Hi Friends.. rasanya dah lama jugak aku janji yg aku akan buat review pasal koleksi buku Peter & Jane ni kan? Sorrylah, lambat sgt nak update blog education Qarissa ni. Aku tak sempat2 nak amik gambar buku tuh..Dah lunyai pun dikerjakan dik si Qarissa ni. Hahha..
FYI, gambar-gambar ni pun aku amik selepas aku begitu teruja dengan perkembangan yang Qarissa tunjukkan. She can read the words in the book by herself! Terperanjat beruk aku dan teruslah aku semangat amik gambar sebab nak masukkan dalam blog personal Qarissa. Takmolah ulang cerita tuh sebab fokus aku kali nih adalah untuk review this product jer. Sesapa nak baca "kisah kejayaan" Qarissa tuh, leh ah klik SINI ok..heheheh
Set buku Peter & Jane utk Tahap 1- 1a, 1b & 1c
Aku memang promotelah buku-buku Peter & Jane ni pada semua parents yang ada anak. Lagi awal korang mulakan reading session tuh lebih baik. Buku Peter & Jane tuh memang sangat bagus untuk kita mulakan sessi reading for our Kids. Kenapa aku kata camtu? Uols ingat tak masa aku buat review pasal First Concept Book & Fable Series tuh? Dalam entry tu, aku ada share tentang kenapa aku rasa that book is good kan? Samalah seperti buku Peter & Jane ni. Konsep buku ini amat mudah lagi memudahkan kita sebagai parents untuk ajar anak kita membaca atau sekurang-kurangnya, membuatkan anak kita berminat untuk mendekati buku.
Buku 1a - tak berapa lunyai sebab letak dalam kereta for travel reading. Bakal lunyai sebab aku dah boring baca 1b, so aku keluarkan dari kereta utk bacakan kat rumah pulak. Hahaha
Siri buku Peter & Jane ni ada 12 siri kesemuanya di mana setiap sirinya mempunyai 3 set iaitu a, b dan c. Sebagai contoh, buku yg aku tunjukkan kat atas. Set tu adalah set 1a, b dan c. Set-set ini direka khas oleh syarikat & penerbitan yang memang master berpuluh-puluh tahun dalam arena ni dan methodnya memang proven! Kita boleh belikan buku tu untuk anak kita secara berperingkat mengikut umur dan tahap penguasaan pembacaan mereka, kerana semakin tinggi sirinya, semakin halus dan kecil tulisan dalam buku tu. Jadi, kita sebagai ibu bapa kena pandai memilih tahap yg sesuai dengan umur anak kita.
Buku 1b- Dah hampir lunyai dikerjakan dek si Qarissa. Nasib baik kulit depan keras & Qarissa memang tak pandai koyak buku. So lunyai sebab asyik bacaaaa jer ...Lotih mak nokss...:)
As for me, untuk Qarissa memanglah of course aku akan mulakan dengan 1a,b & c dulu. Walaupun nampak macam terlalu awal, but for me, its never too early pun, sebab Q menunjukkan minat yg sangat mendalam terhadap buku. Aku baru dapat tahu from a friend yg buku Peter & Jane ni digunakan dengan meluas di tadika-tadika untuk kanak-kanak belajar membaca. Aku rasa happy coz aku dah buat keputusan yang betul dengan menggunakan buku yang sama. Mungkin terlalu awal, tapi jika Q dah seronok (dan dah tunjukkan "kejaiban" nya membaca) kenapa aku nak berhenti pula kan???)
Buku 1c- Masih berstatus "anak dara" sebab tak pernah bagi Q buat lagi exercise dia. Tunggu dia pandai tulis baru leh bagi. Maybe another year lah kot yerk? Hehhee..
Memang aku tak nafikan, setelah beratus-ratus kali pembacaan dilakukan untuk buku ini setiap hari (dengan 5-6 kali ulangan MINIMUM dalam satu sessi), aku memang bosan tahap dewa utk bacakan tapi itulah namanya pengorbanan kan. Disebabkan terlalu bosan, aku cuba belikan pulak siri 2 untuk Q tetapi cuma buku 2a & 2 b sahaja. Tapi, nampaknya, Q masih belum bersedia untuk membaca siri 2. (Ianya lebih kepada aku sebab aku dah boring baca siri 1 tapi as i told uols, baby tak pernah bosan, Q prove it to me. Its really TRUE!!) Aku tak salahkan Q jika dia masih setia dengan buku 1a dan 1b, sebab siri 2 tuh, tulisan dia lebih kecil dari siri 1 dan halus sedikit, tidak setebal font di siri 1 (macam yg aku bgtau kat atas, sirinya mengikut peringkat & tahap penguasaan pembacaan anak kita). Mungkin sebab itu Q belum berminat. Walaupun aku tunjukkan dan bacakan pada dia, Q tetap mengambil buku 1a & 1 b dan meminta aku membacakan siri itu untuknya. Akhirnya, aku mengalah dan sedar yang siri 2 bukanlah siri yang terbaik untuknya buat masa ini (dalam usianya baru mencecah 1 tahun 5 bulan). Aku tahu, buku itu akan tetap menjadi favourite book Qarissa bila tiba masanya nanti.
1 a Book- Tulisan besar, jelas & ada gambar bewarna! Perfect!
Secara ringkas, buku siri "A" adalah asas bacaan dan medan untuk memperkenalkan frasa-frasa baru kepada anak kita. Buku "B" pula menekankan frasa-frasa yang sama dengan sedikit tambahan frasa baru tetapi dengan ayat-ayat yang berlainan. Ianya lebih panjang berbanding buku dalam siri "A". Buku siri "C" pula adalah untuk anak kita membuat latihan menulis sambil membaca. Ia amat sesuai sekiranya anak kita telah pandai menulis dan mengenal huruf & abjad A-Z (Ia juga adalah sebab utama kenapa buku siri 1c Qarissa masih cantik dan tidak "tercemar" berbanding 1a & 1b. Heheh). Buku ini juga memaparkan gambar-gambar yg berkaitan dengan apa yang diceritakan dengan warna dan lukisan yang menarik perhatian kanak-kanak.
Nampak jer menatang nih, Q terus sebut - Gog! Hehhee...
Yang paling bagus adalah pengulangan frasa-frasa ini SANGAT KERAP di dalam semua siri Peter & Jane ini. Pendapat peribadi aku, kekerapan pengulangan inilah yang menyebabkan kanak-kanak mudah membaca. Mungkin pada awalnya, ia akan kelihatan seperti mereka menghafal ayat-ayat dan frasa-frasa ini, tetapi lama kelamaan, ia akan menjadi seperti satu tabiat dan apabila mereka melihat sahaja frasa-frasa yang sama, secara automatik, mereka akan tahu apakah maksud dan ayat yg disebutkan itu. Frasa-frasa ini pula adalah yang sering digunakan dan sering didengar setiap hari. Maka, ia lebih memudahkan proses pemahaman kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, pengulangan frasa yg terlalu kerap pasti akan membuatkan kita bosan tetapi kita harus sedar yang buku ini bukanlah untuk kita, tapi untuk anak kita dan ia adalah sesuatu yang sangat-sangat bagus. Kerana pengulangan yang kerap inilah, Qarissa dapat menyebut beberapa frasa yang ada dengan hanya melihat buku dan tulisan-tulisan yang aku lakarkan di magic board nya.
Besar kan word dia! Puas baca, anak pun nampak jelas! Berulang-ulang lagi frasanya!
Dari segi harga, memang aku tak nafikan, ia agak mahal. Sebuah buku berharga RM 9.90. Ini bermakna, hampir RM 30 harus kita sediakan untuk melengkapkan satu siri koleksi Peter & Jane a,b dan c. Jika anda adalah ahli Popular @ MPH, mungkin diskaun sebanyak 10% akan diberikan. Baru-baru ni, aku dapat 20% diskaun untuk buku Peter & Jane siri 2a & 2b memandangkan aku ahli Popular Book Store. Sebagai ahli, diskaun yg diberikan lebih sedikit tetapi ada tempoh waktunya. Bukan selalu dapat. 10% tuh memang wajib lah cuma ada waktu-waktu tertentu, kita dapat lebih diskaun. Aku suggestkan para ibu bapa, jika ada terdengar Pesta Buku kat mana-mana, rajin-rajinlah jengah. Selalunya, warehouse akan buat diskaun kaw-kaw dan semua buku yg ditawarkan memang harganya sangat berbaloi. Buku Peter & Jane Siri 1a,b dan c tuh aku beli dengan harga RM 6 sahaja setiap satu. Ini bermakna hampir 40% diskaun yang diberikan! Memang sungguh berbaloi-baloi. Menyesal pulak tak beli banyak-banyak siri, sebab masa tuh, aku tak tahu yang harga buku ni mahal kat luar. First time aku nampak di warehouse Pearson & Longman. Bila belek-belek, rasa bagus, terus aku rembat siri yang pertama. Heheheh..
Ni lah page "bersejarah" tuh. Terkejut mak enon aku tetiba dia sebut "A Shop" bila terselak kat page nih! Hhehe..
Buku ni berkulit keras, tetapi dalamnya tidak. Memang ada potensi untuk dikoyak rabakkan oleh anak anda yang sukakan seni "koyak-mengoyak". Hehhee..tapi rasanya kalau kita latih anak kita menyayangi buku, the life spent of the book akan lama jugak. Alhamdulillah, Qarissa tak pandai koyak buku setakat ni, dia suka cium-cium jer buku tuh..Ada jugak masanya dia suka campak buku lepas baca, dan lepas tuh tgn kena ketuk! Sekarang, dia dah jarang buang buku lagi, kalau dia buang pun, dia sendiri akan ketuk tangan dia, hahahaha..tak payah tunggu aku ketuk. Nak tergelak aku tgk gelagatnya. Nak marah pun tak jadi marah bila tgk aksi dia pukul tgn sendiri!.
1b Book- Memang buku peberet Q. Kalau nak bg dia duduk diam2, tunjuk jer buku Peter & Jane nih, sure tak gerak2 dah. Hahaha..Tapi tu lah, dengan aku-aku sekali kena "melekat" sama! Hua Hua ..
Sebelum aku habiskan my product review today, aku nak tekankan jugak pada semua kawan-kawan, semasa buat reading session pada ur toddlers@ baby, jangan lupa to point to each word yang korang bacakan tu, tapi pastikan jari-jari korang yg gemok (hahahah) tuh tak menutupi perkataan-perkataan yg korang nak tunjukkan pada anak. Salah satu caranya adalah dengan baca sambil kita mengadap anak (bukan anak duduk dekat pangkuan kita). Bila kita mengadap anak, kita akan baca secara terbaliklah maknanya. Jari kita pula senang nak tunjuk words yang ada tanpa perlu menutupi perkataan yang ingin dibacakan tu. Kalau nak pangku anak, (sometimes aku suka jugak posisi nih), pastikan jari kita bawahkan sikit, supaya anak boleh nampak all the word dalam buku tuh.
1c Book- Selain membaca, ada juga ruangan untuk anak kita menulis.
1c Book- Ada sessi soal jawab & macam teka teki tekuk gitu..hhehe
Kalau anak dah pandai tunjuk-tunjuk, galakkan dia untuk tunjuk setiap perkataan yang kita baca. Dengan cara ni, kita dapat tahu yang anak kita memang paham apakah word yang kita baca dan dapat menunjukkan di mana letaknya word tersebut. Lebih bagus lagi, kalau anak dah pandai baca, suruh dia pulak bacakan untuk kita. Kita buat game "Play & Pretend". Kita pretend jadi anak murid, anak kita ajar kita. Mesti seronok kan! Dan anak kita akan bangga sebab dapat "ajar" maknya! So, kenalah korang berlakon jadi "kurenggg pandaiiii" sket depan anak. Buat-buat salah baca ker, tgk anak kita tegur tak pembacaan kita yg salah tu. Kalau dia tegur, kita buat-buat terkejut and say "Sorry teacher" dan pujilah anak kita tuh! Cakaplah yg dia pandai, bijak, clever, Little Einstein dan sebagainya! Mesti berbunga-bunga hati dia & of course, sessi pembacaan tu akan jadi lebih fun & berkesan!
1c Book - Once anak dah pandai tulis, this activity will help them to learn faster & more!
Bagi yang ada anak dalam lingkungan 2 1/2 tahun ke atas, yang mulut dah petah berkata-kata tu, sessi pembacaan bersama ni akan lebih senang & fun utk korang, sebab anak dah boleh ikut balik apa kita cakap. Memang aku sendiri dah tgk anak buah aku punya development. Aku paksa akak aku suruh beli buku Peter & Jane tuh untuk anak dia, lepas beli, anak dia excited sangat dan sessi mengejar membaca jadi mudah sebab dia dah pandai cakap. Sedangkan Qarissa yang belum pandai cakap pun aku latih setiap hari, akhirnya nampak hasil, apatah lagi anak-anak korang yg dah bijak bercakap. Mesti "kacang goreng" punyalah nak ajar dorang ni kan. Cuma kita perlu lebih kreatif dan inovatif sepanjang proses pembelajaran agar anak tak cepat bosan. Buatlah sikit games, bunyi suara atau apa-apa jer aktiviti yg related supaya anak korang rasa happy & tak sabar nak mulakan reading session everyday!
Hope that sharing aku kali ni bermanfaat utk para ibu bapa yang teruja utk lakukan yg terbaik for ur kiddos ok! Till then, c u in my next entry!!!
*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*
Happy To See My Baby's Development!