Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, December 30, 2011

GBOB On Media: Kisah Mama @ Majalah PaMa Januari 2012.

Salam Akhir tahun buat semua!. Waduhhhh.. teruknya sibuk saya ni ha ...! Satu entry dalam sebulan jer yg saya mampu buat dalam bulan December nih? Aduiii... Bila saya jenguk blog sendiri, rasa kesian pun ada. Hahahaha... Awatlah lompong jer takder entry Watie oi... hu hu ..sadis btol lah ..dari hari ke sehari nak capture gambar bilik Montessori Apparatus yg ada kat bilik anak2, tapi tak sempat2. Insya Allah, azam tahun baru nanti, saya nak amik gambar tuh suma, pastu cari masa untuk membebel dan bgtau kegunaan suma barang2 tuh ok? Ramai yang tunggu dan minta, saya tahu, tapi sorry lah sgt .. saya kesuntukan masa sebenarnya. Banyak sgt yg saya kena buat sebagai persediaan menyambut tahun baru. Kapasiti saya sebagai guru, usahawan, isteri dan ibu sememangnya menuntut perhatian yang bukan sedikit. Kelam kabut dibuatnya. Dengan anak kecil yang juga perlukan perhatian lebih, dengan Daddynya yang juga nak perhatian (ekekekke....) tak cukup tangan saya dibuatnya .. Tapi saya suka juga kesibukan ini, menyedarkan saya yang hidup ini sgt singkat untuk kita asyik mengeluh dan merungut. Melihat anak-anak saya membesar bagai johan dengan bijak dan bergurau senda sesama mereka membuatkan saya rasa sangat bahagia menjadi ibu mereka. :) 

Apa yang saya nak kongsi di hari Jumaat, Penghulu segala hari di akhir tahun tahun 2011 nih? Saya nak kongsikan dengan anda semua kisah saya yang sudahpun diterbitkan di Majalah PaMa keluaran Januari 2012. Dah ada dipasaran pun kisahnya. Excited sungguh bila tgk gambar-gambar yang sungguh cantik tuh! Comel sungguh Zayra dan Qarissa dalam Majalah tu. Saya secara peribadi nak ucapkan terima kasih pada Kak Ita dari Majalah PaMa yang sudi menemuramah saya untuk ruangan KISAH MAMA. Saya rasa terharu dan rasa dihargai bila saya dipilih untuk  menjadi personaliti dalam Kisah Mama yang pertama untuk tahun 2012 nih. Semoga ianya menjadi batu tanda positif dalam hidup saya di tahun 2012 nanti. Insya Allah, Amin. :) 

Untuk siapa yang belum beli Majalah PaMa bukan Januari 2012, bolehlah cepat2 beli yer. :) Gambar baby Aisy yg comel sesangat tgh lena diulit intan! Heheheh.. Ni dia muka depannya. :) 

Majalah PaMa edisi tahun baru 2012. Comel kan baby ni? :) 

Dan, jangan lupa selak muka surat 66 dan 68 untuk baca KISAH MAMA a.k.a kisah saya dan anak-anak yer. Semoga ia memberikan semangat dan inspirasi pada mereka yg sedang mengandung dan ada anak kecil :) Insya Allah. Untuk anak-anak murid Teacher Watie, memang wajib kena beli, kalau tak dapat datang kelas tuh @ lama tak jumpa Teacher, Mommy leh tunjuk muka cun Teacher Watie, manalah tahu anak leh happy sikit kan? Hahhaha.. Teacher Watie ada kt umah kekdahnya! Ekekekke...

Ms 66, KISAH MAMA @ Majalah PaMa Jan 2012

Ms 68, KISAH MAMA @ Majalah PaMa Jan 2012

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 pada semua pembaca setia blog Genius Baby On Board dan Genius Qarissa. Semoga tahun baru ini akan memberikan seribu satu rahmat buat kita dan seluruh keluarga. Saya secara peribadi ingin meminta ampun dan maaf jika selama saya berurusan dengan anda semua di tahun 2011 ini, ada yang rasa kurang senang, tidak puas hati atau apa sahaja rasa yang negatif dan tidak enak ketika kita berurusan. Semoga saya dan perniagaan ini akan menjadi lebih baik di tahun 2012. Insya Allah. Amin. Selamat bercuti semua. :) *hugs and kisses*


post signature

post signature

Friday, December 2, 2011

Pengakuan Saya: Akulah Yang "Mencacatkan" Anakku!

Anak ini anak yang bertuah. Anak yang mengajar aku erti satu ketabahan, erti satu kesabaran, erti satu kekuasaan, erti satu harapan. Melalui anak yang dikurniakan Allah SWT ini, aku belajar sesuatu yang mungkin tidak pernah aku kisah selama ini, yang mungkin aku alpa selama ini. Jika tiada anak ini, mungkin aku akan terus melayan anak-anakku seperti mana aku melayan anak sulungku dahulu. Mungkin aku tidak akan berubah, takkan pernah berubah! Aku akan terus mengikut arus semasa dalam membesarkan anak, yang aku rasakan itulah cara sebaiknya dalam proses mendidik dan membesarkan mereka. 


Kerana terlalu inginkan Zayra ku berdikari dan tidak malu dengan keadaan tangannya, sejak lahir lagi, aku sudah menanamkan sifat berdikari dalam dirinya. Mungkin nampak kejam, aku akui memang hatiku "kering" dalam proses membesarkan Zayra. Tiada istilah "kesian" bila dia jatuh, tergolek atau sukar untuk mengimbangi badannya ketika merangkak dulu. Jika ada pun perasaan itu, cepat2 aku buangkan dari dalam lubuk hati dan apa yang terkeluar cumalah, "Its ok Zayra, I know u can do it! Come baby! Dont cry!" dengan muka selamba tanpa terkocoh-kacah membantunya menstabilkan diri, seolah-olah tiada perasaan kasihan sedikit pun! I call it "Taliban Style". Dan, apabila aku melakukannya hari demi hari, ternyata satu tembok kekebalan yg kukuh semakin menebal di hati ini, sehingga aku rasa seolah-olah Zayra ini tiada langsung kekurangannya. Sampai satu tahap, walaupun aku rasa sesuatu perkara itu mustahil untuk Zayra lakukan dengan kekurangan yang ada pada tangannya, aku tetap membiarkan sahaja kerana ingin melihat bagaimana Zayra "menyelesaikan masalah itu". Yer, dengan hati kering, tanpa perasaan kasihan atau cuba membantu! 

Seboleh-boleh dia mahu makan sendiri, tidak mahu saya memegang sudunya!

Semuanya aku lakukan kerana aku tidak mahu Zayra merasa "kasihan" pada diri sendiri, mengharap pertolongan orang atau merasa rendah diri. Yer, betul, dia anak perempuan, yang akan membesar menjadi seorang remaja dan wanita. Tangan kanan adalah tangan yang besar maknanya terutama dalam masyarakat Melayu yang penuh dengan adab sopan dan tatasusila. Mungkin sekarang Zayra masih tidak mengerti akan kekurangan tangannya itu, akan tiba satu masa dia akan bertanya mengapa dan kenapa  ianya berlaku terhadap dirinya, mengapa tangannya berbeza dengan kakaknya dan orang lain, dan aku harap, pada saat itu, aku akan bersedia menjawab segala persoalan anakku. Walaupun dengan deraian air mata, aku akan menjawap soalan itu dengan penuh kasih sayang serta motivasi untuknya meneruskan kehidupan harian tanpa rasa malu dan rendah diri. 

Aku dapat rasakan yang "Taliban Style" yang aku tanamkan dalam hatiku secara perlahan-lahan telah pun meresap masuk dalam hati Zayra juga. Dalam tempoh 19 bulan hidupnya, sehingga entry ini ditulis, Zayra sememangnya penuh dengan kejutan. Tidak malu aku katakan, dalam sesetengah perkara, Zayra sememangnya lebih advance dari kakaknya Qarissa, yang membuatkan aku terfikir satu perkara - "Adakah kerana cara layanan aku yang berbeza untuk kedua-dua anakku membuatkan Zayra menjadi seperti yang aku lihat sekarang? " - Sangat berdikari, tidak mahu dibantu dan mahu melakukan semuanya sendiri selagi mampu. Ia cuma mengambil masa 1 tahun untuk aku lihat perbezaan yang sangat nyata terhadap kedua-dua anakku dari segi "kemandirian", yang menyebabkan aku duduk termenung memikirkan adakah ini kerana cara asuhan yang berbeza? Dan, dengan hati yang berat, aku terpaksa mengakui, sememangnya cara asuhan yang berbeza itulah yang membuatkan aku dapat melihat 2 karakter yg berbeza dalam diri anak-anakku. Ya! Aku..akulah yang membentuk siapa anak2 ku dalam tempoh 3 tahun dan 1 tahun ini. Kalau ada orang yg harus dipersalahkan, maka akulah orang itu! 

Dengan tangan kiri inilah, segala-galanya dia lakukan sendirian. Walaupun susah, walaupun payah, Zayra tidak pernah mengalah!

Aku bersyukur kerana menyedarinya dalam tempoh awal kehidupan mereka dan masih belum terlambat untuk aku mengubah situasi ini. Kerana itu, aku seharusnya bersyukur dikurniakan Zayra, kerana tanpa Zayra, mungkin aku akan masih bersikap seperti dulu - Terlalu memanjakan, Terlalu sayang, Terlalu takut, Terlalu berjaga-jaga dan Terlalu melindungi hingga semuanya harus di kawal, semuanya tak boleh, dan hampir kesemuanya aku akan cuba lakukan untuk Qarissa. Itu lah aku sejak kelahiran Qarissa! Aku JARANG SEKALI MEMBERIKAN PELUANG pada Qarissa untuk melakukan apa-apa aktiviti dengan sendiri walaupun dia boleh melakukannya. Sesiapa yang pernah mengikuti kisah hidupku & anak-anak pasti pernah membaca entry yang aku tulis, meluahkan rasa risau dalam proses pembesaran Qarissa satu ketika dulu. Bagaimana kami suami isteri terlalu "over-protective" dan terlalu berjaga-jaga dalam semua segi demi memastikan kondisi Qarissa di tahap yang baik. Sungguh tidak aku sangka, proses membesarkan Zayra dengan "Taliban Style" telah membuka satu lembaran baru dan seterusnya menyedarkan aku yang aku seharusnya melayan Qarissa dengan cara yang sama dan bukan dengan cara yang aku lakukan selama ini! Terima kasih Zayra Sayang, kalau tiada Zayra, atau jika Zayra lahir dengan normal tanpa ada kekurangan di tangan kanan itu, mungkin Mommy masih lagi melayan kamu dan kakak seperti mana yang Mommy lakukan sebelum ini. Mommy tak malu mengaku yang Mommy "sedikit silap" kerana tidak memberikan kakak Qarissa peluang yang sama seperti yang Mommy lakukan pada kamu. 

Ketika melihat perbezaan karakter pada kedua-dua anak saya, saya bermonolog dengan diri sendiri. Satu persoalan yang saya tanyakan pada diri saya, yang menyebabkan saya tersentak seterusnya rasa amat bersalah pada Qarissa, dan dengan serta merta saya berazam untuk mengubah keadaan ini secepat mungkin- "Watie, mengapa kau melayan Qarissa seperti dia CACAT sedangkan kau melayan Quzayra seperti dia anak yang NORMAL SERBA SERBI?" Ya Allah!! Sungguh saya sendiri terkejut  dan terpana dengan persoalan yang saya tanyakan pada diri sendiri itu kerana saya sememangnya melakukan perkara tersebut!! Saya melayan Qarissa seolah-olah dia tiada tangan!:- Saya @ Nor (maid saya dahulu) suapkan dia makan walaupun dia boleh makan sendiri sebab saya takut nasi jatuh & bersepah, saya rasa dia tidak pandai pegang sudu, saya kemaskan mainannya walaupun dia boleh kemas sendiri dengan bantuan saya, saya tak bagi dia pegang pensel warna selalu kerana saya takut ianya tajam dan akan tercucuk pada mata anak kesayangan saya, saya tak bagi dia marker kerana saya takut dia masuk mulut, saya pastikan maid saya ikut Qarissa ke mana sahaja jika kami keluar shopping dan pastikan dia tidak jatuh sebab saya takut kuman akan mudah hinggap di tubuh badan Qarissa, saya tidak suruh dia bukak seluar @ bajunya sendiri sebab saya rasa dia tak pandai lagi, saya pakaikan kasutnya setiap kali kami keluar tanpa sedikitpun meminta dia cuba belajar memakainya sendiri sebab saya takut kotoran di kasut tersebut melekat di tangannya malah banyak lagi yang saya sekat hanya kerana saya takut sesuatu yang tidak baik berlaku pada anak kesayangan saya! Teruknya saya sebab memandang rendah pada kebolehan anak sendiri! Takutnya saya sehingga tanpa saya sedar, saya sebenarnya telah menyekat anak saya dari meneroka persekitarannya! Tapi kenapa dengan Zayra semuanya boleh? Semuanya ok? Adakah kerana Zayra ada kekurangan @ dalam bahasa mudah - CACAT - yang menyebabkan saya cuba "menormalkan" anak saya? Kenapa saya bagi peluang itu pada Zayra dan tidak pada Qarissa? Ya Allah! Sungguh saya rasa bersalah bila memikirkan yang selama ini, saya berlaku tidak adil pada Qarissa. Tanpa saya sedari sayalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab "MENCACATKAN" anak saya QARISSA yang kelahirannya normal! Qarissa anak yg sangat bijak malah membanggakan saya sekeluarga dengan kebolehannya membaca di awal usia kerana SAYA MEMBERIKAN PELUANG itu padanya, tetapi tanpa saya sedari, SAYA SENDIRI YANG MENUTUP PELUANGNYA dari segi yang lain pula. Saya sangat bersyukur kerana saya cepat sedar dan masih tidak terlambat untuk saya mengubah keadaan ini. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana saya boleh memberikan dan menceritakan pengalaman ini kepada anda semua untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. 

