Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, July 20, 2009

Product Review - Disney First Look & Find Book

Lepas balik dr Gymboree 2 minggu lepas, aku singgah ke MPH di Bangsar Village. Memang MPH ni berdekatan dengan Gymboree. Aku suka jalan-jalan tgk-tgk apa yg patut untuk dibeli for my little Qarissa. Tak sabar btol nak tunggu dia besar dan pandai cakap. Boleh main education game sama-sama.Hehhe..

Aku terjumpa this book & after membelek-belek, aku sangat tertarik dengan buku ni. Walaupun besar untuk Q pegang, tapi aku beli jugak. Hheheh..Takut by the time dia besar, aku carik balik dah tak jumpa plak kang, baik aku rembat dulu. Hehhe..Sebab buku ni quite different dr buku-buku bacaan yang lain. Tajuk nya - DISNEY First Look & Find.

Muka depan yang tebal, ada sponge, keras & bewarna-warni serta ber blink-blink utk menarik perhatian kanak-kanak.

Apa yang bestnya buku nih?
  • Bukunya jenis kulit keras, dari luar sampailah dalam. Semuanya keras. Jadi boleh tahan lama.
  • Warna dalam buku ni sangat menarik dan ceria untuk anak-anak tgk. Princess dia semua lawa-lawa & kualiti warna nya tinggi.
  • Kulit dia tebal macam ada sponge dan ada blink-blink yang timbul. Aku mmg suka this kind of books sebab nak stimultae deria rasa tgn Qarissa. Memang aku selalu ambil tgn Qarissa dan usap-usap kat kulit buku tuh sebab nak bg dia rasa the tekstur
  • Dia bukan hanya buku cerita yg biasa tetapi ada juga aktiviti yang merangsang minda.
  • Kita boleh buat aktiviti ni bersama anak kita. Very simple & fun. Walaupun Q baru setahun 3 minggu, aku tetap tunjukkan dia & borak-borak with her pasal aktiviti ni. Its too early untuk ajak dia main sama in the aktiviti but i just try my luck. Yang penting Q suka belek buku. Tu yang penting, Tanamkan sifat suka & cinta pada buku sejak kecil. Seriously, aku dah nampak hasilnya. Q memang tak boleh tgk aku atau Nor pegang buku! Dia mesti nak pegang sama. Hehehe..nanny Q, si Nor selalu bgtau, bila setiap kali dia baca buku, Q akan ambil any book & pretend to read. Dia selak-selak buku yang dia tgh pegang. Hehhee..So cute ..
Apa aktivitinya ?
  • Selain dari membaca, kita juga boleh mencari benda tersembunyi. Kalau korang tgk gambar yg aku attach ni, setiap page dalam buku ni ada cerita tersendiri. Kalau anak dah pandai baca, kita galakkan dia untuk baca arahan dalam buku ni dan cuba suruh anak translate balik dalam bahasa Melayu @ bahasa ibunda. Secara tak langsung, kita polish anak kita untuk bertutur dalam 2 @ 3 bahasa.
  • Then, kita suruh dia cari gambar di sebelah kiri (dalam kotak putih tu) dan cari gambar yang serupa dalam page tersebut. Ini dapat meningkatkan tumpuan mata & fikiran anak kita. Stimulate in a fun way. Jangan lupa PUJI bila dia dapat cari gambar yg sama!! Kalau nak lagi best, kita leh wat game macam "Sapa cepat dia menang". Kita kira sampai 3 dan cepat-cepat tunjukkan gambar yg sama. Sapa tunjuk dulu dia menang. Tapi kita try lah pretend yang kita tak nampak the same picture & bagi anak kita menang. Kenalah berlakon sket kan..Hehhehe..jadi anak wayang. Bila kita bg anak kita menang (Make it real & bukan nya dengan cara fake hokayy..heheh) dan kita puji kecekapan dia sambil tepuk tangan, anak kita akan rasa bangga dan secara tak langsung, meningkatkan keyakinan dia untuk bertindak lebih aktif dan jadi lebih cemerlang. Kita semai perasaan yakin diri jadi anak kita tak rendah diri bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah yang lain. Sekali-sekala kita pula yang menang, supaya anak kita rasa yang ada pertandingan kat situ. Kalau kita asyik kalah jer, nampak na yang kita nih purposely nak bg anak menang kan ..nampak sangatlah kepura-puraannya .. Hhehehe..Thats the game shud be lah i rasa. Hishh..bila lah nak main ngan Qarissa cam ni kan ..Mesti best! Hehhe..takper-takper ..i share with uols dulu, nanti dah tiba masanya, i pulak main ngan Q .. hmm...
  • Kita juga boleh buat aktiviti sendiri dengan jadi lebih kreatif. Mungkin kita boleh suruh anak kita tunjukkan mana fish contohnya, ada berapa ekor frog, kita boleh tanya frog in malay apa maknanya, apa yang sedang Prince Eric tu buat, berapa ekor duck yang ada, dan macam-macam lagi. Try to be creative as much we can. Yang penting adalah komunikasi 2 hala. Sebab this is the way untuk kita rapatkan hubungan antara ibu @ bapa dengan anak. Dari sini juga, mungkin anak kita akan rasa rapat dengan kita and start to share whatever in their mind.
  • Buku ni ada dalam 6 - 7 muka surat yang berbeza ceritanya. Aktiviti yang utama adalah mencari benda tersembunyi tetapi seperti yang aku katakan di atas, kita perlu menjadi kreatif dan maksimumkan penggunaan buku ni sepenuhnya. Di muka surat akhir buku ini, ada juga cadangan-cadangan untuk kita memaksimumkan penggunaan buku ini selain dari mencari benda tersebunyi. Jadi, kita boleh mendapat sedikit idea on how to maximize this book!
Contoh salah satu muka surat & aktiviti dalam buku ni. Semuanya berasaskan cerita dalam DISNEY PRINCESS. Semua watak ada. Gambar di dalam kotak putih sebelah kiri itulah yang kita mesti cari dan padankan dengan gambar di dalam page tersebut.

