewa. Tetapi Allah Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut untuk menyelamatkan diri dari tentera tersebut dan dengan izin Allah dan mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah, Laut Merah terbelah dan selamatlah Nabi Musa. Tanya Ustaz itu sewaktu menghuraikan situasi ini, kenapa tongkat Nabi Musa yang ada ditangannya itu yang Allah suruh ketuk, kenapa Allah tak suruh guna ranting-ranting kayu yang ada dikelilingnya tuh? Itulah menunjukkan yang Allah tidak memberikan pada kita sesuatu itu dengan sia-sia. Tongkat kayu yang buruk dan seolah-olah tiada gunanya itulah yang menjadi penyelamat di saat-saat yang amat kritikal dan amat berguna. Hmmm..menarik kan huraian ini? Sungguh saya terkesan bila mendengar penjelasan dan huraian Ustaz ini dalam topik UJIAN Allah ini. Kawan-kawan sayang, ambil pengajaran dari kisah ini. Jangan lupakan kata-kata ini - "Kita adalah APA YANG KITA FIKIRKAN". Jika baik dan lurus serta ikhlas pemikiran kita terhadap segala ujian yang Allah berikan, maka kita akan dapat lihat hikmahnya, kita dapat lihat apakah "tools @ alat bantu" yang Allah telah kirimkan dan berikan pada kita dengan segera dan kita akan jumpa penyelesaian terhadap ujian itu secepat mungkin.
Saya rasa tidak salah untuk kita rasa sedih dan terharu serta sayu untuk setengah-setengah ujian yang Allah beri dan situasi yang kita lalui, kerana itulah juga emosi yang Allah berikan pada kita hambanya ini. Allah yang bagi kita sekeping hati untuk merasai pelbagai gelojak rasa dalam kehidupan sehari-hari. Tidak salah untuk mempunyai rasa itu tetapi biarlah berpada. Biarlah ada hadnya. Jika perlu menangis dan meraung untuk 5-10 minit, lakukan jika itu mampu melepaskan bebanan di dada yang berat dan sarat. Selepas puas menangis dalam tempoh 10 minit itu, lap lah air mata kita, bangkit kembali dan melangkahlah dengan berani, yakin dan pasti yang Allah SWT sentiasa ada bersama kita, Allah akan bantu kita mengharungi ujian ini. itulah yang saya lakukan setiap kali perasaan dan gelojak rasa saya condong ke kiri. Di saat saya sedih, terharu, kecewa, risau, dan pelbagai rasa lagi, saya tidak akan sekali-kali membenar perasaan itu menguasai akal saya. Tidak!! Hanya saya yang berhak menguasai akal saya sendiri dan bertindak selari dengan tuntuan agama, dengan bantuan dan alat bantu yang telah pun Allah berikan sebelum saya diuji, Insya Allah. Bila saya rasa perlu, saya akan berkongsi rasa dengan rakan-rakan FB tentang perasaan saya di saat itu sebagai salah satu cara mendapatkan kekuatan dan sokongan dari orang-orang keliling saya yang saya sayangi, yang pasti akan memberikan kata-kata semangat yang menenangkan, kerana saya tahu, saya takkan pernah keseorangan. :)
Saya tahu ada dikalangan pembaca blog ini juga mempunyai anak istimewa. Dan saya tahu situasi anak istimewa setiap dari kita ini berbeza-beza. Cabaran kita berbeza tetapi naluri keibuan kita sama. Saya juga ada menerima mesej peribadi dari ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa, dan ada juga yang baru mendapat khabar bakal melahirkan anak istimewa, di mana mereka sukar menerima hakikat itu pada awalnya dan setelah membaca blog ini, mereka kembali bersemangat dan tahu mereka tidak keseorangan. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan. Semuanya dengan izin Allah juga. Ingatlah, anda sememangnya tidak keseorangan. Dan percayalah yang sesungguhnya hidup anda akan jadi lebih baik selepas di uji Allah SWT. Saya akhiri coretan ini dengan nukilan hati,
"JANJI ALLAH ITU PASTI, HANYA KITA YANG PERLU MENGERTI"