Zayra akan menggelengkan kepala bila sayu mahu memegang sudu itu, saya ingatkan dia tidak mahu makan, rupanya dia tidak mahu saya bantu! Dia mahu pegang sendiri!

Menyesal? Tidak ada gunanya saya menyesal. Saya akan lebih menyesal jika saya tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan, ego dan tidak mahu mengakui kelemahan dan kekurangan diri saya sebagai insan biasa yang juga ada salah dan silap. Sekurang-kurangnya saya cepat sedar dan kemudian berusaha memperbaiki keadaan. Saya masih belum terlambat dan Alhamdulillah, Qarissa dapat menerima perubahan itu walaupun agak memberontak pada mulanya. Siapa yang tidak marah jika selama ini dilayan bagaikan Puteri Kayangan, dan apabila sudah mula pandai demand, sudah biasa berada dalam kesenangan, secara tiba-tiba semua keistimewaan itu ditarik semula? Saya bersyukur kerana Qarissa dapat menerima perubahan itu dengan positif malah lebih gembira sekarang. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya bila anak kesayangan saya sudah pandai berdikari. Sudah pandai memakai dan membuka kasut sendiri dan bukan itu sahaja, mengambil kasut tersebut dan berkata pada dirinya sendiri, "Put on the rack!" sambil meletakkannya di rak kasut. Dengan aplikasi Montessori yang saya lakukan di rumah, saya dapat lihat kesannya dalam tempoh waktu yang sekejap. Kerana itu, saya sangat menghargai kaedah Montessori. Ia memberikan satu sentimental value pada saya. 

Saya sering memandang sesuatu yang berlaku itu secara positif, dan cuba menyampaikan pada pembaca saya juga secara positif. Saya tidak menyalahkan diri saya 100% kerana sememangnya pengalaman mendewasakan kita. Pertama kali menjadi ibu, saya tiada pengalaman, tiada cara yang benar-benar berkesan dalam mendidik anak mengikut acuan sebenar. Malah, buku yang terlaris dan terhebat juga pun belum tentu mampu memberikan kita panduan yang terbaik dalam mendidik anak. Kita dan anak bukan robot, yang apabila ditekan suisnya, akan mengikut segala apa yang kita inginkan. Sememangnya guru yang terbaik adalah pengalaman kita sendiri dan kesediaan kita UNTUK BERUBAH dan MENCUBA TEKNIK- TEKNIK yang kita rasakan berkesan dari masa ke semasa. Saya rasa bertuah kerana melalui pengalaman hebat ini, yang memberi pengajaran yang besar pada saya, yang kemudiannya dapat saya gunakan untuk sama-sama berkongsi dengan anda semua terutama pada ibu-ibu muda yang pertama kali menjadi ibu. 

Saya masih ingat, betapa rakan-rakan yang yang pertama kali melihat Zayra memegang cawan kaca satu ketika dahulu, ketika saya makan malam di Chili's, kagum sungguh dengan kebolehan Zayra mengguna kedua-dua tangannya. :) 

Nasihat ikhlas  saya, berilah PELUANG itu kepada anak anda. Jangan sekat penerokaan mereka hanya kerana anda MALAS INGIN MENGEMAS, anda rasa BELUM SAMPAI MASANYA LAGI, anda TIDAK SABAR MENUNGGU, anda TIDAK SANGGUP MENDENGAR JERITAN & TANTRUM mereka, anda TERLALU OVER PROTECTIVE dan 1001 ALASAN yang menyebabkan anak anda tidak dapat meneroka persekitaran mereka sehabis baik. Saya sering juga berborak dengan para ibu bapa yang datang ke kelas Playgroup, menceritakan kerenah anak masing-masing dan saya dapati hampir kesemuanya mempunyai jalan cerita yang sama. Alasan-alasan di atas seringkali diguna pakai dalam membesar dan mendidik anak. Saya sudah melaluinya, terus terang saya katakan, - UBAHLAH KEADAAN INI jika anda mahu melihat yang TERBAIK dalam diri anak anda. Contoh mudah: Ramai ibu bapa malu bila anak buat perangai di shopping complex, berguling-guling di lantai bila tidak dapat apa yang mereka inginkan. Akibat malu dan tidak mahu mendengar jeritan anak, cepat sahaja Mommy @ Daddy memenuhi permintaan anak asalkan mereka diam, terutamanya 1st time parents. Betul tak?? Tanpa anda sedari, anda yang memberikan PELUANG dan JALAN untuk anak "menguasai" anda. Percayalah, mereka akan selalu sahaja melakukan perkara itu lagi & lagi setiap kali kehendak mereka tidak dipenuhi kerana "cara itu berjaya!" Siapa yang turut sama-sama "menjayakan" cara tersebut kalau bukan anda??

Sama juga untuk kes-kes anak tidak mahu @ lambat bercakap, atau cepat marah bila kehendak mereka tidak dipenuhi. Keep on throwing things atau menjerit-jerit dan menangis-nangis bila sahaja mereka tidak puas hati. Saya faham, sebagai ibu, kita cepat faham apa yang anak kita mahukan. Hanya dengan mimik muka dan gestures sahaja, anda sudah faham apa yang anak inginkan. Anak kita tidak perlu bersusah payah memberitahu kita apa yang mereka inginkan kerana tanpa memberitahu kita sekalipun, kita tetap akan faham, betul tak? Jadi, untuk apa mereka bercakap @ bersusah payah mengeluarkan suara kalau "tanpa suara" sekalipun, mereka boleh dapat apa yang mereka inginkan? Inilah PELAJARAN berharga yang saya belajar dari anak saya Qarissa. Saya akui, saya kasihan juga dengannya kerana "she learned it the hard way". Selepas dimanjakan begitu lama, saya tiba-tiba menjadi seorang ibu yang tiada belas kasihan, tiada perasaan dan menggunakan kaedah "Taliban Style", kaedah yang sama, yang saya gunakan terhadap Zayra semata-mata untuk melihat anak saya berubah menjadi lebih baik. Niat saya hanya satu, I really need to fix this! I made mistakes, I admit it, and I want to change it the best way I can. Saya mahu menebus kembali kesilapan saya dulu. Memang sukar pada mulanya, apatah lagi suami saya seorang yang sangat protective dan terlalu menyayangi anaknya. Saya harus membuktikan yang kaedah saya berjaya, barulah saya dapat memujuk suami untuk sama-sama berganding bahu dan tenaga mengaplikasikan teknik ini. Saya masih ingat, saya memberi ceramah PERCUMA pada hubby dalam usaha "menghasut" beliau untuk sama-sama "tegas dalam kelembutan" dalam mendidik Qarissa. Saya beritahu hubby, Qarissa sangat bijak dan pandai memanipulasikan orang disekelilingnya untuk mendengar apa yang dia mahukan. Tetapi apabila dengan saya (tanpa Daddynya), Qarissa menjadi sgt independent, pandai bawak diri, boleh dikatakan berdisiplin dan sungguh mudah untuk diuruskan. Berbeza sungguh bila Daddynya ada! Bila suami saya melihat perbezaan tingkah laku Qarissa dari hari ke hari, barulah suami turut sama mengaplikasikan teknik tersebut dan alhamdulillah, kini Qarissa menjadi semakin baik dari hari ke hari. Dia tahu yang saya dan Daddynya sudah dapat "menguncinya" dengan cara kami sendiri. Qarissa masih lagi manja seperti dahulu, sikit-sikit Daddy, sikit-sikit Daddy tetapi semuanya terkawal dan tidak lagi melampau seperti dulu. :)

Tekun makan dengan penuh selera. Walaupun banyak yg tumpah dari masuk ke mulut, saya dapat rasakan Zayra puas kerana itu hasil usahanya sendiri!

Seperti juga kes-kes sepah-menyepah barang permainan, bila anak bermain, sudah tentu lah bersepah satu rumah, kita jadi penat dan cepat sahaja marah, terutama bila kita penat bekerja dan balik rumah, anak buat perangai, mengamuk-ngamuk dan sepah2 barang sambil menangis inginkan perhatian kita. Sudah tentu kita tension dan cepat sahaja naik darah. Kita tidak sabar dan cepat-cepat mengemas barang2 tersebut tanpa langsung memberi peluang anak kita mengemas sendiri selepas bermain. Kita tidak sabar menunggu mereka mengemas kerana lambat, kita dah penat dan kita nak cepat-cepat selesaikan pekerjaan itu hingga kita lupa, yang kitalah sebenarnya yang mengajar anak kita menjadi "mua" atau dalam bahasa yg tidak sedap di dengar - "pemalas". Agak kasar bunyinya, tapi itulah yang saya rasakan bila saya menyedari kesilapan saya. Saya masih ingat, ketika saya cuba mengaplikasikan teknik ini, memang ia sungguh mencabar kesabaran saya, apatah lagi saya memang kurang sabar dan pemarah orangnya. Kalau tak sabar, mau makan pelempang juga anak saya tau! Huhuhu..ganas jugak mak Q ni yerk! Hahahaha.. Tapi saya cuba coolkan diri sehabis boleh, dengan muka tiada perasaan, saya pandang Qarissa dengan perasaan kosong dan berkata dengan penuh confident, "It's ok Qarissa, you can cry here all night! Mommy can wait! Dont worry Darling, keep on crying until you feel like taking the things you throw and say sorry!" Saya tidak sekali-kali memberikan Qarissa peluang untuk dia menguasai saya, walaupun saya penat dan rasa ingin mengalah sahaja, tapi saya cekalkan hati & keep on telling myself, that this  will work! Dan seperti yang diduga, selepas penat menangis, mengamuk dan melepaskan perasaan marahnya kira-kira 45 minit, Qarissa mengutip barang yang dilemparnya kemudian datang dan meminta maaf pada saya. Yer, 45 minit saya berdiri dan buat muka toya depan dia, langsung tak berperasaan dan tidak memandang ke matanya bila dia cuba memanggil saya semata-mata untuk membaling barang bagi melempiaskan rasa marah! Yes Mommy & Daddy, our child can be very manipulative and we must know how to handle that kalau tak nak anak kita memanipulasikan kita. Bila Qarissa tahu yang tekniknya tidak menjadi setiap kali dia cuba lakukan, akhirnya dia mengalah dan secara perlahan-lahan, mengubah sikapnya mengikut kehendak saya & hubby. Sudah tentu ada "give & take" dalam proses penyesuaian dan perubahan ini, tetapi dari hari ke hari, ianya semakin mudah kerana stage yang sukar itu sudahpun saya lalui dengan jayanya. Tidak saya nafikan, ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kekeringan hati yang maha hebat! Hahahaha.. Lucky me sebab saya ni SOHO Mom orang kata, jadi saya ada masa nak tunggu 45 minit (tanpa duduk! Berdiri sahaja!) melihat tantrum anak saya dalam bilik! Selagi tak kemas, selagi tak mintak maaf, kita duduklah sama-sama dalam bilik sampai lebam! Hahaha..Saya faham kalau Mommy2 yang bekerjaya tiada masa untuk menunggu selama itu kerana terikat dengan beban kerja tetapi jika boleh, lakukanlah jika anda masih belum menemui cara berkesan dalam membantu anak menjadi lebih baik dari segi sikap & tingkah laku. 

Haruslah saya ingatkan juga, ia agak sukar dilaksanakan kalau tiada mutual understanding di kedua-dua belah pihak. Isteri nak buat, hubby tak sanggup atau sebaliknya. Jika belum bersedia, pastikan anda bersedia dr segi mental dan fizikal dahulu. Sebab, jika salah seorang tidak setuju, agak sukar nak laksanakan sebab time anak tantrum @ mengamuk, Mommy nak cuba bertegas tapi Daddy tak tahan dan cuba pujuk anak. It can get worst, I must let u know earlier. Anak akan dapat msg yang salah sebab dia rasa ada orang cuba backing dan sokong apa yang dia lakukan. Sebab tuh, Watie awal-awal dah bgtau hubby, kalau apa yang saya buat masa anak mengamuk atau tantrum tidak kena dimatanya, jangan ditegur depan-depan anak. Biar saya selesaikan semuanya, kemudian barulah dia tegur saya. Saya tidak mahu anak-anak mendapat msg yang salah kerana Mommy "begini" dan Daddy pula "begitu". Alhamdulillah, suami juga memahami walapun saya tahu, dalam hatinya, dia tidak setuju dengan cara saya dalam setengah-setengah keadaan. Selepas anak dah ok, dah tak mengamuk, semua dah tenang, baru kami akan bincang elok2 dan suami akan tegur saya  kalau dia merasakan yang saya terlalu tegas dengan anak-anak. Saya juga akan buat begitu. Bila hubby bertegas dengan Q, memang saya buat bodoh jer, saya tak sokong pun anak saya. Hehehehe.. Sebab tuh Q tahu, kalau dengan Mommy, memang susah sikit dia nak "makan". Kalau dengan Daddy ok lagik..kekekek.. tu lah nasib saya, asyik jadi BAD COP jer lah... Huhuhu..Tak kesahlah apa pun istilahnya, janji anak saya berubah ke arah kebaikan. :)

Gambar yg membuatkan saya tersenyum sendirian..

