Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, January 20, 2011

Produk Bagus VS Produk Sesuai: Mana Satu Pilihan Hati?

Hari ini saya nak berkongsi cerita dengan anda semua. Saya percaya, hampir kesemua ibu bapa di Malaysia nih menghadapi masalah yang sama dengan apa yang saya alami dulu - KESUKARAN MENCARI BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 2 TAHUN. Betul tak? Harus saya akui, masalah itu membelenggu saya sejak Qarissa di dalam perut lagi. Saya cuba mencari satu produk yang boleh digunakan untuk anak saya THERE & THEN, tanpa perlu menunggu anak saya besar. Yer, saya memang KIASU. Saya memang tak sabar. Saya tak boleh menunggu sehingga 4 tahun untuk melihat Qarissa membaca. Tempoh itu terlalu lama buat saya. Siapa yang datang seminar ECE @ GBOB dan siapa yang berada dalam lingkungan serta mengamalkan konsep Early Childhood Education ini pasti faham maksud saya kan? Its too late. Sebab itu saya bersyukur apabila dipertemukan dengan Little Reader yang sememangnya ampuh dan keputusan untuk membawa masuk Little Reader melalui Genius Baby Resources & ADH Brillkids memang tepat. 



Sebagai ibu yang sangat mementingkan ECE, saya melihat yang Malaysia sememangnya kekurangan bahan-bahan pembelajaran dan pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Harus juga saya akui, kita agak ketinggalan berbanding negara luar. Tak payah jauh lah, kita tgk Singapore jer dah cukup.  The standard of their curriculum is very high. 20 tahun dahulu, masa saya kecil dan masih sekolah, bila saya balik kampung kampung time cuti skolah (yer, kampung saya kat Singapore..ehhehe), saya rajin membaca dan menyelak-nyelak buku sekolah sepupu saya di sana. Mak aiiii...darjah 1 punya subjek Sains dia, dah macam Tingkatan 1 punya subjek sains kat M'sia tau! Punyalah susah giler! Dah lah dalam English! Singapore memang dah belajar sains dari kecik. Rasanya time tu M'sia takder Subjek Sains untuk darjah 1 kot, saya ingat2 lupa lah.  Tapi yang kelakar tuh, Bahasa Melayu dia punya subjek utk darjah 6 dah macam Bahasa Melayu kat M'sia darjah 1. Eekekeke.. Orang Singapore punya Malay memang teruk sikit. Ekekek. Jgn marah orang Singapore yang baca nih ..Tapi betul kan ..betul kan ...Jangan tipu tau ..! Hhehehe..Boleh dikatakan semua Subjek saya rasa susah time tuh (20 tahun lepas punya cerita tuh!) kecuali subjek BM. Semua subjek di ajar dalam Bahasa Inggeris kecuali Bahasa Melayu. Bayangkanlah! No wonderlah orang sana kalau kerja kilang pun pandai cakap English tau! English dorang memang bagus, I personally rasa tu ..:) And to tell you the truth - ORANG SINGAPORE MEMANG KIASU & THEY ARE PROUD OF IT! Baik Cina, Melayu, India atau apa sahaja bangsa yang ada kat sana. In fact, my Aunty pun mengaku yang dorang dah diajar untuk jadi KIASU dari kecil. :) 


Salah satu sebab mengapa saya menubuhkan Genius Baby On Board adalah untuk membantu para ibu bapa dalam memberikan khidmat nasihat produk mana yang dapat mereka gunakan untuk anak mereka secara SERTA-MERTA apabila mereka membuat pembelian. Kerana itu, saya tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat agar saya boleh memberikan pandangan yang bernas tanpa rasa bias. Saya sering  bertemu dengan pelanggan yang mengeluh kerana berpendapat produk yang mereka beli tidak bagus dan tidak memberikan impak terhadap perkembangan mental anak. Sebenarnya, bukan produk itu tidak bagus, produk itu mungkin satu produk yang bagus malah mungkin hebat, tetapi IANYA MASIH BELUM SESUAI DENGAN USIA ANAK KITA pada masa kita membuat pembelian. Ia mungkin sesuai untuk anak kita apabila usianya mencecah 3-4 tahun, tetapi kita membeli produk tersebut ketika usia anak kita 3-4 bulan. Bila ia tidak berkesan (ketika itu), kita jadi frust dan menyalahkan produk. Nak tunggu umur anak 3-4 tahun lama sangat kan? By the time anak kita umur 3-4 tahun, kita pun dah takder "spark" nak main dengan anak kita permainan tersebut. Tersimpanlah mainan itu dengan cantik dan kemasnya di almari, dan lama-lama, almari yang pandai! Ekekekek...


Saya tidak menyalahkan penjual dalam hal ini (walaupun kadang-kadang geram juga bila dapat salesman jenis memaksa pelanggan) kerana itu kerja mereka. Mereka terikat dengan produk yang dikeluarkan syarikat dan tidak boleh tidak, produk mesti jual kalau tak miss soru. Sebab itu, walaupun produk yang dijual masih belum sesuai ketika itu, tetap juga mereka promote dan jual dengan alasan "nanti anak u akan besar juga". Memanglah betul anak tuh akan besar, tapi duitnya kena keluar jugak sekarang kan? Tapi masa tu anak masih belum boleh guna dan masalah kat atas (spark dah takder bila anak umur 3-4 tahun) akan berlaku. Kerana itu, adalah penting untuk ibu bapa sendiri menilai samada ianya SESUAI ATAU TIDAK pada masa pembelian dilakukan. Kalau sesuai, dan boleh guna serta merta, then go ahead. Memang ia satu pelaburan yang menguntungkan. Dan pastikan anda guna produk tuh. Kalau beli jer, pastu simpan dalam almari cantik-cantik macam koleksi pinggan mangkuk Pyrex kita tuh kan, memang yang hado lah gamaknya! Ekekeke.. 
So, how to define sama ada produk tuh bagus atau tidak? Sesuai atau tidak? Yang pertama, kita boleh jadikan  maklumat yang ada di kotak atau produk yang ingin kita beli sebagai panduan. Selalunya, produk-produk ini akan ada maklumat berkaitan usia sebagai panduan, samada sesuai untuk New Born, 6-12 months, 18 months dan sebagainya. Tapi, janganlah kita ikut sahaja apa yang dicadangkan itu. Walaupun anak kita belum mencecah usia yang dicadangkan, kalau kita rasa ia memberi faedah pada anak dan boleh digunakan on the spot, tak salah kalau kita beli. Kita harus ingat yang baby develop at their own pace. Apa yang tertera di kotak hanyalah cadangan sahaja. Kita yang lebih tahu perkembangan anak kita bukan? Yang kedua, kita rajin-rajinkan diri melawat website-website education, blog-blog dan forum-forum yang berkaitan dengan ECE. Selalunya, memang akan ada suggestion dari para forummer atau blogger tentang produk-produk yang mereka gunakan pada anak masing2 dan ianya berkesan. Mungkin kita boleh PM mereka dan tanya lebih lanjut tentang produk tersebut. Saya harus akui yang saya belajar banyak tentang produk, material dan kepentingan ECE melalui chanel-chanel luar negara yang sememangnya memberikan inspirasi. Melihat anak mat salleh atau anak cina di luar negara membaca di usia setahun membuatkan saya "dengki" (positif punya dengki nih tau ..) dan nak anak saya begitu juga. Saya nak orang lain pula rasa apa yang saya rasa dulu apabila mereka melihat anak-anak saya membaca. Sememangnya video dan maklumat tersebut memberikan inspirasi baru untuk saya. 


Bercerita tentang produk, saya nak bg contoh macam DVD & VCD. Rasanya tak ramai para ibu bapa yang saya kenal tahu berkenaan Your Baby Can Read. Bila mereka menghubungi saya, dan saya tanya samada mereka pernah dengar Your Baby Can Read? Dr Titzer? Glen Doman dan sebagainya, kebanyakan para ibu bapa memang tidak tahu dan tidak pernah mendengar namanya. Sedangkan produk tersebut adalah produk yang awal-awal memasuki pasaran dunia dalam bidang ECE dan telah memecahkan rekod jualan berjuta-juta copy di seluruh dunia! Rasanya lebih 90 juta copy terjual. Dah kaya raya pun Dr Titzer tuh. Dah jual pun rasanya company dia pada orang lain. :) Dan ia juga telah membantu berjuta kanak-kanak di dunia ini membaca dalam tempoh yang singkat dan dalam usia yang muda. Sebab tu saya kata, di Malaysia ini agak kurang sumbernya berbanding negara luar kerana kita didedahkan pada Early Childhood apabila anak kita mencecah usia 4 tahun iaitu di Tadika. Jadi, kebanyakan produk yang ada cuma bertumpu kepada kanak-kanak ini sahaja dan yang di bawah 4 tahun atau secara spesifik 0-2 tahun, memang agak kurang. Tahun-tahun kebelakangan ini saya lihat ada sedikit perubahan di mana semakin banyak produk-produk bacaan yang menarik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak di bawa masuk oleh syarikat-syarikat buku gergasi seperti Popular, MPH, Borders dan Kinokuniya (sekadar menyebut beberapa nama). Memang boleh gelap mata dibuatnya kalau saya ke sana. Hehhehe..But again, pilihan yang dibuat harus tepat agar wang yang dilaburkan berbaloi!

Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberikan anda sedikit maklumat dan informasi bagaimana memilih produk yang sesuai untuk anak tidak kira berapa usia mereka. Walaupun masih belum berjumpa produk yang anda inginkan, teruskanlah mencari tanpa jemu, rajin-rajin diri ke kedai buku, ke blog, ke laman web yang memberi idea dan inspirasi. Anda mungkin akan bertemu dengannya. Apa yang penting, anda harus bezakan antara produk samada ianya BAGUS & SESUAI DENGAN UMUR atau setakat BAGUS TAPI TAK SESUAI LAGI. Hanya masa sahaja yang membezakan antara keduanya dan kalau tak nak membazir masa buat pembelian tu, pilih yang pertama yer. Dan tolong jangan pilih yang TAK BAGUS & TAK SESUAI punya material atau buku plak tau! Ahaks .. Okeh gang, jumpa lagi di entry yang lain wokeh!.

post signature
post signature

No comments: