PERISIAN @ SOFTWARE dalam bahasa Inggeris yang direka khas untuk anak mengajar bayi semuda 3 bulan hingga 5 tahun bergantung kepada kefasihan & kebolehan anak membaca, sekiranya pada usia 5 tahun, anak masih belum boleh membaca dengan lancar, maka perisian ini masih boleh digunakan untuk membantu mereka membaca dengan lebih mudah.
Keampuhan Little Reader sebagai satu perisian yang hebat & berkesan terbukti apabila ia menawarkan apa yang tidak mampu ditawarkan oleh produk-produk lain contohnya DVD Education @ Entertainment. Ia menawarkan KEPERIBADIAN (Personalization)kepada penggunanya. Apa yang dimaksudkan dengan KEPELBAGAIAN & KEPERIBADIAN
Dari segi KEPELBAGAIAN (Variety), sistem akan menunjukkan perkataan sekurang-kurangnya dalam 3 jenis font,warna dan saiz yang berbeza. Ini bertujuan untuk membantu anak anda memahami bahawa tidak kira apa pun saiznya, apa pun warnanya atau samada ia huruf besar atau kecil, ia adalah perkataan yang sama iaitu ROLLING.
Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang ditayangkan selepas perkataan rolling juga akan berubah-berubah sebanyak 2-3 kali dengan tujuan yang sama – memberikan kepelbagaian kepada anak anda untuk melihat contoh-contoh gambar yang berbeza.
Selain itu, LR juga menawarkan MULTISENSORI METHOD dalam perisiannya untuk memastikan anak anda memahami apakah MAKSUD perkataan yang ditunjukkan tadi. Seperti contoh, selepas perkataan dan gambar ROLLING ditayangkan, video aksi ROLLING juga akan ditunjukkan, dan sebanyak 2 hingga 3 fail aksi ROLLING yang berbeza akan ditunjukkan. MULTISENSORI METHOD inilah yang sangat penting dan berkesan dalam mengajar anak anda maksud sesuatu perkataan itu.
Dari segi suara pula, untuk setiap fail & sessi, terdapat 3 suara berbeza yang digunakan iaitu suara lelaki dewasa, suara perempuan dewasa dan suara kanak-kanak. Sekali lagi, KEPELBAGAIAN dititikberatkan kerana dengan kepelbagaian inilah, ia dapat menawan hati anak anda untuk terus-terusan membaca dan mempelajari lebih banyak perkataan yang ada.
Dari segi KEPERIBADIAN (Personalization) pula, perisian Little Reader ini membenarkan anda membuat fail anda sendiri untuk mengajar anak-anak anda. Anda boleh merakam suara anda sendiri secara terus, memuatnaik gambar dan video peribadi di dalam perisian ini. Sesungguhnya, dengan adanya gambar serta video peribadi ini, ia semamangnya terbukti sangat berkesan untuk menanamkan minat anak anda untuk membaca. Untuk membuat fail sendiri tidaklah sesusah mana kerana perisian ini sangat mudah digunakan dan mesra pengguna.
Untuk ibu-bapa bekerjaya yang tidak punya banyak masa membuat fail sendiri, anda tidak perlu risau kerana Litte Reader telah menyediakan kurikulum @ course selama 12 bulan untuk anak anda. Terdapat 130 fail pada semester pertama dan 130 fail lagi di semester kedua. Anda hanya perlu memainkan fail tersebut setiap hari selama 5 minit pada waktu pagi dan 5 minit pada waktu petang. Sekiranya anak anda sudah pandai mengendalikan komputer dengan sedikit tunjuk ajar, mereka boleh memainkan perisian ini tanpa memerlukan pengawasan rapi. Walaubagaimanapun, pihak Genius Baby Resources sangat menggalakkan anda sama-sama duduk dan bermain dengan anak anda untuk sekurang-kurangnya 5 minit setiap sessi kerana masa inilah yang boleh anda gunakan untuk bermesra dan menguatkan ikatan kasih saying anda dengan anak. Bukan itu sahaja, adalah penting untuk anda sama-sama membuat aksi di bahagian MULTISENSORI bagi menawan hati dan menambah keseronokan anak anda.
Fail-fail di bahagian kurikulum ini telah direka khas dengan teliti oleh pihak Brillkids dengan memilih perkataan-perkataan yang sering digunakan seharian, dari satu perkataan tunggal menjadi satu ayat dan seterusnya menjadi satu cerita yang lengkap. Begitu mudah untuk mengajar anak anda membaca, hanya dengan menekan butang
Selain dari kurikulum yang disediakan & fail yang anda boleh direka sendiri, anda juga boleh memuat turun ribuan fail yang telah direka oleh para ibu bapa lain seluruh dunia yang turut menggunakan perisian ini bagi mengajar anak mereka. Fail-fail ini boleh di dapati secara PERCUMA atau BERBAYAR (dibeli menggunakan point yang anda ada) dan boleh terus dimuat turun ke dalam computer atau laptop anda. Sambungan ke internet diperlukan untuk memuat turun fail-fail ini.
