PERUT - Itulah dia satu organ yang sungguh banyak jasanya pada sekalian manusia kan? Thanks Allah SWT for the perut a.k.a stomach. Meh kita tgk apa gunanya perut apa yang kita boleh buat perut :
1. Apa yang kita makan, semua masuk dalam perut.
2. Bila lapar pegang perut.
3. Bila kenyang pegang perut.
4. Bila sakit perut, dah tentu pegang perut.
5. Tangan bila tak tahu nak letak mana, boleh letak atas perut (terutamanya utk lelaki yang berperut "mancung")- leh jadi arm rest kekdahnya!
6. Bila ngandung, mesti suka sebab ada baby dalam perut.
7. Bila happy, sedih, mual, nak muntah masa ngandung, mesti usap2 perut
8. Bila baby tendang-tendang, kita pun suka dan pegang2 perut
9. Bila perut dah besar giler, dah gatal kulit tuh, mesti garuk-garuk perut
10. Yang apaknya pulak, bila nampak baby tendang perut, excited sama nak pegang Mummy punya perut.
11. Tiba masa bersalin Mummy sakit perut
12. Tiba masa bini nak bersalin, Daddy pulak kecut perut
13. Silap2 masa bini meneran, Daddy kat toilet sebab sakit perut!
14. Bila anak dah keluar, Mummy letak atas perut
15. Bila Daddy nak adjust tgn masa dukung baby, mesti duduk dan standby perut.(wkakaka..takut anak tergolek kalau salah pegang...)
16. Dalam pantang, Mummy sibuk nak berurut & kecutkan perut
17. Dalam pantang, Daddy terpaksa "ikat perut". Waakakakaka!
18. Bila dah lenguh dukung baby, baik Mummy atau Daddy landingkan anak atas perut.
19. Bila lepas mandikan anak, mesti sapu minyak telon dan losyen kat perut
20. Bila gurau-gurau ngan anak, mesti nak geletek perut.
21. Bila anak kembung, plak, bagi minum air colic dan usap2 minyak kat perut
22. Entah-entah korang sekarang tgh gelak2 sambil pegang perut! Hhahaa..
23. Dan yang terakhir dan paling besttt.. bila anak dah agak2 pandai atau memandai-mandai... ni lah dia akan buat!!!!!
TEKAN LAPPY PAKAI PERUT!
Adoi! Rosaklah Lappy aku tak lama lagi!
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Perut OH Perut!
No comments:
Post a Comment