free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, December 30, 2010

Pendaftaran Playgroup Level 2 (6-12 Months) Kini Di Buka!


Alhamdulillah, rasanya dah ramai juga ibu bapa yang tertunggu-tunggu bila agaknya pihak GBOB akan membuka kelas Playgroup untuk Level 2 @ Crawler (6-12 Months). Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami kini membuka pendaftaran untuk kelas Playgroup Level 2 @ Crawler (6-12 Months) untuk tahun 2011. 

Kelas akan bermula pada bulan Januari 2011 bermula 8 Januari 2011 dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri Trial Class bagi sessi ini, anda boleh membuat pendaftaran dengan pihak kami. Sila hubungi kami di talian 016-2033340 (Watie) untuk sessi pendaftaran penuh atau kelas percubaaan . 

Apabila kami melancarkan kelas Playgroup Level 2 ini, terdapat sedikit perubahan dari segi jadual untuk Playgroup Level 1. Berikut adalah maklumat terkini tentang Jadual Playgroup Class yang akan diadakan di Genius Baby On Board. 

Level 1 (Infant - 0-6 Months) - 9.30 am - 10.15 am 

Level 2 ( Crawler- 6-12 Months) - 10. 30 am - 11.15 am 

Level 4 (Runner - 18 Months - 4 years) - 11.30 am - 12.30 noon.

Harga untuk kelas mahupun Trial Class masih sama iaitu: 

Trial Class: RM 35 / Sessi (maksimum 2 Sessi untuk Trial Class) 

Harga Pakej: RM 150 setahun utk Yuran Pendaftaran & RM 35 / Class yang perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus. Jumlah yang harus di bayar ialah RM 290 ( RM 150 + RM 140) untuk kali pertama pendaftaran dan bulan-bulan berikutnya cuma RM 140 sahaja. 

Tempoh: 4 kelas tersebut boleh dihabiskan dalam tempoh 6 minggu bermula dari hari pertama anak anda datang ke kelasnya. 


Sebarang pertanyaan sila hubungi Watie supaya anda mendapat maklumat yang kelas dan lengkap. :) Ada juga ibu bapa yang berminat untuk membawa anak ke Playgroup @ BOB, cuma kekangan masa yang menyebabkan niat mereka terbantut dan ada yang meminta Watie menyediakan satu pakej untuk mereka yang tidak dapat commit setiap minggu. Insya Allah, Watie masih dalam perancangan untuk mereka bentuk satu program dan penyelesaian terhadap permintaan ibu bapa ini. Kalau  dah siap, akan Watie kongsikan yer :). Until then, jumpa anda di tahun baru 2011. Semoga ia membawa sinar yang lebih baik buat kita semua! Amin..

post signature

post signature

No comments: