Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, January 5, 2011

New Segment: FameKids On Board




Seperti yang dijanjikan dan dicanangkan pada 2010, Genius Baby On Board dan My Superkids akan bergabung dan memulakan siaran segmen terbaru iaitu FameKids di laman blog peribadi Genius Qarissa dan juga laman blog ini. Kami juga sedang dalam mengemaskini satu laman web khas yang akan ditubuhkan khas untuk mengumpul para ibu-bapa yang seangkatan dengannya ataupun mereka-mereka yang telah dewasa yang sekapal dengannya. 

Straight to the point: 

Apakah  FameKids ini? - Ia adalah satu medan di mana para ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tidak kira dari segi fizikal atau mental bergabung dan bersatu di bawah payung yang sama iaitu  FameKids. Di sinilah medannya untuk kita bertemu, bertukar cerita, bertukar pendapat, berkongsi rasa, memotivasikan diri sendiri, memotivasikan orang lain, berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama rakan-rakan yang seangkatan dengannya dan bertukar maklumat serta informasi yang ada, senang cerita - EVERYTHING ABOUT BEING A FRIEND IN NEED THROUGH THOUGH & HARD TIME. Kawan ketika gembira rasanya ramai yang ada kan, tapi kawan ketika kita dalam kesedihan, kemurungan atas apa sahaja sebab, terutamanya berkaitan dengan anak istimewa kita, mungkin sukar kita menceritakan dan meluahkan apa yang tersirat dan terbuku di hati dengan orang yang tidak "sekapal" dengan kita. So, here we are -  FameKids FAMILY. :)

Kenapa semangat sangat nak tubuhkan  FameKids ni?- Yer, kami sememangnya bersemangat kerana inilah antara salah satu objektif dan misi GBOB serta MySuperkids pada tahun 2011 ini. Inilah antara sedikit sumbangan yang boleh kami lakukan kepada masyarakat. Ikhlas dari lubuk hati kami. Tanpa ada balasan, tanpa ada agenda tersembunyi. Tiada langsung berasaskan keuntungan. Tujuan kami jelas dan mudah - Hanya mereka yang sekapal sahaja akan memahami rakan sekapal yang lain. Kerana itulah support group ini ditubuhkan. Biarlah ibu bapa anak istimewa ini sendiri yang bercakap dan memberikan motivasi antara satu sama lain. Lebih seronok lagi jika ada OKU dewasa yang ingin turut sama menyumbang dan memberikan motivasi serta bergabung sekali. kami sangat menghargainya. 

Apa yang akan dan bakal dilakukan oleh  FameKids?- Terdapat banyak aktiviti yang kami rancangkan dan di antaranya ialah perjumpaan santai antara keluarga di GBOB @ 1Superkids Club House yang bakal di adakan setiap 1 bulan atau 2 bulan sekali (bergantung kepada persetujuan ahli) . Di dalam pertemuan ini, most of it akan dilakukan secara santai, borak-borak, tukar idea, tukar pendapat, bengkongsi info, menyokong satu sama lain, sessi motivasi dan Insya Allah, ada juga kami rancang nak jemput sesiapa yang sesuai untuk bagi talk berkenaan anak istimewa nih..:)  

Ada website? Yup, sudah semestinya. Kami masih dlm proses mengemaskini website ini dan akan melancarkan pd hujung bln Januari @ bulan Februari. Insya Allah, kami akan buat launching dan beritahu semua nanti yer.Selain dari melayarinya, anda boleh meninggalkan jejak dlm bentuk komen atau entry. Kami sgt menggalakkan mereka2 yg punya anak istimewa ini atau mana2 OKU sendiri untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan membuat entry di laman web tersebut supaya boleh dibaca oleh mereka-mereka yang terlibat. Secara tidak langsung, anda mampu memberikan motivasi pada mereka ini..:) 

Apa yang saya boleh bantu? Saya tiada anak OKU, saya bukan OKU. So how? First of all, terima kasih setinggi-tingginya kepada anda. Hanya Allah yang akan membalas budi baik anda. Anda boleh memperkenalkan blog dan website di bawah ini kepada semua yang anda kenali, tidak kira keluarga, rakan-rakan, kawan blogger, kawan FB dan kawan Twitter atau sesiapa sahaja sebagai satu langkah "awareness" kepada mereka, jadi mereka tahu sekiranya ada sesiapa yang perlukan support group (selain dari yang sedia ada, mungkin under mana-mana NGO @ Government), mereka boleh datang ke FameKids.  Dan jika ada mana-mana keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang OKU, anda boleh mencadangkan mereka menyertai kami. Berikut adalah blog tersebut: 


Anda juga boleh menampal badge di bawah ini dan letakkan di laman web/ blog anda sebagai tanda sokongan. Insya Allah, selepas laman web rasmi siap nanti, anda boleh linkkan gambar ini ke laman web tersebut. 

Mulai sekarang, akan terdapat satu Label baru dalam ketiga-tiga laman web ini iaitu FameKids. Segala-galanya tentang OKU akan dimasukkan ke dalam label tersebut. Ia di harapkan dapat memudahkann pencari-pencari maklumat buat pencarian nanti. :) Selain itu, apa yang dikongsikan di Label ini juga akan dikongsikan sekali di dalam laman web rasmi yang bakal di buat nanti. Di laman web tersebut. lebih banyak cerita dsan motivasi yang akan anda dapati kerana ia dikongsi ramai pihak. :) 

Blogger Badge to support OKU. Anda boleh tampal di laman web @ blog anda!

Sekian dulu dari saya buat kali ini. Nantikan maklumat seterusnya dari kami. Insya Allah, Scriptory Box dan 1Superkids Club House akan melancarkan FameKids tidak lama lagi sempena Moms day Out yang dirancang akan diadakan hujung bulan ini.. Saya akan maklumkan di dalam blog ini nanti yer. :) terima kasih saya ucapkan di atas jasa baik anda semua. Semoga Allah SWT merahmati apa yang kita lakukan ini. :)

post signature

post signature

No comments: