Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Monday, July 13, 2009

Genius Product: LOGICO Primo

Hari ini, aku akan berkongsi dengan korang semua tentang produk LOGICO PRIMO keluaran GROLIER yang telah aku hadiahkan kepada aku Qarissa. Maybe antara uols yg dah baca di personal blog Q tentang hadiah ini. Sapa yang belum baca, if interested nak tau cerita lebih lanjut, leh klik link kat bawah ni kay. Sebab dalam blog GBOB ni, aku hanya akan fokus on produk semata-mata. Link untuk cerita pasal hadiah nih :


WHAT IS LOGICO PRIMO????

Secara ringkas, LOGICO PRIMO adalah satu "genius product" yang aku personally recommend pada parents di luar sana untuk hadiahkan kepada anak-anak mereka. Sama seperti komputer, sekurang-kurangnya, satu rumah mesti ada satu produk ni. Berapa ramai anak yang korang ada tak kisah, sebab produk ni boleh simpan 7 keturunan. Wakakaka.. Adik - beradik boleh share-share main, investment yang dibuat ibu bapa cuma sekali sahaja.

LOGICO PRIMO adalah satu Board Games sangat bagus utk membina & mengasah IQ kanak-kanak berfikir & menyelesaikan masalah seawal 2 tahun. Dalam Parents Guide katanya 3-6 tahun, tetapi kita boleh mulakan lebih awal sekiranya anak kita telah mula memahami arahan-arahan ringkas @ sudah mula boleh berkomunikasi dengan kita. Lebih awal lebih bagus sebab jaringan otak anak kita berkembang pesat dalam tempoh 3 tahun pertama usianya.Untuk membaca lebih lanjut tentang OTAK ANAK anda, sila klik SINI. Apa yang lebih menyeronokkan, anak anda tidak akan menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang belajar, coz they thought its an interesting game. Ni baru betul game yg mendatangkan faedah ..bukan Play Station 3 yer ..Wakakkaa..

APA YANG ADA DALAM LOGICO PRIMO????

Dalam LOGICO PRIMO, bila korang beli setnya, this is what you will get;
  • Board Games Warna Biru
  • Beg Warna Biru
  • IQ Card & Aktivity Card - Terdapat 10 subjek di mana dalam setiap subjek ini, terdapat 16 keping kad ujian IQ beserta arahan yang berkaitan dengan subjek yang diberi. Selain itu, terdapat juga 16 keping kad aktiviti di belakang setiap kad IQ. I call it - 2 in 1 sebab selain aktiviti, disertakan juga JAWAPAN untuk setiap soalan IQ. Ini bermakna anak-anak uols boleh "bermain" sendirian tanpa perlu pengawasan org dewasa. They can check whether the answers is right or wrong on the spot. Jadi, kalau anak dekat rumah, mak bapak kerja, they can always learn by themselves. Secara keseluruhannya , terdapat 160 kad IQ dan 160 kad aktiviti untuk anak anda. Total of 320 games & aktiviti to play with.Banyak gilos kan? Memang puas hati! Kalau nak tgk gambar dengan lebih jelas, just click sahaja gambar-gambar di bawah ni ok..
Board Games LOGICO PRIMO 
Beg LOGICO PRIMO yang tahan lasak & sesuai di bawak travel bila korang nak jalan-jalan @ balik kampung & at the same time, nak anak-anak mengisi masa terluang dengan bermain game berfaedah!
16 kad aktiviti untuk setiap subjek.
16 aktiviti di belakang kad IQ + JAWAPAN untuk setiap soalan IQ disertakan sekali.
View untuk 16 kad aktiviti + jawapan dengan lebih jelas.
Kad aktiviti yang sangat challenging & membantu anak anda meningkatkan keupayaan otaknya ke tahap MAKSIMUM!



APA SUBJEK-SUBJEK YANG ADA DALAM LOGICO PRIMO????


Antara subjek-subjek yang ada dalam LOGICO PRIMO adalah:
  • At the Zoo
  • Arts & Crafts with Teddy Bear
  • Colours & Shapes
  • Look & Speak
  • Match The Picture
  • My First Numbers
  • Maths Games From 1 to 12
  • Maths Games up to Number 20
  • Learning About Trafiic
  • Concentration & Perception Games
Subject 1: At The Zoo
Senarai kandungan 16 kad IQ - At The Zoo beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 2: Arts & Cratfs with Teddy Bear
Senarai kandungan 16 kad IQ - Arts & Cratfs with Teddy Bear beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 3: Colours & Shapes
 
Senarai kandungan 16 kad IQ - Colours & Shapes beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.

Subject 4: Look & Speak
Senarai kandungan 16 kad IQ - Look & Speak beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 5: Match The Pictures
Senarai kandungan 16 kad IQ - Match The Pictures beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 6: My First Numbers
Senarai kandungan 16 kad IQ - My First Numbers beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
 
Subject 7: Maths games from 1 - 12
 
Senarai kandungan 16 kad IQ - Maths games from 1 - 12 beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 8: Maths games up to Number 20
Senarai kandungan 16 kad IQ - Maths games up to Number 20 beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 9:Learning About Traffic
Senarai kandungan 16 kad IQ - Learning About Traffic beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.
Subject 10:Concentration & Perception Games
Senarai kandungan 16 kad IQ - Concentration & Perception Games beserta arahan. Klik untuk gambar yg lebih besar.

HOW TO PLAY THE GAME USING LOGICO PRIMO????

Sangat senang. Easy Peazy bak kata Ros a.k.a Little Mama. Just pilih salah satu subjek yang korang nak, masukkan beberapa IQ cards di dalam Board Games & we can start immediately. Sebelum memulakan game, pastikan semua butang bewarna di susun di bahagian bawah board. Tgk cth di bawah.

Button bewarna di susun di bhg bawah.

Kemudian, baca soalan yang diberikan di bahagian atas setiap kad IQ. Kalau anak korang masih belum fasih membaca, korang boleh terangkan apakah yang perlu mereka lakukan. Kalau anak dah pandai baca, galakkan mereka membaca & menerangkan kepada korang semua apa yg dikehendaki dalam game tersebut. Buat seolah-olah korang ni "student" & anak adalah "cikgu". Ini akan membuatkan anak korang merasakan yang mereka itu penting & pandangan mereka diambil kira oleh ibu bapa. It is very crucial for them to feel they are part of the it & they rule the games. Selepas membaca soalan & memahaminya, mula menjawab bersama-sama. Maybe untuk few cards, lepas tuh, suruh anak buat sendiri dan tunjukkan jawapan pada korang lepas dia dah siap. Macam dalam soalan di atas, ia berkaitan dengan subjek Math - dia suruh cari number yang missing dalam kad tu.

Ada 6 soalan yang berkaitan nombor & setiap soalan ada warna yang berbeza. Warna ini mewakili warna-warna yang ada di Board tersebut. Secara tak langsung, anak korang belajar mengenai warna. Bagus kan? Korang boleh sebutkan warna-warna ini menggunakan apa-apa bahasa yang korang tau - English, Malay, Chinese, Tamil hatta Jepun sekalipun, asalkan anak korang paham. They have to answer the question based on the color given. Seperti contoh, nombor yang "hilang" dalam soalan bewarna biru adalah 12. Di sebelah kanan kad IQ, terdapat senarai jawapan-jawapan yang mungkin. What they have to do adalah membawa butang biru di bhg bawah ke jawapan yang tepat iaitu nombor 12. Ini melibatkan kordinasi pergerakan mata, otak dan tangan secara SERENTAK & ia sangat bagus untuk menajamkan IQ kanak-kanak. Semuanya berjalan serentak. I love it!!! Selepas selesai menjawab semua soalan, keluarkan kad IQ tersebut & terbalikkannya untuk menyemak jawapan sama ada betul atau salah. Lihat gambar di bawah.

Butang bewarna yang sudah dipindahkan mengikut jawapan. Terbalikkan kad untuk melihat jawapan samada betul atau salah. Warna di kad melambangkan jawapan yang sebenar. Sekiranya kedudukan butang bewarna & warna di kad adalah sama, ini bermakna jawapan yang diberikan adalah betul. Jika salah, anak-anak hanya perlu mengeluarkan jawapan yang salah, letakkan semula butang dibahagian bawah & pusingkan semula kad IQ dan jawab sekali lagi seperti biasa.

Seperti yang anda lihat di kad Aktiviti di atas, anak-anak boleh menjawab aktiviti yang disediakan di dalam kad. Sekiranya anak korang ada lebih dari seorang, aku suggestkan korang fotostat aktiviti ini dan berikan kepada mereka- instead of benarkan dorang jawab di atas kad. Jadi, dapatlah korang berjimat sedikit. Boleh pakai turun temurun. Hehehe..Kalau ada anak sorang @ anak bongsu jer yang tinggal, bolehlah anak-anak tuh terus jawab di kad Aktiviti. Another option, uols beli pen yang boleh dipadamkan dengan mudah selepas menulis. Ada jual kat Popular tak silap aku.

