Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Saturday, January 22, 2011

Sapa nak FREE SEAT ke Seminar GBOB?

Ok, hari ni aku dengan bermurah hatinya, ekekek.. (poyo giler) nak bagi FREE SEAT untuk My ECE Seminar kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkannya secara PERCUMA. Ada 2 cara mudah untuk korang dapatkan FREE SEAT ni. Aku himpunkan dalam ni jadi senang korang boleh pilih salah satu atau kedua-duanya okeh! 



  • Beli Majalah Pa&Ma edisi Februari 2011. Buka mukasurat 141. Baca maklumat tentang GBOB di muka surat tersebut dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Jawapan dia sangatlah mudah dan ada dalam artikel tersebut. Korang nak jawab sebiji sebutir macam apa yang dah ditulis pun okeh, kalau tak cukup tempat jawapan tu, korang gunalah kertas EXTRA. Ekekekkee... Lepas tu letakkan slogan apa pun yang korang rasakan cantik & sesuai okeh. Jgn lupa hantarkan jawapan peraduan pada pihak Pa&Ma secepat yang mungkin dan Pemenang akan dipilih oleh pihak Karangkraf. Harap maaf sebab saya tak terlibat langsung dalam pemilihan para pemenang untuk Contest ini yer. Hehehe. Jadi takder maknanya nak ada kroni moni dalam pemilihan para pemenang. Hehehe. (dah macam parti politik lah pulokkk...). Ada 10 pemenang yang bakal di pilih untuk menghadiri Seminar PERCUMA bernilai RM 199 ini. Bukan itu sahaja, anak anda juga akan memenangi 2 kelas Playgroup PERCUMA bernilai RM 70. Hmmm.. best kan? Sapa nak bagi bender FREE skang yeop .. ? So better be hurry okeh! .
Beli majalah PaMa bulan Februari tau!
Total worth of prize given : RM 2690. Jangan korang gi beli Magnum plak! Dosa besar tu!

  • Me & Haszuraidah dari Ma Belle Histoire mengadakan satu pertandingan di blog beliau iaitu Pertandingan Cute Baby With A Book Contest . Hadiah untuk bakal pemenang pertama yang ditawarkan adalah FREE SEAT ke Seminar ECE ini dan juga produk pendidikan @ permainan serta perfume dari PFA. Ada 2 jenis pertandingan yang dilakukan oleh Has dan another contest is The Best Entry Of Ma Belle Histoire, tapi hadiah yang ini ditaja oleh PFA & Bonita Club. So, uols boleh masuk salah satu atau kedua-dua contest ini, up to you, but kalau nak menang hadiah FREE SEAT, memang wajib masuk contest yang pertama. :) Ha , apa lagi geng? Carilah gambar baby uols dengan buku yang paling vogue, comey, kiut, miut dan sebagainya untuk tatapan saya dan Has. Ekekekke. Uols kena follow sebijik-sebijan apa yang Has mahukan dan syarat-syarat penyertaan ada ditulis dengan jelas di blog beliau. So, bolehlah meng"skodeng" page Has tu dan ikuti arahan yang tertulis di sana. :) 
Comeynya baby nih ... geram naaaa... ni yg jeles nih ..ai pun nak letak gambar anak ai with book jugak ah! Hehehhehe
Q: (sambil menunjuk jari telunjuk) Ha Anty-anty semua! Copeklah masuk mana2 pertandingan sekalipun, kalau nak dgr mak saya membebel 6 jam tanpa henti! Hehheheh.. 
Zayra: Copekk lah bukak buku tuh kakak! Poyo lah kakak nih...
Q: Hishhh.. jgn kepoh org tua tengah cakap neh!

post signature

post signature

Friday, January 21, 2011

GBOB On Media: Majalah Pa&Ma Februari 2011

Bagi sesiapa yang masih belum mendapatkan Pa&Ma bulan Februari 2011 yang kini telah pun berada di pasaran, di sini Watie kongsikan isi kandungan tentang Genius Baby On Board. Watie dapat tau dari GBOB FanPage di Facebook  yang sukar betul mereka nak dapatkan majalah ini di pasaran. Macam goreng pisang panas lah rasanya majalah ni habis. Laku betul erk? Apa idaknya, geng-geng Bling Lustre Team pun borong sampai 6-7 keping sorang. Hahahhaa... Haruslah semua habis wei.. Bak kata Kay, mamak kedai senyummmm jeeee... Tapi takper, sesiapa yang belum berkesempatan beli Majalah nih, Watie tayang kat sini cover majalah tuh beserta maklumat tentang GBOB & Bling Lustre Team:) 

Pa & Ma Februari 2011
Maklumat tentang perkhidmatan di Genius Baby On Board

Oklah, kalau sesiapa yang masih belum berkesempatan beli majalah nih, Watie kongsikan isi kandungannya di sini. Ada yang sudah menghubungi Watie  dan bertanyakan alamat serta peta. Sebenarnya, Bling Lustre dan Genius Baby On Board berkongsi bangunan yang sama. Cuma Bling  Lustre di Tingkat 1 dan GBOB di Tingkat 2. :) Ada peta di muka surat 2 majalah tersebut. :) Di sini juga Watie kongsikan halaman Kuiz yang menawarkan hadiah berjumlah RM 2690 pada bakal para pemenang. :) 


Kuiz Genius Baby On Board di Majalah PaMa Februari 2011

Ada 8 muka surat kesemuanya tentang apa yang Bling Lustre usahakan termasuk rakan-rakan seperniagaan seperti GBOB, Great Mind, Adrinis dan Shaklee Trial Pack. Di bawah adalah maklumat lengkap tentang Bling Lustre dan butirannya, di bawa khas oleh Pa & Ma dan Kak Hasnita Sawal. :) Tq so mucch kak Ita dan tak lupa juga Nina dari bahagian Promosi yang saya dapat tahu, terpaksa berhenti kerana mengikut suaminya keluar negara. :( Sedih lah pulakkkk..walaupun tak pernah bertentang mata ..Balik cepat yer Nina  :)

Maklumat Lengkap tentang produk dan perkhidmatan yang ada di Bling Lustre


Bling Lustre & Kids Zone @ GBOB

Maklumat tentang Bling Boutique

Maklumat tentang Shaklee Trial Pack

Maklumat tentang Produk kerja dari rumah, Camtal Tailoring & the Party Stuff

Maklumat tentang Great Mind - Peluang Perniagaan ke China
Maklumat tentang bimbingan kerja dari rumah - WoHoWo Mom Program 
Maklumat tentang baju menyusu Adrinis. 


post signature
post signature

Testimoni: Another GBOB Happy Customer!

Alhamdulillah, pada cuti Thaipusam semalam, saya rasa seluruh KL dan Selangor bercuti kan? Tapi saya tak cuti. Pagi-pagi saya dah keluar berjumpa dengan Iera, yang saya kenal di RHB Seksyen 18 Shah Alam. Citer sket pasal Iera nie, asalnya saya ni customer dia. Saya buat Easy Loan di RHB Seksyen 18 Shah Alam. Punyalah senang nak wat loan tuh, kalah wat pinjaman ngan Ah Long dowh, hahahah..sampai rasanya cam tak appreciate plak bila dapat duit. Nanti ada kesempatan saya share pengalaman saya buat loan ngan RHB ni. Tengah Iera setelkan pinjaman saya tuh, saya borak-borak ngan dia. Masa tuh Qarissa pun ada, dia nampak lah si kenit tuh kemain becok tapi sepatah haram lah tak paham kan. Q bebel-bebel sorang-sorang & Iera kata, dia punya accent pelik sket. Wakakakak..memang pun, Q kan mat salleh tak jadi. Tu lah accent hoverr! So, bila borak2 pasal Q, terkeluarlah cerita pasal GBOB. Saya bgtaulah saya kerja apa, buat apa, bisnes kat mana dan sebagainya. Sudahnya, Iera plak excited nak tau pasal GBOB. Ekekkeke.. Pendek cerita, weekend tu, Iera datang my Playgroup bawak Danish yang bulat tuh for Level 2, dan lepas tuh, dia nak jumpa saya lagi untuk consultation on product. Dia tak dapat datang weekend nih ke Preview LR, jadi saya jumpa dia kat KFC Setia Alam, buat presentation dan she love LR so much & bought it for Danish! Saya bukan bawak LR sahaja, saya bawak different product of ECE Series, explain dan terangkan satu-satu biar Iera jelas. And of course & obviously, LR is the best investment lah kan ..:)








Yang baju kelabu di sebelah saya itulah Iera. Anak dia kemain gebu nama Danish! pandai betul makan Mash Potato KFC tau!

Lepas saya jumpa Iera, saya terus ke pejabat sebab petangnya pula cust saya Wawa nak datang buat lawatan ke GBOB. Wawa tau tentang GBOB from Majalah Pa&Ma. Sementara menunggu kedatangan Wawa, sempatlah saya berblogging sekejap. Gigih betul nak berblog sekarang .. hehehe.. kalau boleh satu hari nak buat 2 entry, dan semuanya schedule entry. Satu pagi at 8.45 am, dan satu lagi around 1.45 pm. Ekekeke.. Tu lah aim saya, harap-harap dapat kekalkan momentum dan ada banyak idea serta cerita nak kongsi dengan semua yang melayari blog ini.

Tengah-tengah godek2 Lappy tuh, tetiba satu message masuk ke inbox FB saya. Saya pun jenguklah kejap FB tu, dan alangkah happynya bila satu customer saya iaitu Zahratul Muna bagi message menceritakan perkembangan anaknya yang sudah pandai "membaca"!. Siap tulis dan tanya saya samada saya ingat dia lagi tak? Hehhehe.. mestilah ingat, saya call dia masa dia nak beli YBCR tu dan borak nak dekat 45 minit kot? Hahahha.. Takkanlah lupa kan..Insya Allah, saya ingat semua client saya cuma sometimes nama jer saya kurang ingat tapi kalau pernah jumpa muka Insya Allah boleh ingat. Tapi kalau nama cam luar biasa sikit, saya senang hafal. Hheheh.. Luar biasa maksudnya macam jarang org guna la... cam cth Zahratul Muna tuh tak ramai nama org cam tuh kan ..so saya leh ingat ah ..ehehhehe .. untung erk nama unik2 ni? Nama anak saya mesti ramai yg senang ingat - Rania Qarissa Rizal & Rania Quzayra Rizal a.k.a RQR ...Hhehehhe ..:)

Inilah budak themok yang buatkan mak dia banggaaaaa sangaatttt! Gambar ihsan FB Muna yang saya rembat senyap2 ..Shhhhhh

Bila baca msg Muna, saya rasa happy, bangga dan terharu bercampur baur. Memang indah sungguh perasaan bila kita dapat bantu orang in any way kan? Bila mak-mak ni semua dapat lihat sendiri "kegeniusan" anak mereka, semua jadi excited dan macam tak percaya, rasa cam nak nangis pun ada, nak sujud syukur pun ada kot? Hheeh..dan yang paling best, dorang tak lupa kita sebagai orang yang memberi kepercayaan dan memperkenalkan produk2 yang bagus dan berkesan untuk digunakan. Mereka msg saya dan berterima kasih di atas segala consultation yang saya berikan. :) Alhamdulillah, terima kasih setulus hati saya ucapkan. Anda sebenarnya membantu meningkatkan kredibility saya di mata masyarakat. :) Tq so much ..:)

Ni pun saya "curi" senyap-senyap dari FB Muna...Jgn marah yerk yang ..akak pomot anak hang dalam nih! Eekkeke..Comeynya Alya nih ...geram tgk muka dia! Hhehehehe

Walaupun Muna belum berkesempatan membeli Little Reader, saya memperkenalkan Muna dengan produk YBCR, yang harganya murah banyak berbanding LR. YBCR ini tidak seperti LR. Ia boleh dibeli secara berasingan, satu demi satu, tapi tak complete lah kan kiranya. But, daripada tak beli langsung, dapat beli satu pun jadilah. Takkanlah sebab tak mampu beli LR dan nak tunggu ada duit baru nak beli, in the mean time kita takmo ajar atau main-main a.k.a belajar dengan anak kan? Sebab tuh ada YBCR sebagai backup.  Itu yang saya sering beritahu pelanggan. Saya sedar dan tahu tidak semua orang mampu untuk membeli LR. Sebab tuh saya bg option yang lebih murah. Cuma satu pesan saya, walaupun beli YBCR, kalau ada duit lebih yang kita dah tepikan untuk pembelajaran anak, jangan lupakan LR. Please think about it dan cuba dapatkan juga. Kerana LR menawarkan apa yang tidak dapat ditawarkan oleh produk-produk lain yang ada di pasaran buat masa kini. Nak tau lebih lanjut, nanti masa Preview Ahad ni saya cerita lebih lanjut okeh!

