Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, July 3, 2009

Why I Become A Freelance Consultant?

Aku mula berminat untuk menjadi Freelance Consultant On Early Education apabila aku merasakan yang aku mampu mengubah persepsi masyarakat yang berharap anak mereka akan tahu segala-galanya apabila tiba masanya kelak. Semakin lama aku membaca tentang early education, semakin aku yakin yang bayi & kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah "makhluk tuhan" yang PALING SENANG dibentuk mengikut acuan yang kita inginkan. Kuasa otak mereka juga sangat mengagumkan di usia antara 1-6 tahun. Kerana itu, adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa memberikan segala ilmu yang asas kepada anak kita di kala usianya masih muda. Foundation @ asas yang kita berikan sejak awal lagi akan membantu kanak-kanak ini berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar apabila mereka dewasa kelak.

Antara Education Books Yang Aku Belikan Untuk Qarissa

Sebagai ibu, aku inginkan yang terbaik untuk anak kesayanganku. Aku percaya semua parents di luar sana pun sama seperti aku. Kerana itu, dengan menjadi Freelance Consultant, aku dapat berkongsi segala ilmu yang ada dengan para ibu bapa. Lebih penting, apa yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam mendidik anakku. Dan apa yang aku perkenalkan dalam blog ini, semua kaedah @ education set yang aku promosikan adalah berdasarkan pengalaman aku yang menggunakannya sendiri ke atas Qarissa.

Dengan menjadi Freelance Consultant juga, aku tidak terikat dengan sesebuah syarikat tertentu yang mana sudah tentu akan ada suara-suara sumbang berkata, "Mestilah dia promote barang tuh, dia kerja dengan company tu kan ..". Oh no- no my dear friend, what I'm selling is based on my experience on using the products. It could be from any company, yang mana produknya bagus & sesuai untuk bayi & kanak-kanak, aku akan promotekan. Kalau ada pun yang aku tidak beli (maybe belum sesuai untuk Qarissa @ similar product dengan apa yang Qarissa dah ada), aku akan pastikan yang aku faham dengan produk yang dijual, pastikan ianya bagus untuk parents-parents di luar sana & i can justify whether its worth your money or not ..:)

Happy Baby excited baca buku

Yang lebih penting, I'm not selling things tanpa menggunakan sendiri produknya macam salesman @ salesgirl yang bersepah-sepah di luar sana. Jual barang, tapi tak guna pun barangnya. That's not ME! Hhehe..sejak dari dulu, sejak aku kerja as Senior Training Executive @ CRONY, aku dah biasakan jadikan diri sendiri as TESTIMONI, baru aku confident nak promote pada orang lain. Dan, ia lebih bererti & bermakna!

So, dengan adanya blog berinformasi ini, Insya Allah, uols akan puas hati dengan pelaburan yang dilakukan untuk generasi uols... Hhehe.. terus terang aku cakap, aku paling suka "melabur" on education, tak kiralah buku, DVD, board game @ anything related to education sebab ianya investment sekali seumur hidup dan boleh dibawa turun-menurun.Yang penting, jaga & hargai barang yang dibeli dengan elok, confirm sampai anak 6 boleh pakai. Hehehhe..

Gaya ketika menonton Education DVD


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Happy Reading,

8 comments:

Ummi Salsabila said...

hi yang..
aik, nape cam len je ur blog ni..baru tuka ka..
rajinnye..
blog i gak mandom gitu je..
yang, bagus prog tu.. i pun pntg bab education & bby stuff ni.ekekekek
bape hinggit ek prog tu?

Haiza said...

satu permulaan yang bagus...me dah banyak praktikkan kat Damia apa saja aktiviti yang u buat kat Q...mak kompem akan ikut blog u nih sampai Damia besar n sampai u larat nak buat entry2 baru pasal early education...sokongan ikhlas dari rakan blogger yang jauh dimata dekat dihati...wah ayat tak hengat...

*nak ajar Damia buat lidah seksi macam Q tu...ekeke terbelit2 lidah mak ni noks

Watie Aziz said...

US,heheh..ni my new blog on early education yang ..blog personal Q masih ada, i tak tukar, cuma i wat satu blog baru..hehe..lum sempat i bgtau kat blog Q, u dah terjah rupanya ..ahaks! .i br jer inform kat Q's blog about this ..hehehe..

US, program yg i beli nih tak mahal, leh wat monthly instalment sum more, nanti i bg detail dalam ni kay yang ..senang sket u nampak mendernya ..:)

Watie Aziz said...

Haiza, tq so much dear ..i really appreciate ur support!! wah ..sukanya i dengar u wat all the ativities ngan Damia. Hope ada improvement & nampak hasilnya yerk!! ..Amin...

hehehe..selagi i larat, i sahre kay ..dont worry yang ..:)

hahha..bab lidah tuh, i pun tak paham camner dia leh terer sampai cam tuh skali..ahhaha..aku pun tak pandai wei!! hahaha..

defina said...

kaki bersilang tak tahannnn!!!! hihihi...

bagusla watie, tahniah lagi....smg success sokmo...

Watie Aziz said...

tu lah pasal...gaya boss sejak kecik lagik..sabar jer haku!!

tq yang ..nanti balik Malaysia...jadik customer haku tau! hahahaa

adianiez AIDA said...

yes. yg penting jaga dgn baik. dan rapi. memang bleh guna selama nyer. adik bongsu aida now 12 thn. da nak amik upsr oktober nanti. story books dia da pun diturunkan kat nurin & syuhada. nurin cucu sulung, so jadi buah hati atuk, so semua turun kat dia ler. including a set of books and vcd education yg 10 thn lepas berharga RM800...

Watie Aziz said...

wah ..bagusnya & bertuahnya nurin & syuhada, untung kan yang ..boleh guna turun temurun...tuh i suka & tak kedekut nak invest ..ehehhee

10 tahun harga rm 800 tuh mahal weii.. hehehe