HARGA SATU SET LOGICO PRIMO????

Pada aku, sangat berbaloi dengan apa yang bakal anak-anak korang pelajari. Untuk pengetahuan semua, makin banyak set yang korang beli as Learning Tools for ur children, semakin murah harga yang akan korang dapat. Bukan itu saja, korang juga boleh buat bayaran secara ansuran untuk set-set ini! Tapi, kalau beli beli hanya 1 set, maka, bayarannya samada cash @ credit card, tak dapat diskaun & tak boleh buat instalment. Kalau beli at least 2 set produk dalam pakej GROLIER, baru boleh buat instalment. GROLIER memang ada banyak pakej-pakej bukan setakat Early Learning Education tetapi ianya merangkumi semua usia, dari kecil sampai lah ke besar, so definately akan ada set yang sesuai untuk seisi keluarga. :)

Biasanya, kami akan memperkenalkan beberapa set education yang sesuai untuk digunakan seisi keluarga. Yang penting, boleh pakai Long Term dengan harga yang bernilai. Dan, as consultant juga, biasanya kita bagi mengikut umur dan keupayaan kanak-kanak tu, bukan pakai sumbat jer selagi selagan janji barang jual! No no no... What for u buy tapi at the end tak pakai kan? So, the best thing is to meet up with me, let me see your toddlers so I can explain & recommend the best set for ur children education @ home.

WHY GROLIER & APA KEISTIMEWAAN PRODUK NI?

Semua org tahu GROLIER is a GREAT & WELLKNOWN company in terms of early education. Aku tak payah nak perkenalkan lebih-lebih sebab ia memang terkenal. Baru-baru ini, they diversify the produk dan keluarkan this LOGICO SERIES. Ada few parents yg bagitau aku masa dorang beli the products, all the books & education set, takder this kind of products, so they a little bit regret. No worries, sekarang dah ada & bolehlah contact aku if nak beli..:) LOGICO SERIES ini terdiri dari LOGICO PRIMO ( 2 - 6 YEARS), LOGICO PICCOLO (5-9 YEARS) & LOGICO MAXIMO (9 YEARS & ABOVE). Makin besar usia anak, makin banyak butang bewarna yang disediakan dalam Board & makin mencabar aktivitinya. Aku akan ceritakan lebih lanjut setiap produk LOGICO SERIES. No worries kay..:)

There area lots of speciality of this LOGICO SERIES, it help to improve children's:
  • Perceptibility
  • Logical Sequencing Skill
  • Problem Solving Skill
  • Ideas Association Skill
  • Recognition Ability
  • Comparing Skill
  • Categorization ability
  • Logical Thinking Skill
  • Eye & Hand Coordination
  • Concentration Ability.
Sebagai ibu bapa, mesti korang akan berbangga melihat anak-anak korang bijak tanpa perlu memaksa mereka untuk belajar. As i told uols, anak-anak takkan rasa dipaksa untuk belajar, sebab mereka belajar sambil bermain. Best kan??

AKU DAH SUKA SANGAT NIH, NOW MACAM MANA NAK DAPATKAN THIS PRODUCT?

Korang boleh call aku a.ka. Watie utk buat appointment @ 019-237 1229. Kalau korang perlukan penerangan lebih lanjut, atau nak rasa, pegang & nak tengok sendiri this produk, kita boleh meet up. Feel free to contact me & I will be gladly to help. :) Peace!!

*feel free to contact me, Watie @ 019-2371229 for appointment & consultation on early education*

Tak sabar nak tunggu Q pandai cakap!!!!

Friday, July 10, 2009

Product Review - VCD My First English Grammar.

Aku beli this VCD last few weeks @ Tesco Setia Alam. Tak plan pun nak beli sebenarnya, tapi aku nih memang "allergik" kalau nampak apa-apa DVD Education. So, aku pun duk belek-belek & try VCD ni sebelum beli. Harga pun murah dalam RM7.90 jer sekeping. Tajuk dia "My First English Grammar".


My First English Grammar Volume 1 & 2

VCD ni dalam Bahasa Melayu. Memandangkan aku takde langsung VCD Education in Malay, thats why aku beli lah jugak, boleh tambahkan perbendaharaan kata utk Qarissa. Selepas aku tgk VCD nih, aku rasa this type of VCD sesuai jika kita mainkan untuk kanak-kanak yang dah paham dan reti bercakap. Macam dalam usia 3 tahun ke atas dan sangat bagus kalau dah masuk Tadika. Ia adalah persediaan sebelum masuk Darjah 1 untuk memantapkan kemahiran grammar kanak-kanak. Its good for them, tapi kalau untuk Qarissa, aku personally rasa kurang menarik untuk age dia. Sebab, dia terlalu muda dan mentah untuk mengaplikasikan apa yang di terangkan dalam VCD tu. Its ok, aku akan simpan the VCD sampailah Q paham nanti ..hehheh..


Anak aku yg excited bila dapat new VCD

Cerita dalam VCD ni adalah mengenai cikgu yang sedang mengajar anak muridnya berbahasa Inggeris. Cikgu tuh cakap dalam bahasa Malaysia dan selepas tuh tanya murid-murid dia apakah maksud sesuatu perkataan dalam Bhs Inggeris. Yang aku ingat, macam perkataan "comel". Cikgu dia tanya kat anak murid, maksud perkataan "comel" dalam bhs Inggeris dan kemudian anak murid dia jawab - cute. Then ada ajar pasal noun, pronouns, adjectives & banyak lagi secara interactive. Macam contoh, "big, bigger,biggest" dan perbezaan maksud setiap kata-kata tu.

Personally, aku rasa ia sangat bagus terutama untuk kanak-kanak yang penggunaan Bahasa Inggeris di rumah sangat kurang. Dengan menonton VCD ni, ia akan dapat membantu mereka menambahkan perbendaharaan kata, pandai menggunakan frasa dengan tepat dan melatih skill grammar mereka. Well, aku nih pun kengkadang grammar tunggang terbalik..wakakak..Memang ada sesetengah org tak mementingkan grammar, tapi aku pulak mmg pentingkan grammar. Kalau grammar salah, aku rasa segan sket nak tulis @ cakap. Walaupun tak perfect, aku try my best utk gunakan phrase atau ayat-ayat dengan grammar yg betul walaupun skema jer bunyinya.Hahah..janji grammar aku betul. Mungkin dalam perbualan harian, grammar tak ditekankan sangat, tapi dalam penulisan, its very important..


As usual, trying to open the casing. Hhehe..confirm tak berjaya sayang!

Cuma satu jer aku kurang gemar tentang the company yg produce VCD ni. The content of the subjects boleh dimuatkan dalam satu VCD @ DVD, tapi dia pecahkan kepada 2 VCD. Aku rasa uols pun tahu kenapa. Kenapa nak jual RM 10 untuk sekeping VCD @ DVD sedangkan kita boleh buat 2 VCD@DVD & sell at RM 15.80 betul tak..? Hmmmm... Ada sesapa nak burn ker VCD aku nih? Wakakkak....nanti KPDNHEP cari aku plak wei....!!


Masih mencuba nasib...Ahaks!

So, untuk ibu-bapa yang ada anak dalam lingkungan 3 tahun ke atas, memang sesuai dapatkan VCD ni di TESCO @ mana-mana kedai VCD yang berhampiran.

*feel free to contact me, Watie @ 019-2371229 for appointment & consultation on early education*

Selamat ber"grammar-grammar" an,

Wednesday, July 8, 2009

Special Moment Together-Menonton Bersama Bayi Anda!

Aku terima beberapa komen, pertanyaan serta perbincangan antara mak-mak mengenai sessi menonton TV @ DVD anak-anak. Antara yg kami bincangkan adalah mengenai keseronokan anak-anak menonton TV @ DVD dengan begitu leka, sehingga senang maknya nak buat kerja dapur. Ada juga yang kata, dorang selalu biarkan anak dorang tgk TV sorang-sorang. The kids are so happy watching it, mummy pun happy coz banyak kerja boleh settle.

Inilah senario sebenar Qarissa @ Home. Memang hidup dia penuh dgn DVD, dari pagi sampai malam. Di mana-mana sahaja, dalam apa jua keadaan. Tak caya, teruskan pembacaan yer..heheh

Hari ni, aku nak kongsi pendapat peribadi aku. Mungkin ada mak-mak yang tak setuju dengan pendapat aku, if ada, terpulanglah, tapi aku still nak tulis jugak sebab secara tak langsung, aku mengingatkan diri sendiri, yang kadang-kadang tersasar jugak.Wakakaka.. Everybody have their own opinion & I will stick to mine walaupun ada yg membantah ..Hhhaa..Degilnya aku nih noks!!

Sambil makan pun layan GOGO. Ni dalam Bumbo dia plak..Layanzzz...

