Buat pertama kalinya, saya menyediakan satu borang khas untuk semua para peserta saya memberikan testimoni ikhlas mereka terhadap Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak @ GBOB yang mereka hadiri. Jika sebelum ini saya hanya memberikan borang Feedback, tapi mulai tahun 2011 ini, saya menambah satu lagi borang, bertujuan untuk menilai diri sendiri dengan apa yang peserta katakan. Dari situ, saya berharap agar saya dapat memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Mohd Razi:
Mohd Razi: Amat berguna dan bermakna sekali setelah apa yang saya pelajari dari Puan Watie dan saya akan gunakan ilmu yang disampaikan pada keluarga saya dan masyarakat. Terima kasih.
Anis Niza
Anis Niza: Sangat menyeronokkan. Terlalu banyak information yang perlu digest. Syukur, dari hobi suka-suka waktu rehat, dapat jumpa info tentang Seminar yang baik ini. TQVM
Saya juga bercadang untuk menggunakan Testimoni yang mereka berikan ini sebagai senjata pemasaran ketika mempromosikan Seminar. Inilah salah satu cara strategi marketing yang di ajar oleh Irfan Khairi ketika saya mendengar Seminar beliau hari tu. Sapa yang belum baca, boleh klik sini. Memang selama ini saya tahu dan sedar tentang kepentingan Testimoni, in fact sejak saya membuat bisnes Perfume iaitu Perfume For All, memang ada testimoninya, cuma tidaklah saya tekankan sangat. Sebab itu, salah satu azam saya adalah untuk menekankan Testimoni ikhlas dari para pelanggan saya untuk mana-mana bisnes sekalipun. :) Lagipun, ini adalah salah satu cara saya menghargai pelanggan saya yang memuji atau mengkritik saya. Jadi, penat macam mana pun, nak amik gambar, transfer gambar, upload dan sebagainya, saya dah berniat nak masukkan juga komen-komen mereka.
Latifah (Fasha)
Latifah (Fasha): Seminar pendidikan awal kanak-kanak sangat bagus. Biarpun i belum berkahwin, ia banyak bagi kesedaran tentang pembelajaran awalan baby 3 bulan dan sebelum kelahiran. Ia juga boleh membantu i memberi penerangan kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang ada anak atau belum.
Nuradyani Rosli
Nuradyani Rosli: This seminar is really interactive seminar where the participants can learn and also share their experience. It has answered some of my unanswered questions about ECE. It's good to have Watie as an enthusiastic speaker too. Her passion is so transparent and can be contagious.
Di sini saya salin semula apa yang mereka katakan beserta gambar dan borang asal. Ada juga peserta yang tidak sempat menulis borang, tetapi mereka mengemelkan Testimoni mereka kepada saya. Insya Allah akan saya kongsikan di entry yang lain. Kepada para peserta Seminar saya, terima kasih saya ucapkan di atas komen dan testimoni yang jujur dan ikhlas ini. Ia penting untuk saya memperbaiki diri dari masa ke semasa. Insya Allah. Ia membuatkan saya bertambah yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya rasa sangat puas apabila matlamat saya tercapai melalui Seminar ini- Mengubah minda terhadap kepentingan ECE terhadap bayi dan kanak-kanak. Saya rasa puas apabila peserta saya merasakan wang yang mereka laburkan untuk mendengar apa yang ingin saya katakan itu BERBALOI, MALAH LEBIH DARI ITU. Saya terharu apabila ada rakan saya, Zaidathul Akma yang membuat komen di FB albumnya berkenaan dengan Seminar saya yang beliau hadiri buat pertama kali (bulan 7 tahun 2010). Saya pastekan di sini apa yang ditulis beliau di laman Facebooknya:
*****************************************************
"THUMBS UP!!!!!!! itu yg aku bley kata kat bff aku sorg nih - Norhidawati Abdu Aziz. Aku puji bukan sebab ko bff aku tp sebab ketelusan, keikhlasan dan kesungguhan kau dalam berkongsi ILMU+PENGALAMAN kau sendiri kpd semua org. Wpun aku sampai lambat (sesat punye pasal) tp aku sgt puasssssssssss (jgn fikir lain plis) dgn seminar tuh...memg aku xdpt kat tempat lain...ko punye penerangan yg details membeliakkan mata + hatiku tentang fungsi OTAK baby...dan spt biasa kau memang IBU FORMULA kan bukan susu formula (kau ibu hebat - bf rules!)
yg mbuka mata aku adelah penerangan ko tentang maksud genius tuh - bukan utk kita menunjuk2 anak kita pandai/utk mghebah2kan anak kita pandai tp ape yg sepatutnye kita tolong anak kita yg dahagakan pertolongan utk menyambungkan sel2 otaknye dgn formula kau cipta - LIRASEDEBAU (aku hafal plis!) hehehe...LIHAT-RASA-SENTUH-DENGAR-BAU...baby dahagakan itu....mereka tidak tertekan langsung tetapi meminta sgtttttttt parentsnye mbantu utk menyambungkan sel2 otaknye agar tidak lupus begitu shj apabila usia mjangkau 3thn...thats y penting pembelajaran utk baby bwh 3thn...iaitu sejak dari dlm perutttttt (huhuhu aku dh ketinggalan jauh terus cam nak ade anak ke 2 plak...amin...)
kau tau? laki aku siap suruh aku ulang ape yg ko ajar kat kelas td almaklumler aku nih kan PELUPA! huhuhu...yg paling utama tersemat disanubari + yg aku cari2 selama mjaga aesya nih adelah kaedah, masa dan ape yg aku patut buat - kau telah bantu aku menemui jawapannya...salah satunya adelah - jual mahal sket utk bg dia excited utk tahu ttg sesuatu benda (cth flash card tuh buat laju2 utk 1 second je) pastuh simpan....dan baby boleh capture sepantas 1 saat - amazing gilerrrrr!
rugiiiiii siapa x dtg! hehehe...aku harap kau boleh konduk seminar yg sama semula next time sebab memang permulaan yg bagus utk org mengandung-anak bwh 6thn...jgn risau watie! kau share je ape pengalaman ko...wpun kebanyakan seminar aku pegi dorang banyak sorokkan dia punye "secret recipe" tp pada pendapat aku dari segi ilmu yg amat bermanfaat - sekali kau kongsi ALLAH gandakan beribu2 lemon lg ILMU+NIKMAT utk kau...pegang pd itu! insyaALLAH mesti ramai parents kat luar sana akan carik kau punye! sebab kalau kita ade ILMU + X KONGSI kita org pertama yg akan terhumban ke neraka! nauzubillah!
aku doakan kau terus maju jaya bersama basrijaya...muahahahah...xlah! aku yakin kau sgt jitu + hebat dan mampu membantu ibu bapa kat luar sana yg terkial2 mcari ILMU utk merangsang minda anak2 mereka.
para ibubapa kat luar sana (especially mak2) jgn lah risau wpun kita bekerja cari rezki utk anak2 takot masa anak2 terabai - percayalah mcm watie kata "jegot kalau kau kata kau xde masa 5 minit pon utk ajar (rangsang) anak kau - memang aku lempang!) huhuhu aku pegang ayat ko watie sampai skang (sebab tuh menggelabah sentiasa takot dilempang - aku selalu ckp kat laki aku - ehhh x bolehhh nanti watie lempang kang...hahahaha)
aku harap parents kat luar sana x salah faham dgn ERTI GENIUS tersebut sebab semua baby adelah genius sejak dari dlm perut cuma tugas kita utk mengekalkan+meneruskan kegeniusan mereka semua...tabiksssss!"
******************************************************
Yuni
Yuni: WOW! Tidak sangka betapa pentingnya Early Education, nilai yang dibayar tidak dapat dibandingkan dengan ilmu yang diperolehi.
Memang saya terharu, sungguh! Dan kata-kata semangat seperti inilah yang membuatkan saya sedaya upaya memastikan seminar yang akan datang lebih baik dari seminar yang pernah saya lakukan walaupun ia berkisar tentang perkara yang sama. Setiap hari ilmu saya akan bertambah. Pengalaman saya semakin banyak dan research yang saya lakukan dan penemuan saya dalam bidang ECE semakin meningkat. Kerana itu, setiap kali Seminar saya di buat, ada sahaja perkara dan maklumat baru yang ingin saya kongsikan dengan peserta. Sebab itulah, dari 4 jam, meleret2 hingga 6 jam! Saya berharap, peserta saya tidak bosan mendengar bebelan saya dan "brain wash" saya selama 6 jam itu. :)
Jiey:
Jiey: This seminar is definately an eye-opener. Watie managed to bring up the importance of giving early education to children. The content of the seminar is also comprehensive that in such a short period, Watie is able to cover the important angles of ECE. The Seminar is really interesting as Watie encourage participation from the floor; instead of just one way communication.
Dan, saya akhiri entry ini dengan satu testimoni yang cukup menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua. In fact, bolehlah saya katakan testimoni ini adalah "Testimoni Of The Day'. Hehhhe.. Kerana apa? Kerana Encik Azmi adalah satu-satunya Daddy @ Suami yang hadir pada hari tersebut. Beliau menemani isterinya, Anis Niza yang comel lote dan cantik tu. Adakah beliau datang ke Seminar ini rela hati? TIDAK! Adakah beliau dipaksa datang? YA! Anis "memaksa" suami tersayang menemankannya dan hasil "pujukan berterusan setiap malam" berjaya membuatkan suami Anis ikut sama. Saya suka kejujuran Encik Azmi kerana saya yang bertanya soalan tersebut dipermulaan Seminar (dan saya dah agak juga yang beliau dipaksa. Hehehhe). Jawapan beliau yang jujur membuatkan saya "looking forward" to see his opinion @ testimoni about the Seminar. Adakah saya berjaya mengubah persepsi beliau atau mungkin "kerugian masa" beliau. Alhamdulillah, rasanya saya berjaya. Dan saya akui apa yang Encik Azmi tulis tentang Cons @ kontranya Seminar ini mengenai "Terlalu banyaknya maklumat yang perlu di "hadam" dalam masa yang singkat dan time management yang kurang baik."
Memang saya akui, itulah juga yang saya rasakan secara peribadi. Seperti yang saya katakan, terlalu banyak, yer, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dan masa sememangnya mencemburui saya. Siapa yang mengenali saya pasti tahu yang saya bercakap memang laju. Seboleh mungkin saya cuba memperlahankan kelajuan kuasa kuda percakapan saya demi memastikan semua peserta dapat memahami sepenuhnya apa yg cuba saya sampaikan dalam tempoh masa yang saya rasa cukup singkat itu. Alhamdulillah, semuanya jelas dan faham malah suka bila saya cakap laju jadi mereka tak sempat pun nak rasa ngantuk. Ekekeke.. Janji saya semasa mempromosikan Seminar hanyalah 4 jam sahaja, tetapi sering terbabas. Mesti lebih dari anggaran awal saya. Mungkin selepas ini saya harus memperbaiki pengurusan masa saya, seperti yang dicadangkan Encik Azmi, samada panjangkan masa atau kurangkan material. Saya lebih suka option yang pertama, panjangkan masa dan beritahu pada bakal Peserta agar mereka tahu yang mereka mungkin akan berkurung di GBOB untuk sekurang-kurangnya 6-7 jam! Agak-agak boleh tahan tak? Hhehehe.. Pasal anak, mesti boleh kan?? Harus saya akui, saya kasihan juga dengan para peserta kerana seperti yang mereka katakan, terlalu banyak yang perlu di hadam dalam masa yang singkat, memang penat OTAK kita kan? Haaaaa..baru tau kan .. Time is running out to stimulate our children right ..? Hhehehehe..
Kyairul Azmi
Kyairul Azmi: Pros: 1. Very informative 2. Kesedaran ECE harus diterapkan juga kepada kaum bapa agar mereka sedar kepentingan ECE. 3. A very good eye-opener. Cons: Too many information to process in a short duration. Time management is not good. Either increase the duration of the Seminar or cut down the presentation materials.
Insya Allah, saya akan melakukan satu lagi siri Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada bulan Februari ini. Begitu juga dengan Bengkel. Bengkel Stimulasi akan mengambil masa sehari suntuk dari pagi ke petang, manakala Seminar ECE pula separuh hari. Saya sangat menggalakkan kehadiran peserta yang pernah menghadiri Seminar saya ke Bengkel Stimulasi ini kerana selepas pemikiran anda telah di "cuci" dengan clorox sepenuhnya, adalah mudah untuk anda mengikuti Bengkel ini dengan hati yang terbuka dan seronok. Anda akan menerima kit stimulasi, dokumen & material yang berkaitan dan VCD yang berkaitan dengan aktiviti- aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Ini merupakan pertama kali saya melakukan Bengkel Stimulasi selepas mengambil masa berbulan-bulan memastikan segala-galanya sempurna. Ada lebih 100 slide & I pray to Allah SWT yang masa akan berlalu dengan lambat pada hari tersebut agar saya dapat menyelesaikan tugasan saya dalam tempoh waktu yang diberikan. Insya Allah. Saya akan membuat entry khas tentang Bengkel Stimulasi ini. Di bawah adalah maklumat tentang Bengkel Stimulasi @ GBOB.
Tarikh: 6 February 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)
Max Participants: 10 orang sahaja.
(first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 350 sahaja)
* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan.
Dan sessi Seminar yang seterusnya akan dilakukan pada hujung bulan February 2011 seperti di bawah:
Tarikh: 27 February 2011 (Ahad)
Masa: 9.30 pg - 2 pm (mungkin lebih lama bergantung pada sessi Q & A)
Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
(Semua Peserta akan diberikan dokumen & material pada hari tersebut)
Maximum Participant: 10 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax
( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 150 sahaja)
* Makan Tengahari akan disediakan.
Dan promosi Seminar ini adalah seperti berikut:
Bagi kedua-dua Bengkel Stimulasi & Seminar ini, pembayaran boleh dilakukan menggunakan bank transfer atau internet banking ke akaun Genius Baby Resources, Tunai di pejabat GBOB, credit card @ debit card di pejabat GBOB atau melalui PayPal. Berikut adalah maklumat akaun Genius Baby Resources.
Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387
PayPal account: geniusqarissa@gmail.com
No comments:
Post a Comment