Hari ni Watie nak kongsikan satu produk yang sangat bagus untuk meningkatkan motor halus anak anda. Produk ini sebenarnya adalah salah satu dari puluhan produk yang Watie gunakan dalam kelas Playgroup @ GBOB (Level 3:12-18 bulan). Sejak Watie gunakan produk ini, memang ramai ibu bapa yang menyertai kelas tersebut ingin turut sama memilikinya tetapi sayang, stok memang takder, dan memang sangat susah nak dapat. Watie ingat lagi, masa mula2 Watie beli, Watie berbelah bahagi samada nak guna atau tidak this produk untuk kelas Playgroup, sebab harganya taklah murah sangat, kalau satu boleh tahan lagi, tapi kalau dah 10? Hehehehe.. Tak betul2 memang bengkok lah jugak kan …Ekekek..Tapi sebab this produk is hard to get & really good for my student, I decided to invest jugak, kira 1 time investment lah kan .. tutup sebelah mata lah.. Hehehhe..Watie cuma sempat jual 2 sahaja dan yg selebihnya memang tak jual sebab nak pakai untuk kelas.
Buku yang mendapat permintaan hangat tapi stok takder. Now ada but very limited. Hehehe..
Lucky me, finally setelah cuba sedaya upaya dapatkan stok, I managed to get the stok but limited. So, Watie terus mesej pada parents Playgroup GBOB dan buat booking untuk siapa yang nak. Of course Watie kena bagi priority to my Playgroup students kan ..:) Kebanyakan alat mainan dan alat bantu mengajar memang jarang dapat Watie kongsikan, upload atau cerita kat blog sebab belum sempat cerita, barang dah terjual untuk students2 Watie, so I don’t think so its appropriate bila Watie duk citer pung pang pung pang, skali client nak beli barang takder..Its doesn’t sound good & professional. So, that’s y kebanyakan barang tuh memang student Playgroup akan dapat dulu sebab they come every week. Hehehehe.. So, sapa yg nak tgk barang2 @ GBOB, kena rajin2 singgah hujung minggu lah kekdahnya .. hehhehe.. But no worries, kalau stok ada atau akan di restock, Watie akan try to update the info dan kongsikan dengan anda semua tetang kebaikan dan keistimewaannya okeh ..:)
Alrite, produk yang Watie nak kongsikan ini namanya My First Activity Book. Ia merupakan satu buku kain atau “Cloth Book” yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk anak anda terokai. Buku nih sangat menarik, first time anak u tengok pun, dia dah suka sebab warnanya sangat terang dan menarik perhatian. Orang kata, “Love at first sight”. I still remember, Watie bg Qarissa pegang buku nih, kemain lagi dia bergelek2 cam pegang handbag sambil dancing2 keliling opis. Ni ada watie attachkan gambar gedix si Qarissa satu ketika dulu. Masa ni Zayra tgh merangkak lagi. Hehehe.. In fact, Qarissa lah yang bg idea untuk Watie jadikan buku tersebut sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam kelas. Bentuknya yang direka seakan2 bag itu sememangnya menarik untuk untuk kanak-kanak pegang dan main play pretend seolah2 dia nak ke sekolah atau berjalan2. Good for traveling too! At least ada benda yang dia boleh main (mainan yang berfaedah dan meningkatkan skill motor halus mereka!) dalam kereta sepanjang perjalanan balik kampung atau bercuti!
Ni lagi best dari bag Coach hokay Aunty2 semua.. Heheh!
Angkat tinggi2 nak tayang sket I ada handbag! Hahahaha...
Vavava..Ada gaya model..Siap dgn berus gigi tu yg tak tahan. Ha, yg kat belakang tgh duk bergossip tu, sorang sangattt bagussss, lagi sorang sangaaaatt tak baguss! Haahhaa...
Memberus gigi sambil bergaya dengan handbag "ada curlass" nya. Kikiki...
The Ants Go Marching One By One Hurahhh! Huraahhh!.. Sian anak aku main sorang2 ..hahahha..
Kepit mengepit tak tahannnnn!
Di dalam Cloth Book – My First Activity Book ini pula, terdapat 10 aktiviti yang boleh anak anda terokai dan setiap satunya mempunyai objektif yang berbeza. Setiap aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran motor halus anak anda dengan pengunaan dan latihan yang kerap.Meh kita tgk apa aktiviti-aktiviti yang ada dalam buku ni kay.:)
Anak2 belajar membuka dan menutup butang. Perlukan kemahiran dan latihan yang kerap, in the beginning memang parents kena bantu dengan sama2 bermain dengan mereka. :) Nanti senang bila anak dah pandai, dorang akan bukak butang baju sendiri tau.. I suggestkan nyanyi Nursery Rhyme - Round & Round The Garden sambil bukak button ni.
Memasang dan membuka seat belt. Dalam masa yg sama, leh ajar anak, kalau naik kereta, mesti pakai seat belt!. Juga perlukan kemahiran dan latihan yang kerap. Kita rasa senang, anak rasa susah tau ..:) jadi kena bantu yer Mommy & Daddy!
Belajar Zip & Unzip. Aktivity ni agak mudah berbanding yang 2 di atas, tapi perlukan kemahiran juga. Yang best tuh, siap ada cloth duck dalam zip tu, dan ianya berbunyi bila kita gesekkan.Bagus untuk stimulasi pendengaran anak dan bayi. Nak gesek pun bukan aktiviti yg mudah bagi abak kecil anda tau! Kita rasa senang, but to them, rasanya mereka lebih suka keronyok berbanding gesek, betul tak? Sebab still berbunyi apa.. hehehe..Jadi, untuk variasi, boleh suruh anak gesek guna ibu jari dan jari telunjuk, bila dah biasa, nanti nak pegang pensil pun senang. :)
Peek A Boo play with Mr Octopus. Ni pun best sebab Octopus ni punya kaki, ada 3 kaki kita boleh play around. Leh main tarik2 kaki dia. Leh main Peek A Boo dengan menutup mata Octopus, sedia, dan lepaskan and say Peek A Boo Octopus! :) Selain tu, ada juga baby Octopus di bawah salah satu kaki tu. Great way to say Peek A Poo when playing with our kids. :) Sapa yg dtg Playgroup & tau pasal "Old Orange Octopus", leh ah nyanyi lagu tu jugak :)
Counting Activity - kira kaki Caterpillar dan ada juga finger puppet Butterfly. Finger puppet ni boleh di tarik keluar dan dilekatkan semula dalam buku. Memang sangat lah disukai anak-anak saya kat Playgroup tu.. Level 3 ( 12-18 months) pun dah pandai masukkan dalam jari so kalau yg 2 thn lebih mmg lah sgt expert kot, siap leh nyanyi dan terbang2 with this Butterfly sambil nyanyi lagu Fly Fly Fly, the Butterfly! Bila time Catterpilar, leh nyanyi "Caterpillar Coughing!" :)
Yang ni plak Bee. Pun finger Puppet with pelekat velcro juga. Kalau student yang datang Playgroup Level 4 last 2 weeks kot, mesti ingat yg kita ada main Bee ni kan..? They love it!. Pasni leh Main ngan Mommy okeh!:) Bunga tu ada macam kocek yang anak leh seluk2 jari dorang yg comel dalam tu. :) Atau maybe simpan Bee dalam tu and say Bee is eating! :) Pastu nyanyi lagu Buzzy Buzzing Bee!
Tie the Shoelace Activity. Agak sukar untuk anak pada mulanya, dan ia akan jadi lebih baik. Mommy can start by encourage them to insert the lace dalam lubang dan tarik dahulu, sebelum ajar buat riben.:) Time ni leh nyanyi lagu, One, Two Buckle My Shoe!:)
Ni button activity. Anak kena button belon2 dan bumbung rumah Cat tu di tempat yg betul. Material for both ballon and roof pun berbeza, so its good for their touch stimulation also. Sebab dia button, ada tendency anak untuk pakai button jer, dan tak ikut the shape. No worries, sebab bila dia wat camtu, kita leh bgtau yang dia mesti ikut shape just like the picture above. :) Time ni, kalau nak nyanyi lagu Happy Birthday pun ok sebab ada ballon tapi last week we all nyanyi lagu Mister Sun! hehehe..
Ni pulak hand puppet bear. Anak boleh masukkan tangan dari bawah, seluk dan bermain dengannya. :) Jangan lupa bagi nama for this bear okeh!
Dan, yang akhir sekali adalah button Activity & Tell the time. Anak boleh belajar nombor dan waktu. Ia boleh dipusingkan 360* tapi sayangnya penunjuk jam dan minit tu tak leh dipisahkan. So, hanya leh tunjuk kat setengah2 nombor jer lah. :) Jangan lupa nyanyi lagu Hickory Dickory Dock masa main this Activiti dengan anak okeh..:)
Harga buku ni cuma RM 79.90 sahaja tidak termasuk penghantaran. Penghantaran ke Semenanjung cuma RM 6 dan ke Sabah/Sarawak cuma RM 10. Terus terang, stok yang Watie ada cuma 140 sahaja, Watie cuma boleh jual 100 sahaja sebab lagi 40 nak simpan untuk my branch akan datang. Branch? Opps...Heheh.. Insya Allah ..ada rezeki kita akan bukak di Johor tahun depan, sekarang tgh gigih nak siapkan program dan produk untuk branch sana, under our Licensing Program. Another sebab yg kukuh kenapa blog ni jarang update lately. Hehehe..Pening mak noks..pening giler skang.Ahaks..But i love it. Dan, daripada 100 buku tuh, 20 buku dah terjual untuk student2 Watie yg Level 3. Yang Level 4 baru dapat message, dan ada yang dah book, ada yang nak tengok by this week (sebab Level 4 belum berkesempatan guna that book masa Playgroup, cuma sempat guna Bee Finger Puppet jer), so that have no idea about the cloth book. Jadi, cuma tinggal 80 buku sahaja yg boleh Watie buka untuk jualan. Again, first come first serve basis dan siapa yang buat payment dalam akaun GBOB, htr info dan bukti pembelian, Watie akan terus courier. Boleh sms atau mesej Watie selepas transfer. :)
To those customer yg dah booking, no worries, Watie dah siap tagging dan stapler nama kat bag lagi, heheheh,,seram betul kalau tak buat camtu, kang aku pakai jual jer, tetiba dorang nak claim barang, stok dah takder. Huhu ..haru ooo.. :) Ok kengkawan, jumpa lagi di entry akan datang kay. Nanti sempat, Watie kongsi lagi produk2 yang bagus untuk meningkatkan pelbagai skill dalam diri anak anda yang genius tuh..:) Salam sayang semua ...:)