Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, January 6, 2011

Motivasi: Malam Pertama Selepas Kelahiran Quzayra

This will be my 1st entry dalam FameKids Segment @ Label. Sesuai kan tajuk dia? Ekekekek.. Korang  jangan ingat malam pertama untuk anak-anak dara dan anak-anak teruna jer tau! Hhhahaa.. malam pertama untuk ibu bersalin pun ada ok! :)

Sucinya wajah seorang bayi bernama Quzayra:) Few hours selepas dilahirkan. 

Dan rasanya ada yang mengalami malam pertama selepas melahirkan anak dengan rasa yang gembira, macam dunia ini aku yang punya, ada yang rasa sedih macam esok nak kiamat dan ada yang tak rasa apa-apa langsung sebab yang melahirkan tu meninggal semasa bersalin. Masuk syurgalah ibu itu kerana bertarung nyawa melahirkan seorang makhluk Allah dimuka bumi ini. Amin. Al-Fatihah untuk semua para ibu yang telah meninggalkan dunia demi melahirkan zuriat lambang cinta pada suami ..:) 

My Darling Sumbrachydactyly Baby ..:) Lena tertidur..

Pengalaman aku? Aku dah rasa kedua-duanya : Perasaan gembira macam dunia ini aku yang punya, dan satu lagi perasaan, sedih tapi bukan macam dunia nak kiamat. Ekekekee...Tapi kat entry nih, Watie nak cerita pasal pengalaman selepas kelahiran Zayra, sebab ianya related to FameKids. Kalau nak tau pasal pengalaman melahirkan Qarissa, leh baca sini. :) 

Tersenyum dalam duka ..:) Ewahhh..

Melahirkan Zayra sedikit sukar berbanding Qarissa walaupun dia anak kedua. Mungkin kerana saiz Zayra yang besar berbanding Qarissa, 3.3 kg, hampir putus nyawa juga aku meneran dia ..:)  Nasib baik dah pandai teknik meneran, memang membantu sangatlah kan. Aku dah cerita pengalaman melahirkan Zayra dalam entry nih, jadi aku nak sambung pengalaman malam pertama aku dengan di dalam wad selepas mendapat tahu yang Zayra di sahkan tiada tulang di tangan kanan atau nama saintifiknya Symbrachydactyly. 

Di sebalik kain bedung itu, terselindung satu anugerah Allah yang berbeza dari kebiasaannya. dari situlah segala-galanya bermula. GBOB dan kini FameKids. :)

Walaupun masa Zayra lahir-lahir, aku discover sendiri yang ada kelainan pada tangan kanan Zayra masa dia menjerit sambil mendepangkan tangannya dengan penuh bangga dan aku terhendap2 melalui celah-celah kelangkang tuh, Alhamdulillah, aku tak menangis. Mungkin terkejut, mungkin tak sangka, mungkin tak tahu camner nak bgtau keluarga dan sebagainya..entah la tak reti nak cakap apa..tapi itu lah dia .. aku tak nangis walaupun aku tahu on the spot yang anak aku tak normal di tangan .:) 

Doktor Azmi yang baik, cool dan supportive. 

Tapi memang lah aku takleh tidur malam tuh! Macam-macam btol aku fikirkan terutamanya tentang masa depan Zayra. Tangan kanan pulak kan.. aku siap tanya hubby, kalau sapa pernah baca entry aku yang dulu-dulu mesti tahu, aku siap tanya hubby direct jer masa kat wad, "Macam mana bang? Macam mana Zayra nak salam? Macam mana nak pakai cincin kawin? Macam mana nak drive keta?" Bengong hubby aku tgk bini dia dah siap pikir 30 tahun punya masa depan! Hahhahaha... Entah aku ada entah takder masa tuh, duk sibuk2 tanya masa depan. Patutnya fikir apa yang Doktor boleh buat untuk repair tangan dia kan? Hahahah. Masa tuh kan, aku tak tengok sangat tangan Zayra dengan teliti, sebab dia kat another room, lagipun dia berbalut kain bedung, so memang tak bukak lah kan. Memang teringin sangat nak tatap lama-lama, tapi aku pun tak berani. Takut Zayra sakit. 

Ibu a.k.a Nenek yang penyanyang dan sangat berjasa. I love u Mak. 

Tengah malam tuh, ada Doktor kanak-kanak datang dan borak2 ngan we all. Dia bgtau condition Zayra. Katanya Zayra sihat, cuma tangan sahaja yang tak sempurna.Dia bg motivasi pada aku yang memang ketika tuh dahagakan sedikit harapan untuk anak kesayangan aku. Doktor kata, Xtray dah dibuat, kena tunggu result esok, nak tgk tulang tangan kanan tu ada ke tak, atau sampai ke mana tumbuhnya tulang tu. Doktor kata lagi, kalau ada tulang, memang dia akan membesar dan memanjang as usual, kena tgklah perkembangan tgn dia. dan mereka dah refer case Zayra ke Selayang Hospital. Kalau boleh, masa tuh jugak aku nak tahu result Xtray tuh, memang aku berdoa sangat agar adalah tulang tuh walaupun sedikit dia bahagian tapak tangan tu kan. Dan lagi, kat atas sikit dari punggung Zayra, ada macam skin tag, something like tanda lahir kan, kengkadang kat telinga baby macam ada daging terlebih, samalah cam Zayra, tapi dia seksi sket, sebab kat atas punggung, kekekek..Doktor kata so far takder apa2, tapi kena buat UltraSound, takut dia melekat dengan tulang belakang. Aku dengar masa tuh rasa macam ..adoiii.. ceklah sekarang Doktor oii.. kenapa nak tunggu 2 minggu! But Doktor yakinkan aku supaya tak risau sebab bukan berlubang atau keluar cecair ke apa kan ..just like a normal skin tag jer. Alhamdulillah, memang takder apa pun kesan skin tag tuh pada Zayra after buat Ultra Sound. Nak buang pun boleh, tapi aku nak simpan wat kenangan. Hahahah.. Nanti Zayra kalau dah besar, dia takmo, sukati dia lah nak buang ker tak nak kan .. Badan dia ..mana yang terbaik utk dia, Mummy dia akan sokong! 