Aku rasa, paling busuk, yerk, paling busuk pun SEKALI dalam SEHARI, kita - ibu @ bapa (salah sorang) mesti, aku ulangi - MESTI menonton bersama-sama dengan anak. Maksud menonton di sini adalah dengan duduk bersama, mungkin anak ada dipangku, dilantai @ berbaring bersebelahan, tak kisahlah kat mana-mana pun, janji kita ada berdekatan dengannya, dan kita involve sepanjang sessi menonton itu. Involve maksudnya bila ada part-part dalam DVD tertentu yang interesting, kita borak-borak @ nyanyi @ buat aktiviti bersama-sama ngan anak kita. Show them that we're also interested in the DVD, just like them (walaupun dalam hati Tuhan jer tahu wei! Hahahaha...bosan tahap dewa, apa idaknya, kalau dah sehari 10 kali aku rewind cerita yg sama..) Itulah pengorbanan namanya ...Wakkaka..

Yang ni dalam keta, Q tgh layan GOGO jugak. Aksi sebelum aku beli Booster Seat. Hari nih beli DVD Visor, esoknya baru beli Booster Seat. Tapi, tgk tetap tgk. Walau apapun halangannya. Hehhee..

Contohnya, bila ada part menyanyi, kita pun menyanyi sama & suruh anak kita nyanyi jugak. Kita buat action sebijik macam kat TV tuh buat, kalau ada part jump, kita pun jump, kita sebut "jump" sambil buat aksi jump supaya anak kita leh tgk & dia paham maksud jump, dia pun teringin nak jump sama macam Mummy @ Daddy dia buat. Kalau anak kita kecik lagik, tak boleh jump, kita lah jump kan dia .. Let say ada gambar fish berenang contohnya, kita buat suara suprise yg teramat (kena jadi anak wayang sket ..aku selalu praktik kat Q ..hahah) dan kata, "Wow!! What is that **nama anak kita**?? So many fishhhh!! Waaahh..colourful fish lah sayang ..cantik kan..? What color is that fish sayang?? Its purple color. Wah..thats dolphin Darling ..see, dolphin can jump so high!!". Selalunya anak korang akan buat muka excited, tapi katakanlah dia wat muka blur @ muka tak layan, janganlah korang kecik ati. Hahha..Korang teruskan jer sessi borak2 tuh...Percayalah cakap aku, hasilnya memang memberansangkan. Memandangkan aku nih banyak mulut & muka tak malu sket, aku tak rasa penat buat semua tu. Bukan kat anak aku jer, kengkadang anak org datang umah pun aku terbiasa guna cara yg sama. Hahhaa..kengkadang malu pun ada, cam terjall sangat aku nih depan mak bapak budak tuh ..tapi aku wat bodoh jer lah .. hahahaha .. dah terbiasa nak wat camner ..But selalunya the feedbacks dr baby tuh memang best..They love it so much!!

Yang ni pula aksi dia lepas dapat Booster Seat. Bukan main bulat mata dia tgk GOGO kan?

Aku cadangkan agar dari awal kita ajar anak kita utk tengok DVD Education. Jangan galakkan sangat anak kita tgk kartun-kartun yang tak berapa mendatangkan faedah tu. Lebih baik kita latih dia tgk kartun yg banyak unsur-unsur didikan macam perbendaharaan kata (vocabulary) ABC, Numbers, Things @ Home, Nursery Rhymes dan sebagainya. Kalau ASTRO, aku layan 613, memang tak bukak langsung Cartoon Network (kecuali adik bongsu aku dtg umah ..). Itu pun, jarang jugak tgk 613 sebab aku sepanjang hari asyik tukar-tukar DVD Education yang Qarissa ada. Memang berlambak-lambak, aku beli time kat Bali dulu. Itupun ada sampai skang masih blum sempat nak tgk. Sebab, aku suka ulang-ulang cerita yang sama. Aku tahu baby takkan pernah bosan menonton cerita yang sama setiap hari. Aku tgk, Qarissa happy sgt dapat tgk cerita yang sama everyday. Dia tak pernah cranky, sebab tuh aku tak sampai hati nak tukar yg lain, walaupun aku dah borink tahap gaban tgk citer tu. Kalau aku tgk Q macam tak beri perhatian (walaupun dia tak cranky), baru aku tukar DVD lain. Sebab aku tau, kalau Q interested dengan sesuatu cerita tuh, dia akan tak berkelip pandang TV tuh. Kalau dia happy, dia akan ikut aksi kat TV, sebab tuh senang aku nak detect dia suka atau tak sesuatu DVD tu. Kalau 613, dia cukup suka Thomas & Friends. Dia akan tgk tanpa berkelip & dia suka lagu tema T&F tu. Bila nampak mana-mana keretapi, tak kisahlah betul @ mainan punya, aku akan tunjuk dia dan kata, "Look! Its Thomas Qarissa!! Choo Chooo, caga, caga, caga ..." dan dia akan senyum sampai telinga. maknanya dia ingat cerita tu..:)

Ni lah harta yg aku beli @ Bali. Sekeping utk aku pun takder. 100% for Qarissa. Casing 1 & 2.
Casing 3 & 4. Jangan tanya aku bila nak habis tgk, sebab aku pun tak tau sampai bila. Hahhaha.. Yang series cm Barbie, Strawberry Shortcakes pun masih ada yg lum tgk. Maybe bila Q dah besar sket, aku bg dia tgk. Tapi, yg Barbie ada jugak aku bg dia tgk. Selalunya half way jer, pastu dia bantai tidur. Sudahnya aku & hubby yg tgk, sebab best ooo citer dia ..Hahahha..

Paling lama satu siri DVD Education kanak-kanak akan amik masa 30 minit - 45 minit. Aku rasa, tak lama sangat pun kalau kita nak luangkan "masa berharga" kita dengan anak-anak kan? Kalau memang bz sangat, mungkin 30 minit tuh lama sangat, bglah 10 minit untuk anak-anak, just chit chat, simple conversation with them. Yang penting, kita participate dalam apa yg mereka suka. Aku selalu cakap, sumtimes we have to act childish to attract their attention, If we need to jump, we jump, if we need to sing, we sing, if we need to do silly action, just do it! Whatever yang kita buat yg mampu membuatkan anak kita gelak, kita buatlah. Anak kita akan jadi "happy baby" & tak banyak mendatangkan masalah, dia akan happy selalu & senang terima apa2 ilmu yg kita ajar. Bukan nak kata aku pandai, aku just share apa yg aku buat sejak setahun lalu, & it really works. Sebab tuh nak share with uols & I share this with uols for free tau! Hhehehe..

Ni lah casing luar dia. Lawa kan? Aku pun suka. kat KL tak jumpa lah ..:(
Casing Princess & Strawberry Shortcakes

Jadi, kepada ibu bapa yang selama ni hanya mengharapkan TV @ DVD untuk menjadikan anak anda bijak, cubalah ubah sikit teknik tu. Aku pun tak lah dalam sehari berkepit dengan Q 24 jam depan DVD borak ngan dia. Aku pun bg jugak dia explore @ layan DVD Education tuh sorang-sorang, tapi dalam sehari, mesti aku luangkan sekurang-kurangnya SEKALI time untuk bersama-sama mengadap DVD Education dia sambil borak-borak & do all the actions yg aku bgtau kat atas tadi. Sebab aku bg dia tgk DVD Education, jadi aku tak risau sgt dia tgk sorang-sorang, coz aku tau DVD yang dia tengok tu is the best utk dia. Ulang-ulang pun takper, selagi dia tak bosan. Kalau tgk TV biasa, kan lepas habis satu, cerita lain pulak keluar. So aku tak tahu cerita apa yg dia tgk.

Hambek ko...tgh meneran pun boleh layan DVD Education lagik..Hebat tak anak aku sorang nih? Wakaka..

Sebelum aku akhiri posting hari nih, aku reka satu ayat khas untuk semua dan diri aku sendiri, "DVD Education leh jadikan anak aku bijak pandai, tapi kalau aku join sekali, anak aku akan jadi GENIUS!" Wakakakak..best tak? So, apa lagik Watie, duk ngadap lappy nih watper? Gi lah layan Qarissa tuh! Pe raaa......

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Join jgn tak join,

Tuesday, July 7, 2009

Stimulasi Bermula Dari Hari Pertama Bayi Anda Melihat Dunia!

*aktiviti nih boleh dibuat seawal 0 bulan until - ikut suka korang ..hehehehe*

Sejak hari pertama Qarissa melihat dunia, my life penuh dengan stimulasi. Aku mmg nekad nak all out bg Qarissa full stimulation (sampai teacher dia kata dah terlebih stimulate!!hahahah). Sama macam kebanyakan parents di luar sana, I'm an ordinary (with extraordinary energy..hahah) Mummy yang baru ada seorang anak. So, aku akui pengalaman on parenting memang takde. I shud be thankful to Gymboree coz dengan mendaftarkan Qarissa di sana, banyak ilmu yang aku belajar on how to stimulate our baby.

Perkara PERTAMA & ASAS yg aku pelajari: As Parents, kita mesti RAJIN! Let me tell uols - kalau korang tgk dalam video-video Qarissa sebelum nih, nampak dia cam bijak @ behave, korang ingat sebab aku htr Gymboree, uols ARE TOTALLY WRONG! Yer, memang betul aku htr Gymboree, tapi kelas nya seminggu sekali. Dalam kelas Q, aku betul-betul participate in all the activities, hafal lagu, memorize the activities yg di ajar sebab aku tau, kelas bukan murah. Biarlah berbaloi kalau aku masuk.

Hari-hari yang lain adalah hari AKU BERSAMA ANAKKU di rumah. Apa sahaja yang aku belajar Q Gymboree, aku praktikkan di rumah. Memang aku akui, bila wat aktiviti sendirian @ home, nampak cam budak-budak, gila-gila sket dan we have to act childish, but i dont mind at all!! Every single minute with Qarissa adalah masa berharga kami. Jadi, heheh..aku nak kredit sket lah kan ..kalau anak aku BIJAK & BEHAVE, aku dengan bangganya bgtau ..its totally because of ME..Yeah..ME!! Kita adalah GURU terbaik untuk anak kita. Mesti korang dah muak dengar tagline nih but its really true my friend...Nobody, i repeat with capital letters ...NOBODY yang boleh jadik guru sebaik kita - mak bapak nya sendiri! Tak kesahlah korang surirumah ker, kerja gomen ker, kerja swasta ker, bisnes sendiri ker, tapi masa bersama anak-anak adalah yg paling precious. Walaupun korang spend time 5-10 minutes a day with them, tapi dengan pelukan, kasih sayang, pujian semasa korang "mengajar smabil bermain" itulah yg paling penting.

Hari ni, aku nak share pasal stimulasi untuk anak-anak korang. Bagi mak-mak yang baru bersalin, korang ada masa 2 bulan setengah untuk memberi segala stimulasi pada anak korang. Lepas kerja, dont worry, korang still boleh buat - sebelum kerja, pas balik kerja & sebelum tidur. Bila korang gi kerja, leh ajar maid (sapa yg ada maid) untuk stimulate baby uols. Yang htr nursery, cubalah korang bodek-bodek sket staff kat situ supaya they can focus on stimulating ur baby. Kan best kalau ada nursery yang bukan hanya jaga our baby, tapi buat skali activities on stimulation for them. Bayar lebih pun takper, sebab kita tau hasilnya mmg marvellous!!
Berus ni better korang beli yg baru, khas utk baby korang.

Ok, this is the equipment yang boleh korang gunakan untuk stimulate ur baby. Ada banyak lagi sebenarnya, aku tunjukkan contoh-contoh gambar so korang dapat sikit idea pasal ni (gambar aku rembat @ blog personal Qarissa..hahaah). Try to be creative, korang godek-godek & korek-korek lah apa yang ada kat umah korang, pastikan ia telah dibersihkan dahulu @ beli lain yg nak dikhaskan utk baby korang.

Pelbagai tekstur kain yang berbeza such as kain kasa, silk, cotton,kain berbulu dan sebagainya.

Aktivitinya sama sahaja. Tujuannya hanya satu, supaya anak uols dapat merasa tekstur yang berbeza di seluruh bahagian badan mereka. Korang sapukan semua mender-mender nih ..(one at a time..) maybe satu hari 2 barang ker kan ..korang sapu barang-barang ni dengan penuh kasih sayang kat kepala, tapak tangan, teliga, hidung, tapak kaki, perut dan seluruh tubuh dia lah ..senang cerita. heeh.. Sambil sapu, mulut tuh becok lah sikit (macam aku..ahaks), korang nyanyikan anak korang atau bgtau dia part of the body yg korang sapukan tu. Jangan lah cam setengah org kata, "Isk paham ker budak tuh kalau kita borak ngan dia, umur baru sehari, sapu jer dah lah ..". Hello Cik Kak..nak melawan cikgu yerk ..Buat jer lah ..anak hang dengar lah! Dia takleh jawap jer .. kalau dia jawap kang ..ko pengsan lak!! Hahhaha..
Kalau anak kecik sangat, carik bola kecik sket, kang penuh muka anak korang ngan bola jer..Hhaha..

Macam contoh, bila aku guna berus & sapu kat tapak tangan dia, aku nyanyi lagu "This is the way we brush our palm, we brush our palm, we brush our palm, This is the way we brush our palm, so early Monday morning..". Then bila masuk part lain, sebut lah plak part body yg berkenaan. Just borak-borak biasa pun ok noks, tapi aku suka guna nursery rhymes sebab baby & kanak-kanak nih akan lebih tertarik dengan nursery rhymes & dorang akan tau banyak vocab word melalui singing.

Kalau korang nak stimulate mata baby, korang amik kain warna-warni, gumpal-gumpal ah sket hujung dia jadi ur baby can fokus kat kain tuh, then korang letak depan mata baby, agak-agak ah jarak dia, jangan dekat sangat, kang juling plak mata anak korang! Bring the kain side to side sambil nyanyi lagu. Pastikan masa korang tunjuk kain tuh side to side, anak korang pandang mana kain tuh pergi! Jangan korang syok sendiri plak! hahaha.. Yang penting, mata anak mesti pandang arah kain. Lambat takper, janji dia pandang pergerakan kain..

Kain warna-warni yang terang bagus untuk merangsang penglihatan baby. Kalau baby baru lahir, warna MERAH is good!!

Satu lagi yang best , korang amik torch light, main ngan anak korang. Camner nak main? Terlentangkan baby korang (untuk baby yg masih lum pandai duduk sendiri, if dah pandai duduk @ jalan pun takper, let them bergerak ke mana-mana) then korang sembunyikan torchlight tuh kat tangan kiri, pastu bukak lampu torch light tuh, hala lampu ke sebelah kanan. Then bawak cahaya tuh atas ke bawah, biar anak tgk. Kalau waktu siang, cahaya kan tak nampak sangat, jadi korang tutup @ potong ah cahaya tuh dengan tangan kanan pulak, maknanya cahaya tuh akan terpancar kat tapak tangan kanan uols, then pandai-pandai ah korang adjust cahaya tuh! Best oo... anak-anak korang mesti curious dan sibuk nak carik mana datang lampu extra nih! Hahahha..Tapi jangan tunjuk torch light tuh kat anak, nanti mesti dorang nak hambekk plak dari korang! Pernah sekali, Daddy Q main-main ngan Q waktu malam, satu bilik gelap, sekali ada lampu dr torch light jer ..Hala ke mana-mana, semua dia tengok. Excited btol dia.. Korang try lah, then let me know the outcome ok!!
Torch Light Game is a fun way to play with ur kiddos..!!

Last sekali untuk hari nih, aku nak share stimulasi & socialication sekaligus. Ni memang aktiviti wajib aku setiap hari dengan Qarissa sejak dia lahir. Hahaha..Almaklumlah, mak dia i pantang nampak mender alah nih..heheh..apa lagi kalau bukan - CERMIN! Nak nak lagi, kat bilik tidur aku tuh cermin sepanjang-panjang pintu, so memang best gilos, everyday bangun pagi aku ajak Q depan cermin, then main-main ngan dia. Tunjuk segala macam parts of her body to her. Nampak cermin dinding kat washing basin bawah, aku tayang lagi kat dia. Gelak lagik...memang tuh jer lah keja aku ..hahaha...Semua cermin dalam umah aku terjah!! Tapi semua tuh berdukung @ duduk sesama depan cermin. Aku takder cermin plastik untuk anak tuh, time kat Gymboree jer ada, jadi aku tak berani letak anak aku atas cermin kaca.. hehee..Aku tak pasti boleh beli kat mana, kalau ada sesapa tau, maybe leh share dalam nih.. If ada that type of cermin, boleh ah suruh anak korang meniarap atas cermin, then korang can start talking with ur baby. Tunjukkan dia mana mata, hidung, mulut, telinga dan boleh gak main Peek A Boo. Korang terjah anak korang dari belakang, so muka akan memantul kat cermin. Q mmg pantang nampak cermin lepas aku latih. Tunjuk jer cermin, dah gelak geli-geli. Suka na dia ..hehhee.

Macam ni lah aksi Q bila bg dia main depan cermin. Hehhehe

Aku akhiri posting on stimulation ni dengan aktiviti yg aku buat @ Gymboree. Memang dah ada kat blog personal Q, tapi aku share jugak kat sini. mana tau ada mak mak tak sempat nak tgk kat blog Q kan. Memang lama, around 9 minutes ++ but its worth watching. Do at home with ur little "devil" kay ..hehehe..

Antara aktiviti yang dilakukan ketika Qarissa berusia 4 bulan. 1st day @ Gymboree class! Heehhe

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Stimulate, Stimulate, Stimulate!!