*copy paste from Qarissa personal blog*
Adeiii... rasanya dah lama sungguh aku tak update blog ni kan? Dah nak masuk hari yang ke 16 bulan August 2010, satu entry pun aku tak buat lagi utk blog Q ni ha ...:P. Dah bersawang-sawang blog ni pun....:(
Adakah sebab aku preggy lagik??? Adushhhh... bak kata aku kat nenek aku yg baru sampai dr Singapore bila dia tanya, "Ko da ada isi lagi Watie?", aku dengan segeranya menjawab ala-ala bersilat ... "Ohhhh Nenekkkkk....Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap cam nek, nak cakap macam tuh tunggu lagi 3 tahun.."Hhahahaha.. tergelak-gelak nenek aku dengar... siap berpantun dan bersilat lagi tuh .. hehehhe
Bukan aku takmo anak lagi, kalau Tuhan dah nak bagi rezeki takkan kita nak tolak, tapi biarlah Zayra besar sket at least 3 tahun, aku nak fokus kat anak aku yg 2 org nih, kang asyik buat anak jer .. tak terjaga plak nanti, kesian anak-anak aku, lagipun aku nak pastikan Zayra boleh berdikari dengan satu tangan tu ha .. nak pastikan she's ok with it (memang aku tahu dia akan ok punya) cuma I want her to be excellent ..:) Dalam dunia yang serba mencabar nih, better think of quality & not quantity..:) Ukur baju di badan sendiri bak kata omputih .. hehehhe..
Dah tuh, kalau tak preggy, gaponya bersarang2 blog nih ha? Tak berupdate langsung? Sebabnya adalah ... jeng jeng jengg .... hehehhe...
Sejak aku habis seminar 17 July 2010 yang lalu, sampailah hari nih, aku sangat2 super duper sibuk menguruskan my baby company iaitu Genius Baby Resources. Alhamdulillah, rezeki Zayra, dulu masa ngandung & bersalinkan Qarissa, aku sibuk dengan perfume PFA, now dengan Zayra pulak, aku sibuk dengan GBR. Betullah janji Allah SWT, anak-anak pembawa rezeki dengan cara masing-masing. Syukur Alhamdulillah.
Aku kini menyewa di WISMA BLING LUSTRE, tingkat 2 tu (sebab tuh kalau korang ingat entry aku sebelum nih, aku ada hint-hint cakap pasal nak glamourkan tempat neh walaupun ada yg kata jauh sket..hehehe). Rasanya ada juga yang dah tau sebab Mommy Lyna dah pecah lobang bgtau kat blog dia .. hehehe.. tapi rasanya ramai lagi yang blom tahu ..sebab memang aku tak kecoh-kecoh..selagi tak siap kedai aku tuh, selagi tuh lah aku mengunci mulut aku yg becok nih ha .. :P Hatta family aku sendiri SORANG PUN TAK TAHU!! Memang betul-betul suprise lah org kata! Sesiapa yg dah tahu, semua aku suruh tutup mulut sebab aku takmo family aku tahu dr org lain especially my parents, coz ini memang kejutan untuk mak abah aku.
Kat tangga masa baru sampai...:)
Hampir sebulan aku sangat sibuk wat renovation kedai, siap tidur-tidur kat kedai untuk menghias dan memastikan kedai aku tuh selesa, cantik, cozy dan bila duduk sini, rasa cam kat umah sendiri. :) Insya Allah, bila aku selesa, aku harap pelanggan aku pun akan selesa jugak bila datang sini. Memandangkan aku deal ngan babies & kanak-kanak, dan seminar aku pun is on parenting, haruslah aku pastikan bakal-bakal peserta seminar & bengkel aku selesa dan rasa seronok setiap kali nak bawak anak-anak datang sini. Hubby pulak memang orangnya teliti, dia memang titik beratkan keselesaan especially utk anak2 dia, kengkadang aku rimas gak but I know he want the best for the kids. I shud be thankful to him, dialah penguat semangat aku, suami aku, tukang paip aku, tukang drill aku, tukang angkat perabot2 aku, tukang kritik aku dan juga jadi driver aku. Sungguh multipurpose kan..Love u honey bunch.. sampai sakit-sakit badan hubby tolong aku tau .. sian my other half kan ..:)
My beloved Mak yg happy mendukung Zayra yg gemokk!
Dan, tibalah masanya untuk aku buat suprise for my parents. Mak aku sampai dah terasa gak ngan aku sebab tetiba menghilang dan sunyi tanpa berita. Sampai bila b'day adik bongsu aku pun, aku datang kejap, letak anak-anak aku kat umah mak, then blah gi IKEA sampai kul 12 tgh malam, amik anak aku balik dan tak sempat pun jumpa dia sebab dia dah tidur!. Punyalah aku bz, Mak aku pun pelik, bila dia call dan tegur aku, aku dah rasa bersalah sgt sebab terpaksa kelentong mak cakap aku ada kat umah (padahal aku kat opis), then aku suh hubby cepat2 siapkan opis sebab tak sabar nak bawak mak abah datang tgk ofis sebelum aku buka secara rasmi & inform serta iklan kat web & blog.
Tekun mendengar nasihat Abah..:)
Hari nih, aku bg alasan kat mak abah kata nak bukak poser sesama. Memula abah cam tak nak kuar sebab dia kata awal sgt (padahal dah nak kul 6, sabar jer aku ..hahah) tapi aku paksa gak. Memula ingat nak makan kat restoran area Puchong tapi sebab takut jem dan tak sempat, we all gi Sunway Pyramid jer. Buat tempahan kat restoran Italiannese pun dalam keta! Gila yerk! Memang last minit sungguh! Lepas buka posa, terus aku bawak mak abah ke opis. Lalu lah area USJ. Abah aku dah pelik, dia tanya, "Ni USJ kan Kak Lang? Ko ikut jalan mana ni?"Hhahaha.. aku dengan selamba jer cakap.."Aaah, USJ, ada nak bawak mak abah satu tempat jap..." Then aku dengan bijak laksananya terus tukar story pada cerita2 terkini berita M'sia termasuklah cerita arwah Rohana & Dato' Aziz, siap masuk cerita arwah Norita so abah aku tak tanya lagi mana aku nak bawak dia .Wakakakka...
My lovely family. Si Irfan so excited ..:)
Sampai je Puchong, depan opis, adik aku Irfan plak tanya, "Ni kat mana ni Kak Tie?" Aku pun teruslah cakap.."Supriseeee! Ni lah ofis baru Kak Watie!!!!" Mak abah aku cam blur jer ...aikk..bila masa plak si Watie ni ada opis .. then, aku citer serba sedikit sambil naik tangga...macam2 soalan mak abah aku tanya .. hehehehe.. dorang memang terkejut sesangat kan .. bukak jer pintu kedai, mak abah aku cam tak percaya jer .. semua dah siap lawa ... besar .dan selesa... memang menjadilah jugak suprise aku nih! Dan terjawablah persoalan kenapa aku tetiba menghilang diri tanpa berita dalam tempoh sebulan kebelakangan nih. Hhehehe..Dorang tanya,"Along tahu tak ko bukak kedai nih?" Aku pun cakap, "Tak tahu ... family semua tak tahu .. memang nak bgtahu mak abah dulu, baru nak hebah kat org lain...".Pastu dorang tanya lagi, "Bila ko nak launching kedai nih?" Aku pun cakap.."Ni, mak abah dah datang, dah launching lah kiranya nih! Hhehehhe.....Nak mintak restuuuuu". Mak ngan abah senyum jer, aku tahu dorang bangga dan tumpang gembira tgk kedai nih, mak kata selesa dan lengkap sangat..just like home.. mak berkenan langsir kedai aku utk bhg budak2 .. :)
Abah aku yg tekun memberi ceramah .. hehhe
Aku mmg sengaja nak wat suprise dan bawak mak abah datang sebelum aku gebang kat tenet pasal business dan kedai aku, sebagai tanda hormat dan mintak restu mak abah. Kalau arwah mak mertua aku ada pun, mesti aku akan bawak dia gak..:) Sebab aku percaya, dengan adanya restu mak abah aku dan dengan izin Allah SWT, aku akan berjaya. :) Abah pun cam tak caya bila aku kata aku belum mula operasi sebab nak tunjuk kat mak abah dulu, then baru nak heboh satu dunia ..Hheheheh.. Tuh yg tak sabar nak bawak dorang datang tuh!. :) Alhamdulillah, dah selesai pun malam nih agenda suprise aku ..:) Teruslah malam ni gak aku wat entry ni ha pas anak-anak tidur..:)
Qarissa: Korang semua boraklah yerk, gua nak layan Little Reader lagik best!!
