Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, January 6, 2011

Motivasi: Malam Pertama Selepas Kelahiran Quzayra

This will be my 1st entry dalam FameKids Segment @ Label. Sesuai kan tajuk dia? Ekekekek.. Korang  jangan ingat malam pertama untuk anak-anak dara dan anak-anak teruna jer tau! Hhhahaa.. malam pertama untuk ibu bersalin pun ada ok! :)

Sucinya wajah seorang bayi bernama Quzayra:) Few hours selepas dilahirkan. 

Dan rasanya ada yang mengalami malam pertama selepas melahirkan anak dengan rasa yang gembira, macam dunia ini aku yang punya, ada yang rasa sedih macam esok nak kiamat dan ada yang tak rasa apa-apa langsung sebab yang melahirkan tu meninggal semasa bersalin. Masuk syurgalah ibu itu kerana bertarung nyawa melahirkan seorang makhluk Allah dimuka bumi ini. Amin. Al-Fatihah untuk semua para ibu yang telah meninggalkan dunia demi melahirkan zuriat lambang cinta pada suami ..:) 

My Darling Sumbrachydactyly Baby ..:) Lena tertidur..

Pengalaman aku? Aku dah rasa kedua-duanya : Perasaan gembira macam dunia ini aku yang punya, dan satu lagi perasaan, sedih tapi bukan macam dunia nak kiamat. Ekekekee...Tapi kat entry nih, Watie nak cerita pasal pengalaman selepas kelahiran Zayra, sebab ianya related to FameKids. Kalau nak tau pasal pengalaman melahirkan Qarissa, leh baca sini. :) 

Tersenyum dalam duka ..:) Ewahhh..

Melahirkan Zayra sedikit sukar berbanding Qarissa walaupun dia anak kedua. Mungkin kerana saiz Zayra yang besar berbanding Qarissa, 3.3 kg, hampir putus nyawa juga aku meneran dia ..:)  Nasib baik dah pandai teknik meneran, memang membantu sangatlah kan. Aku dah cerita pengalaman melahirkan Zayra dalam entry nih, jadi aku nak sambung pengalaman malam pertama aku dengan di dalam wad selepas mendapat tahu yang Zayra di sahkan tiada tulang di tangan kanan atau nama saintifiknya Symbrachydactyly. 

Di sebalik kain bedung itu, terselindung satu anugerah Allah yang berbeza dari kebiasaannya. dari situlah segala-galanya bermula. GBOB dan kini FameKids. :)

Walaupun masa Zayra lahir-lahir, aku discover sendiri yang ada kelainan pada tangan kanan Zayra masa dia menjerit sambil mendepangkan tangannya dengan penuh bangga dan aku terhendap2 melalui celah-celah kelangkang tuh, Alhamdulillah, aku tak menangis. Mungkin terkejut, mungkin tak sangka, mungkin tak tahu camner nak bgtau keluarga dan sebagainya..entah la tak reti nak cakap apa..tapi itu lah dia .. aku tak nangis walaupun aku tahu on the spot yang anak aku tak normal di tangan .:) 

Doktor Azmi yang baik, cool dan supportive. 

Tapi memang lah aku takleh tidur malam tuh! Macam-macam btol aku fikirkan terutamanya tentang masa depan Zayra. Tangan kanan pulak kan.. aku siap tanya hubby, kalau sapa pernah baca entry aku yang dulu-dulu mesti tahu, aku siap tanya hubby direct jer masa kat wad, "Macam mana bang? Macam mana Zayra nak salam? Macam mana nak pakai cincin kawin? Macam mana nak drive keta?" Bengong hubby aku tgk bini dia dah siap pikir 30 tahun punya masa depan! Hahhahaha... Entah aku ada entah takder masa tuh, duk sibuk2 tanya masa depan. Patutnya fikir apa yang Doktor boleh buat untuk repair tangan dia kan? Hahahah. Masa tuh kan, aku tak tengok sangat tangan Zayra dengan teliti, sebab dia kat another room, lagipun dia berbalut kain bedung, so memang tak bukak lah kan. Memang teringin sangat nak tatap lama-lama, tapi aku pun tak berani. Takut Zayra sakit. 

Ibu a.k.a Nenek yang penyanyang dan sangat berjasa. I love u Mak. 

Tengah malam tuh, ada Doktor kanak-kanak datang dan borak2 ngan we all. Dia bgtau condition Zayra. Katanya Zayra sihat, cuma tangan sahaja yang tak sempurna.Dia bg motivasi pada aku yang memang ketika tuh dahagakan sedikit harapan untuk anak kesayangan aku. Doktor kata, Xtray dah dibuat, kena tunggu result esok, nak tgk tulang tangan kanan tu ada ke tak, atau sampai ke mana tumbuhnya tulang tu. Doktor kata lagi, kalau ada tulang, memang dia akan membesar dan memanjang as usual, kena tgklah perkembangan tgn dia. dan mereka dah refer case Zayra ke Selayang Hospital. Kalau boleh, masa tuh jugak aku nak tahu result Xtray tuh, memang aku berdoa sangat agar adalah tulang tuh walaupun sedikit dia bahagian tapak tangan tu kan. Dan lagi, kat atas sikit dari punggung Zayra, ada macam skin tag, something like tanda lahir kan, kengkadang kat telinga baby macam ada daging terlebih, samalah cam Zayra, tapi dia seksi sket, sebab kat atas punggung, kekekek..Doktor kata so far takder apa2, tapi kena buat UltraSound, takut dia melekat dengan tulang belakang. Aku dengar masa tuh rasa macam ..adoiii.. ceklah sekarang Doktor oii.. kenapa nak tunggu 2 minggu! But Doktor yakinkan aku supaya tak risau sebab bukan berlubang atau keluar cecair ke apa kan ..just like a normal skin tag jer. Alhamdulillah, memang takder apa pun kesan skin tag tuh pada Zayra after buat Ultra Sound. Nak buang pun boleh, tapi aku nak simpan wat kenangan. Hahahah.. Nanti Zayra kalau dah besar, dia takmo, sukati dia lah nak buang ker tak nak kan .. Badan dia ..mana yang terbaik utk dia, Mummy dia akan sokong! 

Qarissa yang Mummy rindu! Selepas 2 hari tidak ketemu..:)

Malam tuh, aku mimpi macam-macam. Aku dah lupa sebahagiannya tapi yg aku ingat, aku mimpi yang semuanya ini adalah mimpi semata-mata. Hahahhaa.. Bila bangun pagi, actually Zayra biasa-biasa aja. Cuma mimpi seram jer malam semalam. Wakakak.. Berangan lah ko Watie. Satu lagi, aku mimpi yang memang ada tulang kat tangan Zayra tuh, tapi kecik. Dia akan tumbuh dan Doktor boleh buat surgery untuk betulkan tangan dia. Something like cosmetic surgery. Dari satu mimpi ke satu mimpi yang lain, banyak sangat yang aku mimpikan sampaikan aku rasa penat! Tersangat penat! Sampai aku berpeluh-peluh! Aku pelik btol tau, aku rasa malam pertama tuh adalah malam yang saaaaaangaaaattttt pannjaaaggg! Lambat nak balik rumah. Rindu kat Qarissa membuak-buak. Nurse datang cek aku few time, badan aku berpeluh-peluh tapi aircond sangaaattt sejuk. Sikit pun aku tak rasa sejuk. Hubby siap pakai selimut sebab tak tahan, tapi leher aku nih penuh dengan peluh! Tak selesa betul aku rasa. Dicampur pula dengan mimpi-mimpi yang pelik, aku rasa disturbed giler ..Tapi aku kuatkan semangat. 

Bahagianya setiap kali melihat gambar penuh makna ini! 

Lupa aku nak tambah, petang masa kelahiran Zayra, sepupu yang agak rapat dengan keluarga kami, Shafaat namanya, meninggal dunia di Singapura akibat kemalangan motosikal. Usianya baru nak masuk 21 tahun. Aku menerima berita tersebut dengan terkejut dan blank, sama terkejut dengan aku dapat tahu pasal tangan Zayra, sampai tak mampu nak menangis. Jadi, malam tuh, korang bolehlah bayangkan keadaan aku camner kan. Sebab tu lah aku bersyukur sangat Allah SWT kuatkan semangat aku betul-betul, bg aku keyakinan dan kesabaran serta ketabahan yang maha hebat. Syukur padaMu. :) 

Keluarga yang banyak memberi sokongan:)

Malam tuh, 2-3 kali nurse datang buat check up. Dan aku masih ingat kata-katanya yang buatkan aku terus sedar yang aku kena pastikan mental aku sihat dan jangan terganggu. Misi tuh kata, "Hmmm.. bacaan darah u naik yer. Ada darah tinggi ker?" Mak aiiii.. sejak bila pulak aku ada darah tinggi ni? Dan-dan tuh jugak aku terus sedar dan tahu kenapa aku berpeluh-peluh tak ingat dunia walaupun aircond sejuk giler. Sebab aku ada hypertension time tuh!. Perghh.. barulah aku rasa seksanya org ada darah tinggi nih. Panas dan berpeluh jer erk! Really tak selesa. Aku rasa time tuh pukul 2.30 am.

