Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, February 26, 2010

DIY - Art Class @ Home..

Lepas 1st Art Class Qarissa @ Gymboree tuh, aku dah semangat nak belikan alatan lukisan & mmg plan nak buat kat umah. All this while, aku takut sket nak bg dia main water color. Takut sepah sgt sebab dia masih kecik, takut jugak dia makan-makan mender tuh + kalau dia conteng-conteng dinding nanti susah nak hilang .. Hahhaha.. My hubby concern sket pasal "ingredient"dalam water color tuh..dia takut anak dia termakan .. So, we all choosy sket lah .. Sebab tuh selama ni aku bg dia color pensil jer ...bg dia conteng2 kat kertas lukisan, to ekspress her feeling kononnya...:)

Lepas tgk her development in Art @ Gymboree Class tuh, 2 minggu gak we all cari peralatan untuk dia. Finally, jumpa gak kat Toy's R Us, againnnnn...barang baru sampai, sebelum ni takder tapi we all pernah dengar nama jer - product CRAYOLA. Sebelum ni, aku pernah ke POPULAR, staff dia ada sebut nama produk nih, katanya bagus & memang khas untuk budak2, tapi POPULAR tak amik lagi dari supplier nya sebab thiss company macam "banyak kelintat" sgt lah ..Hhahaha.. Aku tak pasti plak "kelintat" yg macam mana tapi kesimpulannya, produk tuh dah tak dijual lagi kat POPULAR. We all cari-cari tempat lain pun cam tak jumpa. Mungkin we all yg tak pandai cari kot. Hahhaha..

Nilah dia produknya. CRAYOLA. Ada byk jenis but we all beli yg ini!
Ada 6 color yang menarik & boleh pakai lama...

One day, lepas balik Gymboree, aku ternampak produk ni kat stall depan kelas Gymboree tuh, dah excited dah. Budget nak beli tapi before that, we all ke Toys R Us dulu, jalan-jalan cari barang untuk Q, sekali rupanya kat Toys R Us pun ada. Hehhehe..Baik beli kat Toys R Us, harga sama + dapat point coz we all member kan ..:) Harga CRAYOLA ni pun tak lah mahal bebenor .. Ok lah, aku rasa sesuai dengan kualiti dia. Dia ada banyak range of products, tapi buat masa nih, we all beli 1 product jer dulu, yg sesuai dengan umur Q. Beli banyak2 kang, wat rugi jer, Q bukan pandai lukis sgt ..Hahhaha... We all beli water color untuk Q. Ada 6 jenis warna. Harga dalam RM 29.90 jer. Memang takyah risau pasal kotor tangan ker, dinding ker, lantai ker.. memangSANGAT SENANG nak hilangkan. Rasa berbaloi sangat beli..:) Walaupun ada tulis "NOT FOR 0-3 Years Old", tapi aku personally rasa, kalau kita ada bersama anak sewaktu Art Class tuh, tak jadi masalah coz we can monitor our child kan ..:)

Mummy semangat sediakan peralatan Art utk Q! Hehhee
And the class begin....

@ Home, aku dah semangat dah prepairkan peralatan untuk Q mulakan Art Class dia. Kat Gymboree tuh, dia tak suka pakai apron, maybe besar sgt, tapi at home, bila aku bagi dia pakai apron (bukan apron sebenarnya, tapi bib plastik, besar jugak, muat2 utk dia), Q suka giler...excited dia tgk "apron" dia tuh. Hahahha..Aku sediakan tray plastik, letak kertas lukisan, letak water color dia, dan bg dia brush. Then, aku ajar dia conteng-conteng sambil nyanyi-nyanyi.. Suka jugak dia buat aktiviti tu..:) Dapatlah siapkan 2 kertas lukisan, pastu warna pun habis. hahaha.. Aku tak letak banyak-banyak warna, takmo bazir sebab ni 1st time Q try it @ home. Just nice lah, habis jer 2 kertas, dia pun takmo main dah . Wakakakak..

Anakku yg nampak semangat tapi sebenarnya penggeli..hahahhaa!
Baru wat class ART rambut dah bersepah-sepah ..Wakakka..

Tgn dia kotor gak terkena water color tuh, aku try nak cat tgn dia & tampal kat kertas lukisan, barulah aku notice si kenit nih penggeli rupanya!!! Macam Daddy dia! Hahhahaa...Terkemut-kemut muka dia bila aku cat tgn dia. Dia takmo dan tarik2 tangan dia. Aku rasa dia geli kat bulu tuh ...Sudahnya, tak jadilah projek aku tuh...Bila aku nak cuci tgn Q & tgn aku sekali, wah..sungguh mudah! Takder langsung kesan yang tinggal! Best lah kualiti CRAYOLA ni..Nak cuci lantai laminate aku yg terkena color pun senang sgt ..:)

Muka geli tgk tgn kena water color..
Sibuk nak buka plak water color tuh ..
Q: Iskkk..ketatnya ..camner nak bukak nih...

Overall, this activity is a fun one ... Sure we all akan buat lagi, hopefully dapatlah main seminggu 2 kali ker kan ..:) Leh ah tukar nama Q jadi Qarissa Da Vinci plak pas nih ..Wakakakaka...

Hasil kerja Qarissa Da Vinci...:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Happy @ Art Class,


Monday, February 22, 2010

@19 Months Age, Q Can Say & Read More Than 70 Words!

Alhamdulillah, diam tak diam, dah masuk 19 bulan usia anak kesayangan me & hubby, si Qarissa Einstein ni (suka panggil dia Einstein ...rasa comey jer ..hehehh). Cepat betul masa berlalu kan! Bila merenung kembali kehidupan aku sejak kehadiran permata hati ini, memang ia berubah 360 darjah. Me sendiri tak sangka yang aku akan berubah sejauh ini. Bukan maksudnya perangai aku berubah tau..hahaha...aku still lagi Watie yang kengkawan kenal dulu -becok, happy go lucky, cakap macam bullet train, dan peramah you....wkakaka...

Maksud aku tentang perubahan ialah tentang dunia baru sebagai ibu. Pelbagai situasi & rasa telah aku lalui sepanjang 19 bulan tu. Walaupun tak sehebat ibu-ibu lain yang mungkin cabaran & dugaannya berbeza, namun aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasa nikmatnya menjadi seorang ibu, menjaga anak dirumah, melihat perkembangan dirinya setiap hari, sentiasa disisinya bila diperlukan dan mengajar sendiri anak kesayanganku ini. Orang kata"homeschool". Yer, memang aku suka istilah ni dan sememang nya aku telah meng"homeschool" kan Qarissa sejak umurnya sehari di dunia. Dan aku telah melihat sendiri"kehebatan" seorang bayi yang mana "otaknya" sangat-sangat terbuka untuk menerima segala jenis macam maklumat. Bagilah apa sahaja, bayi ini pasti akan berjaya melakukannya. Qarissa telah mengajar aku sesuatu yang aku sendiri tidak tahu & tidak yakin pada awalnya. Terima kasih sayang ...:)

Inilah magic board PERTAMA Qarissa. Harganya cuma RM 5, beli kat pasar malam tapi sungguh berjasa pada aku & Q!

Dan, aku rasa tidak ada apa yang paling membanggakan bagi seorang ibu apabila anaknya berjaya melakukan sesuatu yang "jarang dilakukan" oleh kanak-kanak sebayanya. Dalam usia semuda 17 bulan, Qarissa sudah mula "membaca" perkataan-perkataan yang ditulis di atas magic boardnya dengan jelas dan dalam tempoh 2 bulan, tahu-tahu sudah lebih 70 patah perkataan yang boleh disebutnya! Masih terbayang di mata aku, sepupu kami datang ke rumah untuk membeli perfume, bila dia melihat "kebolehan" Qarissa, dia menjerit kesukaan dan berkata, "Wah, so scary ....tak pandai cakap lagi tapi dah pandai baca!!!!", sambil melompat-lompat kegembiraan. Yang lebih kelakar, Qarissa buat muka"blur" dan "pelik" bila melihat "auntienya" bertepuk tgn sambil melompat setiap kali dia"membaca". Aku rasa mesti dia pelik dan kata dalam hati, "Awatlah makcik nih hover excited setiap kali aku cakap nih...". Sudahnya, setiap kali habis satu perkataan, Qarissa akan tepuk tgn dan kalau kita tak tepuk sama, dia tak mau baca ayat seterusnya!!! Wakakakakaka... so demanding ini budak!!! Memang lucu tengok keletah Qarissa malam tuh...:)

Aku dapati setiap hari menjadi semakin mudah untuk aku mengajar perkataan baru kepada Qarissa. Dua tiga kali ulangan, Qarissa sudah boleh membacakannya sendiri bila aku menulis ayat baru tersebut di magic boardnya. Seperti ibu bapa lain, hubby aku juga meminta aku mengajar Qarissa huruf A-Z. Dia kata, sekarang anak seolah-olah menghafal perkataan yang aku tulis tersebut. Yer betul, aku tak nafikan, di permulaan pengajaran, memang anak kita nampak macam menghafal, itu juga yang dikatakan & diakui oleh Dr. Titzer, tetapi lama kelamaan anak akan mengenal pattern dan corak huruf seterusnya mampu membaca keseluruhan perkataan. Ini terbukti apabila terdapat beberapa perkataan yang tidak pernah aku tunjuk & tuliskan pada Qarissa, tetapi dia masih mampu membacanya bila aku menulisnya buat pertama kali. Memang aku terkejut & kagum pada mulanya, tapi lama kelamaan aku tahu yang Qarissa mula mengenal corak, patern, bunyi dan suku kata dalam perkataan yang aku tuliskan.

Magic Board Qarissa yang terbaru. Hadiah untuk my little einstein sebab menunjukkan peningkatan yg menakjubkan during reading session!
The box, board nya besar dan puas untuk kita tulis, high quality dan sangat lembut bila kita nak padam. Very smooth....

Daripada mengajar A-Z, aku lebih suka mengajar Qarissa Phonics kerana ia memang membantu mempercepatkan pembacaannya. Hubby terdiam bila aku kata, "Lagipun, apa yang anak u akan dapat kalau dia tau huruf A-Z sekalipun?? Dia boleh baca ker? Berapa ramai budak yang tahu huruf A-Z tapi still tak boleh baca? Sebab huruf-huruf ni kena digabungkan baru boleh membentuk satu perkataan..betul tak?". Walaupun aku rasa hubby cam tak puas hati jer , (wakakaka...Mummy degil kan ..) tapi dia terima pendapat aku sebab aku telah membuktikan sesuatu pada dia selama ni. Camne nak lawan cikgu kan ... selama ni cikgu yang ajar anak... Wakakakaka.....Daddy tukang tepuk dan bagi galakkan kan?? & he is so proud of her baby & keep saying, "Tengoklah anak sapa, sperm sapa.." Hahhahaa.....:)

Aku sentiasa berdoa agar Allah SWT akan mempermudahkan segala urusanku agar aku boleh terus mengajar anak kesayanganku ini, bukan sahaja Qarissa, tetapi juga anak-anak yang bakal lahir nanti. Aku percaya keikhlasan aku menjaga amanah Allah ini dan inginkan yang terbaik untuk mereka akan memudahkan segala-galanya. Insya Allah. Aku risau juga kalau satu hari nanti, aku tiba-tiba penat dan stop everything apa yang telah aku mulakan, mintak dijauhkanlah dari perkara sebegitu. Aku dah niat nak sediakan asas yang kukuh sebelum anak-anak aku masuk Tadika. Aku nak memudahkan kerja-kerja cikgu kat sekolah, sebab aku percaya - AKU ADALAH CIKGU TERBAIK UNTUK ANAK AKU...:)

@ the back of the box..
Qarissa yang suka berebut setiap kali nampak aku conteng2 kat board baru nih!

Setiap pencapaian Qarissa, apakah perkataan baru yang boleh diucapkannya, akan aku tulis dalam sehelai kertas bagi memudahkan aku memantau perkembangannya. Rasa seronok bila setiap hari, ada sahaja perkataan baru yang ditambah di kertas itu. Dah 3 kali tukar kertas dan yang terakhir, aku guna kertas lukisan, potong 2 bahagian dan rekodkan semua perkataan untuk memudahkan aku membuat revision dengan Qarissa. Sama seperti kanak-kanak lain, kadangkala, Qarissa moody dan tak mau membaca apa yang aku tulis di board. Dia setakat senyum dan berpaling ke arah lain. Kadang-kadang, lebih ekstrem - dia terus menolak board tersebut! Mungkin dia penat, malas atau mungkin juga dia rasa aku cuba mengujinya. :) Kadang-kadang, aku rasa kesian juga, terpikir juga, adakah aku nih "terlalu memaksa?" Orang kata, dah bagi betis, nak peha pulak yerk? Hehhehe.. Tapi nampaknya most of the time, Q happy sebab dia ingat itu game yang menyeronokkan. Dan aku pun membuat sessi bacaan tuh sesuatu yang happening dan dinantikan si "Einstein" tu. But, sebagai manusia biasa yang sentiasa khilaf dan tak pernah puas, kadang-kadang kita inginkan lebih lagi sampai terlupa yang Qarissa cumalah anak kecil yang belum pun sampai 2 tahun! Masih "belasan bulan" lagi. Masih banyak masa untuk aku melihat perkembangan dan keistimewaannya. Aku akan menantikannya dengan penuh sabar ...:)

The features yg ada dalam magic board ni. Human voice dia sgt jelas dan accent Englishnya sangat bagus.
Leka menconteng si kenit nih!

Up to date, perkataan kat bawah inilah yang Q dah pandai sebut, syukur alhamdulillah ...:) Kebanyakannya, memang dia sebut, ada yang siap buat actionnya sekali, ada yang hanya buat action sahaja. Setakat ni, aku dapat rakamkan 27 perkataan dalam 4 video yang berasingan, yang lain tu, kalau ada kesempatan, aku harap dapat rakamkan juga, aku nak buat kenangan sampai besar nanti ..:). Memang agak sukar bila anak kita dah mula pandai nak join tgk kamera skali, memang susah nak rakamkan aktiviti tuh, but i hope i can record it someday..:)

Words that Qarissa can say setakat entry ini ditulis ...:) Some of it, she will do the action...
1.Gogo
2.arms up (action only & lately i can hear she say "arm")
3.fish
4.sit
5.a shop
6.book
7.cat
8.kick
9.big
10.bird
11.key
12.chicks
13.mouth
14.shoe
15.shake (with action)
16.hair
17.bee
18.in
19.lion
20.feet
21.nose
22.pig
23.zoo
24.elbow
25.turtle
26.apple
27.hug
28.dog
29.ball
30.eat
31.ear (with action)
32.frog
33.eye
34.toes
35.teeth
36.tap
37.sleep
38.toy
39.cheeks
40.hand
41.bow
42.black
43.blue
44.pink
45.yellow
46.horse
47.cows
48pet
49.hi
50.open (with action)
51.please (with action - lawak sebab dah macam penari mak yong)
52.poo poo
53.read
54.igloo
55.walk (with action)
56.duck
57.is in
58.leg (with action)
59.no (with action)
60.yes (with action)
61.boy
62.girl
63.on top
64.bag
65.sun
66.hat
67.beach
68.jump (with action)
69.run (with action)
70.hop (with action)
71.point (with action)
72.clap (with action)
73.wave (with action)
74.head (with action)
75.fingers (action only)
76.bellybutton (action only)
77.octopus (the latest word, so cute dengan pelatnya menjadi "OPUS")
78.elephant ( the latest word, so cute dengan pelatnya menjadi "EPHANT")

Dan, sebagai menghargai apa yang telah Qarissa lakukan selama ini, aku hadiahkan dia dengan magic board baru!! Magic board yang korang nampak selama ni dalam video tuh adalah magic board pertama Qarissa, beli kat pasar malam dengan harga RM 5 sahaja!! Sampai retak-retak mender tu Qarissa kerjakan! Memang berjasa magic board tuh pada aku selama ni. Disebabkan magic board tuh dah lama, dan dah susah nak padam, asyik tersangkut-sangkut jer (yerlah, nama pun magic board murah, takleh nak expect kualitinya tinggi pulak kan ... dapat tulis dan anak dapat baca pun dah cukup baik...heheh), di tambah lagi sebab aku nak cari magic board yang lebih besar, sebab perkataan yang panjang-panjang susah nak tulis kat board kecil tu, berminggu-minggu jugak me & hubby cari. Memang ada kat Toys R Us tapi harga mak aiii... mahal siul! Sampai ratus-ratus satu board! Macam melampau sangat rasanya. Budget aku dalam RM 50 jer (tu pun lepas tgk harga semua mahal-mahal, kalau ikut hati, nak cari yg RM 10 kat pasar malam, tapi takder size yang besar ..hu hu...)

Ada butang, tekan sekali dia baca ABC, tekan lagi sekali, dia eja pulak...:)
Aik, ni tidur ker tulis nih nak oi? Hahhaha..

After few weeks, bila pergi lagi ke Toys R Us, ada produk baru sampai & salah satunya ialah Magic Board yang besar, siap dengan ABC- Sound & Spell dan yang bestnya, the sound & spell tuh clear sangat. Takder pelat cina, memang accent english yang bagus. Agak berat sebab kena guna bateri. Kualiti pun bagus. Tersangatlah smoothnya bila nak memadam. Terasa sungguh kualitinya. Memang puas hati. Harga pun boleh tahan, dapat RM 59.95. Tuh lah yang paling murah aku leh dapat. Hari tuh jugak aku belikan untuk Q! Happy Q dapat board baru. She keep on conteng-conteng kat board tuh, selalu gak dia berebut ngan aku sapa nak tulis dulu. Hahahhaa....Aku sengaja amik yang tulisan hitam walaupun ada jenis board yang ink color-color tapi bila aku test yang color-color punya board, tulisan tak nampak jelas macam yang ink hitam. So, aku pilih yang hitam jugak. Dan yang hanginnya, hari yang sama we all ke Jusco One Utama, aku ternampak board yang besar juga, cuma RM 29.90 sahaja!!!! Padahal dah pergi sebelum ni memang takder! Agaknya stok baru sampai. Hanginnya rasa. Nasib baik dia takder extra feature - Spell & Sound tu. Tak lah rasa bengang giler. In terms of quality, aku tak pasti pulak sebab tak try pun. Hangin katakan... ahhahahaa..

Ada 3 stampers jugak. Stamp ni susah nak tercabut sebab ada magnet dan susah nak terkeluar dr lubangnya tuh..so tak la risau dia hilang...:)
Round ..& round ..& round .... dia suka aku nyanyi lagu tuh sambil dia conteng2 dan gelak2 ..hehhehe..

Aku rasa tak rugi invest pada "education material" untuk Q sebab aku rasa itu pelaburan yang sangat berbaloi. Boleh guna lama & untuk adik2 akan datang juga (kalau jaga dengan cermat, heheh). Makin Q besar, makin banyak education material yang aku nak gunakan sebagai alat bantu mengajar @ home. And salah satu cita-cita aku yg belum tercapai, nak jadikan 2nd room sebagai "Q's Montessori". Tengah kumpul duit nak hias that room. Harap-harap sempat lah untuk we all hias bilik tuh sebagai hadiah hari lahir Q dan hari cukur jambul adiknya nanti. Insya Allah. Kalau tak sempat sekalipun, Mummy & Daddy tetap akan buat jugak that room sebab memang dah niat dalam hati. Satu malam aku tak leh tidur asyik pikir pasal bilik tu jer. Sampai adik Q in womb tendang-tendang non stop. Agaknya dia pun dapat rasa yang Mummy is so excited sampai takleh tidur. Hehehhee...

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Will do the best for my generation,

Saturday, February 13, 2010

Video 4 - Reading Session Yg Lawak From Q!

Hhahaaa..dalam banyak-banyak video yang sempat aku rakamkan, aku rasa video ni paling lawak..sebab anak aku dah macam Dolphin dah gamaknya..siap kena upah makan KFC lagik time wat reading session ..Hhahaha..

Actually, aku tak plan pun nak amik video nih..sebab tuh lah korang tgk mak Qarissa dah macam maid baru sampai dari Surabaya. Wakakka...malu haku noks... korang jgn pedulikan mak Q tuh hokay!! Sebenarnya, waktu ni dah malam. Si Qarissa ni tetiba suka makan Cheezy Wedges yg hubby beli. Dia punya excited makan sampai menangis bila tgk mender tuh dah habis. Siap buat expression terkejut sambil pusing2kan tgn nak bgtau hubby yang wedges tu dah habis...So aku terpaksa lah bg dia makan ayam KFC pulak sebab nak pujuk dia. Then tengah-tengah makan, tetiba aku terasa nak amik video dia tgh makan sambil wat reading session..idea weng tengah malam sebelum tidur namanya tuh!.

Yg lawaknya si Q nih, time tgh wat reading session tuh, leh plak nak ngada2 ngan aku. So cheeky. Aku nak tergelak bila dia tolak2 board tu takmo baca word ELBOW, sekali bila dah dapat ayam, terus sebut ELBOW, siap tunjuk elbow dia lagik..lawak ah anak Mummy nih...:)

Time word HUG pulak, lepas dia sebut that word, semangat nak tunjuk action sekali. Bukan main sakit perut aku dia tolak2 sebab nak hug aku...selalunya dia akan terus berdiri belakang aku sambil hug leher aku, kali ni tak dapat peluk dari belakang, habis perut aku dia tolak..Sakit hokayyy--dah lah tengah menegang baby lam perut ni!!

Tapi yg paling best bila dengar dia sebut TURTLE! Accent yang sungguh poyo hokay! American accent lah kononnya .. tak mainlah bahasa baku2 cam kita nih..slang tak tahannn...hover anak MUMMY! Memang semua org suka dgr dia sebut TURTLE tuh. gedik gilossss... Wakakaka...

Pastu pulak, time HAND, dia nampak pulak Daddy dengan camera, teruslah jadi "mission failed". Takmo dah dia baca, siap tolak2 lagi board tuh, nak gi kat Daddy ..hehhehe..comey ah anak Mummy nih ..:) Sakit siut perut haku bila dia sibuk nak pijak perut aku utk pergi kat Daddy tuh!


Kali nih, words yang sempat dirakamkan dalam VIDEO tak sengaja tengah malam ni ialah: HAIR, ZOO, ELBOW, TURTLE, APPLE & HUG..:)

Q oh Q, ko lah buah hati Mummy & Daddy!!! Good job Darling!!!

Qarissa @ My Sweet & Smart Dolphin!!


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Proud Of My Baby,

Tuesday, February 2, 2010

FREE Balancing & Stimulation Activity For Your Toddlers!

Hmmm...dah lama rasanya tak share pasal education & activities kat blog ni kan..sejak blog education Q dilancarkan ..so kali nih, aku plan nak masukkan this video to both blog..:) FYI, ni lah aktiviti yang aku suka buat bila datang hangin baik aku nak main2 ngan Qarissa something different...FREE dan menyeronokkan sungguh!! Video ni kalau korang tgk baru sikit jer tau! Ni pun masa aku tgh sarat ngandung nih ha .. Dalam pada tak larat nak bawak perut tuh, demi anak kesayangan aku nih, aku gagahkan jugak tarik mender alah nih ha .. hahahaha.. Pengorbanan seorang ibu namanya ..Bila Q senyum, gelak dan bertepuk tangan, hilang lelah aku!. Aku tak leh lupa bila aku ajak dia main this game, dia punya lah suka Ya Rabbi...gelak sampai hilang sore hokay! Punyalah suka....Bila aku stop, dia tarik2 selimut tuh suruh aku tarik lagik! Mengah dah aku, sudahnya si Nor yang sambung main ngan dia ...tapi Nor kata dia tak pandai nyanyi...Wakakak..Aku plak kata, "Ko belasah jer Nor lagu hapa pun, janji ada bunyi dan ko tarik jer dia .." Hahhaha....

Actually this game & activity adalah untuk balance body anak kita. Kita boleh mulakan this game bila anak kita dah pandai start duduk. Its very good sebab dari aktiviti nih, anak kita akan belajar cara nak imbangkan badan dia walaupun kita tarik selimut tuh keliling living room. From time tu time, stimulasi dari aktiviti ni dapat bantu anak kita seimbangkan badan dia dengan lebih baik. Tak kesahlah bila jalan ker, duduk ker, lari ker, they can control balance their body. Lagipun, mender ni FREE dan boleh gunakan equipment yang ada kat umah jer. Further more, secara tak langsung, dapatlah kita stimulatekan otak anak kita sebab dalam masa yang sama, dorang juga akan berfikir cara2 utk balancekan diri dengan lebih baik from time to time..result guaranteed nih! Hahhaha..


Korang cuma perlu ada sehelai selimut yang agak besar so korang leh tarik selimut tuh keliling living room. Letak anak masing2 kat atas selimut tuh, pastu korang tarik selimut tuh keliling sambil nyanyi lagu2 yg dorang suka. Apa lagu pun tak kesah janji mesti buat dengan intonasi yang excited & happy!. Jgn korang kuarkan lagu sedey dan tangkap leleh plak...tak jadi beb! Hahah..Manalah tahu korang nak nyanyi lagu "Sepohon kayu daunnya rimbun" plak kan..Wakakakak...

Pas habis satu rangkap, korang stop dan kasik gegarrrrrr itu selimut!!! Macam dalam video nih lah kan ...Dengan suara yang excited...mesti anak korang suka. Jangan jadi cam hubby aku, dah lah penakut nak tarik selimut tuh (takut naaa anak dia jatuh...) pastu bila aku suruh stop, dia stop jer tanpa buat apa2 aksi yang excited! Hampeh sungguh..Anak aku tu pun diammm jer lah kan ..dah apaknya tak bg respon yg happy kat dia ..cian anak Mummy! Memang Daddy ni takder tokoh bukak Nursery lah! Hahahahahhaa....Bila aku buat, baru lah dia mengekek-ngekek kesukaan..Hehheh.. memang kerja2 gini aku rasa mak yg sesuai buat lah kot ...Korang rasa camner? Agak2 hubby korang nak tak wat aksi giler2 ngan anak? Hahahhaa...


Korang boleh ulang activity ni selagi anak korang suka dan selagi korang tak pengsan kekejangan akibat kepenatan melampau! Hahahaha...kalau korang ada anak ramai, leh ah suruh abang tarik adik dia...tapi jgn laju2 plak, mau tergolek "dog" anak korang tuh kang ..aku takmo bertanggungjwab plak nanti..hahahahah.. Tarik selimut tuh agak2 lah, makin anak korang pandai balancekan body, makin lajulah korang tarik..kalau tergolek pun, anak korang still pandai balance dan bangun balik tanpa nangis ..Just like Qarissa.... Aku suka betul tgk bila aku tarik dia laju2, she managed to control her body balancing ...Hhehehe..ada can lah jadi gimnas nih yerk!(tapi aku tak suka anak aku terkangkang2 atas pentas ..hahahahah) dan satu dunia tgk..Hahah..Segan jer weiii...

Kaylah, aku harap perkongsian kali ni membawa manfaat pada semua kengkawan blogger yg melawat blog Q nih ..:) Happy trying ..Sure korang akan seronok cam aku jugak! ..Hhehee...meh kita layan video nih & korang leh tiru this aktiviti ok!

Fun activity for your toddlers!

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Aku yang giler2 remaja ..