Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, December 28, 2009

Qarissa Did It Again! She Read Out Loud!

Yehaaa! Happy aku! Dapat capture lagi the moment time buat reading session ngan dia malam 24 December 2009 yang lepas. Aku tgh lepak-lepak depan TV layan Alkisah Raja Lawak, then aku amiklah board dia, & say to her, "Jom kita buat reading session jom Sayang!". Member nampak ghairah lah pulak... hahaha..aku pun bgtau hubby, "Ayang, rekodlah video anak tgh baca nih, mood tgh baik, u duduk belakang kerusi ni, jgn bg dia nampak!". Hahahahhaa...Bukan apa, kalau Q nampak Daddy dia tgh rekod aksi dia, confirm kena rampas. Tak jadilah projek we all nanti! Dia lately memang suka tgk camera, cuma ada certain2 time jer dia tak kisah aku rekod, but most of the time, dia pun nak join sama tgk camera tuh. Sebab tu kena sorok-sorok.

Memandangkan sebelum ni aku dapat capture aksi dia sebut beberapa perkataan, (sapa yang lum tgk, boleh tgk kat SINI kay), so kali nih aku decide nak tulis perkataan yang lain pula. At least adalah kenangan utk aku tunjuk kat dia bila besar nanti, perkataan-perkataan yang berbeza yg Q boleh sebut sebelum umurnya mencecah 18 bulan. Hheheh.. Ada lagi few words yg tak sempat we all rakam, entah bila lah aku leh rakam tuh, harap-harap dalam waktu terdekat sebab aku nak compile semua dalam satu DVD & watch together with her later on. Aku siap senaraikan lagi apa perkataan yang dia dah boleh sebut setiap kali we all buat reading session supaya senang aku nak monitor perkembangan Qarissa. Aku baru-baru nih ada belajar to convert all the video dari camera ke DVD, so aku convert semua video dari zaman Q baby sampailah sekarang. Berjasa sungguh Lumix aku tuh, hehehe..bila aku dapat tgk semua aksi Q kat TV, rasa happy sgt .. adalah kenangan dengan dia sampai tua nanti.

Inilah aktiviti we all setiap hari, & Q love it so much!!!

Once record jer, aku terus semangat transfer ke Lappy utk tgk dengan lebih jelas, tengah-tengah semangat aku tgk, tetiba aku nampak ada "sesuatu" yg tak sepatutnya ternampak dah ternampak pulak..Siut betul lah! Buat malu den jer! Nak cover & edit aku tak reti. Hahaha...arghh..pedulilah ..bukan aku sengaja kan..Paham-paham jer lah, ibu mengandung semua nak longgar-longgar, sampai dah terlebih longgar pun tak perasan makcik ni noks..Wakakaka... Takperlah, korang abaikan apa yg korang nampak tuh yer kengkawan, korang fokus kat board tu jer ..Muka aku pun tak nampak dalam video nih! Wakakkaka... nasib baik noks.. Hahahha..

To My Dear Qarissa, U did it again darling! Happynya Mummy tgk Q dah becok & bijak sekarang. Nanti Mummy ajar lagi ok Sayang!!! Sorrylah geng, kena guna You Tube lagi sebab file lebih dari 100 Mb, sabarlah kalau video ni tersengguk-sengguk kay..Aku rasa, kalau nak clear, korang kena tunggu dia habis buffering dulu, dengar sampai habis yg sengguk-sengguk punya part, then kena ulang balik, baru dia clear kot. Kalau tak jugak...nasib badan lah tu.... Hhehehe

Kali ni punya words, Q sebut - Sit, Mouth,Cat, Bird, Book & Big!
Jgn marah ahh...time belajar kaki silang lagi tau! Hover uuu!Hhaha

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

It's A "Game" For Her!

Tuesday, December 22, 2009

What I Do To Make My Baby FOCUS!

Hi Friends,
Aku ada dapat few pertanyaan from blogger friends & ada yg mintak pendapat mengenai bagaimana nak buatkan anak kita fokus ketika kita sedang mengajar mereka. Aku tak nafikan memang kanak-kanak mempunyai fokus @ attention span yang berbeza-beza. Ada yg senang fokus & ada yang susah nak fokus. Mungkin juga ia bergantung pada jantina anak, maybe perempuan lebih senang fokus (berdasarkan pengalaman aku lah kan ..) dan lelaki pula agak susah (but i dont have baby boy so tak pasti lah betul atau tak ..no experience ..heheeh) .

Walaupun begitu, aku still ambil positif perkara ni. Pada aku, FOKUS anak boleh dipupuk & ia bukanlah semulajadi. Kita yg dah tua ni pun sometimes hilang fokus kan, so aku rasa normal lah kalau anak kecil kita yg belum "berakal" tuh selalu hilang fokus bila kita mengajar mereka. Hhehehe..Cuma what we can do ialah - pupuk minat dan tambahkan fokus anak kita sejak dari kecil lagi.. jadi senang kita bila anak dah besar nanti .. Kat sini aku sharekan cara-cara yang aku gunakan untuk pupuk minat & fokus Qarissa terhadap sesuatu perkara yg kami lakukan bersama. Ini adalah dari pengalaman aku sendiri. Maybe korang semua leh try & see the outcome ok..:)

Gambar kenangan Q masa kecil. Leka mengadap buku!
  • Aku latih fokus Q sejak dia lahir (0-6 month). Dengan adanya bimbingan dan kelas Gymboree yang aku hadiri, aku belajar banyak perkara & aktiviti utk stimulatekan koordinasi mata & tangan Qarissa supaya lebih fokus. Bukan setakat di kelas Gymboree, tetapi aku buat setiap hari dirumah without fail. Ada jer masa terluang, aku gunakan untuk stimulate Qarissa sebanyak yg boleh. When your baby is still small, takder banyak aktiviti yg kita boleh buat, so the best thing is to stimulate the whole body like massaging, hand puppet, torch light activities, bg baby rasa different kinds of texture & bg dia dengar all types of music & instrument. Ada aku share Gymboree activities dalam blog personal Qarissa. Here, aku sharekan info macam mana aku nak dia fokus pada sesuatu dengan gerakan mata. Aku akan pegang puppet (hand puppet) & letak agak-agak 1-2 kaki dari arah mata dia, dan gerakkan perlahan-lahan dari kiri ke kanan sambil nyanyikan lagu pelan-pelan. Aku pastikan mata Q ikut gerakan arah hand puppet tuh. Dari situ, aku tau Q fokus pada benda yg bergerak tu. Kita boleh buat pelbagai aktiviti yg berkaitan dengan mata asalkan ia menjurus ke arah "FOKUS" terhadap sesuatu. Macam cth, sebelum nih, aku pernah share pasal torch light. Kita tutup lampu bilik kita. Biar gelap sepenuhnya, then kita bukak torch light dan halakan ke dinding. Then pelan2 kita gerakkan torch light tu. Pastikan anak kita pandang arah cahaya tu ke mana kita tunjukkan torch light tersebut. Secara tak langsung, ia membantu anak kita utk lebih FOKUS!!
  • Selain tuh, kita boleh meningkatkan fokus anak kita semasa sessi menonton bersama anak! Kalau sapa yg ikuti blog nih, pasti tahu aku ada menulis tajuk "Menonton Bersama Anak Anda". Memang itulah yang aku lakukan sejak Q lahir. Aku jadikan aktiviti menonton bersama itu satu rutin. Bukan menonton kosong, tapi aku juga participate dalam tontonan bersama tu. Aku bercakap-cakap dengan Q mengenai video yang ditayangkan, aku turut melakukan aksi yang video itu lakukan malah aku menggalakkan Q utk melakukan perkara yang sama. Memang aku akan senyum sepanjang menonton cerita bersamanya! (Yer, kita terpaksa berpura-pura happpy & gembira, melompat bersama, bertepuk & membuat aksi-aksi lawak walaupun hanya Tuhan yg tahu betapa kita sudah penat menghafal setiap cerita dalam DVD yg membosankan itu! Hhahahahah) Frankly speaking, bila aku tgk Q senyum & happy, semua penat lelah dan rasa bosan aku hilang sama sekali. Really worth it lebih-lebih lagi bila tgk Q dah sampai tahap yg tak semua orang boleh capai dalam usia dia. Aku puas hati sebab dah berjaya buktikan pada diri sendiri yg anak aku juga boleh membaca macam anak mat salleh yg aku tgk dalam You Tube sebelum nih. Memang aku jeles sgt time tuh & berazam nak buktikan Q pun boleh buat & she really did! I'm very proud of her! :) Mula-mula aku tak perasan yg "participation" aku dalam aktiviti menonton bersama itu akan meningkatkan tahap fokus dia, tapi lama-kelamaan, itulah yang berlaku. Q lebih mudah absorp apa yg aku ajar & tunjuk dari apa yg dia lihat selepas kami melakukan rutin tersebut setiap hari.
  • Jangan putus asa!! Aku juga menghadapi masalah di awal penukaran flash card dari flash card bergambar ke flash card perkataan sahaja. Q susah dan semacam tak berminat untuk melihat flash card yg aku tunjukkan kerana tiada gambar. Memang ketara dia tidak fokus tetapi aku tetap berfikiran positif dan sabar melakukannya setiap hari. Aku guna teknik 10 saat untuk menarik minat dia terhadap flash card baru tersebut setelah beberapa kaedah yg aku gunakan sebelum ini tidak berjaya menarik perhatiannya untuk fokus terhadap apa yg aku ajar. Only 10 second & thats it. Tak sempat dia nak belek-belek atau pegang kad tu pun! Aku lakukannya utk seminggu & walla!! Aku dah nampak yg Q eager nak pegang that card dan nampak berminat! Dia mula fokus pada tulisan yg ada, dan lama kelamaan semakin menunjukkan perhatiannya. Bila aku tgk "pelanduk dah masuk jerat", barulah aku bg dia bermain-main dengan flash card tersebut, & start to do different activities macam tunjuk 2 cards dan suruh dia pilih 1 correct card yg aku sebut. And suprisingly, it works!!!
Happynya dia!!
  • Bila baca buku pula, masa dia kecil & belum pandai pegang & selak-selak buku, memang senang kita bacakan buku utk dia, dia takkan kacau. Tapi bila anak kita dah pandai selak-selak & rampas buku dari kita, itu adalah satu cabaran utk kita atasinya. Memang kadangkala ia menguji kesabaran kita. I understand, kita nak anak kita pandai, fokus dan duduk diam sepanjang sessi reading tersebut tetapi kita kena akui, tak semua anak sama proses perkembangannya & tahap kefokusannya. Pendapat aku, kita ikut retak anak kita, dalam masa yg sama, kita cuba ceriakan sessi pembelajaran & pembacaan tersebut dan perlahan-lahan create attention anak kita supaya lebih fokus tanpa dia menyedarinya, bak kata pepatah "Tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut dapat ditarik". Something like that lah ..Hahahhaa..aku pun bukannya terer sgt berfalsafah nih. Wakakak.. Macam contoh, pernah aku bacakan Q buku cerita, memang nampak sgt dia tak berminat, asyik nak rampas jer buku tu. Then aku cuba buat suara yg berbeza dan tukar-tukar intonasi bacaan aku. I can really see her facial expression dah bertukar. Dia jadi lebih alert & pandang muka aku, mungkin pelik dengan perbezaan suara yg dia dengar & after that start to look at the book. Buku yg kita pilih juga penting. Pastikan ia sesuai dengan usia anak kita. Kalau anak kecil lagi, jgn bg dia macam buku yg tulisannya halus-halus, dia tak berminat. Selain itu, aku juga suka point to each word yang aku bacakan, jadi mata dia akan pandang ke arah jari yg aku tunjuk tuh, secara tak langsung, dia akan fokus. Baru-baru ni, Q dah pandai point sendiri to all the words, jadi aku dengan happynya pegang tangan Q dan tolong dia pointkan ke perkataan-perkataan yang ada bila aku bacakan. Seronok sgt tgk jari dia yg halus tuh menunjuk ke buku. Cara ini juga membantu anak lebih fokus semasa reading & study session. Selain tuh, kita juga boleh jadi kreatif dengan buat few games masa reading session tuh berlangsung. Kita mungkin boleh tanya soalan-soalan yg berkaitan pada anak kita, samada dia jawab atau tidak, betul atau salah, tak menjadi hal, yang penting kita borak-borak dengan anak. Jangan jadikan reading session tuh sesuatu yg membosankan. Contohnya, aku akan tanya & suruh Q, "Q, where is Jane darling? Point to the word Jane" @ aku akan bgtau Q, " This is Jane, this is the dog. Can u see the dog is playing the ball? See, Peter is kicking the ball. How do u kick sayang? Kick ..kick...(sambil aku angkat kaki Q dan buat action kick).Hmmmm, nampak tak sekarang macam mana aku create attention dia supaya dia fokus terhadap cerita yg ada dalam buku tuh? :)
  • Kalau anak kita sibuk nak selak-selak buku, biarkan sahaja. Just smile, sebab aku pun smile bila tgk Qarissa's tiny little fingers tuh sibuk duk selak-selak buku. Comel sgt & aku rasa happy sebab Q tak pandai koyak buku. Aku boleh nampak yg dia bukak buku dengan sopan. Hehehhe.. So, aku ikutkan sahaja. Bila dia bukak ke page seterusnya, I keep on reading the words. Lucky me, sebab Q ni focus dia bagus jugak. Bila aku baca, we all akan point to the words sama-sama, then aku yg suruh dia selak page seterusnya. Aku cakap ngan dia, "Ok Q, go to the next page." And she did it. Then we continue reading. Ada satu buku Peek A Boo tu, mula-mula dia excited nak bukak cepat-cepat the "Peek A Boo page" walaupun aku belum habis baca, but I managed to change her attitude tanpa aku sedari. Aku just cakap, "Mummy belum habis cakap sayang, lepas habis cakap, baru Q bukak Peek A Boo tu". Aku tekan kuat-kuat the page, so dia nak bukak tak boleh, lepas habis aku cakap, baru aku lepaskan, then dia yg bukak the page, & i will do the "suprised intonation" like "PEEK A BOO!! She's in her tutu!!!!". Then, lama kelamaan, aku perasan, Q sendiri yg takkan bukak the page, selagi aku belum habis baca. Cute kan! Sometimes, terlajak jugak, but its ok coz most of the time, she will wait until i finish reading...hehehhee...:)
  • Kalau katalah anak kita the focus & attention span dia sangat-sangat kurang, mungkin kita boleh letakkan dia jauh dari kita, samada duduk biasa atau duduk di tempat khas, kita duduk depan dia dan angkat sedikit buku tersebut (tapi pastikan anak still can see the words) and start reading & pointing. Mungkin awal-awal dia akan mengamuk & tak suka. Pelan-pelan lah kita latih dia, Insya Allah kita akan berjaya meningkatkan fokus & perhatian dia terhadap apa yang kita ajarkan.
  • Finally, kalau anak dah bosan tak mau teruskan reading session, the best thing is to STOP immediately. Tak guna kita paksa dia coz definitely satu pun takkan masuk otak dia. Hhehehe. Aku selalu gak kena. Aku nak buat reading & writing session kat board, nak suruh dia baca kuat-kuat, Q dah takmo buat, aku nak paksa jugak, dia takmo & keep on dragging me, keep on bg buku Peter & Jane @ buku 123 dia kat aku mintak tolong bacakan. Dia takmo dah buat board activities tuh. So, the best thing is to follow whatever my baby want. As long as she loves to read, then its ok with me..:)
Aku harap dengan sedikit perkongsian pengalaman dan ilmu hari ini, dapatlah membantu ibu bapa meningkatkan tahap perhatian & fokus anak anda semasa reading & study session ok. Yang penting, both of u mesti rasa happy & lakukannya dengan ikhlas, bukan terpaksa, coz our baby can really feel it tau! Hhehhe..Good Luck Mummy & Daddy!! Jumpa lagi di entry akan datang...!

Loves,

Monday, December 21, 2009

Its Proven! Our Baby Can Really Read!

Hi All,

I would like to share a video of my lovely Little Einstein.. :) - Rania Qarissa. She is 17 months old and show tremendous development since day 1! It's proven! Our baby can really read! With proper guidance & precious time we spent with them, they will definitely become "genius" in their own way!

I hope with this video, all my friends out there will be more eager & excited to teach & spent more quality times with their babies. 10 minutes a day will make a big difference guys!!

The most precious moment i spent with my Little Einstein...!
My Little Einstein read the word - GOGO, A shop, fish, shake, kick & Arms Up..:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Proud With My Little Einstein,

Tuesday, December 8, 2009

Product Review: Peter & Jane Book Series

Hi Friends.. rasanya dah lama jugak aku janji yg aku akan buat review pasal koleksi buku Peter & Jane ni kan? Sorrylah, lambat sgt nak update blog education Qarissa ni. Aku tak sempat2 nak amik gambar buku tuh..Dah lunyai pun dikerjakan dik si Qarissa ni. Hahha..

FYI, gambar-gambar ni pun aku amik selepas aku begitu teruja dengan perkembangan yang Qarissa tunjukkan. She can read the words in the book by herself! Terperanjat beruk aku dan teruslah aku semangat amik gambar sebab nak masukkan dalam blog personal Qarissa. Takmolah ulang cerita tuh sebab fokus aku kali nih adalah untuk review this product jer. Sesapa nak baca "kisah kejayaan" Qarissa tuh, leh ah klik SINI ok..heheheh

Set buku Peter & Jane utk Tahap 1- 1a, 1b & 1c

Aku memang promotelah buku-buku Peter & Jane ni pada semua parents yang ada anak. Lagi awal korang mulakan reading session tuh lebih baik. Buku Peter & Jane tuh memang sangat bagus untuk kita mulakan sessi reading for our Kids. Kenapa aku kata camtu? Uols ingat tak masa aku buat review pasal First Concept Book & Fable Series tuh? Dalam entry tu, aku ada share tentang kenapa aku rasa that book is good kan? Samalah seperti buku Peter & Jane ni. Konsep buku ini amat mudah lagi memudahkan kita sebagai parents untuk ajar anak kita membaca atau sekurang-kurangnya, membuatkan anak kita berminat untuk mendekati buku.

Buku 1a - tak berapa lunyai sebab letak dalam kereta for travel reading. Bakal lunyai sebab aku dah boring baca 1b, so aku keluarkan dari kereta utk bacakan kat rumah pulak. Hahaha

Siri buku Peter & Jane ni ada 12 siri kesemuanya di mana setiap sirinya mempunyai 3 set iaitu a, b dan c. Sebagai contoh, buku yg aku tunjukkan kat atas. Set tu adalah set 1a, b dan c. Set-set ini direka khas oleh syarikat & penerbitan yang memang master berpuluh-puluh tahun dalam arena ni dan methodnya memang proven! Kita boleh belikan buku tu untuk anak kita secara berperingkat mengikut umur dan tahap penguasaan pembacaan mereka, kerana semakin tinggi sirinya, semakin halus dan kecil tulisan dalam buku tu. Jadi, kita sebagai ibu bapa kena pandai memilih tahap yg sesuai dengan umur anak kita.