Masih tersenyum..:)

Dan, sejak tuh, aku terus set minda aku, cakap ngan diri aku, aku kena cool, aku kena relax, jangan gelabah sangat, jangan pikir yang bukan-bukan. Aku saiko diri sendiri, bina sendiri keyakinan dari dalam diri. I talked to myself, di mana hanya aku sendiri yang dengar apa yang hati aku kata. I said, "Watie, please be cool, be relax, ingat, this is not the end, this is the beginning of a new life as an OKU mother. Ada hikmahnya yang hanya Allah SWT tahu mengapa Zayra dikurniakan pada kau (and now aku sememangnya semakin mengerti..thanks Allah for this gift) , dan ingat, kau juga ada Qarissa yang masih kecil dan perlukan perhatian. Kalau kau tak kuat, kalau kau sedih, macam mana dengan Qarissa? Sedih takkan membawa kau ke mana-mana! U will be stucked here forever! Takkan kau nak stop apa yang dah dibuat pada Qarissa, kepada Zayra semata-mata kerana kecewa Zayra di lahirkan tidak sempurna? Kerana benci dengan takdir Allah? Kerana tak dapat terima hakikat yang dah tertulis di Loh Mahfuz? Sampai bila? Kalau kau sakit, kalau disebabkan kau tension dan kecewa hingga kau diserang penyakit, kau kena darah tinggi, dan penyakit lain berlumba-lumba dan join sama, siapa yang susah? Suami ko akan susah! Kau nak susahkan suami kau ker? Anak-anak lagi susah! Siapa nak jaga mereka? Siapa nak ajar mereka? Bangunlah Watie, jangan nak mengada-ngada, aku tahu kau kuat, orang lain punya masalah lagi besar, anak orang lain lagi teruk keadaannya dari Zayra ni! Kau jangan ingat anak kau sorang jer tak sempurna, anak orang lain ramai lagi yang teruk dari Zayra punya condition, mak bapak dorang okay je. Tengok tuh, hubby kau is a good man, support you all the way, kenapa kau nak bersedih sangat? Kau juga ada ramai rakan2 blog yang ada anak istimewa, you see how strong they are? Dulu kau kawan ngan dorang masa tuh kau hanya ada Qarissa, now kau dah ada Zayra, and you're one of them! Dulu kau pernah kata, kau respect diorang sebab tabah menghadapi dugaan, kau cakap kalau kau diletakkan di tempat mereka, kau tak tahu macam mana nak handle. Nah! Sekarang kau dah diletakkan ditempat mereka, ko tunjukkanlah macam mana ko handle! Ko buktikan kat semua orang apa yang ko mampu buat dalam menghadapi situasi ni! Dah Watie, wake up, sedar diri sikit, jangan nak mengada2 berpeluh2 lagi. Buang semua mimpi bodoh kau tu! Hadapi realiti and get back on track! If u want to cry and cry, fine! Kau nangis puas-puas macam esok tiada lagi, then pastu kau stop and  thats it! STOP! And get back on track as usual. As Watie yang aku kenal dulu!"

Memeluk Quzayra dengan senyuman dan penuh rasa kasih. 

Hmmmm..pamjang kan monolog aku dengan diri sendiri? Sebenarnya lagi panjang, tapi aku ringkasnya seboleh mungkin, kalau tak letih korang baca! Hahahhha..And seriously, aku terus tenangkan diri, sambung tidur dalam keadaan tenang-setenang tenangnya dan Alhamdlillah, esok pagi Nurse cek dan darah aku dah kembali normal! Dan aku tak berpeluh2 lagi! HEBATNYA KUASA MINDA KAN! 

Besarnya mulut Zayra...:)

Yes, kita adalah apa yang kita fikir. Dan kita akan bertindak seperti mana yang kita fikirkan. Apabila kita bersedia dan menerima segalanya dengan redha, kita akan lebih positif. Sorry, aku tak pandai guna ayat Al-Quran untuk mengukuhkan kata-kata aku dengan firman-firman Allah SWT (how I wish i boleh jadi macam Ustazah Bahiyah tuh), tapi aku tahu, dalam diri kita ini, ada kiri dan kanan. Ada positif dan negatif. IT'S ALL ABOUT CHOICES! Kita nak pillih apa? Kiri atau kanan? Nak jadi manusia macam mana? Salahkan takdir? Salahkan diri sendiri? Nak memberontak? Nak bersyukur? Its all about choices my friends. And the choices is in our hand! Our very own hand. The hand that Allah gaves us. And he will take it back when ever He wants it. 

Bersama adik ipar :)

I wanna share some tips. Mungkin ada yang dah buat, mungkin ada yang belum. Sapa yang belum, boleh cuba buat. Sapa yang dah cuba, good job bebeh! Amalkan selalu yer! Aku dapati "bermonolog" dengan diri sendiri adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk perkembangan mental kita. Pernah dengar tak ada orang kata manisnya "bermonolog dengan Allah"?  Bermonolog tuh maksudnya bercakap dengan diri sendiri. Korang percaya tak adik-beradik aku masa kecik-kecik dulu cakap aku gila? Hahhaha..Sebab dorang selalu nampak aku cakap sorang-sorang! Yang pelik tuh, aku tak sedar pun yang aku sedang bermonolog sampai orang lain boleh perasan mulut aku sedang bergerak2! Serius aku tak sedar!  

Bersama kawan sepejabat hubby

Aku dapati bermonolog sangat baik kerana kita boleh bercakap apa sahaja yang minda kita fikirkan dan kemudian kita boleh "lawan cakap" antara satu sama lain. Seolah-olah ada si baik dan si jahat dalam diri kita. Si baik akan sentiasa membawa kita ke jalan kebaikan, beriman pada Allah, redha dengan ketentuanNYA, bersyukur, berbaik sangka dan macam-macam positif vibes, manakala si jahat akan sedaya upaya membalik-balikkan hati kita, menyalahkan Allah, memberi syak wasangka pada kita, menyuruh kita dengki mendengki, iri hati dengan cara yang tidak sihat dan macam-macam lagi. Diri kita yang sebenar ada ditengah-tengah. Ingat tak aku cakap pasal CHOICES? :) Dan di sinilah otak kita memainkan peranan PENTING! WHAT CHOICES WE WANT?? Aku suka sangat bermonolog sebab selalunya si baik dalam diri akan selalu MENANG hasil dari CHOICES yang aku buat! Dan masa tuh, aku dapat rasakan yang si jahat menangis2 tension sebab tak dapat hasut aku dalam misinya. :) 
Senyum lagi..:) Pastu malam nak feeling2 risau plak... Apadaaaa..hheheh

Kalau ada yang tanya aku macam mana aku boleh jadi siapa aku pada hari ini - Itulah jawapannya!:) Dan, keesokan harinya, apabila Doktor memberitahu satu lagi berita sedih - Hasil dari Xtray yang dilakukan, memang sah tangan Zayra TIADA TULANG bermula dari pergelangan tangan hingga ke jari-jemarinya, aku menerimanya dengan hati yang cukup terbuka. Masih ada harapan di Selayang Hospital nanti, kata hatiku. Doktor di Putrajaya tidak expert tentang hal tangan, mereka sendiri mengakuinya, aku yakin masih ada harapan. 

Berborak & tergelak..

Dan sekali lagi apabila Doktor di Selayang mengatakan there's nothing much that they can do pada tangan Zayra, tulang di tapak tangan sangat kompleks dan ia bukannya mudah, ibarat nak buat rumah tapi tiada tiang, begitulah conditions tangan Zayra, hampir tiada solusi untuk memperbaiki tangan kanannya. Yer, aku sedih, Zayra anak aku, I want the best for her. Air mataku meleleh di hadapan Doktor, tanpa suara, tanpa kata, hanya air mata. Tapi ia sekejap cuma. Sekadar pelepas rasa yang berbuku di hati, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi. Tetapi itu bukan akhirnya, kerana aku percaya Tuhan itu ada. DIA yang menciptakan tangan tersebut. Aku hanya perlu PERCAYA dan YAKIN. Jika benar tiada solusinya, itulah hakikat yang aku harus telan. Dan apa selepas ini? Bermonolog lah sekali lagi dengan diri..:) Dan yang pasti, si baik akan menang sekali lagi.. As always ..:) 

Belon hadiah dari Mak Ngah & Mak Cu Zayra 

post signature

 post signature

No comments: