Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Sunday, January 2, 2011

Seminar ECE: Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi

Alhamdulillah, pihak Genius Baby On Board membuka lembaran tahun 2011 dengan mengadakan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 9 Januari 2011. Ini merupakan kali pertama pihak Genius Baby On Board mengadakan pada hari Ahad dan pada waktu pagi.:) Kami sengaja memilih tarikh dan waktu tersebut untuk merasai kelainan kerana selama ini pihak kami mengadakannya pada hari Sabtu & pada waktu petang. Lagipun, masa yang lebih banyak dapat diperuntukkan selepas selesai Seminar sekiranya terdapat ibu bapa yang ingin bertanyakan soalan dan mendapatkan consultation dari pihak kami. 

Tahun 2011 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari segi pemasaran produk-produk GBOB seperti Seminar, Bengkel & Produk Permainan serta Pendidikan yang kami tawarkan. Ramai yang menghantarkan emel, sms dan mesej pertanyaan samada mereka boleh menjadi wakil untuk menjual produk dann perkhidmatan yang pihak GBOB tawarkan. Insya Allah, tahun ini pihak kami akan bekerjasama dengan pihak OleWorld di mana GBOB bakal mempunyai sistem Affiliate yang membenarkan anda semua menjadi wakil kami. Kami sudah pun memulakannya sekarang tetapi buat masa ini, kami menjalankannya secara manual sementara menunggu sistem siap sepenuhnya.

Maklumat Penuh Tentang Seminar 

Seminar yang kami adakan ini akan merangkumi keseluruhan maklumat yang anda perlu tahu mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak.  Seperti yang selalu kami tegaskan, adalah penting untuk anda menyedari betapa pentingnya usia emas anak anda iaitu 3 tahun pertama dalam menjana kebijaksanaan dan kegeniusan mereka. Segalanya adalah mungkin dalam 3 tahun pertama itu. Kami menerima banyak panggilan dari ibu bapa yang memberitahu bahawa mereka berminat dalam Pendidikan Awal dan ingin memberikan yang terbaik, tetapi tidak tahu bila hendak bermula, bagaimana hendak bermula dan apakah yang perlu dilakukan dalam "mengajar" bayi. 

Secara luaran, memang agak tidak logik untuk kita "mengajar" bayi kerana mereka (bayi) hampir tidak boleh melakukan apa-apa selain tidur, bangun, menangis, merengek dan menghisap susu. Tetapi tahukah anda bahawa bayi anda dahagakan stimulasi dan ianya haruslah berterusan! Kalaulah bayi anda boleh berkata-kata, sudah pasti dia akan meminta anda untuk bermain dengannya setiap ketika. Sayangnya, kita sering terlupa (atau buat-buat lupa) kerana merasakan masa kita masih panjang untuk mendidik anak. Percayalah, 3 tahun itu bukan sesuatu yang lama. Seperti anak saya sendiri, usianya kini sudah hampir 2 tahun 6 bulan. Saya merasakan begitu cepat masa berlalu. Saya hanya mempunyai 6 bulan sahaja lagi sebelum usianya mencapai 3 tahun dan insya Allah, 6 bulan ini akan dipenuhi dengan stimulasi secara berterusan. 

Di dalam seminar ini juga, segala persoalan anda akan terjawab dan kami sememangnya menggalakkan anda bertanyakan banyak soalan kepada kami ketika sessi seminar. Kami sangat menggalakkan ibu-ibu mengandung untuk menghadiri seminar ini kerana kami turut berkongsi maklumat cara stimulasi yang anda boleh lakukan ketika mengandung. Yer, stimulasi untuk bayi semasa mengandung sememangnya boleh dilakukan! 

Berikut adalah maklumat yang akan dikongsikan ketika seminar:
  • Apakah Maksud Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education @ ECE) 
  • Apa yang Anda Faham tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
  • Definasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Negara 
  • Bila Kita Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
  • Apakah Pendapat & Pilihan Yang Ada?
  • Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
  • Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak Anda
  • Kuasa Otak Bayi & Sambungannya 
  • Apakah Maksud "Windows Of Opprtunity". 
  • Mitos & Fakta Tentang Otak Bayi 
  • Stimulasi Ketika Mengandung 
  • Bagaimana Otak Anak Anada Berkembang?
  • Bagaimana Memaksimumkan Potensi Bayi Anda?
Di bawah ini adalah maklumat tentang Seminar yang bakal diadakan:

Tajuk: Pendikan Awal Kanak-Kanak -Pengenalan & Kepentingannya Terhadap Perkembangan Otak Bayi
Tarikh: 9 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 9.30 pg - 2 pm (bergantung pada sessi Q & A)
Maximum Participant: 10 pax (first come first serve basis-with full payment)
Price: RM 199 /pax

* untuk mereka yang membayar sebelum 1 Januari 2011, diskaun sebanyak RM 49 akan diberikan. Anda hanya perlu membayar RM 150 sahaja. *

Seperti yang kami janjikan di atas, kami mempunyai pakej-pakej menarik untuk ditawarkan pada anda. Samada anda ingin menyertai seminar ini atau ingin menjadi Affiliate pihak kami, terpulang kepada anda. Berikut adalah maklumat tentang harga dan pakej serta Affiliate yang kami tawarkan. 

Pakej Early Bird

Pakej Keluarga

Pakej Member Get Member

 Pakej Affiliate

Bagi yang berminat untuk menghadiri seminar ini, anda boleh membuat pembayaran ke dalam akaun Genius Baby On Board samada melalui Maybank atau CIMB. Selepas pembayaran dibuat, sila emelkan bukti pembayaran kepada pihak kami di geniusbabyonboard@gmail.com. Pihak kami akan memberikan anda borang pendaftaran untuk di isi sebagai rujukan pihak kami. Berikut adalah maklumat akaun pihak GBOB:

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387

Sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin ditanyakan, bolehlah anda isikan borang pertanyaan di bawah ini   dan pihak kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin. 



*

*

*

*
*
contact form faq
verification image
Contact form powered by 123ContactForm


Kami akhiri entry kali ini dengan Testimoni yang kami rakam khas dari peserta Mini Seminar kami yang pertama, Puan Nini dari www.adrinis.com. Beliau nampaknya tidak sabar ingin menghadiri bengkel stimulasi bayi yang bakal pihak GBOB buat tidak lama lagi, Insya Allah. 


Puan Nini dari Adrinis - www.adrinis.com

post signature

post signature

No comments: