Kami akan menerangkan dengan lebih detail mengenai segalanya yang anda perlu tahu sebelum anda mendaftarkan anak anda ke playgroup @ Genius Baby Resources. Berikut adalah FAQ tentang Playgroup @ GBOB.
1. Apakah Playgroup @ GBOB ?
Playgroup @ GBOB adalah satu program yang direka khusus untuk bayi baru lahir berusia 0 bulan sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ia merupakan satu sessi "bermain sambil belajar" yang tidak formal bagi bayi dan kanak-kanak ini agar mereka menjadi bayi dan kanak-kanak yang riang, tidak kekok untuk bersosial dan berkawan dengan rakan sebaya, bersedia menghadapi dunia baru disamping meningkatkan kemahiran motor kasar & halus serta pengukuhan otak kanan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu.
Bukan itu sahaja, Playgroup ini juga merupakan medan untuk anda dan anak-anak membina hubungan yg erat dan memahami dunia mereka. Selepas puas bekerja mencari rezeki dan meninggalkan anak dirumah/ nurseri selama 5 hari, Playgroup ini adalah salah satu cara untuk anda "menebus" masa-masa berharga dengan anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan berfaedah.
2. Berapa Peringkat @ Stage yang ada di Playgroup @ GBOB?
Terdapat 4 peringkat @ Stage yang ada di GBOB tetapi buat masa ini, setakat artikel ini ditulis, hanya 2 Stage sahaja yang telah dilancarkan iaitu Stage 1 dan Stage 4. Berikut adalah maklumatnya:
Stage 1 (0-6 Bulan)
Stage 2 ( 6-12 Bulan)
Stage 3 ( 12-18 Bulan)
Stage 4 ( 18 bulan - 4 tahun)
Kelas Stage 1 (0-6 months)
Kelas Stage 4 (18 months - 4 years)
Art Area
3. Apakah aktiviti yang ada di Stage 1 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 1 (0-6 bulan), kami menekankan tentang stimulasi terhadap kelima-lima deria bayi dengan pelbagai cara. Peringkat ini merupakan satu peringkat yang kritikal dalam kehidupan seseorang bayi, sayangnya ia jarang dititik beratkan. Bayangkan, anak anda berada di dalam perut, dengan penuh keselesaan tanpa gangguan selama 9 bulan 10 hari, dan secara tiba-tiba, keluar menghadapi dunia baru yang sungguh asing dan baru. Mereka memerlukan sokongan yang kuat dan meyakinkan dari ibu bapa, dan mereka perlu merasa selamat setiap masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mesti belajar menggunakan kesemua deria yang ada dalam waktu yang sama. Ia bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, sokongan dan stimulasi adalah sangat penting untuk diberikan kepada bayi ini dan stimulasi yang terbaik adalah dari para ibu bapa itu sendiri dan bukan orang lain. :)
Pihak kami juga menekankan right brain method di mana kami mengajar anak anda mengukuhkan penggunakan otak kanan dalam stage ini. Ia merupakan sessi yang rutin setiap minggu yang akan pihak kami lakukan. Kami menggunakan produk Little Reader dalam mengajar bayi anda "membaca" dan selain dari kad imbas, terdapat beberapa lagi kad stimulasi yang akan di gunakan dalam sessi ini. Selain dari itu, Stage 1 ini juga akan mengandungi diskusi antara para ibu bapa setiap minggu bagi berkongsi pengalaman dan menambah pengetahuan.
Stage 1 ini akan mengambil masa 45 minit untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.
4. Apakah aktiviti yang ada di Stage 4 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 4 (18 bulan - 4 tahun) pula, kami menggunakan Khalifah Method dalam semua modul-modul kami. Kami menekankan akidah ketuhanan yang satu melalui lagu-lagu, nursery rhyme, dan story telling time dengan pendekatan yang santai dan menyeronokkan. Ia bagi menjana kanak-kanak Muslim yang kompeten dan berdaya saing dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. Pihak GBOB menggunakan modul yang sama yang digunakan oleh pihak AlimKids Playgroup dan selain itu, kami juga menambah baik program kami dengan menggunakan beberapa alat bantu mengajar bagi menjadikan sessi Playgroup ini lebih menarik dan berkesan.