Buku 1b- Dah hampir lunyai dikerjakan dek si Qarissa. Nasib baik kulit depan keras & Qarissa memang tak pandai koyak buku. So lunyai sebab asyik bacaaaa jer ...Lotih mak nokss...:)

As for me, untuk Qarissa memanglah of course aku akan mulakan dengan 1a,b & c dulu. Walaupun nampak macam terlalu awal, but for me, its never too early pun, sebab Q menunjukkan minat yg sangat mendalam terhadap buku. Aku baru dapat tahu from a friend yg buku Peter & Jane ni digunakan dengan meluas di tadika-tadika untuk kanak-kanak belajar membaca. Aku rasa happy coz aku dah buat keputusan yang betul dengan menggunakan buku yang sama. Mungkin terlalu awal, tapi jika Q dah seronok (dan dah tunjukkan "kejaiban" nya membaca) kenapa aku nak berhenti pula kan???)

Buku 1c- Masih berstatus "anak dara" sebab tak pernah bagi Q buat lagi exercise dia. Tunggu dia pandai tulis baru leh bagi. Maybe another year lah kot yerk? Hehhee..

Memang aku tak nafikan, setelah beratus-ratus kali pembacaan dilakukan untuk buku ini setiap hari (dengan 5-6 kali ulangan MINIMUM dalam satu sessi), aku memang bosan tahap dewa utk bacakan tapi itulah namanya pengorbanan kan. Disebabkan terlalu bosan, aku cuba belikan pulak siri 2 untuk Q tetapi cuma buku 2a & 2 b sahaja. Tapi, nampaknya, Q masih belum bersedia untuk membaca siri 2. (Ianya lebih kepada aku sebab aku dah boring baca siri 1 tapi as i told uols, baby tak pernah bosan, Q prove it to me. Its really TRUE!!) Aku tak salahkan Q jika dia masih setia dengan buku 1a dan 1b, sebab siri 2 tuh, tulisan dia lebih kecil dari siri 1 dan halus sedikit, tidak setebal font di siri 1 (macam yg aku bgtau kat atas, sirinya mengikut peringkat & tahap penguasaan pembacaan anak kita). Mungkin sebab itu Q belum berminat. Walaupun aku tunjukkan dan bacakan pada dia, Q tetap mengambil buku 1a & 1 b dan meminta aku membacakan siri itu untuknya. Akhirnya, aku mengalah dan sedar yang siri 2 bukanlah siri yang terbaik untuknya buat masa ini (dalam usianya baru mencecah 1 tahun 5 bulan). Aku tahu, buku itu akan tetap menjadi favourite book Qarissa bila tiba masanya nanti.

1 a Book- Tulisan besar, jelas & ada gambar bewarna! Perfect!

Secara ringkas, buku siri "A" adalah asas bacaan dan medan untuk memperkenalkan frasa-frasa baru kepada anak kita. Buku "B" pula menekankan frasa-frasa yang sama dengan sedikit tambahan frasa baru tetapi dengan ayat-ayat yang berlainan. Ianya lebih panjang berbanding buku dalam siri "A". Buku siri "C" pula adalah untuk anak kita membuat latihan menulis sambil membaca. Ia amat sesuai sekiranya anak kita telah pandai menulis dan mengenal huruf & abjad A-Z (Ia juga adalah sebab utama kenapa buku siri 1c Qarissa masih cantik dan tidak "tercemar" berbanding 1a & 1b. Heheh). Buku ini juga memaparkan gambar-gambar yg berkaitan dengan apa yang diceritakan dengan warna dan lukisan yang menarik perhatian kanak-kanak.

Nampak jer menatang nih, Q terus sebut - Gog! Hehhee...

Yang paling bagus adalah pengulangan frasa-frasa ini SANGAT KERAP di dalam semua siri Peter & Jane ini. Pendapat peribadi aku, kekerapan pengulangan inilah yang menyebabkan kanak-kanak mudah membaca. Mungkin pada awalnya, ia akan kelihatan seperti mereka menghafal ayat-ayat dan frasa-frasa ini, tetapi lama kelamaan, ia akan menjadi seperti satu tabiat dan apabila mereka melihat sahaja frasa-frasa yang sama, secara automatik, mereka akan tahu apakah maksud dan ayat yg disebutkan itu. Frasa-frasa ini pula adalah yang sering digunakan dan sering didengar setiap hari. Maka, ia lebih memudahkan proses pemahaman kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, pengulangan frasa yg terlalu kerap pasti akan membuatkan kita bosan tetapi kita harus sedar yang buku ini bukanlah untuk kita, tapi untuk anak kita dan ia adalah sesuatu yang sangat-sangat bagus. Kerana pengulangan yang kerap inilah, Qarissa dapat menyebut beberapa frasa yang ada dengan hanya melihat buku dan tulisan-tulisan yang aku lakarkan di magic board nya.