Qarissa yang Mummy rindu! Selepas 2 hari tidak ketemu..:)

Malam tuh, aku mimpi macam-macam. Aku dah lupa sebahagiannya tapi yg aku ingat, aku mimpi yang semuanya ini adalah mimpi semata-mata. Hahahhaa.. Bila bangun pagi, actually Zayra biasa-biasa aja. Cuma mimpi seram jer malam semalam. Wakakak.. Berangan lah ko Watie. Satu lagi, aku mimpi yang memang ada tulang kat tangan Zayra tuh, tapi kecik. Dia akan tumbuh dan Doktor boleh buat surgery untuk betulkan tangan dia. Something like cosmetic surgery. Dari satu mimpi ke satu mimpi yang lain, banyak sangat yang aku mimpikan sampaikan aku rasa penat! Tersangat penat! Sampai aku berpeluh-peluh! Aku pelik btol tau, aku rasa malam pertama tuh adalah malam yang saaaaaangaaaattttt pannjaaaggg! Lambat nak balik rumah. Rindu kat Qarissa membuak-buak. Nurse datang cek aku few time, badan aku berpeluh-peluh tapi aircond sangaaattt sejuk. Sikit pun aku tak rasa sejuk. Hubby siap pakai selimut sebab tak tahan, tapi leher aku nih penuh dengan peluh! Tak selesa betul aku rasa. Dicampur pula dengan mimpi-mimpi yang pelik, aku rasa disturbed giler ..Tapi aku kuatkan semangat. 

Bahagianya setiap kali melihat gambar penuh makna ini! 

Lupa aku nak tambah, petang masa kelahiran Zayra, sepupu yang agak rapat dengan keluarga kami, Shafaat namanya, meninggal dunia di Singapura akibat kemalangan motosikal. Usianya baru nak masuk 21 tahun. Aku menerima berita tersebut dengan terkejut dan blank, sama terkejut dengan aku dapat tahu pasal tangan Zayra, sampai tak mampu nak menangis. Jadi, malam tuh, korang bolehlah bayangkan keadaan aku camner kan. Sebab tu lah aku bersyukur sangat Allah SWT kuatkan semangat aku betul-betul, bg aku keyakinan dan kesabaran serta ketabahan yang maha hebat. Syukur padaMu. :) 

Keluarga yang banyak memberi sokongan:)

Malam tuh, 2-3 kali nurse datang buat check up. Dan aku masih ingat kata-katanya yang buatkan aku terus sedar yang aku kena pastikan mental aku sihat dan jangan terganggu. Misi tuh kata, "Hmmm.. bacaan darah u naik yer. Ada darah tinggi ker?" Mak aiiii.. sejak bila pulak aku ada darah tinggi ni? Dan-dan tuh jugak aku terus sedar dan tahu kenapa aku berpeluh-peluh tak ingat dunia walaupun aircond sejuk giler. Sebab aku ada hypertension time tuh!. Perghh.. barulah aku rasa seksanya org ada darah tinggi nih. Panas dan berpeluh jer erk! Really tak selesa. Aku rasa time tuh pukul 2.30 am.

Masih tersenyum..:)

Dan, sejak tuh, aku terus set minda aku, cakap ngan diri aku, aku kena cool, aku kena relax, jangan gelabah sangat, jangan pikir yang bukan-bukan. Aku saiko diri sendiri, bina sendiri keyakinan dari dalam diri. I talked to myself, di mana hanya aku sendiri yang dengar apa yang hati aku kata. I said, "Watie, please be cool, be relax, ingat, this is not the end, this is the beginning of a new life as an OKU mother. Ada hikmahnya yang hanya Allah SWT tahu mengapa Zayra dikurniakan pada kau (and now aku sememangnya semakin mengerti..thanks Allah for this gift) , dan ingat, kau juga ada Qarissa yang masih kecil dan perlukan perhatian. Kalau kau tak kuat, kalau kau sedih, macam mana dengan Qarissa? Sedih takkan membawa kau ke mana-mana! U will be stucked here forever! Takkan kau nak stop apa yang dah dibuat pada Qarissa, kepada Zayra semata-mata kerana kecewa Zayra di lahirkan tidak sempurna? Kerana benci dengan takdir Allah? Kerana tak dapat terima hakikat yang dah tertulis di Loh Mahfuz? Sampai bila? Kalau kau sakit, kalau disebabkan kau tension dan kecewa hingga kau diserang penyakit, kau kena darah tinggi, dan penyakit lain berlumba-lumba dan join sama, siapa yang susah? Suami ko akan susah! Kau nak susahkan suami kau ker? Anak-anak lagi susah! Siapa nak jaga mereka? Siapa nak ajar mereka? Bangunlah Watie, jangan nak mengada-ngada, aku tahu kau kuat, orang lain punya masalah lagi besar, anak orang lain lagi teruk keadaannya dari Zayra ni! Kau jangan ingat anak kau sorang jer tak sempurna, anak orang lain ramai lagi yang teruk dari Zayra punya condition, mak bapak dorang okay je. Tengok tuh, hubby kau is a good man, support you all the way, kenapa kau nak bersedih sangat? Kau juga ada ramai rakan2 blog yang ada anak istimewa, you see how strong they are? Dulu kau kawan ngan dorang masa tuh kau hanya ada Qarissa, now kau dah ada Zayra, and you're one of them! Dulu kau pernah kata, kau respect diorang sebab tabah menghadapi dugaan, kau cakap kalau kau diletakkan di tempat mereka, kau tak tahu macam mana nak handle. Nah! Sekarang kau dah diletakkan ditempat mereka, ko tunjukkanlah macam mana ko handle! Ko buktikan kat semua orang apa yang ko mampu buat dalam menghadapi situasi ni! Dah Watie, wake up, sedar diri sikit, jangan nak mengada2 berpeluh2 lagi. Buang semua mimpi bodoh kau tu! Hadapi realiti and get back on track! If u want to cry and cry, fine! Kau nangis puas-puas macam esok tiada lagi, then pastu kau stop and  thats it! STOP! And get back on track as usual. As Watie yang aku kenal dulu!"

Memeluk Quzayra dengan senyuman dan penuh rasa kasih. 

Hmmmm..pamjang kan monolog aku dengan diri sendiri? Sebenarnya lagi panjang, tapi aku ringkasnya seboleh mungkin, kalau tak letih korang baca! Hahahhha..And seriously, aku terus tenangkan diri, sambung tidur dalam keadaan tenang-setenang tenangnya dan Alhamdlillah, esok pagi Nurse cek dan darah aku dah kembali normal! Dan aku tak berpeluh2 lagi! HEBATNYA KUASA MINDA KAN! 

Besarnya mulut Zayra...:)

Yes, kita adalah apa yang kita fikir. Dan kita akan bertindak seperti mana yang kita fikirkan. Apabila kita bersedia dan menerima segalanya dengan redha, kita akan lebih positif. Sorry, aku tak pandai guna ayat Al-Quran untuk mengukuhkan kata-kata aku dengan firman-firman Allah SWT (how I wish i boleh jadi macam Ustazah Bahiyah tuh), tapi aku tahu, dalam diri kita ini, ada kiri dan kanan. Ada positif dan negatif. IT'S ALL ABOUT CHOICES! Kita nak pillih apa? Kiri atau kanan? Nak jadi manusia macam mana? Salahkan takdir? Salahkan diri sendiri? Nak memberontak? Nak bersyukur? Its all about choices my friends. And the choices is in our hand! Our very own hand. The hand that Allah gaves us. And he will take it back when ever He wants it. 

Bersama adik ipar :)

I wanna share some tips. Mungkin ada yang dah buat, mungkin ada yang belum. Sapa yang belum, boleh cuba buat. Sapa yang dah cuba, good job bebeh! Amalkan selalu yer! Aku dapati "bermonolog" dengan diri sendiri adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk perkembangan mental kita. Pernah dengar tak ada orang kata manisnya "bermonolog dengan Allah"?  Bermonolog tuh maksudnya bercakap dengan diri sendiri. Korang percaya tak adik-beradik aku masa kecik-kecik dulu cakap aku gila? Hahhaha..Sebab dorang selalu nampak aku cakap sorang-sorang! Yang pelik tuh, aku tak sedar pun yang aku sedang bermonolog sampai orang lain boleh perasan mulut aku sedang bergerak2! Serius aku tak sedar!  

Bersama kawan sepejabat hubby

Aku dapati bermonolog sangat baik kerana kita boleh bercakap apa sahaja yang minda kita fikirkan dan kemudian kita boleh "lawan cakap" antara satu sama lain. Seolah-olah ada si baik dan si jahat dalam diri kita. Si baik akan sentiasa membawa kita ke jalan kebaikan, beriman pada Allah, redha dengan ketentuanNYA, bersyukur, berbaik sangka dan macam-macam positif vibes, manakala si jahat akan sedaya upaya membalik-balikkan hati kita, menyalahkan Allah, memberi syak wasangka pada kita, menyuruh kita dengki mendengki, iri hati dengan cara yang tidak sihat dan macam-macam lagi. Diri kita yang sebenar ada ditengah-tengah. Ingat tak aku cakap pasal CHOICES? :) Dan di sinilah otak kita memainkan peranan PENTING! WHAT CHOICES WE WANT?? Aku suka sangat bermonolog sebab selalunya si baik dalam diri akan selalu MENANG hasil dari CHOICES yang aku buat! Dan masa tuh, aku dapat rasakan yang si jahat menangis2 tension sebab tak dapat hasut aku dalam misinya. :) 
Senyum lagi..:) Pastu malam nak feeling2 risau plak... Apadaaaa..hheheh

Kalau ada yang tanya aku macam mana aku boleh jadi siapa aku pada hari ini - Itulah jawapannya!:) Dan, keesokan harinya, apabila Doktor memberitahu satu lagi berita sedih - Hasil dari Xtray yang dilakukan, memang sah tangan Zayra TIADA TULANG bermula dari pergelangan tangan hingga ke jari-jemarinya, aku menerimanya dengan hati yang cukup terbuka. Masih ada harapan di Selayang Hospital nanti, kata hatiku. Doktor di Putrajaya tidak expert tentang hal tangan, mereka sendiri mengakuinya, aku yakin masih ada harapan. 

Berborak & tergelak..

Dan sekali lagi apabila Doktor di Selayang mengatakan there's nothing much that they can do pada tangan Zayra, tulang di tapak tangan sangat kompleks dan ia bukannya mudah, ibarat nak buat rumah tapi tiada tiang, begitulah conditions tangan Zayra, hampir tiada solusi untuk memperbaiki tangan kanannya. Yer, aku sedih, Zayra anak aku, I want the best for her. Air mataku meleleh di hadapan Doktor, tanpa suara, tanpa kata, hanya air mata. Tapi ia sekejap cuma. Sekadar pelepas rasa yang berbuku di hati, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi. Tetapi itu bukan akhirnya, kerana aku percaya Tuhan itu ada. DIA yang menciptakan tangan tersebut. Aku hanya perlu PERCAYA dan YAKIN. Jika benar tiada solusinya, itulah hakikat yang aku harus telan. Dan apa selepas ini? Bermonolog lah sekali lagi dengan diri..:) Dan yang pasti, si baik akan menang sekali lagi.. As always ..:) 

Belon hadiah dari Mak Ngah & Mak Cu Zayra 

post signature

 post signature

Wednesday, January 5, 2011

New Segment: FameKids On Board




Seperti yang dijanjikan dan dicanangkan pada 2010, Genius Baby On Board dan My Superkids akan bergabung dan memulakan siaran segmen terbaru iaitu FameKids di laman blog peribadi Genius Qarissa dan juga laman blog ini. Kami juga sedang dalam mengemaskini satu laman web khas yang akan ditubuhkan khas untuk mengumpul para ibu-bapa yang seangkatan dengannya ataupun mereka-mereka yang telah dewasa yang sekapal dengannya. 

