Hari ini saya nak berkongsi pendapat peribadi tentang penggunaan Ipad sebagai alat bantu mengajar. Zaman baru, teknologi semakin canggih dan Ipad kini dilihat sebagai salah satu gadget yg paling cool dan memudahkan ibu bapa. Saya masih ingat sahabat baru yg saya temui mengatakan bahawa Ipad sgt memudahk kerja beliau mengajar anaknya. Tak payah susah susah nak buat flashcard, semua dah ada dalam apps dan hanya perlu slide shj. Ketika itu saya masih belum berkesempatan membeli Ipad, jadi saya masih belum nampak dan faham konsepnya dengan jelas. Cuma, memang nampak ketara semua orang gila beli Ipad especially Ipad 2 yg selalu takde stok dipasaran sejak ia pertama kali dilancarkan di Malaysia. Adakah Ipad benar2 membantu dalam mengajar anak-anak?
Pada pendapat saya, ada pro dan kontranya di sini. Ada negatif dan ada positif. Entah kenapa saya merasakan negatif lebih banyak dari positif. Mungkin mereka yg sudahpun membeli Ipad atau penjual Ipad akan memandang serong apa yang cuba saya sampaikan tetapi saya berkongsi cerita peribadi mengenai Ipad setelah melihat pro & cons yang berlaku terhadap anak saya selepas menggunakan Ipad. Saya sebenarnya bukan membelikan Ipad untuk Qarissa. Ipad yg pertama saya beli adalah untuk kegunaan peribadi saya, bg memudahkan kerja saya dan saya becadang utk menggunakannya di kelas Playgroup. Saya ingatkan saya boleh berkongsi penggunaannya dengan Qarissa tetapi ia tidak semudah yg saya sangkakan. Selepas menunjukkan Qarissa aplikasi-aplikasi Ipad yg jumlahnya tidak terkira, Qarissa seolah-olah ketagih Ipad hingga saya sudah tidak punya hak terhadap "mainannya" itu. Sudahnya, Ipad tersebut menjadi hak milik kekal Qarissa dan saya setia dengan Lappy sehinggalah saya membeli satu lagi Ipad untuk tujuan sama.
Ipad - Gadget canggih & stylo masa kini
Dari segi positifnya Ipad, kerja kita memang menjadi semakin mudah. Kita hanya perlu mencari aplikasi-aplikasi permainan atau pembelajaran yg ada di Appstore dan tunjukkan pada anak bagaimana ingin bermain permainan tersebut untuk pertama kali. Tanpa perlu bersusah payah, anak kita akan pandai dengan sendirinya. Ada yg tak payah ajar langsung, kengkadang saya pun pelik camner lah budak2 kecik ni boleh tahu nak tekan sana sini? Kita belum habis explore, dia dah ke mana-mana! Bila pikir balik, yer lah, kids mana ada kisah betul atau salah? Dia "boh" jer kan? Very adventurous, unlike us yang begitu berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita. Bila stuck, barulah anak kita akan sibuk panggil kita suh repairkan Ipad dia! Habis citer! Hehehehe...teringat saya Qarissa yang bila Aplikasinya jem sebab dah banyak gambar dia save, dia cakap, "Mommy, help me!", padahal sebelum tuh jgn harap dapat pegang Ipad dia!
Bergantung kepada aplikasi apa yang diberikan pada anak, tidak semua permainan sesuai untuk anak kita. Jadi kita kena monitor apa jenis mainan yg kita nak mereka main. Kalau boleh, biarlah ia berunsurkan pembelajaran berbanding permainan. Di awal-awal Qarissa menggunakan Ipad, memang boleh dikatakan 100% semuanya berunsurkan education tetapi setelah berjumpa dengan sepupu-sepupu yg lebih besar, dia dah mula pandai main games Angry Bird and few other games yg selalunya adult main. Bukan saya kata Angry Bird tak bagus, kalau kita dah start main, memang leka juga kan, hehehe...tapi kalau boleh saya tak mau lah Q main Angry Bird sepanjang masa! Lucky me, dia taklah terlalu addicted with that game, maybe sebab ada byk games lain, so dia ada byk choices. Bagi yg melihat secara luaran bagaimana Qarissa leka bermain Ipad akan merasa advance sungguh budak ni! Kecik-kecik dah ada Ipad, hi-tech nya! Tetapi, secara peribadi saya risau melihat keadaan ini.