Kami mempunyai beberapa segmen di dalam Stage 4 Playgroup ini iaitu Circle Time, Warming Up Session, Story Circle, Music & Singing Time, Phonics Time, Active Play (yang akan mengandungi pelbagai aktiviti yang berbeza setiap minggu bagi menjana minda anak anda dengan cara yang menyeronokkan dan santai) dan juga Art Session bagi mengukuhkan kuasa otak kanan mereka. Selain itu, pihak GBOB juga akan menggunakan peralatan seperti ribbon streamers, balls, pingpong maracas, egg maracas, bubbles, wood sticks, bean bag, parachute play dan pelbagai instrumen muzik dalam kelas kami untuk menjadikan anak anda lebih kreatif dan berkeyakinan dalam pergaulan sosial.
Stage 4 ini akan mengambil masa 1 jam - 1 jam setengah untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.
5. Berapakah kosnya untuk saya mendaftarkan anak saya ke Playgroup @ GBOB ini?
Terdapat 2 kos yang perlu di bayar iaitu:
Yuran pendaftaran: RM 150 setahun (perlu di bayar sekali sahaja untuk tempoh setahun) dan anak anda akan menerima:
Yuran kelas: RM 35 /kelas (perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus setiap bulan) menjadikan jumlahnya RM 140 sebulan.
Jumlah Penuh (ketika pertama kali mendaftarkan diri): RM 290 sahaja.
6. Tempoh masa untuk menghabiskan 4 kelas tersebut?
Pihak GBOB memberikan anda tempoh masa selama 6 minggu (dari tarikh anak anda menghadiri kelas pertamanya) untuk menghabiskan 4 kelas ini. Ia bertujuan untuk mengelakkan anda dari mengalami kerugian jika tidak dapat membawa anak menghadiri Playgroup ini pada mana-mana minggu. Sekiranya anda masih gagal untuk menghabiskan 4 kelas dalam tempoh 6 minggu yg diberikan itu, maka secara automatik, kelas tersebut akan hangus dan wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
7. Bagaimana dengan bulan kedua dan seterusnya?
Anda boleh membuat pembayaran sebanyak RM 140 untuk bulan kedua dan seterusnya pada setiap minggu terakhir kelas (kali ke 4) anak anda hadir untuk sesuatu bulan tersebut. Ini bagi membolehkan pihak kami memastikan tempat anda untuk bulan seterusnya.
8. Maksimum pelajar dalam satu kelas & bagaimana jika kelas telah penuh?
Maksimum 10 orang kanak-kanak pada satu-satu masa untuk Stage 1 & 4.Sekiranya tempat telah penuh nama anda akan di letakkan di bahagian menunggu (KIV) sehinggalah kelas baru dibuka (minimum 1 orang pelajar untuk membolehkan pihak kami membuka kelas baru bagi Stage 1 dan 3 orang pelajarbagi Stage 4 ) atau sehingga ada mana kanak-kanak yang tidak mahu meneruskan kelas untuk bulan seterusnya. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini maklumat pelajar kami untuk pengetahuan anda.
9. Sekiranya anak saya bermula di Stage 1, apabila usianya meningkat, adakah dia akan terus dimasukkan ke Stage 2?
Ya, dalam tempoh setahun pendaftarannya, sekiranya ketika anda mendaftarkan anak anda, mereka berada di Level 1, apabila usia mereka meningkat, anak anda secara automatik akan dimasukkan ke Stage 2, 3 dan seterusnya mengikut usia anak, sehinggalah tamat tempoh pendaftaran setahun tersebut. Cthnya: November 2010 - November 2011.
10. Jadual kelas?
Berikut adalah jadual kelas untuk Stage 1 & 4
Hari: Setiap Hari Sabtu
Waktu:
Stage 1: 10 am - 10.45 am
Stage 4: 11.30 am - 12.30 noon
* sekiranya terdapat perubahan waktu kelas pada bila-bila masa, pihak GBOB akan memberitahu para ibu bapa lebih awal*
Di harap dengan adanya FAQ ini, dapatlah ia menjawab persoalan ibu bapa tentang Playgroup @ GBOB ini. Sekiranya terdapat apa-apa soalan lagi, pihak kami sedia menjawabnya. Emelkan pertanyaan anda ke geniusbabyonboard@gmail.com atau hubungi Watie di talian 016-20 333 40. Terima kasih.
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Love To Meet Uols,
No comments:
Post a Comment