Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, January 25, 2012

Sneak Preview: GBOB @ Johor Bharu - Bermulanya Satu Perjalanan

 Salam buat semua pembaca blog ini. Mesti puas dan seronok dapat cuti panjang sejak hari Sabtu lepas kan? :) Ntah-ntah masih ramai ada kat kampung bila baca entry ni..Semua pakat-pakat balik lambat atau extend cuti sebab tak mau tersangkut dalam kesesakan yang maha hebat! Adoilaaa... dengar citer nak jalan 70 km pun sampai 4 jam? Boleh lebam punggung dibuatnya!! Tapi semua sanggup kita redah .. mak & ayah punya pasal, anak-anak punya pasal ... semua sanggup kan..? Janji dapat berkumpul satu keluarga ..So sweet of uols..:) 


Rasanya tak lambat lagi Watie nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua rakan-rakan yang menyambutnya, hmmm..tahun ni tahun Naga kan..? Semoga ada "ONG" untuk anda semua okeh ..:) Tahun Baru Cina kali ini adalah tahun yg agak istimewa buat Watie kerana buat pertama kalinya dalam hidup, Watie tak cuti pun! Hehehe.. Selalunya, memang cuti tetiap tahun. Walaupun tak balik kampung, tak gi jalan,  hanya lepak-lepak layan anak-anak & family di rumah, tapi maksudnya Watie tak kerja lah ..but this year .. Watie kerja 4 hari terus menerus! Dari hari Sabtu lepas untuk kelas Playgroup Level 4, kemudian hari Ahad untuk kelas Playgroup Level 2 dan 3, dan terus amik kesempatan cuti umum untuk buat Training for my Licensee @ JB pada hari Isnin & Selasa. Hambek ko...4 hari berturut2 saya bercakap non-stop! 


Langkah pertama ketika saya membuat Site Visit dahulu ..:) Tgk gambar last untuk lihat gambar terkini.:)

Dan yang lebih "manis", keempat-empat hari yang Watie lalui itu, ada satu ulser yang semakin membesar di dalam mulut ni haa! Memang sakit lah jugak, dah sampai bercakap pun accent pelik2 dan rasa pedih juga. Tapi Watie tahankan lah..dan cuba untuk tidak tunjukkan kesakitan untuk depan anak murid Watie. Alhamdulillah, bukan anak murid jer, mak-mak pun tak perasan that I am actually in pain ..Hehehhe...Kalau dah memang betul2 tak larat, mungkin kena cancel kelas jugak, tapi Alhamdulillah, Watie masih mampu buat kelas, so takleh nak ngengada suka-suki nak cancel kelas :). Lagipun, Watie nak kena lah tunjuk contoh yang baik pada Licensee & bakal-bakal Licensee yg akan datang kan? Watie nak latih Licensee Watie ada rasa bertanggungjawab pada bisnes mereka. Walaupun pakai nama GBOB, itu masih bisnes mereka dan sebab mereka pakai nama GBOB lah, Watie kena pastikan Licensee Watie betul-betul serius dalam perniagaan dan bukan setakat nak guna nama GBOB supaya cawangan mereka dapat dikenali dengan mudah, lepas tuh, bg servis yang 'hado' pada client, yang akhirnya akan memberikan kesan buruk juga pada  syarikat.  Itu lah yg paling Watie risaukan. GBOB lahir dari kecintaan Watie terhadap dunia pendidikan bayi & kanak-kanak, ia hasil keringat dan air mata sepanjang Watie menjalankan perniagaan ini, dan Watie akan pertahankan sehabis-habisnya, sebab tuh lah Watie kena pastikan yang Licensee Watie juga "sama arah tujunya" dengan Watie. I dont mind to teach, give consultation and do extra service to make sure they achieve my standard & expectation, asalkan mereka ingin belajar dan sudi terima nasihat dan kata-kata Watie dan sama-sama berusaha, bekerja bersama-sama Watie (uiksss..awat dah macam Pak Lah punya statement masa menang Pilihanraya neh? Hadoilah Watie oiii!) untuk meningkat dan menaikkankan nama GBOB. Sebab tu Watie akan pantau my Licensee closely from time to time to make sure mereka benar-benar serius dalam bidang ini. 

Perbincangan semasa Site Visit yg Watie lakukan 2 minggu lepas.

