Ok. today Watie nak cerita pasal kebaikan bulding blocks. Memang banyak kebaikannya untuk pertumbuhan otak anak kita. Building blocks nih selalunya disyorkan untuk kanak-kanak yang berusia 18 bulan ke atas sebab masa tuh dorang tgh eager dan excited nak pegang dan stack semua benda. Tapi, kalau anak kita kecil, kita nak beli pun boleh. Mula-mula kita stackkan kiub-kiub tuh, then kita robohkan, biar anak kita tgk. We do it again and again and it surely will be a fun activity for your babies. Bila dia dah besar, dia pulak yang stack sendiri dan kita pulak jadi "anak murid" nya. :) Still fun kan ..:)
Building blocks nih mengajar anak kita banyak perkara.
Pertama: Ia dapat mengajar anak kita bentuk @ shapes. Dalam building blocks, ada banyak bentuk. Circle, Rectangle, Triangle, Square, Oval, Silinder dan macam-macam lagi. This is the easiest way utk kita ajar anak kita. Kalau dia baby, kita tunjukkan shape tertentu dan berborak dengan anak pasal shape tu. Kalau toddlers, anak dah pandai stack the block themselves atau dah kenal shape, kita sebutkan shape dan suruh anak pilih dan tunjuk kat kita shape yang kita mintak tu. For both ages, lebih baik lagi kalau kita bg add on value to them, dgn menulis jenis -jenis shape pd sehelai kertas dan letakkan shape yg betul diatasnya. Secara tak langsung, kita mengajar anak kita membaca in a fun way! Siap boleh buat games lagi kalau dorang dah besar sikit.:) Kalau sapa yg dah beli Little Reader Deluxe Kit tuh, bolehlah print terus perkataan tersebut dan masukkan dlm presentation binder yg disediakan. Lebih bagus sebab anak boleh tgk varities of colours, font & size dan ini memberi extra kredit to them.:)
Kedua: Ia mengajar anak kita warna. Bergantung kepada jenis Building Blocks, kebanyakannya bewarna-warni dan menarik perhatian kanak-kanak. Selain mengajar bentuk, kita juga boleh mengajar warna kepada anak kita. Daripada 1 perkataan, kita dah boleh ajar anak 2 perkataan. Contohnya : Blue Circle. Mula-mula, maybe kita ajar bentuk dulu, then kita ajar colour, atau vice versa. Terpulang pada kita. Dari sinilah anak kita akan kenal satu perkataan, then 2, then 3 seterusnya jadi satu sentence.Gunakan kaedah yang sama seperti di atas. Mungkin dalam satu box Building Blocks tuh ada bermacam color untuk satu shape, jadi memang bagus untuk anak kita bezakan antara kedua-dua shape ini gunakan warna. Lebih menarik lagi, kalau kita boleh buat game, macam contoh, kita bagi anak kita shape Yellow Square dan Blue Square. Dan di depan anak tuh, kita letakkan perkataan "Yellow Square" dan "Blue Square". Suruh anak letakkan shape yang ada di tangan mereka tuh ke perkataan yang betul. It's a very interactive way nak bg anak baca dan kenal shape serta warna. Menarik kan?
Ketiga: Ia mengajar anak kita Opposite iaitu Big & Small dengan cara yang mudah. Di dalam satu box Building Blocks (bergantung pada jenis Building Blocks yang anda pilih), ia juga mampu mengajar anak anda Opposite dengan cara yang mudah. Mungkin terdapat 3@ 4 jenis shapes yang sama di dalam satu box dan yang membezakannya cuma saiz sahaja- big, medium atau small. Kita boleh menunjukkan anak kita bentuk yang sama dengan saiz yang berbeza sambil mengajar mereka Big & Small. Seperti contoh: Big Circle dan Small Circle atau mungkin juga Medium Circle. Gunakan kedah yang diterangkan di atas ketika bermain Opposite ini. Dan jangan lupakan gunakan intonasi yang berbeza untuk menggambarkan BIG, SMALL dan MEDIUM itu. Pembelajaran a.k.a permainan pasti akan lebih menarik!
Keempat: Ia membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak. Ketika bermain building blocks ini, anak harus mengawal mata dan tangan mereka untuk memastikan mereka meletakkan blocks ini di tempat yang sepatutnya dan mengelakkannya dari terjatuh. Jadi, ia merupakan satu latihan yang baik untuk mereka. Selain itu, ia juga meningkatkn kemahiran motor halus anak @ fine motor skills.
Kelima: Ia meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak anda. Tiada cara yang betul atau salah ketika bermain bulding blocks ini. Anak anda boleh merekacipta apa sahaja bentuk atau arca yang mereka inginkan mengikut kreativiti masing-masing. Bagi anak kecil, mungkin hanya dengan meletakkan satu block ke atas blocks yang lain sudah cukup menyeronokkan dan mencabar, tetapi bagi anak yang sedikit dewasa, mereka mungkin gemar bereksperimen dengan building blocks ini. Mereka mungkin cuba mencipta satu rekaan yang menakjubkan dan menguji minda mereka. Sebagai ibu bapa, kita hanya perlu memberi galakan dan sokongan yang positif! Samada rekaan yang mudah atau sukar, kita harus memuji anak kita selepas mereka membinanya.
Keenam: Ia meningkatkan interaksi sosial anak. Apabila mereka bermain building blocks ini dengan kawan-kawan, ia mampu meningkatkan kemahiran interaksi sosial anak kita. Galakkan anak anda bermain dengan adik beradiknya yang lain. Di dalam kelas Playgroup @ GBOB, building blocks adalah antara permainan yang akan dimainkan bersama-sama dalam kelas. Sekiranya anak kita adalah adalah anak yang sulung dan tiada adik beradik, kita selaku ibu atau bapa boleh bermain bersama-sama mereka. Ia juga merupakan satu cara atau kaedah untuk kita menghabiskan masa-masa yang berkualiti dengan anak dihujung minggu.
Ketujuh: Ia meningkatkan keupayaan anak berfikir secara logik dan mewujudkan kesedaran tentang ruang. (spatial awareness). Apabila bermain building blocks, anak anda akan bermain dengan macam-macam bentuk. Ada bentuk yang tidak boleh berada di antara satu block dengan block yang lain seperti segitiga contohnya. Apabila segitiga diletakkan di atas satu block dan kemudian satu blok lagi cuba diletakkan diatas segitiga itu, sudah hampir pasti block tersebut akan jatuh bukan? Tetapi sekiranya, satu lagi segitiga diletakkan disebelah segitiga yang pertama lagi, maka bentuk baru akan terbina iaitu bentuk rectangle dan seterusnya block yang lain boleh diletakkan diatas block ini. Kemahiran dan pemikiran logik seperti inilah yang akan dapat dibina oleh anak anda menerusi permainan building blocks ini. Ini cuma satu contoh, ada banyak lagi perkara yang dapat mereka pelajari ketika bermain building blocks ini. Kemahiran ini akan lebih baik mengikut peredaran masa.
Dari segi jenis dan kualiti building blocks pula, terdapat pelbagai building blocks yang ada di pasaran. Saya secara peribadi mengesyorkan agar ibu bapa memilih building blocks yang besar,bewarna-warni dan yang diperbuat dari FOAM. Ini kerana ianya lebih menarik, ringan, tidak mudah rosak atau pecah dan yang paling penting, ianya SELAMAT, tidak bahaya atau menyakitkan sekiranya binaan yang dibina roboh atau sekiranya anak suka membaling. Untuk building blocks dari jenis kayu pula, ianya sesuai hanya jika anak sudah cukup besar untuk memahami bahawa, building blocks adalah untuk dibina dan bukan dibaling. :) Ada juga building blocks yang dibuat dari kayu-kayu kecil berbentuk square, tetapi saya tetap merasakan building blocks berbentuk FOAM, bewarna-warni dan mempunyai pelbagai saiz dan bentuk adalah yang terbaik. Kerana, anak anda boleh belajar macam-macam perkara darinya. Setuju tak? :)
Watie akhiri artikel hari ini dengan video yang sempat Watie rakamkan ketika Qarissa berusia 17-18 bulan. Rasanya ini adalah video pertama Q bermain building blocks. Leka betul dia main. Setiap kali binaanya jatuh, dia akan kembali menyusunnya tanpa jemu. Building blocks ni dihadiahkan ketika hari jadi Qarissa. Tak lama lepas tuh, Watie belikan dia building blocks yang lebih besar, dan dari jenis FOAM supaya lebih mudah untuk Q buat binaan. Kanak-kanak kecil semuanya kena gunakan benda2 yang besar @ JUMBO, macam pensil color JUMBO, pen JUMBO, pensil JUMBO, semuanya untuk melatih dan memudahkan mereka kan. :) BIla dah pandai, dia bukannya nak bina, tapi dia lebih suka nak robohkan! :) Nasib baik FOAM, taklah sakit sangat berbanding kayu. :)
Qarissa dengan lekanya bermain building blocks hadiah dari kawan-kawan Mummy & Daddy.
Ok, sebelum terlupa, di Genius Baby On Board juga ada dijual Building Blocks jenis FOAM seperti yang di beritahu diatas. Ada 3 jenis. Ni gambar2 nya.:)
Ni yang paling mahal dalam koleksi GBOB, tapi paling berkualiti dan banyak. RM 89.90. Qarissa punya lagi besar dari ni, rasanya 2 kali ganda (sebab mak dia tamak sikit ..hahahh...no lah, sebab me hadapi kesukaran masa nak cari FOAM type, so bila dah dapat, rembat yg besar sekaligus senang) harganya dalam RM 280 kalau tak silap. Pelbagai saiz, warna dan bentuk ada dalam ni.
Ni nama dia Softie Block, agak kecil dan tak banyak macam kat atas. Tapi harga dia boleh tahan murah. Cuma RM 32.90 sahaja. Tinggal 1 jer stok. Lagi 2 dah habis dan rasanya manufacturer tak buat lagi kot.:)
Yang ni pula Foam Shape Sorter. Harga dia cuma RM 23.90 sahaja. Best dan mencabar juga sebab anak kena masukkan ke tempat dan batang foam yang betul. Pelbagai warna dan memang menarik. Selain boleh di bina (walaupun tak setinggi building blocks sebab dia 2D jer), boleh juga di isih @ sortingkan dia. Apa yang Watie explain kat atas semuanya boleh dibuat dengan Foam Shape Sorter ni.
No comments:
Post a Comment