Kelebihan lain untuk kanak-kanak & harganya?
  • Seperti yang korang boleh tgk di belakang buku ini, ada diterangkan dengan jelas, apa yang toddlers boleh buat. They can search, point & match. They also can make comparisons and discover concepts such as size, shapes & colors. They can follow simple directions and can read book alone!
  • Pada pendapat aku, buku ni amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan ke atas sampailah 7 tahun. Kat belakang buku nih kata this book selamat utk kanak-kanak berusia 0 months +. Mungkin kalau anak kita masih kecil, kita pegangkan this book & borak-borak with our baby. Biar mata baby kita tgk all the colorful pictures. As soon as they can understand simple instruction and start talking, kita dah boleh galakkan anak kita bercakap dengan memberikan buku ini untuk bermain bersama-sama. Kiranya, kalau anak bercakap pun tak sia-sia lah . Bukan cakap kosong. Hhehehhe..Tapi, aku yg dah berumur nih pun suka cari benda tersembunyi. So, aku rasa sesapa pun boleh memiliki buku nih kot, walaupun takder anak. Wakakak..Sendiri main lah...tapi kalau buat hadiah time b'day, mesti lagi best. Parents yg dapat mesti happy!!
  • Harganya pula, cuma RM 34. 90. MPH sometimes buat warehouse sales, if ada, kita boleh dapat up to 30% diskaun. But, i cant wait to have it plus i tak tahu bila ada sales & whether time sale to ada diskaun atau tak. So better aku beli siap-siap. Heheehe..
Pandangan belakang buku beserta harga.

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Happy Searching & Playing,

6 comments:

Rozy said...

Watie,

I wish I have more time looking for educational books for Hadiff..*sigh*
any suggestion for a little boy?
thx.

NM said...

hi watie,
petama kali singgah blog ni..sya dh beli la buku2/flash card utk anak sya.tapi kan dia cm kurang minat ler..dia lebih suke menggesel/nenen ngan mak dia..asal dgn sya je mcmtu.taktau bile masa yg sesuai nk ajar dia baca buku..ada cadangan tak?

Hanz Jamaludin said...

This is good Watie...me xder buku mencari benda tersembunyi..boleh cari lepas ni..thanks for your ideas & tips!

Watie Aziz said...

Rozy, i cadangkan, u bawak hadiff ke MPH & Kinokuniya ker kan, ajak dia ke section kids, tgk dia suka tak...ada terlalu banyak buku-buku yang boleh u beli untuk dia,,mesti u rambang mata .heeh...

semalam i ke MH @ Sunway Pyramid, i nampak the similar books like this tapi Sesame Street punya tajuk. Semua sama cuma dia Sesame Street. I rasa untuk lelaki mmg sesuai, harga pun sama, maybe u leh beli kat sana ker ..very colorful tau Sesame tuh ..Pakkal jer i dah beli Princess ..hahaha...

Watie Aziz said...

hehhehe...dont worry mummy qaisara, my baby Qarissa pun cam tuh gak kengkadang, i selalu takder jadual waktu yg sama, bila2 i FREE atau rasa nak buat learning session, i akan buat jer .. tapi sebelum buat tuh, i main2 dulu ngan dia ..dan buat suara cam eager @ seronok nak mula main ..so dia pun interested lah .. maybe u leh tunjuk the flash card laju2 sambil nyanyi2 ngan dia ..

mmg kena kreatif & childish sket bila ngan anak .. i pun selalu act like that sebab nak dia tumpukan perhatian ...setakat ni alhamdulillah ...

i kengkadang bangun pagi, tak cuci gigi terus tunjuk flash card, kengkadang layan edcuation DVD, then pas mandi i tunjuk LR, pastu petang sambung flas card, tak tentu yang ..but sehari sekali mesti ada learning time ..:)

Watie Aziz said...

Hanz, ur most welcome dear .. tu lah, i pun saja selak2 buku tuh then ternampak, terus berkenan ..ehhehe...