Antara game yg ada. Kopipes from Pakcik Google
Samada sedar atau tidak, gadget- gadget seperti ini membuatkan anak kita kurang bersosial, betul tak? Mereka leka dengan Ipad, Ipod, Itouch, dan segala macam "I" yg saya pun tak tahu apa namanya, termasuk pelbagai jenis gadget lain yg menyebabkan mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. Cuba kita ingat kembali semasa kita kecik dahulu. Gadget canggih seperti ini belum pun wujud tetapi kita masih gembira bermain dengan rakan sebaya kan? We will always know how to entertain ourself dengan 5 ketul batu yg di lambung dan di namakan "batu seremban". Dari 5 biji itulah, kita tahu bagaimana hendak mengawal situasi, mengawal pergerakan tgn memastikan lambungan tidak terlalu tinggi atau rendah, bagaimana mengira dan meningkatkan skill motor kasar dan motor halus tanpa kita sedari. Dan apa yg paling best? Batu tu bersepah- sepah, leh dapat FREE jer kan? Kalau nak cantik dan canggih sket, kita suruh mak kita jahitkan batu seremban dengan menggunakan kain perca dan biji kacang hijau. Tekstur yg berlainan antara batu dan kacang hijau juga sebenarnya adalah satu sessi stimulasi yang kita tidak sedari.
Baru Seremban. Kopipes from Google jugak. I miss this game! Korang rindu tak mainan nih?
Tapi dengan Ipad? Apa anak kita dapat? Setakat menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka. Memang betul dalam kebanyakan games samada entertaining games atau education games, mereka dapat melakukan peyelesaian masalah menggunakan logik akal dan ini bermakna, they devolop the brain function tapi dengan menggunakan 5 biji batu yg saya sebutkan tadi, bukan setakat menggunakan akal, malah lebih dari itu. Mereka meningkatkan skill motor kasar dan motor halus, mereka belajar bergaul dengan rakan-rakan sebaya, mereka belajar "turn taking", mereka belajar bersabar dan semua yang dapat mereka belajar ini adalah secara PERCUMA! Itu lebih menarik dan berfaedah kan?
Happy children playing with Batu Seremban.
Cuba kita lihat pula dari segi mewarna. Dalam aplikasi Ipad, mewarna adalah sesuatu yg sangat mudah. Pilih warna apa nak, tekan, letak kat kepala patung dan tekan lagi skali. Done! Begitu mudah dan hasilnya sangat cantik! Takder pun warna tuh terkeluar dari garisan kan? Kalau nak letak stiker pun sama-Pilih stiker, tekan kat gambar & done! Siap dah. Tapi adakah itu yg berlaku di dunia nyata? Adakah di dunia nyata, anak kita cuma ambil pensil warna, tekan kat gambar dan semua akan diwarnakan secara automatik? Cantik pulak tu! Tidak bukan? Melalui pensil warna itulah, anak kita belajar memegang dan menggenggam. Dari kekok dan setakat scribble sahaja, sehinggalah menjadi kemas dan akhirnya menjadi lakaran huruf A-Z. Dari warna yg comot, bersepah dan terkeluar sana sini, ia menjadi cantik, kemas, dan dari masa ke semasa skill kreativiti juga akan meningkat di mana penggunaan 2-3 warna untuk menghasilkan impak yg lebih cantik. Di dunia nyata juga, anak kita kopek stiker yg dibeli dengan berhati-hati dan tampal di buku stiker. Melalui akiviti yg nampak begitu simple sebenarnya mengandungi banyak teknik dan kemahiran yg diperlukan yg melibatkan pergerakan motor tgn. Jujur saya katakan, pertama kali saya melihat Qarissa mewarna di Ipad, saya agak risau. Ia terlalu mudah dan tidak membantu skill motor halusnya. Sebab tu saya lebih suka aplikasi yg mewarna menggunakan jari jemari berbanding sekali tekan semua bewarna. Tapi kalau nak ikutkan pun, taklah efisen sgt sebab mewarna dengan jari di Ipad setakat jari telunjuk di tarik ke kiri kanan, atas dan bawah sahaja. Tak macam di dunia nyata yg perlukan kemahiran memegang di mana ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan dan jari lain dikatupkan bersama di tapak tgn. Sebab itulah juga, kalau saya ternampak Q main color-color kat Ipad, saya cuba alihkan perhatian dia untuk main games lain, sometimes berjaya, sometimes tak..hehhehe..ikut kepala dia time tu...
Sample game color kat Ipad. :)
Meh kita imbas kembali saat kita remaja. Rasanya time tuh video game dah diperkenalkan betul tak? Melalui pembelian satu alat di mana kita slot in kat device game card tu. Saya masih ingat yg paling femes ialah Mario Bros. Saya ketagih juga main game tuh dulu, tapi tak lah power cam org lelaki main. Hehehe..dan taklah melampau sgt tahap ketagihan sampai takmo bersosial dgn org lain, leka dgn video game jer sampai takder masa nak berkawan! Rasanya time skolah dulu, ada juga saya baca pasal kesan video game pd remaja terutamanya dr segi pergaulan dan social skil. Cuba bayangkan, itu 15 tahun lepas, dan masa tuh kita dah remaja, org kata dah boleh fikir baik dan buruk, dah boleh fikir secara logik. Tapi sekarang? Kanak-kanak semuda 2 tahun dah dapat gadget yg terkini, power malah lebih canggih dr zaman kita dulu. Agak-agaknya, dapat tak mereka fikir secara logik, baik dan buruk penggunaan gadget secara berlebihan teutamanya dari segi pergaulan antara rakan sebaya? Dah tentu tidak kan? Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa dalam memastikan anak mereka tidak terlalu obses dengan gadget-gadjet ini sehingga memberi kesan terhadap pergaulan harian mereka. Saya tidak kata Ipad tidak bagus, tapi kita harus memantau perkembangan anak-anak dan melihat dari sudut positif dan negatif, sebelum dan selepas anak-anak diberikan Ipad tersebut. Jika lebih banyak perubahan negatif yang berlaku selepas mempunyai Ipad, we shoud control and do something to help and guide our child. Jika lebih banyak perubahan positif, alhamdulillah, kita harus meneruskan pemantauan kita dan sering update aplikas-aplikasi pembelajaran yang baru agar anak kita mempunyai permainan berasaskan pembelajaran yg mempunyai variasi.
Game Mario yg saya suka sgt main satu ketika dulu. Skang kalau sebut org gelak jer kot?? Hahah
Sebagai ibu yg memberikan anaknya Ipad (secara tak sengaja), saya dapat rasakan yg Ipad membantu saya dari segi bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan Mandarin. Ia juga dapat membuatkan Qarissa duduk diam ketika saya dan suami shopping, dinner @ jalan jauh dalam kereta (dah tak dapat tgk VCD dalam keta kekdahnya! Ipadlah penggantinya.Heheheh). Ia membantu Qarissa dari segi mental terutamanya permainan seperti Memory Game dan Sight Words, tapi dari segi social skills serta fine & gross motor skills, ia memang tidak membantu. Jika ditanya secara jujur pada saya, jika saya ada pilihan dan jika saya boleh berpatah balik - Saya tidak akan memberikan Qarissa Ipad itu @ untuk tidak kelihatan "sangat kejam", saya mungkin hanya akan bg dia main Ipad dihujung minggu sahaja, ketika dirumah kakak saya. Heheheh... Tapi, saya dah terlanjur dah (ewahh..lain macam jer bunyi tu ..wkakakk), so memang sukar jugaklah nak patah balik, tapi alhamdulillah, saya berjaya juga kawal penggunaan Ipad pada Qarissa. Tidak seperti mula2 dulu, dia main Ipad dari malam sehingga 9 pagi keesokan harinya! Dasyat kan? Hu hu .. Dan baru-baru ini, 4 hari berturut-turut Qarissa tak main Ipad. Dan tak merungut pun! Heheheh.. Kalau berkesempatan, saya akan share ceritanya.
So, pada semua parents, ini adalah pendapat peribadi saya, terpulang pada anda samada ingin terus memiliki Ipad atau tidak sebagai alat bantu mengajar kepada anak anda, pilihan terletak di tangan anda. Yang penting adalah kawalan dan pemantauan yg berterusan. Jika kita boleh kawal, Insya Allah anak kita akan dapat segala kebaikan yang boleh Ipad tawarkan di samping meningkatkan skil social serta fine & gross motor skill mereka melalui aktiviti di sekolah, nursery atau playgroup yg mereka sertai.
Sampai sini dulu perkongsian saya hari ini, semoga membawa manfaat dan sedikit idea pada anda semua, Insya Allah. Jumpa lagi di entri akan datang ..:)
1 comment:
Thanks for your sharing. I pun sangat risau dengan gajet2 ni. Anak i baru berumur 1 tahun 3 bulan, tapi i dah risau dah. Risau anak i adi macam sepupu dia, ketagih ipad, iphone.... fuhhhh jauhkan laaa. ... I mohon share more tips ya, sangat membantu first timer mommy mcm i... thankss
Post a Comment