Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, December 4, 2009

How To Convert You Tube Video To DVD?

Hari ni, aku nak share serba sedikit ilmu yg baru aku dapat pada semua parents yang rajin menjengah je blog ni. :) Thanks to uols sebab selalu support & leave ur comments here. Maybe ada yg dah tau macam mana caranya nak convert You Tube Video to DVD tapi untuk mereka yang belum tau, i wanna share my experience doing this for Qarissa.

Selama nih, aku tak pernah berminat untuk download the You Tube Video, malah tak pernah terfikir nak tukarkan dalam bentuk DVD untuk tontonan di rumah. Hanya selepas Qarissa lahir, aku banyak surf internet dan tgk video kat You Tube pasal Kids Song, dan aku dapati banyak yg menarik. Sometimes aku suka jugak tunjuk kat Q, cuma yg tak best tuh, sometimes the video suka hang, so memang hilang mood nak tgk selalu.

Yang membuatkan aku teruja nak jugak belajar macam mana convert You Tube Video ke DVD adalah setelah aku melihat siri video yang dikongsikan bersama oleh salah seorang ibu di Brillkids Forum - namanya Pupisek. Memang aku suka download semua file yang dia buat utk Little Reader. Memang bagus & and she put a lot of effort to edit the video. Aku memang selalu bukakkan video tu untuk Qarisssa di software LR. Bila aku dapati semua video tersebut ada di uploadkan di You Tube, aku terfikir untuk combinekan semua video dan jadikan DVD so that Q boleh menonton di rumah.

Aksi Qarissa bila menonton Zippy & Me Video..

Konsep LR & DVD kan berbeza, so why not aku buat both concept as long as ia mendatangkan kebaikan pada Qarissa.Lagipun, video yang di upload tuh, DVD TAKDER di jual di Malaysia, malah katanya memang tak keluar lagi dah. Memang frust sgt bila aku dapat tau sebab aku memang suka sgt that video. Very entertaining & dalam masa yang sama, our toddlers can learn a lot of things, in a fun way of course. Aku yg dah tua nih pun suka tgk video tuh, apa lagi Qarissa kan. Aku siap buat satu entry pasal video Zippy & Me ni dalam this blog, sesapa yang belum baca, boleh klik SINI kay.Hehhe.. walaupun ada sesetengah action tuh hanya boleh dibuat selepas dia boleh melompat, at least 2 tahun lah kan, tapi Qarissa manage to learn other actions & she is so happy everytime she watch it. Banyak perkataan di dapat faham melalui video tu.

leka sampai nak melekat depan TV!..

In terms of "salah" atau "tidak" nya to convert You Tube to DVD, pada aku, setakat kalau guna untuk education anak kat rumah, takder intention pun nak jual kat pasar malam, shud be ok lah kot. Bukan kita nak cetak rompak copyright dia pun, dah takder jual kat Malaysia, kalau ada, sure aku dah rembat satu set. Sebab, even after dah convert ke DVD pun, kualiti dia tak lah bagus giler, oklah untuk tontonan dan pembelajaran, cuma kalau dapat yg ori, rasa lagi best lah, taklah sometime video tuh macam tergantung jer kan. Belum habis satu lagu, dah ke lagu lain pulak. Hhehehe..Ada sesetengah video, very clear dan cantik, ada sesetengah tuh macam pecah sket, but not that bad lah kan, cuma awal2 tuh nak tergelak jugak aku tgk muka & mata Q berkerut-kerut & terkelip-kelip bila sampai kat certain video yang tak sharp gambar dia, aksi dia macam tgh nak adjust mata dia supaya dia boleh nampak dengan jelas. Wakakaka..cian anak Mummy nih...

Oklah, now aku share how to download & convert the You Tube to DVD kay. Dia tak susah cuma leceh sket jer. Maybe sesiapa yang tau cara lebih mudah boleh jugak share dalam bhg komen ok..:) Aku try letak the most simple step so that tak lah nampak berjela-jela caranya. Langkah-langkahnya ialah:
  • Download software Zilla Tube di alamat www.zillatube.com. Pilih FREE DOWNLOAD.
  • Once download, run the application. Klik icon Zilla Tube @ Desktop & pilih "Try It" untuk Trial Version.
  • Satu interface akan terpapar. Untuk lebih memahami cara bgmn to convert the you tube to any type of file (including DVD), click Help> Guided Help. Satu interface akan dipaparkan untuk mengajar kita langkah-langkah yang perlu di ambil. Very easy & helpful guide, 100% flash, step by step. Kita just ikut langkah yang diberitahu sahaja.
  • Selepas berjaya convert the You Tube Video to DVD file, simpan video tersebut dalam satu folder khas untuk memudahkan kita burn all the file kemudian nanti. Untuk kepastian, sila cek setiap video file yang telah di convert samada seluruh video di convert atau tak, coz sometimes ada error, cthnya original video masanya 1.31 minit, tapi video yg diconvert cuma 55 saat sahaja, jadi tak semua video dapat diconvert. So kena buat semula.
  • Selepas complete all the video yang kita nak burn, bolehlah kita gunakan dvd burner & Nero 7 software untuk burn ke dalam bentuk DVD.
** Peringatan: Memandangkan software ni Trial Version, so korang kena fokus betul-betul bila nak convert video tuh. Maksud aku, pastikan korang memang ada free time utk diluangkan so that semua video dapat diconvertkan dalam masa trial version tuh. Kalau tak, memang kena beli lah jawabnya if nak convert You Tube ke DVD. Tak silap aku, Trial Version tuh maybe 2 weeks kot. Hhehe.. maybe ada software free yg lain but I'm not sure. Sapa tau maybe leh share kat dalam ni kay ...

Excited ..belajar pasal head, Shoulder, Knees & Toes tapi bukan lagu yg biasa tuh..after Q tgk this video, baru dia excited nak follow, maybe sebab video rhyme yg biasa tuh laju sangat lagunya ..hehehe

FYI, aku burn DVD as usual sebab aku pernah cuba burn guna option DVD, tapi bila aku mainkan, hanya separuh sahaja drpd keseluruhan video yang dapat di mainkan di DVD aku, so bila aku burn macam aku burn data yg lain, baru kesemua 22 video yang aku compile tu dapat di bukak melalui DVD @ home. Maybe cara burn DVD aku salah kot, aku tak pasti, but as long as my player boleh main semua file, aku dah happy dah ..hehehehe.

So, to all my friends, bolehlah try cara di atas & mulakan pengorbanan anda utk anak anda hari ini juga ok! Memang it will take sometimes to convert all the video yang best-best but once uols dah mainkan kat ur player, sure puas hati tgk senyuman dan aksi anak-anak korang bergembira menonton the video.

Ciannya sampai terdongak2...

For those yang nak download video yang aku kata best from Pupisek tuh, boleh ke You Tube dan type pupisekM. Nanti the whole video by her yang telah diupload setakat ni akan keluar. Setakat yang aku convert last week, ada dalam 22 video. Maybe sekarang dah bertambah, aku tak pasti pulak. Korang can try & see ok.

Now, my aim nak convert the ABC phonics video for Qarissa pulak. Ada banyak video menanti, tapi pelan-pelan kayuh lah kan .. ehhehe.. Insya Allah, lama-lama siap jugak. Semua best & interesting video. Most of it is edutainment - Education +Entertainment!

Start to dance..

Ok friends, till then, semoga sharing hari ni mendatangkan manfaat pada semua dan selamat mencuba ok..:)

Seronok Tgk Aksi Anakku,


3 comments:

alinalan said...

Mesti MAUUU cuba. Thanks dear.

yaya said...

macam2 aksi anak ko ha... such a cute girl!

Unknown said...

aha kiut si Qarissa nih, anyway thanks for sharing.