Straight to the point: 

Apakah  FameKids ini? - Ia adalah satu medan di mana para ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tidak kira dari segi fizikal atau mental bergabung dan bersatu di bawah payung yang sama iaitu  FameKids. Di sinilah medannya untuk kita bertemu, bertukar cerita, bertukar pendapat, berkongsi rasa, memotivasikan diri sendiri, memotivasikan orang lain, berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama rakan-rakan yang seangkatan dengannya dan bertukar maklumat serta informasi yang ada, senang cerita - EVERYTHING ABOUT BEING A FRIEND IN NEED THROUGH THOUGH & HARD TIME. Kawan ketika gembira rasanya ramai yang ada kan, tapi kawan ketika kita dalam kesedihan, kemurungan atas apa sahaja sebab, terutamanya berkaitan dengan anak istimewa kita, mungkin sukar kita menceritakan dan meluahkan apa yang tersirat dan terbuku di hati dengan orang yang tidak "sekapal" dengan kita. So, here we are -  FameKids FAMILY. :)

Kenapa semangat sangat nak tubuhkan  FameKids ni?- Yer, kami sememangnya bersemangat kerana inilah antara salah satu objektif dan misi GBOB serta MySuperkids pada tahun 2011 ini. Inilah antara sedikit sumbangan yang boleh kami lakukan kepada masyarakat. Ikhlas dari lubuk hati kami. Tanpa ada balasan, tanpa ada agenda tersembunyi. Tiada langsung berasaskan keuntungan. Tujuan kami jelas dan mudah - Hanya mereka yang sekapal sahaja akan memahami rakan sekapal yang lain. Kerana itulah support group ini ditubuhkan. Biarlah ibu bapa anak istimewa ini sendiri yang bercakap dan memberikan motivasi antara satu sama lain. Lebih seronok lagi jika ada OKU dewasa yang ingin turut sama menyumbang dan memberikan motivasi serta bergabung sekali. kami sangat menghargainya. 

Apa yang akan dan bakal dilakukan oleh  FameKids?- Terdapat banyak aktiviti yang kami rancangkan dan di antaranya ialah perjumpaan santai antara keluarga di GBOB @ 1Superkids Club House yang bakal di adakan setiap 1 bulan atau 2 bulan sekali (bergantung kepada persetujuan ahli) . Di dalam pertemuan ini, most of it akan dilakukan secara santai, borak-borak, tukar idea, tukar pendapat, bengkongsi info, menyokong satu sama lain, sessi motivasi dan Insya Allah, ada juga kami rancang nak jemput sesiapa yang sesuai untuk bagi talk berkenaan anak istimewa nih..:)  

Ada website? Yup, sudah semestinya. Kami masih dlm proses mengemaskini website ini dan akan melancarkan pd hujung bln Januari @ bulan Februari. Insya Allah, kami akan buat launching dan beritahu semua nanti yer.Selain dari melayarinya, anda boleh meninggalkan jejak dlm bentuk komen atau entry. Kami sgt menggalakkan mereka2 yg punya anak istimewa ini atau mana2 OKU sendiri untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan membuat entry di laman web tersebut supaya boleh dibaca oleh mereka-mereka yang terlibat. Secara tidak langsung, anda mampu memberikan motivasi pada mereka ini..:) 

Apa yang saya boleh bantu? Saya tiada anak OKU, saya bukan OKU. So how? First of all, terima kasih setinggi-tingginya kepada anda. Hanya Allah yang akan membalas budi baik anda. Anda boleh memperkenalkan blog dan website di bawah ini kepada semua yang anda kenali, tidak kira keluarga, rakan-rakan, kawan blogger, kawan FB dan kawan Twitter atau sesiapa sahaja sebagai satu langkah "awareness" kepada mereka, jadi mereka tahu sekiranya ada sesiapa yang perlukan support group (selain dari yang sedia ada, mungkin under mana-mana NGO @ Government), mereka boleh datang ke FameKids.  Dan jika ada mana-mana keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang OKU, anda boleh mencadangkan mereka menyertai kami. Berikut adalah blog tersebut: 


Anda juga boleh menampal badge di bawah ini dan letakkan di laman web/ blog anda sebagai tanda sokongan. Insya Allah, selepas laman web rasmi siap nanti, anda boleh linkkan gambar ini ke laman web tersebut. 

Mulai sekarang, akan terdapat satu Label baru dalam ketiga-tiga laman web ini iaitu FameKids. Segala-galanya tentang OKU akan dimasukkan ke dalam label tersebut. Ia di harapkan dapat memudahkann pencari-pencari maklumat buat pencarian nanti. :) Selain itu, apa yang dikongsikan di Label ini juga akan dikongsikan sekali di dalam laman web rasmi yang bakal di buat nanti. Di laman web tersebut. lebih banyak cerita dsan motivasi yang akan anda dapati kerana ia dikongsi ramai pihak. :) 

Blogger Badge to support OKU. Anda boleh tampal di laman web @ blog anda!

Sekian dulu dari saya buat kali ini. Nantikan maklumat seterusnya dari kami. Insya Allah, Scriptory Box dan 1Superkids Club House akan melancarkan FameKids tidak lama lagi sempena Moms day Out yang dirancang akan diadakan hujung bulan ini.. Saya akan maklumkan di dalam blog ini nanti yer. :) terima kasih saya ucapkan di atas jasa baik anda semua. Semoga Allah SWT merahmati apa yang kita lakukan ini. :)

post signature

post signature

Stimulation: Toy Building Blocks dan Kepentingannya

Rasanya semua tahu apa itu building blocks kan? Dan rasanya semua ada bulding blocks kat rumah masing-masing, betul tak? Khas untuk anak tersayang, sememangnya bulding blocks merupakan satu permainan stimulasi yang menyeronokkan. Tapi apa yang dia stimulate yer? Apa kegunaannya? Kenapa kena beli? Takkan beli sebab orang lain beli, so kita pun tak nak kalah, kita beli gak! Hehhehee.. salah konsep tuh. Kita kena tahu kenapa kita nak beli sesuatu produk dan apakah manfaatnya untuk anak kita, barulah puas hati kita beli walaupun produk tuh mahal macam mana sekalipun..:)


Ok. today Watie nak cerita pasal kebaikan bulding blocks. Memang banyak kebaikannya untuk pertumbuhan otak anak kita. Building blocks nih selalunya disyorkan untuk kanak-kanak yang berusia 18 bulan ke atas sebab masa tuh dorang tgh eager dan excited nak pegang dan stack semua benda. Tapi, kalau anak kita kecil, kita nak beli pun boleh. Mula-mula kita stackkan kiub-kiub tuh, then kita robohkan, biar anak kita tgk. We do it again and again and it surely will be a fun activity for your babies. Bila dia dah besar, dia pulak yang stack sendiri dan kita pulak jadi "anak murid" nya. :) Still fun kan ..:)

Building blocks nih mengajar anak kita banyak perkara. 

Pertama: Ia dapat mengajar anak kita bentuk @ shapes. Dalam building blocks, ada banyak bentuk. Circle, Rectangle, Triangle, Square, Oval, Silinder dan macam-macam lagi. This is the easiest way utk kita ajar anak kita. Kalau dia baby, kita tunjukkan shape tertentu dan berborak dengan anak pasal shape tu. Kalau toddlers,  anak dah pandai stack the block themselves atau dah kenal shape, kita sebutkan shape dan suruh anak pilih dan tunjuk kat kita shape yang kita mintak tu. For both ages, lebih baik lagi kalau kita bg add on value to them, dgn menulis jenis -jenis shape pd sehelai kertas dan  letakkan shape yg betul diatasnya. Secara tak langsung, kita mengajar anak kita membaca in a fun way! Siap boleh buat games lagi  kalau dorang dah besar sikit.:) Kalau  sapa yg dah beli Little Reader Deluxe Kit tuh, bolehlah print terus perkataan tersebut dan masukkan dlm presentation binder yg disediakan. Lebih bagus sebab anak boleh tgk varities of colours, font & size dan ini memberi extra kredit to them.:) 

Kedua: Ia mengajar anak kita warna. Bergantung kepada jenis Building Blocks, kebanyakannya bewarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak. Selain mengajar bentuk, kita juga boleh mengajar warna kepada anak kita. Daripada 1 perkataan, kita dah boleh ajar anak 2 perkataan. Contohnya : Blue Circle. Mula-mula, maybe kita ajar bentuk dulu, then kita ajar colour, atau vice versa. Terpulang pada kita. Dari sinilah anak kita akan kenal satu perkataan, then 2, then 3 seterusnya jadi satu sentence.Gunakan kaedah yang sama seperti di atas. Mungkin dalam satu box Building Blocks tuh ada bermacam color untuk satu shape, jadi memang bagus untuk anak kita bezakan antara kedua-dua shape ini gunakan warna. Lebih menarik lagi, kalau kita boleh buat game, macam contoh, kita bagi anak kita shape Yellow Square dan Blue Square. Dan di depan anak tuh, kita letakkan perkataan "Yellow Square" dan "Blue Square". Suruh anak letakkan shape yang ada di tangan mereka tuh ke perkataan yang betul. It's a very interactive way nak bg anak baca dan kenal shape serta warna. Menarik kan? 

Ketiga: Ia mengajar anak kita Opposite iaitu Big & Small dengan cara yang mudah. Di dalam satu box Building Blocks (bergantung pada jenis Building Blocks yang anda pilih), ia juga mampu mengajar anak anda Opposite dengan cara yang mudah. Mungkin terdapat 3@ 4 jenis shapes yang sama di dalam satu box dan yang membezakannya cuma saiz sahaja- big, medium atau small. Kita boleh menunjukkan anak kita bentuk yang sama dengan saiz yang berbeza sambil mengajar mereka Big & Small. Seperti contoh: Big Circle dan Small Circle atau mungkin juga Medium Circle. Gunakan kedah yang diterangkan di atas ketika bermain Opposite ini. Dan jangan lupakan gunakan intonasi yang berbeza untuk menggambarkan BIG, SMALL dan MEDIUM itu. Pembelajaran a.k.a permainan pasti akan lebih menarik!

Keempat: Ia membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak. Ketika bermain building blocks ini, anak harus mengawal mata dan tangan mereka untuk memastikan mereka meletakkan blocks ini di tempat yang sepatutnya dan mengelakkannya dari terjatuh. Jadi, ia merupakan satu latihan yang baik untuk mereka. Selain itu, ia juga meningkatkn kemahiran motor halus anak @ fine motor skills. 

Kelima: Ia meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak anda. Tiada cara yang betul atau salah ketika bermain bulding blocks ini. Anak anda boleh merekacipta apa sahaja bentuk atau arca yang mereka inginkan mengikut kreativiti masing-masing. Bagi anak kecil, mungkin hanya dengan meletakkan satu block ke atas blocks yang lain sudah cukup menyeronokkan dan mencabar, tetapi bagi anak yang sedikit dewasa, mereka mungkin gemar bereksperimen dengan building blocks ini. Mereka mungkin cuba mencipta satu rekaan yang menakjubkan dan menguji minda mereka. Sebagai ibu bapa, kita hanya perlu memberi galakan dan sokongan yang positif! Samada rekaan yang mudah atau sukar, kita harus memuji anak kita selepas mereka membinanya. 

Keenam: Ia meningkatkan interaksi sosial anak. Apabila mereka bermain building blocks ini dengan kawan-kawan, ia mampu meningkatkan kemahiran interaksi sosial anak kita. Galakkan anak anda bermain dengan adik beradiknya yang lain. Di dalam kelas Playgroup @ GBOB, building blocks adalah antara permainan yang akan dimainkan bersama-sama dalam kelas. Sekiranya anak kita adalah adalah  anak yang sulung dan tiada adik beradik, kita selaku ibu atau bapa boleh bermain bersama-sama mereka. Ia juga merupakan satu cara atau kaedah untuk kita menghabiskan masa-masa yang berkualiti dengan anak dihujung minggu. 

Ketujuh: Ia meningkatkan keupayaan anak berfikir secara logik dan mewujudkan kesedaran tentang ruang. (spatial awareness). Apabila bermain building blocks, anak anda akan bermain dengan macam-macam bentuk. Ada bentuk yang tidak boleh berada di antara satu block dengan block yang lain seperti segitiga contohnya. Apabila segitiga diletakkan di atas satu block dan kemudian satu blok lagi cuba diletakkan diatas segitiga itu, sudah hampir pasti block tersebut akan jatuh bukan? Tetapi sekiranya, satu lagi segitiga diletakkan disebelah segitiga yang pertama lagi, maka bentuk baru akan terbina iaitu bentuk rectangle dan seterusnya block yang lain boleh diletakkan diatas block ini. Kemahiran dan pemikiran logik seperti inilah yang akan dapat dibina oleh anak anda menerusi permainan building blocks ini. Ini cuma satu contoh, ada banyak lagi perkara yang dapat mereka pelajari ketika bermain building blocks ini. Kemahiran ini akan lebih baik mengikut peredaran masa. 

Dari segi jenis dan kualiti building blocks pula, terdapat pelbagai building blocks yang ada di pasaran. Saya secara peribadi mengesyorkan agar ibu bapa memilih building blocks yang besar,bewarna-warni dan yang diperbuat dari FOAM. Ini kerana ianya lebih menarik, ringan, tidak mudah rosak atau pecah dan yang paling penting, ianya SELAMAT, tidak bahaya atau menyakitkan sekiranya binaan yang dibina roboh atau sekiranya anak suka membaling. Untuk building blocks dari jenis kayu pula, ianya sesuai hanya jika anak sudah cukup besar untuk memahami bahawa, building blocks adalah untuk dibina dan bukan dibaling. :) Ada juga building blocks yang dibuat dari kayu-kayu kecil berbentuk square, tetapi saya tetap merasakan building blocks berbentuk FOAM, bewarna-warni dan mempunyai pelbagai saiz dan bentuk adalah yang terbaik. Kerana, anak anda boleh belajar macam-macam perkara darinya. Setuju tak? :)

Watie akhiri artikel hari ini dengan video yang sempat Watie rakamkan ketika Qarissa berusia 17-18 bulan. Rasanya ini adalah video pertama Q bermain building blocks. Leka betul dia main. Setiap kali binaanya jatuh, dia akan kembali menyusunnya tanpa jemu. Building blocks ni dihadiahkan ketika hari jadi Qarissa. Tak lama lepas tuh, Watie belikan dia building blocks yang lebih besar, dan dari jenis FOAM supaya lebih mudah untuk Q buat binaan. Kanak-kanak kecil semuanya kena gunakan benda2 yang besar @ JUMBO, macam pensil color JUMBO, pen JUMBO, pensil JUMBO, semuanya untuk melatih dan memudahkan mereka kan. :) BIla dah pandai, dia bukannya nak bina, tapi dia lebih suka nak robohkan! :) Nasib baik FOAM, taklah sakit sangat berbanding kayu. :) 

Qarissa dengan lekanya bermain building blocks hadiah dari kawan-kawan Mummy & Daddy. 

Ok, sebelum terlupa, di Genius Baby On Board juga ada dijual Building Blocks jenis FOAM seperti yang di beritahu diatas. Ada 3 jenis. Ni gambar2 nya.:) 

Ni yang paling mahal dalam koleksi GBOB, tapi paling berkualiti dan banyak. RM 89.90. Qarissa punya lagi besar dari ni, rasanya 2 kali ganda (sebab mak dia tamak sikit ..hahahh...no lah, sebab me hadapi kesukaran masa nak cari FOAM type, so bila dah dapat, rembat yg besar sekaligus senang) harganya dalam RM 280 kalau tak silap. Pelbagai saiz, warna dan bentuk ada dalam ni. 

Ni nama dia Softie Block, agak kecil dan tak banyak macam kat atas. Tapi harga dia boleh tahan murah. Cuma RM 32.90 sahaja. Tinggal 1 jer stok. Lagi 2 dah habis dan rasanya manufacturer tak buat lagi kot.:) 
Yang ni pula Foam Shape Sorter. Harga dia cuma RM 23.90 sahaja. Best dan mencabar juga sebab anak kena masukkan ke tempat dan batang foam yang betul. Pelbagai warna dan memang menarik. Selain boleh di bina (walaupun tak setinggi building blocks sebab dia 2D jer), boleh juga di isih @ sortingkan dia. Apa yang Watie explain kat atas semuanya boleh dibuat dengan Foam Shape Sorter ni. 


post signature
post signature

Tuesday, January 4, 2011

Stimulation: Keep On Talking!

Today, aku nak share satu video yang sempat aku rakam guna my bb kesayangan semasa sessi stimulasi bersama anak-anak tersayang. As I always said, stimulasi boleh berlaku dimana-mana sahaja dan pada bila- bila masa.

Salah satu kunci utama stimulasi dengan anak anda ialah BERCAKAP! Korang kena rajin berborak dan bercakap dengan anak pada bila-bila masa. Dan bila bercakap tuh, tolonglah jangan cakap macam korang cakap dengan hubby bila barang dapur dah habis! Hhahaha...aku tau, kalau mak-mak barang dapur dah habis, mesti bgtau hubby, "Yang, barang dapur dah habis!" dengan muka selamba dan takde perasaan kot, atau just bgtau hubby sebab korang ketua dapur, so bila dah habis barang kenalah bgtau, jadi bila bgtau pun alang tak daya jer lah kan ..sebab tau duit kena kuar lagi .. hahahha...


Kalau cam tu lah korang cakap ngan anak korang, memanglah tak jadik wei! Sungguh takder spark! Korang kena berborak ngan anak korang macam budak2 jugak, kena make voices, intonasi tinggi rendah, macam korang nak masuk pertandingan nyanyian lah gamaknya! ..hahaha.. cam nak gi audition AF 9 tu ha..:P ..barulah jadi sessi tu ..:) Baby dan kanak-kanak suka dengar different voices so kalau korang cakap ala-ala dalam kelambu, baiklah korang cakap ngan anak kucing belakang umah jer .. hehhhe.. sebab anak korang pun mesti tak interested nak "borak" ngan korang .. ahaks...


Satu lagi, bila bercakap dgn anak yang dah besar sikit, cam toddler gitu, rajin-rajinkan diri korang untuk galakkan dorang bercakap. Instead of saying one word, korang add kan 2 atau 3 perkataan lagi to emphasize vocab anak. Salah satu cara yang aku gunakan korang leh tengok dalam video ni. Setiap kali Zayra nangis, aku akan cakap lebih kurang gini, "Zayra, dont cry Darling. Kakak, tengok ni Zayra nangis. Cakap ngan adik nak, bgtau adik, Adik...dont cry!". Ayat standard aku setiap kali Zayra nangis adalah "Zayra, dont cry!" dan korang boleh bayangkan berapa belas dan puluh kali aku ulang perkataan tu satu hari..haahhaha.. setiap kali Zayra nangis ok! Semuanya sebab aku nak ajar the word cry to Zayra dan juga kuatkan sinaps di otak Qarissa yang perkataan C.R.Y adalah cry dan actionnya adalah seperti yang dilakukan Zayra. :)


Dan setiap kali Zayra nangis depan Qarissa, aku akan cakap tak habis ayat. Maksudnya aku cuma cakap, "Adik, dont ...." dan pastu aku senyap sebab indirectly aku nak suruh Qarissa sambung & sememangnya dia akan sambung perkataan "CRY" tu. :) Sometimes aku tanya Qarissa, "Dont apa kakak? adik...dont??" dan again, Q akan sambung - CRY.. :) Thats the technique yang aku guna untuk galakkan anak bercakap. Dan, dari satu perkataan "cry", Qarissa dah pandai pulak sebut "dont cry" dan pastu, "Adik, dont cry". Haa... korang dapat tangkap tak how it works? From one word, to two, seterusnya jadi satu sentence.:)


Untuk mereka yang dapat anak petah bercakap tanpa pelat sangat beruntung, sebab tak payah ajar banyak-banyak anak sangat bijak berkata-kata (tapi sangat rugi kalau korang tak stimulate dorang dengan lebih lagi especially reading skilll.. rugi besar dek nonnn....). Let me reveal here yang Qarissa sebenarnya bukanlah anak yang petah berkata-kata. Kalau korang jumpa dia, she just like a normal kids yang biasa, dia jenis pendiam dan tak banyak cakap dan tak petah sangat. Dia hanya bercakap bila dia rasa dia nak cakap jer. Memang dia ikut 100% Daddy dia. My hubby sangat kontra dengan aku. Hhehhe.. Tapi alhamdulillah, lepas kenal aku hubby aku rajin gaklah bercakap lah gak kan .. hehehhe.. pandai buat lawak spastik lagi tau .. i likeeee.. hehehh .. But, please bear in mind that "bercakap" dan "membaca" adalah 2 perkara yang berbeza yer. Sebab ada jugak yang pelik bila aku kata Qarissa "membaca" dahulu sebelum "bercakap" dan dia lebih pandai membaca dari bercakap! Hhhehe.. nampak pelik bagi sesetangah orang tapi tak pelik pun pada mereka yang mengamalkan ECE..:)


So, sapa yang dapat anak pendiam memang kena kerja lebih keras lagi untuk galakkan anak bercakap dan mengeluarkan kata-kata. Just imagine kalau aku nih tak rajin stimulate Qarissa, aku rasa mesti dia akan jadi anak yang pendiam (sebab dia memang dah ada gene pendiam dalam tubuh badan dia tu.. heheheh) dan sampai sekarang takmo cakap atau aku masih tak berapa faham apa yang dia cuba nak sampaikan. Sekarang pun aku rasa cam Qarissa tuh jenis quiet dan tak banyak cakap tau, how I wish anak aku becok cam aku, mesti best borak-borak, rasanya Zayra becok sikit dari Qarissa.


Sebab tuh, aku rasa tak sia-sia aku rajin stimulate dia, at least aku nampak perkembangan bahasa pertuturan dia walaupun masih ada lagi certain-certain sentences yang dia keep on sebut tapi me & hubby tak paham apa mender tuh. Korang paham tak? Dia kata - OTO SAREKKKOOOO! (dengan kepala siap tergeleng-geleng kiri dan kanan sambil tersenyum gatal) dan BAK ALAHHHHHH!! (dengan dahi berkerut-kerut). Hahhahaha... kalau paham apa maksudnya, tolong ah bgtau aku sebab aku masih hangin dengan diri sendiri coz until now aku masih tak dapat discover apa yang Qarissa maksudkan dengan ayat tuh! Geram!!!! Tapi setiap kali dia cakap, aku akan tiru dan sebut sama konon-konon aku paham ah kan ..hahaha.. (kita kena berlagak pandai depan anak weiiii..cover line sket) Wkakakakakak!Keji giler!

So, pada mak bapak kat luar sana, yang baca this blog, terima kasih lah sebab rajin singgah blog aku yang tak seberapa nih dan suka serta bg komen membina on my stimulation activities with my baby Q's. Sangat menghargainya..:) Dan pada yang dah pernah aplikasikan mana-mana stimulasi yang aku share kat blog ni mahupun blog education Qarissa & Quzayra, tahniah aku ucapkan okeh .. dapat banyak feedback kata yang anak dorang suka the stimulation.. :) Happy aku dengar ..:)


And for more stimulation and teknik, aku dengan happynya nak jemput uols semua ke seminar dan bengkel yang akan dibuat tak lama lagi di pejabat GBOB. Kalau seminar, ni dah kali ke 3 aku buat. Kalau bengkel, ni kira baru pertama kali nak buat. Bengkel lebih mencabar sebab ia penuh dengan kaedah-kaedah stimulasi yang akan diajar pada para ibu para ibu bapa yang hadir. :) Dan of course harganya lebih mahal berbanding seminar..:) Dan, aku cadangkan sapa yang belum pernah datang seminar aku, datang dulu seminar sebelum datang bengkel. Jadi, all the doubt dan segala persoalan tentang ECE dan kepentingan sertai kaitannya dengan otak anak telah pun terjawab dan semasa bengkel, semua dah clear dah! :)


Berikut adalah sessi seminar yang akan berlangsung di pejabat GBOB.

Date: 9 Januari 2011
Hari: Ahad
Masa: 9.30 am - 2 pm
Tajuk: Seminar - Pendidikan Awal Kanak-kanak: Pengenalan & Kepentingannya terhadap Perkembangan Otak Bayi & Kanak-Kanak
Bayaran: RM 199/Pax 
Max Pax: 10 orang sahaja
* refreshment akan di sediakan.

