Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, July 8, 2009

Special Moment Together-Menonton Bersama Bayi Anda!

Aku terima beberapa komen, pertanyaan serta perbincangan antara mak-mak mengenai sessi menonton TV @ DVD anak-anak. Antara yg kami bincangkan adalah mengenai keseronokan anak-anak menonton TV @ DVD dengan begitu leka, sehingga senang maknya nak buat kerja dapur. Ada juga yang kata, dorang selalu biarkan anak dorang tgk TV sorang-sorang. The kids are so happy watching it, mummy pun happy coz banyak kerja boleh settle.

Inilah senario sebenar Qarissa @ Home. Memang hidup dia penuh dgn DVD, dari pagi sampai malam. Di mana-mana sahaja, dalam apa jua keadaan. Tak caya, teruskan pembacaan yer..heheh

Hari ni, aku nak kongsi pendapat peribadi aku. Mungkin ada mak-mak yang tak setuju dengan pendapat aku, if ada, terpulanglah, tapi aku still nak tulis jugak sebab secara tak langsung, aku mengingatkan diri sendiri, yang kadang-kadang tersasar jugak.Wakakaka.. Everybody have their own opinion & I will stick to mine walaupun ada yg membantah ..Hhhaa..Degilnya aku nih noks!!

Sambil makan pun layan GOGO. Ni dalam Bumbo dia plak..Layanzzz...

Aku rasa, paling busuk, yerk, paling busuk pun SEKALI dalam SEHARI, kita - ibu @ bapa (salah sorang) mesti, aku ulangi - MESTI menonton bersama-sama dengan anak. Maksud menonton di sini adalah dengan duduk bersama, mungkin anak ada dipangku, dilantai @ berbaring bersebelahan, tak kisahlah kat mana-mana pun, janji kita ada berdekatan dengannya, dan kita involve sepanjang sessi menonton itu. Involve maksudnya bila ada part-part dalam DVD tertentu yang interesting, kita borak-borak @ nyanyi @ buat aktiviti bersama-sama ngan anak kita. Show them that we're also interested in the DVD, just like them (walaupun dalam hati Tuhan jer tahu wei! Hahahaha...bosan tahap dewa, apa idaknya, kalau dah sehari 10 kali aku rewind cerita yg sama..) Itulah pengorbanan namanya ...Wakkaka..

Yang ni dalam keta, Q tgh layan GOGO jugak. Aksi sebelum aku beli Booster Seat. Hari nih beli DVD Visor, esoknya baru beli Booster Seat. Tapi, tgk tetap tgk. Walau apapun halangannya. Hehhee..

Contohnya, bila ada part menyanyi, kita pun menyanyi sama & suruh anak kita nyanyi jugak. Kita buat action sebijik macam kat TV tuh buat, kalau ada part jump, kita pun jump, kita sebut "jump" sambil buat aksi jump supaya anak kita leh tgk & dia paham maksud jump, dia pun teringin nak jump sama macam Mummy @ Daddy dia buat. Kalau anak kita kecik lagik, tak boleh jump, kita lah jump kan dia .. Let say ada gambar fish berenang contohnya, kita buat suara suprise yg teramat (kena jadi anak wayang sket ..aku selalu praktik kat Q ..hahah) dan kata, "Wow!! What is that **nama anak kita**?? So many fishhhh!! Waaahh..colourful fish lah sayang ..cantik kan..? What color is that fish sayang?? Its purple color. Wah..thats dolphin Darling ..see, dolphin can jump so high!!". Selalunya anak korang akan buat muka excited, tapi katakanlah dia wat muka blur @ muka tak layan, janganlah korang kecik ati. Hahha..Korang teruskan jer sessi borak2 tuh...Percayalah cakap aku, hasilnya memang memberansangkan. Memandangkan aku nih banyak mulut & muka tak malu sket, aku tak rasa penat buat semua tu. Bukan kat anak aku jer, kengkadang anak org datang umah pun aku terbiasa guna cara yg sama. Hahhaa..kengkadang malu pun ada, cam terjall sangat aku nih depan mak bapak budak tuh ..tapi aku wat bodoh jer lah .. hahahaha .. dah terbiasa nak wat camner ..But selalunya the feedbacks dr baby tuh memang best..They love it so much!!

Yang ni pula aksi dia lepas dapat Booster Seat. Bukan main bulat mata dia tgk GOGO kan?

Aku cadangkan agar dari awal kita ajar anak kita utk tengok DVD Education. Jangan galakkan sangat anak kita tgk kartun-kartun yang tak berapa mendatangkan faedah tu. Lebih baik kita latih dia tgk kartun yg banyak unsur-unsur didikan macam perbendaharaan kata (vocabulary) ABC, Numbers, Things @ Home, Nursery Rhymes dan sebagainya. Kalau ASTRO, aku layan 613, memang tak bukak langsung Cartoon Network (kecuali adik bongsu aku dtg umah ..). Itu pun, jarang jugak tgk 613 sebab aku sepanjang hari asyik tukar-tukar DVD Education yang Qarissa ada. Memang berlambak-lambak, aku beli time kat Bali dulu. Itupun ada sampai skang masih blum sempat nak tgk. Sebab, aku suka ulang-ulang cerita yang sama. Aku tahu baby takkan pernah bosan menonton cerita yang sama setiap hari. Aku tgk, Qarissa happy sgt dapat tgk cerita yang sama everyday. Dia tak pernah cranky, sebab tuh aku tak sampai hati nak tukar yg lain, walaupun aku dah borink tahap gaban tgk citer tu. Kalau aku tgk Q macam tak beri perhatian (walaupun dia tak cranky), baru aku tukar DVD lain. Sebab aku tau, kalau Q interested dengan sesuatu cerita tuh, dia akan tak berkelip pandang TV tuh. Kalau dia happy, dia akan ikut aksi kat TV, sebab tuh senang aku nak detect dia suka atau tak sesuatu DVD tu. Kalau 613, dia cukup suka Thomas & Friends. Dia akan tgk tanpa berkelip & dia suka lagu tema T&F tu. Bila nampak mana-mana keretapi, tak kisahlah betul @ mainan punya, aku akan tunjuk dia dan kata, "Look! Its Thomas Qarissa!! Choo Chooo, caga, caga, caga ..." dan dia akan senyum sampai telinga. maknanya dia ingat cerita tu..:)

Ni lah harta yg aku beli @ Bali. Sekeping utk aku pun takder. 100% for Qarissa. Casing 1 & 2.
Casing 3 & 4. Jangan tanya aku bila nak habis tgk, sebab aku pun tak tau sampai bila. Hahhaha.. Yang series cm Barbie, Strawberry Shortcakes pun masih ada yg lum tgk. Maybe bila Q dah besar sket, aku bg dia tgk. Tapi, yg Barbie ada jugak aku bg dia tgk. Selalunya half way jer, pastu dia bantai tidur. Sudahnya aku & hubby yg tgk, sebab best ooo citer dia ..Hahahha..

Paling lama satu siri DVD Education kanak-kanak akan amik masa 30 minit - 45 minit. Aku rasa, tak lama sangat pun kalau kita nak luangkan "masa berharga" kita dengan anak-anak kan? Kalau memang bz sangat, mungkin 30 minit tuh lama sangat, bglah 10 minit untuk anak-anak, just chit chat, simple conversation with them. Yang penting, kita participate dalam apa yg mereka suka. Aku selalu cakap, sumtimes we have to act childish to attract their attention, If we need to jump, we jump, if we need to sing, we sing, if we need to do silly action, just do it! Whatever yang kita buat yg mampu membuatkan anak kita gelak, kita buatlah. Anak kita akan jadi "happy baby" & tak banyak mendatangkan masalah, dia akan happy selalu & senang terima apa2 ilmu yg kita ajar. Bukan nak kata aku pandai, aku just share apa yg aku buat sejak setahun lalu, & it really works. Sebab tuh nak share with uols & I share this with uols for free tau! Hhehehe..

Ni lah casing luar dia. Lawa kan? Aku pun suka. kat KL tak jumpa lah ..:(
Casing Princess & Strawberry Shortcakes

Jadi, kepada ibu bapa yang selama ni hanya mengharapkan TV @ DVD untuk menjadikan anak anda bijak, cubalah ubah sikit teknik tu. Aku pun tak lah dalam sehari berkepit dengan Q 24 jam depan DVD borak ngan dia. Aku pun bg jugak dia explore @ layan DVD Education tuh sorang-sorang, tapi dalam sehari, mesti aku luangkan sekurang-kurangnya SEKALI time untuk bersama-sama mengadap DVD Education dia sambil borak-borak & do all the actions yg aku bgtau kat atas tadi. Sebab aku bg dia tgk DVD Education, jadi aku tak risau sgt dia tgk sorang-sorang, coz aku tau DVD yang dia tengok tu is the best utk dia. Ulang-ulang pun takper, selagi dia tak bosan. Kalau tgk TV biasa, kan lepas habis satu, cerita lain pulak keluar. So aku tak tahu cerita apa yg dia tgk.

Hambek ko...tgh meneran pun boleh layan DVD Education lagik..Hebat tak anak aku sorang nih? Wakaka..

Sebelum aku akhiri posting hari nih, aku reka satu ayat khas untuk semua dan diri aku sendiri, "DVD Education leh jadikan anak aku bijak pandai, tapi kalau aku join sekali, anak aku akan jadi GENIUS!" Wakakakak..best tak? So, apa lagik Watie, duk ngadap lappy nih watper? Gi lah layan Qarissa tuh! Pe raaa......

