Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, November 29, 2010

Playgroup @ GBOB Week 3 Yang Havoc!

Wow, Playgroup Week 3 @ GBOB telah pun berlangsung dengan jayanya last week. My hubby kerja half day so sempatlah dia amik banyak gambar for that day, kalau dia takder ..selalunya i managed to capture masa art session jer ..:)

Singing Action Time Using Maracas
Taking turns to collect the balls inside the bag
Balls Are Bouncing Beh, Beh, Beh! Beh is the sound of B!
Yeahhhh! Genius Little Khalifah!

This week we all learned about Feelings yang Allah kurniakan pada kita. We should be grateful to Allah The Almighty for the feeling we have inside us. Memang sungguhlah feelingnya that day sebab nampak macam2 kerenah dan "feeling" kat budak2 genius nih semua. Ada yang gembira, ketawa, suka, nangis, malah yang tantrum pun ada! Hheheh.. Maklumlah, maybe baru datang Trial Class, so persekitaran dan perjumpaan dengan kawan-kawan baru membuatkan mereka rasa takut dan tak selesa kot. Plus Mommy tak bagi pegang itu-ini, dorang tak dapat apa yang dikehendaki, tantrumlah kan ..apa lagi.. heheh.. I paham sangat sebab Qarissa kalau tantrum memang Ya Rabbi ..kepala pun leh hentak kat dinding tau! Ekkeke.. tak padan girl! But Insya Allah, kalau selalu datang dan jadikan ianya ritual activity weekly, anak akan happy, lebih social dan pandai bawak diri and dont forget - smart too! :)

Learning Feeling Through Our Face. Bijak2 semua kiddos!
Everybody's Taking Turn to stick the part of the face!
Having fun together!

Lots of activities we all buat that day, dan all related to the theme - Feelings. Nyanyi lagu pasal feelings, Learning time pun pasal feeling. Art session pulak kita buat B Mask sebab this week we all belajar Alphabet B. Seronok rasa bila I tunjuk huruf B kat semua kids and ask them what letter is that during Art Session, they answered it correctly! Semua cakap B. Alhamdulillah, they know the letter and the sound. Senang lah cikgu tadika punya kerja pasni kan? Insya Allah ..:)

Art Session - B Mask!
Color Dulu guna Crayon
Then, stick the colorful paper on it!
Adam dengan gembiranya menyakat Danial, dia cucuh Crayon dalam gam, then color. Bijak kan? Hhehee...
3 Stooges yang sungguh kreatif menjadikan Puch Bear sebagai kuda tunggangan!
Hasil yg membanggakan dari anak-anakku!

Rasa seronok bila setiap ritual activities yang dilakukan setiap minggu dah mula di ingati dan disukai oleh semua kids especially yang dah enroll. They remember the song and try to do the action, malah mana2 activities yang ritual tuh dorang sangat suka dan tak sabar nak ikutinya. My dotter Q pun excited bila I nyanyi lagu Love Allah. Siap teleng-teleng kepala, senget2 bahu lagi time nyanyi .. Hhahaha.. Comey jer tau!

Tgklah Qarissa dgn badan yg disenget2kan ikut lagu masa nyanyi Love Allah! Hehe..
Guna Rhythm Stick masa nyanyi lagu I'm HAPPY!
Opposite Day - Happy & Sad Game!
Bubbles Time!
Parachute Time!
The kiddos love it!
Hana try to poke the bubbles!
Kiddos sungguh excited with the bubbles!

Jomlah kita layan gambar2 ni semua..:) Dan, sesapa yang rasa nak enroll atau nak datang Trial Session before enrolling your kids to the session, bolehlah call Watie @ 016 20333 40. Our next week theme is about My Sense of Taste! Hmmm.. exciting activities awaits you kiddos ..! I plak yang tak sabar neh! Hahhahaa...

Genius Adam with his mask!
Genius Danial with his mask.
Genius Zaer with his mask.
Genius Hana with his mask.
Genius Aiman with his mask.
Genius Mia with her mask.
Choo Choo Train time!

Ritual Activities- Hugging Teacher sebelum balik!
Memeluk si gebu Aqil yang tantrum on that day, Tak sempat nak ambil gambar Aqil dengan mask. Hu hu ..


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Cant wait to meet the genius kiddos @ GBOB,

Monday, November 15, 2010

E-Brochure Playgroup @ GBOB

Wah....e-brochure tak tahan ... suka-suki aku jer nak bg istilah "e" kat brochure nih .. hahaha...tapi betul lah kan .. secara "elektronik" orang kata .. haruslah letak "e" tuh ..:P


Sungguh tidak ku sangka aku ada bakat terpendam dalam design mendesign nih. Hhehehe.. Sebelum ini memang aku ada buat design utk distribute kan GBOB punya pamphlet, tapi bukanlah 100% brochure. Kali nih, aku nekad nak buat jugak brochure sebab aku tak berkesempatan nak bg kat designer aku. Kang kalau bagi, mesti amik masa nak design, nak check, nak repair, nak cek lagi, nak print pulak tuh.. adoi.. lambat ooo.. i need it asap, thats why aku menghabiskan masa seluruh malam Sabtu dan Ahad siang untuk merekabentuk this brochure.:) Tak sangka jadi jugak akhirnya! Nasib baik ada guideline dari beberapa sample brochures yang printing company bg sebelum nih as sample, plus AlimKids punya brochure yg dapat aku jadikan panduan..Hhehehe.. hmmm... agak2 boleh ah tukar kerjaya tak pasni??. Ekekekek..

Aku pun tak tahu nak cakap cantik ker tak, kang kata masuk lif tekan sendiri pulak kang..hahhaha.. tapi aku puas hati lah jugak kan, jelas dan mudah difahami semua, Insya Allah. Pasni, tinggal nak print jer, tapi for fast reference, bolehlah kengkawan semua tengok e-brochure ni :)

Di kesempatan ni jugak, aku nak mintak jasa baik dan kerjasama semua kengkawan dan blog reader untuk menyebarkan informasi berkenaan Genius Baby On Board & Playgroup Classes yang diadakan ni. Mungkin ada saudara mara atau kawan-kawan uols yang perlukan this kind of classes ker kan, manalah tau, dapat pahala free korang rekomenkan this Playgroup pada depa. :) Thanks in advance yer gengsi, hanya Allah sahaja yang akan membalas budi baik kalian...I really appreciate it ..:)


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Thanks A Lot For Promoting Us!

Saturday, November 13, 2010

Acrobatic Stimulation With My Q's!

Okeh ..ini agak melampau punya stimulation, so Mummy2 dan Daddy2 yang nak buat hati-hati yer. Kalau tak berani jangan buat, bahaya jugak ni, kalau dah biasa buat, then boleh ah buat for fun.. (memang sgtlah fun..hehhe) tapi kalau tak.. better dont lah .. kang sesia tergolek dokk kang, apa-apa jadi kang .. aku pulak yg dipersalah kan .. hu hu ..seramnya ..

Gambar nih hubby amik masa aku kat opis last weekend. Aku nak buat stimulation with Zayra tapi si kakak suda jeles maaaa.. mau join jugak. Seboleh-boleh dia nak gak sangkut kan diri dia kat kaki aku tuh. Dia buat muka toya jer bila aku kata tak boleh, dia tuh semangat, takut aku tak larat nak angkat dia... tapi ini kakak seperti biasa, buat muka diva ala -ala "ada aku kesah..aku nak jugak hokay!". Hmmm.. sudahnya, inilah hasilnya yer! Hahhaha.. tapi best lah gak .. exercise free kasik Mummy kurus! Hahhaha.. Suka giler Q bila aku angkat kaki aku ke atas dan ke bawah tu. Dia tak tahu bukan main seksa aku nak imbangkan adiknya dengan dia yang 13 kilo tuh! Adik dah nak masuk 9 kg.. dengan berat Mummy lagi.. mak aii..sib baik Mummy rajin amik health food tau .. kalau tak ..tak koser nak angkat wei!!

Its a very fun stimulation and my both Q's enjoying so much ..:) Ni aku namakan double acrobatic stimulation. Hahahhaa... Gambar yang korang tgk nih, aku dah edit sikit kat bhg peha, siap letak nama lagi..hahaha..semuanya gara-gara boxer hubby yg aku rembat malam tuh! Terlebih sexy sudah noksss... tak boleh ..tak boleh ... mesti cover sket! Hhahahaa...

Nanti dah ada anak 3, aku pun tak dapat bayangkan camner aku nak wat aksi yang lebih kurang camni ..hahahhaa... dah ada anak baru leh pikir yer .. entah2 time tu Q dah besar, dah tak heran nak wat aksi acrobatic nih lagi kot? Ekekekek... :)

Oklah geng, selamat mencuba yer .. Segala kejadian yg tidak di ingini, jika berlaku ketika sessi ini dilakukan, sila berhubung dengan doktor peribadi masing-masing .. Ahcik tak dapek nak nolong noks.... harap maaf .. ehehehe..

Mommies, DONT TRY THIS AT HOME! Hheheheh (ala-ala Saiful Apek cakap)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Acrobatic Konon... caitt!

Friday, November 12, 2010

FAQ:All About GBOB Playgroup

Kami akan menerangkan dengan lebih detail mengenai segalanya yang anda perlu tahu sebelum anda mendaftarkan anak anda ke playgroup @ Genius Baby Resources. Berikut adalah FAQ tentang Playgroup @ GBOB.


1. Apakah Playgroup @ GBOB ?
Playgroup @ GBOB adalah satu program yang direka khusus untuk bayi baru lahir berusia 0 bulan sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ia merupakan satu sessi "bermain sambil belajar" yang tidak formal bagi bayi dan kanak-kanak ini agar mereka menjadi bayi dan kanak-kanak yang riang, tidak kekok untuk bersosial dan berkawan dengan rakan sebaya, bersedia menghadapi dunia baru disamping meningkatkan kemahiran motor kasar & halus serta pengukuhan otak kanan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu.

Bukan itu sahaja, Playgroup ini juga merupakan medan untuk anda dan anak-anak membina hubungan yg erat dan memahami dunia mereka. Selepas puas bekerja mencari rezeki dan meninggalkan anak dirumah/ nurseri selama 5 hari, Playgroup ini adalah salah satu cara untuk anda "menebus" masa-masa berharga dengan anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan berfaedah.

2. Berapa Peringkat @ Stage yang ada di Playgroup @ GBOB?
Terdapat 4 peringkat @ Stage yang ada di GBOB tetapi buat masa ini, setakat artikel ini ditulis, hanya 2 Stage sahaja yang telah dilancarkan iaitu Stage 1 dan Stage 4. Berikut adalah maklumatnya:

Stage 1 (0-6 Bulan)
Stage 2 ( 6-12 Bulan)
Stage 3 ( 12-18 Bulan)
Stage 4 ( 18 bulan - 4 tahun)

Kelas Stage 1 (0-6 months)
Kelas Stage 4 (18 months - 4 years)
Art Area

3. Apakah aktiviti yang ada di Stage 1 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 1 (0-6 bulan), kami menekankan tentang stimulasi terhadap kelima-lima deria bayi dengan pelbagai cara. Peringkat ini merupakan satu peringkat yang kritikal dalam kehidupan seseorang bayi, sayangnya ia jarang dititik beratkan. Bayangkan, anak anda berada di dalam perut, dengan penuh keselesaan tanpa gangguan selama 9 bulan 10 hari, dan secara tiba-tiba, keluar menghadapi dunia baru yang sungguh asing dan baru. Mereka memerlukan sokongan yang kuat dan meyakinkan dari ibu bapa, dan mereka perlu merasa selamat setiap masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mesti belajar menggunakan kesemua deria yang ada dalam waktu yang sama. Ia bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, sokongan dan stimulasi adalah sangat penting untuk diberikan kepada bayi ini dan stimulasi yang terbaik adalah dari para ibu bapa itu sendiri dan bukan orang lain. :)


Pihak kami juga menekankan right brain method di mana kami mengajar anak anda mengukuhkan penggunakan otak kanan dalam stage ini. Ia merupakan sessi yang rutin setiap minggu yang akan pihak kami lakukan. Kami menggunakan produk Little Reader dalam mengajar bayi anda "membaca" dan selain dari kad imbas, terdapat beberapa lagi kad stimulasi yang akan di gunakan dalam sessi ini. Selain dari itu, Stage 1 ini juga akan mengandungi diskusi antara para ibu bapa setiap minggu bagi berkongsi pengalaman dan menambah pengetahuan.

Stage 1 ini akan mengambil masa 45 minit untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.

4. Apakah aktiviti yang ada di Stage 4 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 4 (18 bulan - 4 tahun) pula, kami menggunakan Khalifah Method dalam semua modul-modul kami. Kami menekankan akidah ketuhanan yang satu melalui lagu-lagu, nursery rhyme, dan story telling time dengan pendekatan yang santai dan menyeronokkan. Ia bagi menjana kanak-kanak Muslim yang kompeten dan berdaya saing dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. Pihak GBOB menggunakan modul yang sama yang digunakan oleh pihak AlimKids Playgroup dan selain itu, kami juga menambah baik program kami dengan menggunakan beberapa alat bantu mengajar bagi menjadikan sessi Playgroup ini lebih menarik dan berkesan.

Kami mempunyai beberapa segmen di dalam Stage 4 Playgroup ini iaitu Circle Time, Warming Up Session, Story Circle, Music & Singing Time, Phonics Time, Active Play (yang akan mengandungi pelbagai aktiviti yang berbeza setiap minggu bagi menjana minda anak anda dengan cara yang menyeronokkan dan santai) dan juga Art Session bagi mengukuhkan kuasa otak kanan mereka. Selain itu, pihak GBOB juga akan menggunakan peralatan seperti ribbon streamers, balls, pingpong maracas, egg maracas, bubbles, wood sticks, bean bag, parachute play dan pelbagai instrumen muzik dalam kelas kami untuk menjadikan anak anda lebih kreatif dan berkeyakinan dalam pergaulan sosial.

Stage 4 ini akan mengambil masa 1 jam - 1 jam setengah untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.

5. Berapakah kosnya untuk saya mendaftarkan anak saya ke Playgroup @ GBOB ini?
Terdapat 2 kos yang perlu di bayar iaitu:

Yuran pendaftaran: RM 150 setahun (perlu di bayar sekali sahaja untuk tempoh setahun) dan anak anda akan menerima:

  • * Kad Keahlian GBOB
  • * Sehelai T-Shirt (for your child)
  • * Sticker kereta keluaran khas Genius Baby On Board
  • * Diskaun 5% untuk semua produk pendidikan dan permainan di GBOB(kecuali pakej Little Reader & Learn By Art Programme) untuk tempoh setahun.
  • * Harga tetap untuk menghadiri Seminar ECE di GBOB
  • * Harga tetap untuk menghadiri Bengkel ECE di GBOB
  • * Pati haruman 2cc tajaan Perfume For All
  • * Kupon Diskaun RM 5 tajaan Perfume For All
  • * Kupon Diskaun RM 5 tajaan Genius Baby On Board
  • * Kupon Diskaun RM 15 tajaan Adrinis
  • * Kupon Diskaun Harga Tetap RM 5 Cucian Kereta (Exterior Wash) dr Bling Auto Care
  • * Kupon 50% Diskaun Polish, Wax @ Interior Care dr Bling Auto Care

  • Yuran kelas: RM 35 /kelas (perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus setiap bulan) menjadikan jumlahnya RM 140 sebulan.

    Jumlah Penuh (ketika pertama kali mendaftarkan diri): RM 290 sahaja.

    6. Tempoh masa untuk menghabiskan 4 kelas tersebut?
    Pihak GBOB memberikan anda tempoh masa selama 6 minggu (dari tarikh anak anda menghadiri kelas pertamanya) untuk menghabiskan 4 kelas ini. Ia bertujuan untuk mengelakkan anda dari mengalami kerugian jika tidak dapat membawa anak menghadiri Playgroup ini pada mana-mana minggu. Sekiranya anda masih gagal untuk menghabiskan 4 kelas dalam tempoh 6 minggu yg diberikan itu, maka secara automatik, kelas tersebut akan hangus dan wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

    7. Bagaimana dengan bulan kedua dan seterusnya?
    Anda boleh membuat pembayaran sebanyak RM 140 untuk bulan kedua dan seterusnya pada setiap minggu terakhir kelas (kali ke 4) anak anda hadir untuk sesuatu bulan tersebut. Ini bagi membolehkan pihak kami memastikan tempat anda untuk bulan seterusnya.

    8. Maksimum pelajar dalam satu kelas & bagaimana jika kelas telah penuh?
    Maksimum 10 orang kanak-kanak pada satu-satu masa untuk Stage 1 & 4.Sekiranya tempat telah penuh nama anda akan di letakkan di bahagian menunggu (KIV) sehinggalah kelas baru dibuka (minimum 1 orang pelajar untuk membolehkan pihak kami membuka kelas baru bagi Stage 1 dan 3 orang pelajarbagi Stage 4 ) atau sehingga ada mana kanak-kanak yang tidak mahu meneruskan kelas untuk bulan seterusnya. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini maklumat pelajar kami untuk pengetahuan anda.

    9. Sekiranya anak saya bermula di Stage 1, apabila usianya meningkat, adakah dia akan terus dimasukkan ke Stage 2?
    Ya, dalam tempoh setahun pendaftarannya, sekiranya ketika anda mendaftarkan anak anda, mereka berada di Level 1, apabila usia mereka meningkat, anak anda secara automatik akan dimasukkan ke Stage 2, 3 dan seterusnya mengikut usia anak, sehinggalah tamat tempoh pendaftaran setahun tersebut. Cthnya: November 2010 - November 2011.

    10. Jadual kelas?
    Berikut adalah jadual kelas untuk Stage 1 & 4

    Hari: Setiap Hari Sabtu
    Waktu:
    Stage 1: 10 am - 10.45 am
    Stage 4: 11.30 am - 12.30 noon

    * sekiranya terdapat perubahan waktu kelas pada bila-bila masa, pihak GBOB akan memberitahu para ibu bapa lebih awal*

    Di harap dengan adanya FAQ ini, dapatlah ia menjawab persoalan ibu bapa tentang Playgroup @ GBOB ini. Sekiranya terdapat apa-apa soalan lagi, pihak kami sedia menjawabnya. Emelkan pertanyaan anda ke geniusbabyonboard@gmail.com atau hubungi Watie di talian 016-20 333 40. Terima kasih.


    *feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


    Love To Meet Uols,