Aku ada dapat few pertanyaan from blogger friends & ada yg mintak pendapat mengenai bagaimana nak buatkan anak kita fokus ketika kita sedang mengajar mereka. Aku tak nafikan memang kanak-kanak mempunyai fokus @ attention span yang berbeza-beza. Ada yg senang fokus & ada yang susah nak fokus. Mungkin juga ia bergantung pada jantina anak, maybe perempuan lebih senang fokus (berdasarkan pengalaman aku lah kan ..) dan lelaki pula agak susah (but i dont have baby boy so tak pasti lah betul atau tak ..no experience ..heheeh) .
Walaupun begitu, aku still ambil positif perkara ni. Pada aku, FOKUS anak boleh dipupuk & ia bukanlah semulajadi. Kita yg dah tua ni pun sometimes hilang fokus kan, so aku rasa normal lah kalau anak kecil kita yg belum "berakal" tuh selalu hilang fokus bila kita mengajar mereka. Hhehehe..Cuma what we can do ialah - pupuk minat dan tambahkan fokus anak kita sejak dari kecil lagi.. jadi senang kita bila anak dah besar nanti .. Kat sini aku sharekan cara-cara yang aku gunakan untuk pupuk minat & fokus Qarissa terhadap sesuatu perkara yg kami lakukan bersama. Ini adalah dari pengalaman aku sendiri. Maybe korang semua leh try & see the outcome ok..:)
- Aku latih fokus Q sejak dia lahir (0-6 month). Dengan adanya bimbingan dan kelas Gymboree yang aku hadiri, aku belajar banyak perkara & aktiviti utk stimulatekan koordinasi mata & tangan Qarissa supaya lebih fokus. Bukan setakat di kelas Gymboree, tetapi aku buat setiap hari dirumah without fail. Ada jer masa terluang, aku gunakan untuk stimulate Qarissa sebanyak yg boleh. When your baby is still small, takder banyak aktiviti yg kita boleh buat, so the best thing is to stimulate the whole body like massaging, hand puppet, torch light activities, bg baby rasa different kinds of texture & bg dia dengar all types of music & instrument. Ada aku share Gymboree activities dalam blog personal Qarissa. Here, aku sharekan info macam mana aku nak dia fokus pada sesuatu dengan gerakan mata. Aku akan pegang puppet (hand puppet) & letak agak-agak 1-2 kaki dari arah mata dia, dan gerakkan perlahan-lahan dari kiri ke kanan sambil nyanyikan lagu pelan-pelan. Aku pastikan mata Q ikut gerakan arah hand puppet tuh. Dari situ, aku tau Q fokus pada benda yg bergerak tu. Kita boleh buat pelbagai aktiviti yg berkaitan dengan mata asalkan ia menjurus ke arah "FOKUS" terhadap sesuatu. Macam cth, sebelum nih, aku pernah share pasal torch light. Kita tutup lampu bilik kita. Biar gelap sepenuhnya, then kita bukak torch light dan halakan ke dinding. Then pelan2 kita gerakkan torch light tu. Pastikan anak kita pandang arah cahaya tu ke mana kita tunjukkan torch light tersebut. Secara tak langsung, ia membantu anak kita utk lebih FOKUS!!
- Selain tuh, kita boleh meningkatkan fokus anak kita semasa sessi menonton bersama anak! Kalau sapa yg ikuti blog nih, pasti tahu aku ada menulis tajuk "Menonton Bersama Anak Anda". Memang itulah yang aku lakukan sejak Q lahir. Aku jadikan aktiviti menonton bersama itu satu rutin. Bukan menonton kosong, tapi aku juga participate dalam tontonan bersama tu. Aku bercakap-cakap dengan Q mengenai video yang ditayangkan, aku turut melakukan aksi yang video itu lakukan malah aku menggalakkan Q utk melakukan perkara yang sama. Memang aku akan senyum sepanjang menonton cerita bersamanya! (Yer, kita terpaksa berpura-pura happpy & gembira, melompat bersama, bertepuk & membuat aksi-aksi lawak walaupun hanya Tuhan yg tahu betapa kita sudah penat menghafal setiap cerita dalam DVD yg membosankan itu! Hhahahahah) Frankly speaking, bila aku tgk Q senyum & happy, semua penat lelah dan rasa bosan aku hilang sama sekali. Really worth it lebih-lebih lagi bila tgk Q dah sampai tahap yg tak semua orang boleh capai dalam usia dia. Aku puas hati sebab dah berjaya buktikan pada diri sendiri yg anak aku juga boleh membaca macam anak mat salleh yg aku tgk dalam You Tube sebelum nih. Memang aku jeles sgt time tuh & berazam nak buktikan Q pun boleh buat & she really did! I'm very proud of her! :) Mula-mula aku tak perasan yg "participation" aku dalam aktiviti menonton bersama itu akan meningkatkan tahap fokus dia, tapi lama-kelamaan, itulah yang berlaku. Q lebih mudah absorp apa yg aku ajar & tunjuk dari apa yg dia lihat selepas kami melakukan rutin tersebut setiap hari.
- Jangan putus asa!! Aku juga menghadapi masalah di awal penukaran flash card dari flash card bergambar ke flash card perkataan sahaja. Q susah dan semacam tak berminat untuk melihat flash card yg aku tunjukkan kerana tiada gambar. Memang ketara dia tidak fokus tetapi aku tetap berfikiran positif dan sabar melakukannya setiap hari. Aku guna teknik 10 saat untuk menarik minat dia terhadap flash card baru tersebut setelah beberapa kaedah yg aku gunakan sebelum ini tidak berjaya menarik perhatiannya untuk fokus terhadap apa yg aku ajar. Only 10 second & thats it. Tak sempat dia nak belek-belek atau pegang kad tu pun! Aku lakukannya utk seminggu & walla!! Aku dah nampak yg Q eager nak pegang that card dan nampak berminat! Dia mula fokus pada tulisan yg ada, dan lama kelamaan semakin menunjukkan perhatiannya. Bila aku tgk "pelanduk dah masuk jerat", barulah aku bg dia bermain-main dengan flash card tersebut, & start to do different activities macam tunjuk 2 cards dan suruh dia pilih 1 correct card yg aku sebut. And suprisingly, it works!!!
Happynya dia!!
- Bila baca buku pula, masa dia kecil & belum pandai pegang & selak-selak buku, memang senang kita bacakan buku utk dia, dia takkan kacau. Tapi bila anak kita dah pandai selak-selak & rampas buku dari kita, itu adalah satu cabaran utk kita atasinya. Memang kadangkala ia menguji kesabaran kita. I understand, kita nak anak kita pandai, fokus dan duduk diam sepanjang sessi reading tersebut tetapi kita kena akui, tak semua anak sama proses perkembangannya & tahap kefokusannya. Pendapat aku, kita ikut retak anak kita, dalam masa yg sama, kita cuba ceriakan sessi pembelajaran & pembacaan tersebut dan perlahan-lahan create attention anak kita supaya lebih fokus tanpa dia menyedarinya, bak kata pepatah "Tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut dapat ditarik". Something like that lah ..Hahahhaa..aku pun bukannya terer sgt berfalsafah nih. Wakakak.. Macam contoh, pernah aku bacakan Q buku cerita, memang nampak sgt dia tak berminat, asyik nak rampas jer buku tu. Then aku cuba buat suara yg berbeza dan tukar-tukar intonasi bacaan aku. I can really see her facial expression dah bertukar. Dia jadi lebih alert & pandang muka aku, mungkin pelik dengan perbezaan suara yg dia dengar & after that start to look at the book. Buku yg kita pilih juga penting. Pastikan ia sesuai dengan usia anak kita. Kalau anak kecil lagi, jgn bg dia macam buku yg tulisannya halus-halus, dia tak berminat. Selain itu, aku juga suka point to each word yang aku bacakan, jadi mata dia akan pandang ke arah jari yg aku tunjuk tuh, secara tak langsung, dia akan fokus. Baru-baru ni, Q dah pandai point sendiri to all the words, jadi aku dengan happynya pegang tangan Q dan tolong dia pointkan ke perkataan-perkataan yang ada bila aku bacakan. Seronok sgt tgk jari dia yg halus tuh menunjuk ke buku. Cara ini juga membantu anak lebih fokus semasa reading & study session. Selain tuh, kita juga boleh jadi kreatif dengan buat few games masa reading session tuh berlangsung. Kita mungkin boleh tanya soalan-soalan yg berkaitan pada anak kita, samada dia jawab atau tidak, betul atau salah, tak menjadi hal, yang penting kita borak-borak dengan anak. Jangan jadikan reading session tuh sesuatu yg membosankan. Contohnya, aku akan tanya & suruh Q, "Q, where is Jane darling? Point to the word Jane" @ aku akan bgtau Q, " This is Jane, this is the dog. Can u see the dog is playing the ball? See, Peter is kicking the ball. How do u kick sayang? Kick ..kick...(sambil aku angkat kaki Q dan buat action kick).Hmmmm, nampak tak sekarang macam mana aku create attention dia supaya dia fokus terhadap cerita yg ada dalam buku tuh? :)
- Kalau anak kita sibuk nak selak-selak buku, biarkan sahaja. Just smile, sebab aku pun smile bila tgk Qarissa's tiny little fingers tuh sibuk duk selak-selak buku. Comel sgt & aku rasa happy sebab Q tak pandai koyak buku. Aku boleh nampak yg dia bukak buku dengan sopan. Hehehhe.. So, aku ikutkan sahaja. Bila dia bukak ke page seterusnya, I keep on reading the words. Lucky me, sebab Q ni focus dia bagus jugak. Bila aku baca, we all akan point to the words sama-sama, then aku yg suruh dia selak page seterusnya. Aku cakap ngan dia, "Ok Q, go to the next page." And she did it. Then we continue reading. Ada satu buku Peek A Boo tu, mula-mula dia excited nak bukak cepat-cepat the "Peek A Boo page" walaupun aku belum habis baca, but I managed to change her attitude tanpa aku sedari. Aku just cakap, "Mummy belum habis cakap sayang, lepas habis cakap, baru Q bukak Peek A Boo tu". Aku tekan kuat-kuat the page, so dia nak bukak tak boleh, lepas habis aku cakap, baru aku lepaskan, then dia yg bukak the page, & i will do the "suprised intonation" like "PEEK A BOO!! She's in her tutu!!!!". Then, lama kelamaan, aku perasan, Q sendiri yg takkan bukak the page, selagi aku belum habis baca. Cute kan! Sometimes, terlajak jugak, but its ok coz most of the time, she will wait until i finish reading...hehehhee...:)
- Kalau katalah anak kita the focus & attention span dia sangat-sangat kurang, mungkin kita boleh letakkan dia jauh dari kita, samada duduk biasa atau duduk di tempat khas, kita duduk depan dia dan angkat sedikit buku tersebut (tapi pastikan anak still can see the words) and start reading & pointing. Mungkin awal-awal dia akan mengamuk & tak suka. Pelan-pelan lah kita latih dia, Insya Allah kita akan berjaya meningkatkan fokus & perhatian dia terhadap apa yang kita ajarkan.
- Finally, kalau anak dah bosan tak mau teruskan reading session, the best thing is to STOP immediately. Tak guna kita paksa dia coz definitely satu pun takkan masuk otak dia. Hhehehe. Aku selalu gak kena. Aku nak buat reading & writing session kat board, nak suruh dia baca kuat-kuat, Q dah takmo buat, aku nak paksa jugak, dia takmo & keep on dragging me, keep on bg buku Peter & Jane @ buku 123 dia kat aku mintak tolong bacakan. Dia takmo dah buat board activities tuh. So, the best thing is to follow whatever my baby want. As long as she loves to read, then its ok with me..:)
Aku harap dengan sedikit perkongsian pengalaman dan ilmu hari ini, dapatlah membantu ibu bapa meningkatkan tahap perhatian & fokus anak anda semasa reading & study session ok. Yang penting, both of u mesti rasa happy & lakukannya dengan ikhlas, bukan terpaksa, coz our baby can really feel it tau! Hhehhe..Good Luck Mummy & Daddy!! Jumpa lagi di entry akan datang...!
Loves,
1 comment:
hohohohoooo... hmmm great!!!! my adwan mmg kurang fokus tp dia suka suh i bacakan buku2 words sambil2 tunjuk, tp tu la sekejap je.. maybe lin buleh try method yg watie gunakan... tq very much ek...
Post a Comment