Alhamdulillah, my first Licensee dari Johor - Aida menepati ciri-ciri yang yg Watie inginkan. Jujurnya, Aida lah yang bertanggungjawab untuk "push me to the max"  supaya Watie mempercepatkan program Licensing ini. Semasa Aida menghubungi Watie pertengahan tahun lepas dan menyatakan hajatnya untuk membuka cawangan GBOB di JB, Watie masih belum bersedia. Lagipun, program Playgroup @ GBOB juga masih  belum pun setahun. Watie bgtau Aida, objektif utama Watie adalah untuk mengukuhkan jenama GBOB dahulu, barulah Watie akan fikirkan mengenai Licensing. My target is to start the Licensing on 2012. Kira tahun ni baru lah nak buat all the preparation. I want to take my "own sweet time" membuat program Playgroup itu, sebab tuh memang takder plan pun nak promo apa-apa pasal Licensing. Sebab tuh anda semua tak nampak apa2 pun perkhabaran atau promo Watie pasal nak buat Licensing kan? Hehehe..Tau-tau jer dah ada satu kat Johor. Ni suma Aida punya pasal lah nih! Ahaks! Aida begitu menunjukkan kesungguhannya dan betul-betul serius dalam perkara ini hingga sanggup datang KL jumpa Watie, call Watie selalu bertanyakan pasal Licensing ni, bila dia boleh start, dia mmg minat *walaupun Watie kata tak ready nak promo pasal Licensing lagi walaupun dah ada perancangan ke arah itu* dan sebagainya ..hingga Watie rasa, "Ayoyo this lady aaaa...very persistence ooooo!!". Hahahaha... *selalunya org persistence memang akan dapat "masa" mereka dengan Watie akhirnya, sebab I value their enthusiasm, walaupun susah dorang nak wat appnt ngan Watie in the beginning..:)*.


Inilah Aida, my GBOB Partner in JB. Wanita perkasa inilah yang akan tersemat di hati anak-anak anda tidak lama lagi. Hehehee..

Masa tuh Aida kerja lagi, tapi dia dah plan nak berhenti dan buka bisnes berkaitan dengan kanak-kanak selepas she bumped into my FB last year. Of course lah Watie ada interview dia kan..hehe..tanya camner dia tau GBOB, apa yang buatkan dia rasa dia nak sgt amik Licensing ngan GBOB ni dan sebagainya ..*aku kan wartawan pencen!! Hahahah*. Aida kata, dia pun tak tahu macam mana, tengah-tengah dia blog hopping, masuk sana-sini, tau-tau jer dah sampai kat FB page GBOB, pastu dia pun google lah blog Watie, fall in love with me *yer ker?? hahahhaa*  and my GBOB dan terus bercita-cita nak jadi macam Watie juga. Memang all this while sejak mula dia  kata dia berminat nak jadi my Licensee, Aida yang banyak call Watie dan Watie lebih banyak ambil sikap "Wait & See". Dari situ juga, Watie nak menilai sejauh mana dia betul-betul serius dalam bidang ini. Jujur Watie katakan, masa mula-mula tuh, Watie manalah kenal Aida kan..she's completely a stranger to me, so of course Watie kena berhati-hati juga tapi dari hari ke hari selepas kenal dia, melihat kesungguhan dia dalam bidang ini, sikap ingin belajar yang sangat tinggi, sanggup belajar dari ZERO, dari asas, apa yang Watie minta dia buat segera, jujur mengakui yang Englishnya agak lemah tetapi selepas Watie kata yang English itu WAJIB digunakan walaupun bukan 100% dalam kelas, I can see her improvement dan dia sedaya upaya memperbaiki dan meningkatkan penggunaan Bahasa Inggerisnya, malah kini dengan anak-anaknya, Aida dah banyak gunakan bahasa tersebut sebagai latihan. Watie bgtau terus terang dengan Aida - TIADA CARA LAIN AIDA..IF YOU WANT TO BE GOOD IN ENGLISH..YOU HAVE TO SPEAK OUT LOUD! KENA CAKAP SELALU !!And I'm happy to see her improvement & enthusiasm.Watie kata, dalam kelas, sometimes bila kita guna English, anak-anak tak bg feedback, besar kemungkinan mereka tak tahu how to reply back to us, mungkin di rumah jarang guna bahasa itu, tapi itu bukan alasan untuk kita tak guna bahasa tersebut. Watie masih ingat, my 1st class, I use English all the way tapi the kids tak berapa enjoy, maybe because of Language barrier, tapi lepas Watie ubah cara Watie sedikit di minggu-minggu seterusnya,  baru ada feedback yang sangat baik. Bila anak-anak konsisten datang kelas, when we always communicate in class, baru lah mereka pandai berinteraksi dalam bahasa itu. That is why it's very important for us to continue using English in our class. Bukan hanya murid, tapi kita sebagai guru pun dapat rasa perbezaannya. Grammar Watie pun kengkadang berterabur dulu, sebab kita nih belajar "by rules" tapi kalau kita dedah anak English dari awal, mereka belajar by heart, secara natural. So, from time to time, kita juga akan meningkatkan penggunaan bahasa, vocab dan grammar kita. :) 


Asalnya PUSAT TUISYEN, tak lama lagi bertukarlah Signboard.. ambek ko..kemain besar Signboard GBOB kat sini kang ..kekekek.. Kalau tak jumpa juga, tak tahulah saya ..hehehe..

Apa yang Watie happy dengar dari Aida, beliau mengakui yang kehidupannya banyak berubah sejak dia ambil keputusan berhenti kerja dan ingin menceburi bisnes ECE ini. Aida pun ada 2 anak perempuan lebih kurang sebaya anak Watie, so when she applied apa yang Watie cakap, kongsi, nasihat dan motivate semasa perjumpaan-perjumpaan kami, Aida kata she can see that her life change malah anak-anak dia pun suka sangat dengan perubahan ibu mereka. Tumpang terharu juga bila Aida cerita yang dia jarang betul ada masa dengan anak sulung dia masa dia kerja dulu. Kerja sampai lewat malam, balik-balik anak dah tidur, susah betul nak luangkan masa dengan anak, her child belajar banyak perkara pun dari Tadika tapi anak dia sikit pun tak mengeluh atau komplen. She felt gulity tapi ternyata Aida beruntung sgt sebab anak sulung dia memang bijak dan petah berkata-kata. Sebab tu Watie kata kat Aida, Allah knows best. Allah tahu you sibuk cari rezeki sampai kadang-kadang masa dengan anak terabai, sebab tuh dari Allah bantu dari segi lain pula. Melihatkan apa yang telah Aida lakukan dan laburkan sepanjang kami berurusan ini, kesungguhan beliau, keazaman, dan semangat Aida dalam bidang ni, Watie rasa she's capable of being my partner dalam mengukuhkan jenama GBOB di Johor Bharu. Dan Watie pun dengan sukarelanya "memaksa diri sendiri" untuk mempercepatkan program Licensing ini. Watie pandang dari sudut positif, kerana dengan adanya "tekanan" ini, Watie lebih berdispilin dalam mengatur jadual harian agar Watie dapat menyediakan program Licensing itu dalam tempoh masa yang telah dipersetujui bersama. Kira projek dengan Aida ini adalah sebagai batu tanda  & our baby project dalam memastikan Program Licensing ini berkembang  dalam tahun 2012 ini. Insya Allah. Sebab tuh Watie nak kena make sure yang Aida dah run the class smoothly, bisnes dah betul2 berjalan, barulah Watie nak fikirkan pasal permohonan-permohonan Licensing yang Watie terima kebelakangan ini. Bagi Watie sedikit masa yer.. Watie tak mahu terburu-buru sangat, biar Watie settlekan JB Branch dulu, sebab adalah tidak adil jika anda melaburkan wang anda, dan Watie tidak dapat fokus untuk bantu anda sebab bz dan tak cukup masa. Insya Allah, kalau Watie dah betul-betul bersedia memperkenalkan Program Licensing Watie, Watie akan beritahu secara rasmi dalam blog dan FB, dan sesiapa yang berminat boleh hubungi Watie for us to discuss more. :) 


Sudah bertukar rupa ... Oh i likee....! Laminate flooring lagi yoooo!

Watie telah pun melawat pejabat Aida di Taman Mutiara Rini, Skudai, 2 minggu lalu, dan berpuas hati dengan persekitaran kelasnya. Masa tu masih kosong lagi, Aida tak design apa lagi sebab nak Watie tgk the whole kedai dulu dan bg opinion. Lepas dah tgk dan approve, barulah Aida dan suaminya bekerja keras menghias dan mencantikkan pejabat mereka. Tergelak Watie dengar Aida kata, bila dah nampak kemas dan selesa sekarang, hubby dia pulak yang excited "terlebey sudaa" nak cantikkan lagi...dan lagi...dan lagi... hahahah! Tu lah Watie kata kat Aida, sebijik lah macam me & hubby dulu...semangat btol nak cantikkan opis, biar selesa untuk kita anak beranak dan selesa untuk pelanggan juga. Tu yg paling penting..:) Kalau landlord ni pedajal aku naikkan sewa sampai tak mampu bayar, habislah aku nangis sebab opis dah santekkkkk... nak kena buat semua baru , pengsanlah wei! Hahahha...


Ruang menunggu yang disediakan khas untuk ibu bapa & anak. Sgt lah selesaaaa!

Dan, Insya Allah, Watie bercadang untuk untuk melawat beliau sekali lagi dalam tempoh terdekat bg meninjau pejabatnya yang sudahpun siap hampir 70% itu. Melalui gambar yang beliau kirimkan, nampak sgt kemas dan cozy..:) Excited nya nak pergi tengok yo!! Orang-orang Johor pun rasanya tak sabar nak join dah kan?? Semua tanya bila nak start. Insya Allah, dalam waktu terdekat ni, kami akan umumkan, bilakah kelas Trial @ GBOB JB akan bermula. Kami akan memulakan sessi Trial sehinggalah terdapat sekurang-kurannya 3-5 peserta yang mendaftar di Playgroup @ GBOBJB, barulah kelas secara rasmi akan dibuka. So, we estimate paling lewat dalam bulan Mac, kelas rasmi akan dibuka. Jadi, Februari adalah masa di mana kelas Trial akan dilakukan. Tunggu entry Watie dalam waktu terdekat untuk kami umumkan masa & waktu untuk anda menyertai kelas Trial @ GBOBJB ini. :) 


Pintu masuk ke ruangan menunggu.

Setakat ini perkongsian Watie, jumpa lagi di entry akan datang, peluk cium untuk anak GENIUS anda okehh!


Tangga-tangga kejayaan bermula ...Amin ..:) Dan berubah rupa juga dari gambar sebelum ini kan? Hehehe..

post signature

post signature

1 comment:

Unknown said...

salam.saya nak tanye gbob terbuka utk umur berapa