Dan di bawah ini pula adalah sessi bengkel yang akan berlangsung buat pertama kalinya di GBOB (mereka yang pernah menghadiri seminar @ GBOB sangat dialu-alukan untuk menghadiri sessi bengkel stimulasi ini):

Date: 6 February 2011
Hari: Ahad
Masa: 10 am - 6 pm
Tajuk: Bengkel- Bagaimana Menstimulasi Otak Bayi & Anak Anda Secara Maksimum
Bayaran: RM 399/Pax (cuma RM 350 bagi yang membuat pembayaran sebelum 30 Januari 2011 )
Max Pax: 10 orang sahaja

*bayaran yang dikenakan termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Peserta untuk pakej bengkel ini akan menerima satu stimulation kit yang mengandungi pelbagai produk untuk stimulasi serta CD yang mengandungi fail-fail yang berkaitan dengan stimulasi serta apa yang dibincangkan pada sessi bengkel tersebut.

The Daily Stimulation With My Q's

post signature

post signature

Sunday, January 2, 2011

Seminar ECE: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi

Alhamdulillah, pihak Genius Baby On Board membuka lembaran tahun 2011 dengan mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 9 Januari 2011. Ini merupakan kali pertama pihak Genius Baby On Board mengadakan pada hari Ahad dan pada waktu pagi.:) Kami sengaja memilih tarikh dan waktu tersebut untuk merasai kelainan kerana selama ini pihak kami mengadakannya pada hari Sabtu & pada waktu petang. Lagipun, masa yang lebih banyak dapat diperuntukkan selepas selesai Seminar sekiranya terdapat ibu bapa yang ingin bertanyakan soalan dan mendapatkan consultation dari pihak kami. 

Tahun 2011 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari segi pemasaran produk-produk GBOB seperti Seminar, Bengkel & Produk Permainan serta Pendidikan yang kami tawarkan. Ramai yang menghantarkan emel, sms dan mesej pertanyaan samada mereka boleh menjadi wakil untuk menjual produk dann perkhidmatan yang pihak GBOB tawarkan. Insya Allah, tahun ini pihak kami akan bekerjasama dengan pihak OleWorld di mana GBOB bakal mempunyai sistem Affiliate yang membenarkan anda semua menjadi wakil kami. Kami sudah pun memulakannya sekarang tetapi buat masa ini, kami menjalankannya secara manual sementara menunggu sistem siap sepenuhnya.

Maklumat Penuh Tentang Seminar 

Seminar yang kami adakan ini akan merangkumi keseluruhan maklumat yang anda perlu tahu mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak.  Seperti yang selalu kami tegaskan, adalah penting untuk anda menyedari betapa pentingnya usia emas anak anda iaitu 3 tahun pertama dalam menjana kebijaksanaan dan kegeniusan mereka. Segalanya adalah mungkin dalam 3 tahun pertama itu. Kami menerima banyak panggilan dari ibu bapa yang memberitahu bahawa mereka berminat dalam Pendidikan Awal dan ingin memberikan yang terbaik, tetapi tidak tahu bila hendak bermula, bagaimana hendak bermula dan apakah yang perlu dilakukan dalam "mengajar" bayi. 

Secara luaran, memang agak tidak logik untuk kita "mengajar" bayi kerana mereka (bayi) hampir tidak boleh melakukan apa-apa selain tidur, bangun, menangis, merengek dan menghisap susu. Tetapi tahukah anda bahawa bayi anda dahagakan stimulasi dan ianya haruslah berterusan! Kalaulah bayi anda boleh berkata-kata, sudah pasti dia akan meminta anda untuk bermain dengannya setiap ketika. Sayangnya, kita sering terlupa (atau buat-buat lupa) kerana merasakan masa kita masih panjang untuk mendidik anak. Percayalah, 3 tahun itu bukan sesuatu yang lama. Seperti anak saya sendiri, usianya kini sudah hampir 2 tahun 6 bulan. Saya merasakan begitu cepat masa berlalu. Saya hanya mempunyai 6 bulan sahaja lagi sebelum usianya mencapai 3 tahun dan insya Allah, 6 bulan ini akan dipenuhi dengan stimulasi secara berterusan. 

Di dalam seminar ini juga, segala persoalan anda akan terjawab dan kami sememangnya menggalakkan anda bertanyakan banyak soalan kepada kami ketika sessi seminar. Kami sangat menggalakkan ibu-ibu mengandung untuk menghadiri seminar ini kerana kami turut berkongsi maklumat cara stimulasi yang anda boleh lakukan ketika mengandung. Yer, stimulasi untuk bayi semasa mengandung sememangnya boleh dilakukan! 

Berikut adalah maklumat yang akan dikongsikan ketika seminar:
  • Apakah Maksud Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education @ ECE) 
  • Apa yang Anda Faham tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
  • Definasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Negara 
  • Bila Kita Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
  • Apakah Pendapat & Pilihan Yang Ada?
  • Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
  • Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak Anda
  • Kuasa Otak Bayi & Sambungannya 
  • Apakah Maksud "Windows Of Opprtunity". 
  • Mitos & Fakta Tentang Otak Bayi 
  • Stimulasi Ketika Mengandung 
  • Bagaimana Otak Anak Anada Berkembang?
  • Bagaimana Memaksimumkan Potensi Bayi Anda?
Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 9 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 9.30 pg - 2 pm (bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 10 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax

* untuk mereka yang membayar sebelum 1 Januari 2011, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *

Seperti yang kami janjikan di atas, kami mempunyai pakej-pakej menarik untuk ditawarkan pada anda. Samada anda ingin menyertai seminar ini atau ingin menjadi Affiliate pihak kami, terpulang kepada anda. Berikut adalah maklumat tentang harga dan pakej serta Affiliate yang kami tawarkan. 

Pakej Early Bird

Pakej Keluarga

Pakej Member Get Member

 Pakej Affiliate

Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387

Sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin ditanyakan, bolehlah anda isikan borang pertanyaan di bawah ini   dan pihak kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin. 



*

*

*

*
*
contact form faq
verification image
Contact form powered by 123ContactForm


Kami akhiri entry kali ini dengan Testimoni yang kami rakam khas dari peserta Mini Seminar kami yang pertama, Puan Nini dari www.adrinis.com. Beliau nampaknya tidak sabar ingin menghadiri bengkel stimulasi bayi yang bakal pihak GBOB buat tidak lama lagi, Insya Allah. 


Puan Nini dari Adrinis - www.adrinis.com

post signature

post signature