Besar kan word dia! Puas baca, anak pun nampak jelas! Berulang-ulang lagi frasanya!

Dari segi harga, memang aku tak nafikan, ia agak mahal. Sebuah buku berharga RM 9.90. Ini bermakna, hampir RM 30 harus kita sediakan untuk melengkapkan satu siri koleksi Peter & Jane a,b dan c. Jika anda adalah ahli Popular @ MPH, mungkin diskaun sebanyak 10% akan diberikan. Baru-baru ni, aku dapat 20% diskaun untuk buku Peter & Jane siri 2a & 2b memandangkan aku ahli Popular Book Store. Sebagai ahli, diskaun yg diberikan lebih sedikit tetapi ada tempoh waktunya. Bukan selalu dapat. 10% tuh memang wajib lah cuma ada waktu-waktu tertentu, kita dapat lebih diskaun. Aku suggestkan para ibu bapa, jika ada terdengar Pesta Buku kat mana-mana, rajin-rajinlah jengah. Selalunya, warehouse akan buat diskaun kaw-kaw dan semua buku yg ditawarkan memang harganya sangat berbaloi. Buku Peter & Jane Siri 1a,b dan c tuh aku beli dengan harga RM 6 sahaja setiap satu. Ini bermakna hampir 40% diskaun yang diberikan! Memang sungguh berbaloi-baloi. Menyesal pulak tak beli banyak-banyak siri, sebab masa tuh, aku tak tahu yang harga buku ni mahal kat luar. First time aku nampak di warehouse Pearson & Longman. Bila belek-belek, rasa bagus, terus aku rembat siri yang pertama. Heheheh..

Ni lah page "bersejarah" tuh. Terkejut mak enon aku tetiba dia sebut "A Shop" bila terselak kat page nih! Hhehe..

Buku ni berkulit keras, tetapi dalamnya tidak. Memang ada potensi untuk dikoyak rabakkan oleh anak anda yang sukakan seni "koyak-mengoyak". Hehhee..tapi rasanya kalau kita latih anak kita menyayangi buku, the life spent of the book akan lama jugak. Alhamdulillah, Qarissa tak pandai koyak buku setakat ni, dia suka cium-cium jer buku tuh..Ada jugak masanya dia suka campak buku lepas baca, dan lepas tuh tgn kena ketuk! Sekarang, dia dah jarang buang buku lagi, kalau dia buang pun, dia sendiri akan ketuk tangan dia, hahahaha..tak payah tunggu aku ketuk. Nak tergelak aku tgk gelagatnya. Nak marah pun tak jadi marah bila tgk aksi dia pukul tgn sendiri!.

1b Book- Memang buku peberet Q. Kalau nak bg dia duduk diam2, tunjuk jer buku Peter & Jane nih, sure tak gerak2 dah. Hahaha..Tapi tu lah, dengan aku-aku sekali kena "melekat" sama! Hua Hua ..

Sebelum aku habiskan my product review today, aku nak tekankan jugak pada semua kawan-kawan, semasa buat reading session pada ur toddlers@ baby, jangan lupa to point to each word yang korang bacakan tu, tapi pastikan jari-jari korang yg gemok (hahahah) tuh tak menutupi perkataan-perkataan yg korang nak tunjukkan pada anak. Salah satu caranya adalah dengan baca sambil kita mengadap anak (bukan anak duduk dekat pangkuan kita). Bila kita mengadap anak, kita akan baca secara terbaliklah maknanya. Jari kita pula senang nak tunjuk words yang ada tanpa perlu menutupi perkataan yang ingin dibacakan tu. Kalau nak pangku anak, (sometimes aku suka jugak posisi nih), pastikan jari kita bawahkan sikit, supaya anak boleh nampak all the word dalam buku tuh.

1c Book- Selain membaca, ada juga ruangan untuk anak kita menulis.
1c Book- Ada sessi soal jawab & macam teka teki tekuk gitu..hhehe

Kalau anak dah pandai tunjuk-tunjuk, galakkan dia untuk tunjuk setiap perkataan yang kita baca. Dengan cara ni, kita dapat tahu yang anak kita memang paham apakah word yang kita baca dan dapat menunjukkan di mana letaknya word tersebut. Lebih bagus lagi, kalau anak dah pandai baca, suruh dia pulak bacakan untuk kita. Kita buat game "Play & Pretend". Kita pretend jadi anak murid, anak kita ajar kita. Mesti seronok kan! Dan anak kita akan bangga sebab dapat "ajar" maknya! So, kenalah korang berlakon jadi "kurenggg pandaiiii" sket depan anak. Buat-buat salah baca ker, tgk anak kita tegur tak pembacaan kita yg salah tu. Kalau dia tegur, kita buat-buat terkejut and say "Sorry teacher" dan pujilah anak kita tuh! Cakaplah yg dia pandai, bijak, clever, Little Einstein dan sebagainya! Mesti berbunga-bunga hati dia & of course, sessi pembacaan tu akan jadi lebih fun & berkesan!

1c Book - Once anak dah pandai tulis, this activity will help them to learn faster & more!

Bagi yang ada anak dalam lingkungan 2 1/2 tahun ke atas, yang mulut dah petah berkata-kata tu, sessi pembacaan bersama ni akan lebih senang & fun utk korang, sebab anak dah boleh ikut balik apa kita cakap. Memang aku sendiri dah tgk anak buah aku punya development. Aku paksa akak aku suruh beli buku Peter & Jane tuh untuk anak dia, lepas beli, anak dia excited sangat dan sessi mengejar membaca jadi mudah sebab dia dah pandai cakap. Sedangkan Qarissa yang belum pandai cakap pun aku latih setiap hari, akhirnya nampak hasil, apatah lagi anak-anak korang yg dah bijak bercakap. Mesti "kacang goreng" punyalah nak ajar dorang ni kan. Cuma kita perlu lebih kreatif dan inovatif sepanjang proses pembelajaran agar anak tak cepat bosan. Buatlah sikit games, bunyi suara atau apa-apa jer aktiviti yg related supaya anak korang rasa happy & tak sabar nak mulakan reading session everyday!

Hope that sharing aku kali ni bermanfaat utk para ibu bapa yang teruja utk lakukan yg terbaik for ur kiddos ok! Till then, c u in my next entry!!!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Happy To See My Baby's Development!

Friday, December 4, 2009

How To Convert You Tube Video To DVD?

Hari ni, aku nak share serba sedikit ilmu yg baru aku dapat pada semua parents yang rajin menjengah je blog ni. :) Thanks to uols sebab selalu support & leave ur comments here. Maybe ada yg dah tau macam mana caranya nak convert You Tube Video to DVD tapi untuk mereka yang belum tau, i wanna share my experience doing this for Qarissa.

Selama nih, aku tak pernah berminat untuk download the You Tube Video, malah tak pernah terfikir nak tukarkan dalam bentuk DVD untuk tontonan di rumah. Hanya selepas Qarissa lahir, aku banyak surf internet dan tgk video kat You Tube pasal Kids Song, dan aku dapati banyak yg menarik. Sometimes aku suka jugak tunjuk kat Q, cuma yg tak best tuh, sometimes the video suka hang, so memang hilang mood nak tgk selalu.

Yang membuatkan aku teruja nak jugak belajar macam mana convert You Tube Video ke DVD adalah setelah aku melihat siri video yang dikongsikan bersama oleh salah seorang ibu di Brillkids Forum - namanya Pupisek. Memang aku suka download semua file yang dia buat utk Little Reader. Memang bagus & and she put a lot of effort to edit the video. Aku memang selalu bukakkan video tu untuk Qarisssa di software LR. Bila aku dapati semua video tersebut ada di uploadkan di You Tube, aku terfikir untuk combinekan semua video dan jadikan DVD so that Q boleh menonton di rumah.

Aksi Qarissa bila menonton Zippy & Me Video..

Konsep LR & DVD kan berbeza, so why not aku buat both concept as long as ia mendatangkan kebaikan pada Qarissa.Lagipun, video yang di upload tuh, DVD TAKDER di jual di Malaysia, malah katanya memang tak keluar lagi dah. Memang frust sgt bila aku dapat tau sebab aku memang suka sgt that video. Very entertaining & dalam masa yang sama, our toddlers can learn a lot of things, in a fun way of course. Aku yg dah tua nih pun suka tgk video tuh, apa lagi Qarissa kan. Aku siap buat satu entry pasal video Zippy & Me ni dalam this blog, sesapa yang belum baca, boleh klik SINI kay.Hehhe.. walaupun ada sesetengah action tuh hanya boleh dibuat selepas dia boleh melompat, at least 2 tahun lah kan, tapi Qarissa manage to learn other actions & she is so happy everytime she watch it. Banyak perkataan di dapat faham melalui video tu.

leka sampai nak melekat depan TV!..

In terms of "salah" atau "tidak" nya to convert You Tube to DVD, pada aku, setakat kalau guna untuk education anak kat rumah, takder intention pun nak jual kat pasar malam, shud be ok lah kot. Bukan kita nak cetak rompak copyright dia pun, dah takder jual kat Malaysia, kalau ada, sure aku dah rembat satu set. Sebab, even after dah convert ke DVD pun, kualiti dia tak lah bagus giler, oklah untuk tontonan dan pembelajaran, cuma kalau dapat yg ori, rasa lagi best lah, taklah sometime video tuh macam tergantung jer kan. Belum habis satu lagu, dah ke lagu lain pulak. Hhehehe..Ada sesetengah video, very clear dan cantik, ada sesetengah tuh macam pecah sket, but not that bad lah kan, cuma awal2 tuh nak tergelak jugak aku tgk muka & mata Q berkerut-kerut & terkelip-kelip bila sampai kat certain video yang tak sharp gambar dia, aksi dia macam tgh nak adjust mata dia supaya dia boleh nampak dengan jelas. Wakakaka..cian anak Mummy nih...

Oklah, now aku share how to download & convert the You Tube to DVD kay. Dia tak susah cuma leceh sket jer. Maybe sesiapa yang tau cara lebih mudah boleh jugak share dalam bhg komen ok..:) Aku try letak the most simple step so that tak lah nampak berjela-jela caranya. Langkah-langkahnya ialah:
  • Download software Zilla Tube di alamat www.zillatube.com. Pilih FREE DOWNLOAD.
  • Once download, run the application. Klik icon Zilla Tube @ Desktop & pilih "Try It" untuk Trial Version.
  • Satu interface akan terpapar. Untuk lebih memahami cara bgmn to convert the you tube to any type of file (including DVD), click Help> Guided Help. Satu interface akan dipaparkan untuk mengajar kita langkah-langkah yang perlu di ambil. Very easy & helpful guide, 100% flash, step by step. Kita just ikut langkah yang diberitahu sahaja.
  • Selepas berjaya convert the You Tube Video to DVD file, simpan video tersebut dalam satu folder khas untuk memudahkan kita burn all the file kemudian nanti. Untuk kepastian, sila cek setiap video file yang telah di convert samada seluruh video di convert atau tak, coz sometimes ada error, cthnya original video masanya 1.31 minit, tapi video yg diconvert cuma 55 saat sahaja, jadi tak semua video dapat diconvert. So kena buat semula.
  • Selepas complete all the video yang kita nak burn, bolehlah kita gunakan dvd burner & Nero 7 software untuk burn ke dalam bentuk DVD.
** Peringatan: Memandangkan software ni Trial Version, so korang kena fokus betul-betul bila nak convert video tuh. Maksud aku, pastikan korang memang ada free time utk diluangkan so that semua video dapat diconvertkan dalam masa trial version tuh. Kalau tak, memang kena beli lah jawabnya if nak convert You Tube ke DVD. Tak silap aku, Trial Version tuh maybe 2 weeks kot. Hhehe.. maybe ada software free yg lain but I'm not sure. Sapa tau maybe leh share kat dalam ni kay ...

Excited ..belajar pasal head, Shoulder, Knees & Toes tapi bukan lagu yg biasa tuh..after Q tgk this video, baru dia excited nak follow, maybe sebab video rhyme yg biasa tuh laju sangat lagunya ..hehehe

FYI, aku burn DVD as usual sebab aku pernah cuba burn guna option DVD, tapi bila aku mainkan, hanya separuh sahaja drpd keseluruhan video yang dapat di mainkan di DVD aku, so bila aku burn macam aku burn data yg lain, baru kesemua 22 video yang aku compile tu dapat di bukak melalui DVD @ home. Maybe cara burn DVD aku salah kot, aku tak pasti, but as long as my player boleh main semua file, aku dah happy dah ..hehehehe.

So, to all my friends, bolehlah try cara di atas & mulakan pengorbanan anda utk anak anda hari ini juga ok! Memang it will take sometimes to convert all the video yang best-best but once uols dah mainkan kat ur player, sure puas hati tgk senyuman dan aksi anak-anak korang bergembira menonton the video.

Ciannya sampai terdongak2...

For those yang nak download video yang aku kata best from Pupisek tuh, boleh ke You Tube dan type pupisekM. Nanti the whole video by her yang telah diupload setakat ni akan keluar. Setakat yang aku convert last week, ada dalam 22 video. Maybe sekarang dah bertambah, aku tak pasti pulak. Korang can try & see ok.

Now, my aim nak convert the ABC phonics video for Qarissa pulak. Ada banyak video menanti, tapi pelan-pelan kayuh lah kan .. ehhehe.. Insya Allah, lama-lama siap jugak. Semua best & interesting video. Most of it is edutainment - Education +Entertainment!

Start to dance..

Ok friends, till then, semoga sharing hari ni mendatangkan manfaat pada semua dan selamat mencuba ok..:)

Seronok Tgk Aksi Anakku,