Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Februari ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU!
- Pengenalan Stimulasi
- Persekitaran Stimulasi
- Kepentingan Stimulasi
- Motor Kasar dan Motor Halus
- Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama.
- Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama.
- Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama.
- Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama.
- Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca
- Baby Signing - What Is It?
- Kebaikan & Faedah Baby Signing
- 20 ASL of Baby Signing akan di ajar.
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
- Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
- CD yang mengandungi :
- Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah.
- Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta.
- Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :)
- Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak.
- Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda.
- Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board.
Siapa yang patut hadir?
- Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila!
- Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan.
- Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan.
- Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini.
Maklumat tentang Bengkel ini:
Tarikh: 6 February 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)
Max Participants: 10 orang sahaja.
(first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 350 sahaja)
* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan.
Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. Ada yang menghubungi saya bertanyakan tentang sessi Seminar seterusnya, Insya Allah, saya akan mengadakannya pada 27 February 2011 dan akan kongsikan maklumat tersebut esok.
Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387
No comments:
Post a Comment