Dengan adanya perkongsian fail antara para ibu bapa dari diseluruh dunia, ini bermakna anda boleh mengajar anak anda APA SAHAJA BAHASA yang ada seperti MANDARIN, FRENCH, SEPANYOL, JAPAN, ARAB dan sebagainya! Menarik bukan…:)
Brillkids juga memberikan sessi percubaan @ trial selama 14 hari untuk anda mencuba perisian ini. Saya mengesyorkan agar anda menggunakan sebaik-baiknya tempoh masa 14 hari ini untuk melihat keberkesanannya dalam membantu anak anda membaca kerana selepas tempoh percubaan tamat, anda tidak boleh memuat turun trial program lagi. Sila klik di bawah untuk memuat turun trial program ini.
http://www.brillkids.com/ra.php?18287
Coupon Code: BKAFF18287
Coupon Code: BKAFF18287
Bukan setakat software@ perisian, Little Reader juga di datangkan khas dengan hardware@perkakasan bagi membantu anak anda membaca. Ia dipanggil deluxe kit di mana di dalam pakej ini, anda akan menerima produk-produk seperti di bawah:
1. Set flash card yang terdiri daripada:
a. 2 Penjilid Brillkids @ Brillkids Binder yang bertujuan untuk memegang sarung flash card atau flip card anda. Boleh digunakan dengan 3 cara iaitu memegang, meletak di atas lantai atau membentuknya seperti kedudukan berdiri.
d. 160 keping cetakan flash card untuk kategori utama bagi perkataan dan gambar. (Boleh dicetak melalui perisian Little Reader untuk perkataan dan gambar bagi kategori-kategori yang lain)
*Apa yang menarik dan berbezanya Little Reader dengan produk-produk yang ada di pasaran, di dalam flash card yang dibekalkan ini juga, mereka juga menawarkan KEPELBAGAIAN & KEPERIBADIAN di dalamnya. Setiap flash card samada flash card perkataan atau gambar akan mempunyai 4 perkataan dan gambar yang berbeza rupa bentuknya, sama seperti apa yang anda lihat di dalam perisian. Anda juga boleh memasukkan gambar dan perkataan peribadi anda di dalam penjilid yang disediakan itu.
2. 5 siri buku cerita Little Reader yang direka khas untuk mengajar anak anda membaca. Tulisan yang besar dan perkataan-perkataan penting di warna dan dibesarkan saiznya supaya mudah di lihat. Bukan itu sahaja, maksud perkataan juga di diterjemahkan secara khusus di dalam buku ini dengan cara yang menarik. Kualiti gambar yang cantik dan bewarna-warni sudah pasti akan menarik minat anak anda membaca. Sila lihat album ini untuk lebih jelas tentang apa yang dimaksudkan di atas.
3. 10 keping Pelekat Label yang boleh anda gunakan untuk menulis perkataan-perkataan dan lekatkan di sekitar rumah anda bagi menggalakkan anak anda membaca. Contohnya, anda boleh melekatkan perkataan TABLE di meja rumah anda,DOOR di pintu rumah anda atau COUCH di sofa ruma anda. Galakkan anak anda menyebut perkataan-perkataan ini setiap kali mereka melihatnya.
4. Pelan mingguan untuk Semester 1 dan Semester 2. 2 buku disediakan untuk anda bagi menyemak dan memastikan anak anda telah melihat dan mempelajari kesemua fail yang disediakan oleh pihak Little Reader.
5. Bonus kupon sebanyak 8,000 point diberikan di dalam pakej ini. Point ini boleh anda gunakan untuk membeli fail-fail pembelajaran @ subjek-subjek lain berkualiti yang dibuat oleh para ibu bapa seluruh dunia (yang turut menggunakan perisian ini) atau membeli voucher diskaun di forum Brillkids untuk produk-produk pembelajaran yang keluaran syarikat lain yang bekerjasama dengan pihak Brillkids.
6. Buku bertajuk – Everything You Need To Teach Your Baby To Read
7. Buku bertajuk – Teach With Little Reader
Harga:
RM 1500 untuk Little Reader Deluxe Kit sahaja
RM 700 untuk Little Math sahaja
RM 1850 untuk Little Reader Deluxe Kit & Little Math (Bundle Set)
Terms Of Payment:
Cash / Credit Card
12 Months Interest Free for Maybank & Ambank Credit Card User.
Maklumat disediakan oleh: GENIUS BABY RESOURCES
* Maklumat yang disampaikan di atas adalah benar sepanjang pengetahuan pihak GBR dan ia disediakan khas untuk pelanggan GBR yang melayari laman web serta FB pihak kami. Tidak dibenarkan mengulang cetak, menyalin atau meniru mana-mana bahagian seperti yang ditulis di atas untuk apa-apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran pihak GBR. Kerjasama anda amat dihargai. Katakan TIDAK kepada PLAGIAT!
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Love this software,
No comments:
Post a Comment