Dan, dengan ini juga, terjawablah persoalan KENAPA BLOG AKU BERSAWANG-SAWANG selama nih. Hhehehe.. Insya Allah lepas nih, aku akan giatkan usaha menulis blog terutamanya apabila website GBOB dinaiktaraf kelak. Memang banyak rasanya- double triple kerja yang aku kena buat, serius beb..kalau aku pikir semua kerja dan tugasan yang bakal menanti, jadi takut nak buat apa pun.. tapi aku kena kuatkan semangat dan jadi rajin cam Superman..ops..Supermom si Mommy Lyna tuh ha .. hehhee.. yg rajin gilos duk update blog dia sehari sampai 4-5 citer .. aku jadi tukang baca jer ..wakakkaa... haruslah aku merajinkan diri menaip apa2 yg patut, baik blog Q, mahupun blog education GBOB. Semoga Tuhan merahmati dan memudahkan urusan ku. Amin...
Quzayra: Ntahnya! Bebel tak habis-habis, aku makan tgn Atok pun sodappppp!
Dan, buat kengkawan tersayang yang melayari laman web ini, aku dengan rendah dirinya ingin memberitahu semua bahawa Genius Baby On Board - by Genius Baby Resources telah pun dibuka dan dilancarkan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga keberkatan bulan Ramadhan ini akan melimpahi my baby company buat selamanya. Amin..:) Insya Allah, selepas Hari Raya, kami akan mengadakan sessi seminar, bengkel, workshop dan playgroup di GBOB. Kini, GBOB dan Scriptory Box juga sedang merencanakan beberapa aktiviti kanak-kanak & playgroup di sini. Semoga usaha kami ini dimudahkan dan diberkati Allah SWT.:)
Our signboard inside the shop. Thanks to Jiji for this wonderful design! Luv it!!
Sesiapa yang ingin melawat dan datang untuk mendapatkan consultation dari GBOB atau saja nak lepak-lepak ngan aku sambil chit chat pasal education anak-anak, sangatlah dialu-alukan. Just call me and we can set the appointment. Memang kalau korang datang sini, pintu kayu yg lawa kat bawah tu sentiasa ditutup. Bukan sebab we all tak bukak tau, hehehe.. tapi ia ditutup atas sebab-sebab keselamatan, dont worry, orangnya ada kat atas.. Just call jer bgtau bila nak datang kay ..:)
This is our office address:
Genius Baby On Board
Wisma Bling Lustre,
No: 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1,
Taman Meranti Jaya, 47120
Puchong, Selangor
HP: 016- 20 333 40 (Watie)
Di sini juga, aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat-sahabat, di alam nyata mahupun di internet, pembaca my blog dan juga silent readers yang selama ini memberi sokongan pada aku untuk terus memberikan yang terbaik dalam ECE ini. Thanks to uols..atas kata-kata semangat yang diberikan, Genius Baby Resources ditubuhkan dan kini telah pun mempunyai kedai sendiri. Alhamdulillah ..:) Semoga sokongan kalian akan terus bersama kami dan kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Insya Allah ..
Nantikan gambar penuh our shop dan lebih story mory di entry akan datang!:)
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Sincere thanks from our heart..
1 comment:
ya allah!! cgratsss watieee.. bile nk g niii...bangga aku.. serious!
Post a Comment