Ni lah set YBCR yang Muna beli ..:)

Meh kita tgk apa yang Muna kongsi dengan saya di inbox FB saya ni ..:) saya kopipes apa dia tulis okeh, senang uols nak baca..:) Sekali lagi, terima kasih Muna, kerana PM Muna sememangnya menceriakan hari akak sempena Thaipusam ini! :) Love ya ..Keep it up okeh! Momentum harus daBOMMMMM!

Salam kak, Sihat ke??
Anyway,sy nk ucap tq banyak2 kat akak pasal tunjuk ajar flash kad kat sy..wlaupun dalam tepon je.Ingat x,sy ada beli flash card kat akak??(harap2 ingat)..hehehe..Pastu mlm tu akak call sy ,lama gilerrr kita borak.
2 bulan lepas kot sy beli..( x ingat)..
Nak dijadikan citer..anak sy Alya tu kan..baru seminggu dh boleh ke depan..mlm td kat kul 11 lebih la..dia tak nak tido..sy try test la main flash card tu..excited la..sy tunjuk word smell,knees,star,hand,1 lg lupa plak...tp 5 jelah kad.Then,sy letak jauh skit smell & knees tu..konon nak suh la dia ke depan..sy sebut la knees ..Ya allah!! dia g ke depan dan capai word tu.
Punyalah excited..tp cam tak caya..
sy buat lagi sekali..ubah kedudukan smell dgn knees ..ubah gak tempat..(saje bg dia pusing2 ats katil)..sebut smell plak..dia laju ke depan amik smell..3x sy try..sebab cam tak caya.
kali ke 4 baru sy rekod tp x lama pun .Alya lambat skit ke depan 6bulan 2mggu baru dia dh start kedepan.Tp betul la kak..sy tak tau nak ckp apa..nk nangis pun ada..hepi pun ada..bersyukur sangat2.
Panjang lebar plak karangan ni..apapun terima kasih sgt2 kak..atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dr akak.semoga akak berjaya dunia dan akhirat.Kem slm peluk cium kat zayra tomey.. 
hi yang, lor ... mestilah kenal ..takkan lah tak ingat .. akak leh ingat gak client2 akak suma lah yang ..:) hehehheh...wahhhh? really ??? happynya akak dengarrrrr! seeee...i told u! all babies are genius tau!!! u just have to believe them! syukurnya akak rasa sebab dah berjaya buktikan kat muna yang baby memang genius! yeay! semua baby punn sama yang.. bukan anak akak sorang jer, anak orang lain pun genius, janji kita percaya dan bg peluang pada dorang, insya allah anak kita akn buktikan! tahniah pada muna sebab percaya pada anak dan tak jemu "bermain a.k.a belajar" dgn anak ..now u know what to do bila boring2 tak tahu nak wat apa kan..? instead of bg mainan tak tentu hala tuh, bg flash card lagik bagus .. :) tu baru YBCR tuh .. belum LR ..silap2 kalau LR, hang kena beli Lappy khas utk Alya! wkaakkaka..kopak duit hang (tapi berbaloi...) sebab nanti Alya asyik nak kacau lappy atau computer u jer! kekekeke..

tahniah again yang ..:) akak nak save, copy dan masukkan ur testimoni nih dalam blog ok! share ngan orang lain .. another client is satisfied with my service! yeay! tq dear ..:)

nnti sy tag video tu..klu berkesempatan...hari biasa sy keje..tp tiap2 mlm ada lah sekali (3 round main f/card tu)..siang Alya duk umah MIL.MIL memang tak reti nk main f/card ni ..siang2 sepupu alya (5thn) kongker tgk kartun wlupun pernah gakla pasang cd tu..dia kata boringla..memang takde can nak pasang cd tu.Mlm n weekend jelah alya dpt tgk..kadang2 laugh n learn baby brainy tu,gogos..ybcr la..tukar2.

tu la insyallah ada bajet lebih sy nak rembat LR tu...tq kak.tq..tq..tq 



Yer, saya sangat happy dan bersyukur, dan saya berharap saya akan menerima banyak lagi testimoni ikhlas seperti ini dari para ibu bapa yang sudah mendapat, melihat dan merasai sendiri manfaat dari apa yang saya kongsikan selama ini. As I said in my previous entry, ia bukanlah disebabkan keuntungan semata-mata, ia lebih dari itu ...:)

post signature

post signature

Thursday, January 20, 2011

Produk Bagus VS Produk Sesuai: Mana Satu Pilihan Hati?

Hari ini saya nak berkongsi cerita dengan anda semua. Saya percaya, hampir kesemua ibu bapa di Malaysia nih menghadapi masalah yang sama dengan apa yang saya alami dulu - KESUKARAN MENCARI BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 2 TAHUN. Betul tak? Harus saya akui, masalah itu membelenggu saya sejak Qarissa di dalam perut lagi. Saya cuba mencari satu produk yang boleh digunakan untuk anak saya THERE & THEN, tanpa perlu menunggu anak saya besar. Yer, saya memang KIASU. Saya memang tak sabar. Saya tak boleh menunggu sehingga 4 tahun untuk melihat Qarissa membaca. Tempoh itu terlalu lama buat saya. Siapa yang datang seminar ECE @ GBOB dan siapa yang berada dalam lingkungan serta mengamalkan konsep Early Childhood Education ini pasti faham maksud saya kan? Its too late. Sebab itu saya bersyukur apabila dipertemukan dengan Little Reader yang sememangnya ampuh dan keputusan untuk membawa masuk Little Reader melalui Genius Baby Resources & ADH Brillkids memang tepat. 



Sebagai ibu yang sangat mementingkan ECE, saya melihat yang Malaysia sememangnya kekurangan bahan-bahan pembelajaran dan pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Harus juga saya akui, kita agak ketinggalan berbanding negara luar. Tak payah jauh lah, kita tgk Singapore jer dah cukup.  The standard of their curriculum is very high. 20 tahun dahulu, masa saya kecil dan masih sekolah, bila saya balik kampung kampung time cuti skolah (yer, kampung saya kat Singapore..ehhehe), saya rajin membaca dan menyelak-nyelak buku sekolah sepupu saya di sana. Mak aiiii...darjah 1 punya subjek Sains dia, dah macam Tingkatan 1 punya subjek sains kat M'sia tau! Punyalah susah giler! Dah lah dalam English! Singapore memang dah belajar sains dari kecik. Rasanya time tu M'sia takder Subjek Sains untuk darjah 1 kot, saya ingat2 lupa lah.  Tapi yang kelakar tuh, Bahasa Melayu dia punya subjek utk darjah 6 dah macam Bahasa Melayu kat M'sia darjah 1. Eekekeke.. Orang Singapore punya Malay memang teruk sikit. Ekekek. Jgn marah orang Singapore yang baca nih ..Tapi betul kan ..betul kan ...Jangan tipu tau ..! Hhehehe..Boleh dikatakan semua Subjek saya rasa susah time tuh (20 tahun lepas punya cerita tuh!) kecuali subjek BM. Semua subjek di ajar dalam Bahasa Inggeris kecuali Bahasa Melayu. Bayangkanlah! No wonderlah orang sana kalau kerja kilang pun pandai cakap English tau! English dorang memang bagus, I personally rasa tu ..:) And to tell you the truth - ORANG SINGAPORE MEMANG KIASU & THEY ARE PROUD OF IT! Baik Cina, Melayu, India atau apa sahaja bangsa yang ada kat sana. In fact, my Aunty pun mengaku yang dorang dah diajar untuk jadi KIASU dari kecil. :) 


Salah satu sebab mengapa saya menubuhkan Genius Baby On Board adalah untuk membantu para ibu bapa dalam memberikan khidmat nasihat produk mana yang dapat mereka gunakan untuk anak mereka secara SERTA-MERTA apabila mereka membuat pembelian. Kerana itu, saya tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat agar saya boleh memberikan pandangan yang bernas tanpa rasa bias. Saya sering  bertemu dengan pelanggan yang mengeluh kerana berpendapat produk yang mereka beli tidak bagus dan tidak memberikan impak terhadap perkembangan mental anak. Sebenarnya, bukan produk itu tidak bagus, produk itu mungkin satu produk yang bagus malah mungkin hebat, tetapi IANYA MASIH BELUM SESUAI DENGAN USIA ANAK KITA pada masa kita membuat pembelian. Ia mungkin sesuai untuk anak kita apabila usianya mencecah 3-4 tahun, tetapi kita membeli produk tersebut ketika usia anak kita 3-4 bulan. Bila ia tidak berkesan (ketika itu), kita jadi frust dan menyalahkan produk. Nak tunggu umur anak 3-4 tahun lama sangat kan? By the time anak kita umur 3-4 tahun, kita pun dah takder "spark" nak main dengan anak kita permainan tersebut. Tersimpanlah mainan itu dengan cantik dan kemasnya di almari, dan lama-lama, almari yang pandai! Ekekekek...


Saya tidak menyalahkan penjual dalam hal ini (walaupun kadang-kadang geram juga bila dapat salesman jenis memaksa pelanggan) kerana itu kerja mereka. Mereka terikat dengan produk yang dikeluarkan syarikat dan tidak boleh tidak, produk mesti jual kalau tak miss soru. Sebab itu, walaupun produk yang dijual masih belum sesuai ketika itu, tetap juga mereka promote dan jual dengan alasan "nanti anak u akan besar juga". Memanglah betul anak tuh akan besar, tapi duitnya kena keluar jugak sekarang kan? Tapi masa tu anak masih belum boleh guna dan masalah kat atas (spark dah takder bila anak umur 3-4 tahun) akan berlaku. Kerana itu, adalah penting untuk ibu bapa sendiri menilai samada ianya SESUAI ATAU TIDAK pada masa pembelian dilakukan. Kalau sesuai, dan boleh guna serta merta, then go ahead. Memang ia satu pelaburan yang menguntungkan. Dan pastikan anda guna produk tuh. Kalau beli jer, pastu simpan dalam almari cantik-cantik macam koleksi pinggan mangkuk Pyrex kita tuh kan, memang yang hado lah gamaknya! Ekekeke.. 
So, how to define sama ada produk tuh bagus atau tidak? Sesuai atau tidak? Yang pertama, kita boleh jadikan  maklumat yang ada di kotak atau produk yang ingin kita beli sebagai panduan. Selalunya, produk-produk ini akan ada maklumat berkaitan usia sebagai panduan, samada sesuai untuk New Born, 6-12 months, 18 months dan sebagainya. Tapi, janganlah kita ikut sahaja apa yang dicadangkan itu. Walaupun anak kita belum mencecah usia yang dicadangkan, kalau kita rasa ia memberi faedah pada anak dan boleh digunakan on the spot, tak salah kalau kita beli. Kita harus ingat yang baby develop at their own pace. Apa yang tertera di kotak hanyalah cadangan sahaja. Kita yang lebih tahu perkembangan anak kita bukan? Yang kedua, kita rajin-rajinkan diri melawat website-website education, blog-blog dan forum-forum yang berkaitan dengan ECE. Selalunya, memang akan ada suggestion dari para forummer atau blogger tentang produk-produk yang mereka gunakan pada anak masing2 dan ianya berkesan. Mungkin kita boleh PM mereka dan tanya lebih lanjut tentang produk tersebut. Saya harus akui yang saya belajar banyak tentang produk, material dan kepentingan ECE melalui chanel-chanel luar negara yang sememangnya memberikan inspirasi. Melihat anak mat salleh atau anak cina di luar negara membaca di usia setahun membuatkan saya "dengki" (positif punya dengki nih tau ..) dan nak anak saya begitu juga. Saya nak orang lain pula rasa apa yang saya rasa dulu apabila mereka melihat anak-anak saya membaca. Sememangnya video dan maklumat tersebut memberikan inspirasi baru untuk saya. 


Bercerita tentang produk, saya nak bg contoh macam DVD & VCD. Rasanya tak ramai para ibu bapa yang saya kenal tahu berkenaan Your Baby Can Read. Bila mereka menghubungi saya, dan saya tanya samada mereka pernah dengar Your Baby Can Read? Dr Titzer? Glen Doman dan sebagainya, kebanyakan para ibu bapa memang tidak tahu dan tidak pernah mendengar namanya. Sedangkan produk tersebut adalah produk yang awal-awal memasuki pasaran dunia dalam bidang ECE dan telah memecahkan rekod jualan berjuta-juta copy di seluruh dunia! Rasanya lebih 90 juta copy terjual. Dah kaya raya pun Dr Titzer tuh. Dah jual pun rasanya company dia pada orang lain. :) Dan ia juga telah membantu berjuta kanak-kanak di dunia ini membaca dalam tempoh yang singkat dan dalam usia yang muda. Sebab tu saya kata, di Malaysia ini agak kurang sumbernya berbanding negara luar kerana kita didedahkan pada Early Childhood apabila anak kita mencecah usia 4 tahun iaitu di Tadika. Jadi, kebanyakan produk yang ada cuma bertumpu kepada kanak-kanak ini sahaja dan yang di bawah 4 tahun atau secara spesifik 0-2 tahun, memang agak kurang. Tahun-tahun kebelakangan ini saya lihat ada sedikit perubahan di mana semakin banyak produk-produk bacaan yang menarik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawa masuk oleh syarikat-syarikat buku gergasi seperti Popular, MPH, Borders dan Kinokuniya (sekadar menyebut beberapa nama). Memang boleh gelap mata dibuatnya kalau saya ke sana. Hehhehe..But again, pilihan yang dibuat harus tepat agar wang yang dilaburkan berbaloi!

Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberikan anda sedikit maklumat dan informasi bagaimana memilih produk yang sesuai untuk anak tidak kira berapa usia mereka. Walaupun masih belum berjumpa produk yang anda inginkan, teruskanlah mencari tanpa jemu, rajin-rajin diri ke kedai buku, ke blog, ke laman web yang memberi idea dan inspirasi. Anda mungkin akan bertemu dengannya. Apa yang penting, anda harus bezakan antara produk samada ianya BAGUS & SESUAI DENGAN UMUR atau setakat BAGUS TAPI TAK SESUAI LAGI. Hanya masa sahaja yang membezakan antara keduanya dan kalau tak nak membazir masa buat pembelian tu, pilih yang pertama yer. Dan tolong jangan pilih yang TAK BAGUS & TAK SESUAI punya material atau buku plak tau! Ahaks .. Okeh gang, jumpa lagi di entry yang lain wokeh!.

post signature
post signature

Jumpa Kami di Charity Baazar KLCC- TTFC!


Saya menerima maklumat dari partner Bling Lustre mengatakan yang akan diadakan satu Baazar Jualan Amal di TTFC- Twin Tower Fitness Centre di KLCC pada 29 January 2011 (Jumaat ) minggu hadapan. Kami kemudiannya mengadakan perbincangan melalui internet sama ada kami patut menyertainya atau tidak. Selepas beberapa perbincangan dibuat, kami akhirnya setuju untuk membuka sebuah booth di TTFC @ Twin Tower Fitness Centre sempena Charity Bazaar ini. Alhamdulillah, apabila bekerja sebagai satu pasukan, kuranglah sikit beban yang terpaksa ditanggung. Insya Allah, saya dan partners akan berada di sana. Satu hari saja kan, rugi kalau tak pergi sebab saya pun dah lama sangat tak ke KL semenjak pindah ke Subang dan kemudian kee Shah Alam dan yang terkini di Klang. Hheheh... dah takut nak masuk KL gamaknya, kalau tak betul-betul, tak tahan jem ..:)


Saya dengan gembiranya ingin menjemput kawan-kawan semua untuk menyertai kami di Charity Baazar ini. Memandangkan ianya dilakukan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, pada hari bekerja pula tuh, hari Jumaat lagi, saya percaya ramai yang akan berehat panjang sekurang-kurangnya 2 jam kan? Hehhehe.. Bolehlah singgah ke booth kami nanti! Untung juga kerana di KLCC ada banyak kemudahan public transport yang laju kan? Cepat jer sampai. Hehehe .. Bukan tu sahaja, Bazaar nih bukak sampai malam tau! So, lepas habis kerja tuh, sebelum balik umah, rajin-rajinkan kaki untuk melangkah ke Charity Bazaar nih. Bukannya selalu diadakan pun. Lagipun kan KL selalu jem. Balik lewat sikit apa ada hal kan? Ekekekeke..


Kami yang bernaung atas nama Bling Lustre akan mengambil booth di bahagian Main Hall iaitu Basketball Court. Insya Alah, kami juga akan diberi peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bling Lustre, dan rasanya macam saya jer yang kena cakap kat pentas tuh. Aderghhh...segannya. Takper takper, saya cuba sehabis baik untuk memendekkan masa semasa bercakap dan pastikan dalam masa yang singkat tuh, saya dapat cover dan memberikan penerangan tentang apa yang Bling Lustre lakukan. Opss.. saya dah share tak berita terkini hiburan sensasi dengan pembaca blog nih? Rasanya belum lah ..mehlah saya share berita ini. Taklah gempak sangat pun, tapi cukup membuatkan saya terharu di atas kepercayaan yang diberikan. Baru-baru ini, pihak Bling Lustre menerusi Pengarah Bling Lustre iaitu Puan  Khairina @ Kay, secara rasminya telah menawarkan saya jawatan Marketing Director untuk Bling Lustre. Wahh..bunyi macam gempak jer yerk! Memang gempak pun ..wkakakakak! 

Saya sememangnya terkejut bercampur terharu juga, tak sangka mereka percayakan kebolehan saya dalam menjadi salah satu "pengemudi" dalam mengambangkan Bling Lustre. Dari hanya menyewa di tingkat atas (juga secara tidak sengaja dan tanpa disangka), menjadi partner & membuat jv dalam beberapa acara seterusnya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadi salah satu warga Bling Lustre secara rasmi. Terima kasih saya ucapkan kerana percaya pada kebolehan saya dalam mengembangkan syarikat bersama-sama. Semoga kita akan sama-sama berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu tentang apa yang kita lakukan terhadap masyarakat. Its not about sales & keuntungan semata-mata sahaja kan ..:) Ianya lebih dari itu ..masih jauh lagi perjalan ini saya rasa, tetapi langkah pertama itu perlu dalam apa pun  yang kita lakukan. Tanpa lanngkah yang pertama, kita tidak akan ke mana-mana. We will stuck whereever we are forever. 


Jadi kawan-kawan, sila baca ayat selepas ini, ala-ala ahli politik nak berkempen di Tenang yer .. :) "Saya dengan ini menyeru semua warga-warga Petronas di Tower 1 dan Tower 2, warga pekerja dan pengunjung Suria KLCC dan shopping complex yang berdekatan dengannya untuk sama-sama memeriahkan Charity Bazaar ini. Jangan lupa datang ke booth kami yer. Agak-agak kalau nampak perkataan Bling Lustre tuh, dan seorang wanita yang becok sambil membebel di satu booth tu, ha ..itulah saya kot! Jangan lupa tegur dan say hi ok. Mungkin saya belum kenal anda, belum jumpa anda selama nih, tapi tak bermakna perkenalan tu tak boleh dimulakan kan? So, say hi to me okeh!" 

 

Berikut adalah maklumat tentang Charity Baazar tersebut. 

Date: 28th January 2011 (Friday)
Time: 9:00 am until 8:30 pm
Venue: Twin Towers Fitness Centre ( at Concourse level, nearby Tower 1 lobby) – opposite to Mesra Shoppe and CIMB Preferred
Market: All Petronas staff from both Tower 1 + Tower 2, public who comes to Suria KLCC, and staff from buildings around KLCC



Ok geng, see you there yeah! :) Insya Allah ..


post signature


post signature