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Join jgn tak join,

9 comments:

Ummi Hanie said...

Salam again kak Watie..

yes i agree..jgn asyik g anak2 tgk kartun jer memanjang...alang2 tu bglah tgk yg education type DVDs...sy bukan x bg lgsg anak2 sy tgk DVD kartun or siaran kartun di TV , cume diseling2kan dgn DVD brbentuk educations itew sprt blajar English , bahasa Arab , doa2,etc ..

ehhh kitorang pun layan Barbie jugaklahh !! mmg sgt besh dan cantik kartun2 dier..heheehe..*jelezzz tgk koleksi baby Q tuh .. dahlah casing santekk !

Farah said...

btul tu watie plg busuk pon sekali sehari la duduk dgn die main sama.nyanyi sama2...jumpe ke menari ke apape jela..mcm afif tak reti tepuk tangan semua2 tu..so aku la yang beria2 menepuk tangan sambil goyang badan semua..hahaha..husband aku kalau tgk aku beria2 camtu die gelakkan tp seronok sbb tgk anak aku ketawa mengekek2..

dzuhata said...

akum watie... baby i dlm perut lagi :p kalau kat m'sia ni kat mana i nak beli education dvd tu ek? speedy ada jual ker? thanks.

Watie Aziz said...

Hani, tuh lah kan, kadang2 kartun ni bawak unsur yg tak berapa bagus pada anak, sebab tuh i latih Q dari kecil lagik, biar dia biasa dengan education DVD. dah setahun i amalkan, i tgk Q nih macam suka dan tak lah sibuk nak tgk kartun bukan2 ..dia ok jer ..so i percaya yg baby just sumbat jer apa yg kita bg kat dia, kalau dr kecik kita bg yg elok, insya allah dia tak sibuk nak tgk kartun tak pekdah ..

jiran sebelah i kan, anak dia so cute tau ..dia suka tgk kartun network, mak dia citer kat i ..one day anak dia jerit ngan muka muka sekali,"oh please...dont kill me!! i dont wanna die!!!!" ahhaha..dia ikut kartun tuh cakap..terkejut mak dia ..kalau org dgr, mesti ingat makd ia dera anak wakakkaa..

Watie Aziz said...

Farah, hehehe..dapat aku bayangkan camner ko gelek2 sambil tepuk tgn ..hahaha..sure afif suka, apaknya pun joinlah sama gaknya ..gelak tapi suka tgk maknya tergelek2 ..ahhahaa

tu lah, baby mmg tau tau if kita wat lawak happy2 ..bila kita wat on daily basis, dia akan jadi happy baby, dan jarang cranky ..:) gud job Farah ..tahniah!!

Watie Aziz said...

wa'alikumusalam dzuhata, wah, bestnya ngandung ..i pun teringin nak satu lagi nih ..

yang, u baca tak pasal mengapa yahudi bijak tuh? u amalkan apa yg ditulis kat situ ...i dapat that article pas Q lahir ..heheheh..tak sempat nak wat ..

skang u leh guna audio CD utk dengar lagu2 nursery rhyme @ CD ayat2 Quran. I dulu guna audia CD GOGO dan ayat2 quran...i takder audio CD nursery rhyme time tuh ..so mmg setiap hari sebelum tidur ..i akan pasang sampai tertidur, believe me, the baby can hear tau!!

Watie Aziz said...

dzuhata,i tak penah beli kat speedy video, tapi baru2 nih my sis kata dia ada beli kat sana nursery rhymes..u pergi kat bhg kids, kat video speedy yg besar2 ada rasanya...

MiszMama said...

well done for your very2 good effort. Saya sebagai SAHM memang try to give early education untuk dekna n jemmy. Jemmy sekarang umur 2 1/2 dah pandai count 1 to ten, ABC dan lagu2 simple macam wonderpets dan Barney. Sekarang dah tak pakai diaper. Cuma tak tau macammane nak buang pelat die.

Watie Aziz said...

Tq Linda, really appreciate ur comment. Its good to hear that ur baby can count & read ABC dy ...mesti suka dengar kan? Keep up the good work kay yang .. tak sesia duk umah ajar anak kan? berbaloi rasanya ..hehehe ..

hmm..pasal pelat tuh, maybe at this age, they cant really say it out clearly. Cuma bila kita bercakap ngan anak, gunakan bahasa yang betul dan jgn pelat2. Sooner or later, dia akan terikut2 dan terbiasa..Insya Allah ..

wah ..bestnya anak u tak pakai diaper dah? so gus ..jimat cost ahh ..hehehe