Saya menceritakan pengalaman saya ini dengan ikhlas, dengan panjang lebar, dengan perasaan yang berbaur di hati, sekali sekala bertakung air mata di tubir mata saya dengan harapan agar semua pembaca blog ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah saya ini. Ia nampak remeh, tetapi memberikan impak yang sangat besar pada diri saya. Mengajar saya untuk tidak terlalu melindungi sehingga menyebabkan anak saya tidak dapat meneroka persekitarannya secara semulajadi dan sungguh pahit untuk saya mengakui yang sayalah orang bertanggungjawab "MENCACATKAN" anak saya sendiri! Yang lebih terkesan, anak saya yang kedua, yang sememangnya dilahirkan kekurangan dari segi fizikal yang telah menyedarkan saya bahawa dia boleh buat segala-galanya kerana saya memberikan PELUANG itu, di mana PELUANG itu jarang saya berikan kepada anak saya yang NORMAL. Mungkin kata-kata  "MENCACATKAN anak sendiri" itu agak melampau untuk sesetengah ibu-bapa, tetapi saya menggunakan kata-kata itu untuk menyedarkan diri saya sendiri, kerana ia terlalu pahit untuk saya akui, menyebabkan saya rasa sangat terpukul dan serta merta ada satu kuasa yang menolak diri saya untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki keadaan. Syukur pada Allah SWT, saya berjaya membetulkan keadaan sebelum ia terlambat. Kerana itu, saya rasa saya harus berkongsi dengan anda, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa, agar anda tidak "mencacatkan anak sendiri" yang dilahirkan sempurna dengan mengekang penerokaan mereka hanya kerana sifat-sifat mazmumah kita - tidak sabar, malas, penat, letih, tak larat, mengantuk, asyik nak cepat, asyik nak marah, asyik nak mengeluh, asyik nak membebel, takut jadi itu dan ini dan sebagainya. Saya tahu anda faham apa maksud saya selepas membaca bebelan saya yang sungguh panjang lebar di pagi Jumaat ini. Tidak banyak yang saya minta, cuma doa anda untuk kebahagiaan saya dunia akhirat bersama keluarga, agar Allah SWT memberikan saya kekuatan akal fikiran dan idea-idea bernas untuk saya kongsikan dengan anda diruangan maya ini ketika anda sembahyang Zohor dan sembahyang Jumaat nanti okeh! :) Love uols, kita jumpa lagi minggu depan, Insya Allah. :) Salam hari Jumaat kawan-kawan ..:) Kalau anda rasa nukilan hati saya ini dapat membantu membuka minda keluarga, sahabat dan kenalan anda, bolehlah anda kongsikannya dengan mereka dengan clik butang share di atas. Sharing is caring kan :) 

Hasil selepas makan, ni blum kira bersepah ni! Kalau dulu di zaman Qarissa saya "lemas" melihatnya (jarang sangat saya lihat pun..) tapi kini saya rasa sangat bangga melihat ianya bersepah, kerana saya tahu anak saya belajar banyak perkara dengan hanya satu aktiviti- MAKAN SENDIRI!


Wednesday, November 30, 2011

Montessori Workstation @ Home: Idea Menghias Bilik Anak.

Hari ni Watie nak share tentang bilik baru Qarissa dan Zayra yang Watie and hubby hias cantik2 sejak dia mula sekolah bulan November lalu. Masa 1st time Watie jumpa dengan Prinsipal Qarissa, beliau ada cakap yang Watie mesti berusaha untuk biarkan Qarissa tidur sendiri as one of the solution untuk kurangkan "attachment disorder" dia. Walaupun di bilik yang sama dengan parents, tapi biar dia ada katil sendiri. Dah lama sebenarnya Watie terfikir untuk buat macam tu, tapi Qarissa ni manja sgt dengan Daddynya, tidur atas dada Daddy setiap malam, jadi ia seolah2 satu misi mustahil. Tapi bila Prinsipal dia, orang yang biasa deal dengan kes-kes begini memberikan pendapat, I think the time has come for me to be more firm about this. Dan, kebetulan yang sangat menarik, Q pun dah mula sekolah. Dia dah rasa tanggungjawab dan rasa macam kakak- kakak. So, Watie dapati ia adalah masa yg sesuai untuk kami cuba tidurkan Qarissa di katil sendiri.

Just imagine, Watie dapat  hadiah huruf nih masa lahirkan Qarissa 3 tahun lepas, dan hanya pada bulan November 2011 baru watie pasangkan di depan bilik Qarissa & Quzayra. Hahahaha..lama kan Watie simpan!
Leka main blocks. Aderghh...bengkok Mommy! Satu kat opis, satu kat umah, sepatutnya ni utk Johor Branch, tapi sebab Q sibuk giler nak suh saya bukak, saya bukak jer lah. Kesian pulak tgk dia merayu2 suruh bukak sebab dia nak main. Mommy dia malas nak bawak balik blocks from office to home.

Few days after Qarissa masuk sekolah, Watie beli katil bujang dan letak sebelah katil me & hubby. Siap shopping comforter and bedsheet kat Ikea lagi, punyalah excited. Sungguhlah tak sangka, bila Q tgk katil tu dan we all kata kat dia, "You're a big girl Qarissa, you have your own bed now! Wow!!" dan ayat2 power lain dengan suara penuh excited untuk galakkan dia baring atas katil tu, Qarissa memang teruja. Dia minum susu dan baring atas katil tu sampai tertidur. Ia tidaklah sesusah yang kami bayangkan. Kadang- kadang, bila tgh malam, dia akan panjat balik katil Watie dan tidur sebelah Watie, for me its oklah, at least separuh malam dia dah tidur sendiri, tak merengek dan takut, pagi pun bgn tidur happy jer nak gi skolah, so Watie rasa lega bila cara pisah katil ini berkesan untuk Qarissa. 

The Montessori Workstation @ home. Love it!

Q with her Apparatus 

Selain tu, me and hubby pun dah mula teruja nak hias bilik tidur cum bilik mainan dia tu. Watie mulakan dengan menyediakan satu Montessori workstation khas untuk Qarissa dan Quzayra meneroka segala macam EPL - Early Practical Life Apparatus yang mampu Watie sediakan untuk mereka. Watie sedaya upaya buat macam Montessori room supaya Q and Zayra rasa seronok dan teruja, jadi bila mereka pergi sekolah dan lihat persekitaran yang sama, mereka rasa dekat dengan rumah. My school is my home lah kekdahnya! Hehehehe..

Montessori Kids @ work! Kesian Yaya, dia duduk kat kerusi tuh agak  rendah, so dia berdiri. Nak kena gi IKEA beli kerusi satu lagi. Heheheh..
Pouring & Scooping Activity. Leka bermain bersama.

Sebenarnya kan, taklah mahal sangat kalau kita nak aplikasikan Montessori Method especially EPL Apparatus at home ni. Kosnya sebenarnya bergantung pada kita. Kita boleh jer pakai barang-barang kat dapur tu sebagai Apparatus tapi kalau kita nak tersusun, cantik, seragam dan sedap mata memandang, barulah ia melibatkan sedikit kos, tapi tak berapa mahal pun pada pendapat Watie. Macam contoh, Watie beli rak yang uols nampak dalam gambar ni at Giant, harga dia baru RM 39.90 satu set. Watie beli 3 set dan gabungkan sekali. Asalnya Watie nak cari kat IKEA, tapi yang rendah punya rak dah discontinue katanya, tu yg cari alternatif lain. Happy bila jumpa rak ni, sebab just nice ketinggiannya dengan Qarissa, untuk Zayra mungkin agak tinggi tapi level 1 and 2 Zayra masih boleh capai. Kebetulan plak, bila letak 3 rak berderet, nak tutup pintu masih boleh, just nice lah org kata, tu yg Watie rasa seronok sebab dah nampak macam Montessori Workstation kat kindy, verangan lah aku yang bilik tu macam one of the kindy room, pastu siap verangan, kalau aku amik upah jaga anak orang, siap ngan sessi stimulasi dan pembelajaran, ada tak org nak htr anak dia kat aku? Hhahahhaha...hover tau Teacher Watie nih..tu anak dua gi jaga betul2 dulu yerk! Wakakakakaa...

Siblings..
Zayra sgt leka dengan kerjanya!

Then, Watie cari pula bekas ala2 dulang untuk letak setiap Apparatus dalam bekas tu. Puas juga lah cari, sebab kebanyakan dulang agak mahal, dalam RM 5-8 setiap satu, Watie nak pakai banyak, ingat nak beli 12 sebagai permulaan, kalau satu dulang atau bekas dah makan RM 5.90 satu, bengkok juga nak beli banyak2 kan..Watie memang nak cari yang seragam, sedap mata memandang sikit. Kalau nak ikutkan, korek jer dulang apa yang kita ada kat dapur tu kan, tapi selaku mak yang hover dan agak poyozz, semua nak cantik, hahahhaa..terpaksalah Watie gi hunting sana sini cari yang mampu di beli. Akhirnya, Watie jumpa lah juga bekas biru yang harga RM 3 sebuah tu. Bukanlah exactly dulang, tapi oklah size dan kedalaman bekas tu. Q dan Zayra senang pegang, tak besar, tak kecik dan kalau main air dan sponge dalam bekas tu, tak lah risau air melimpah keluar sebab bekas tu dalam juga. So, Watie pilih warna biru dan beli 12 set. Semua Apparatus Watie masukkan dalam setiap bekas tu.

Bangga sangat bila Zayra letak balik apparatus tuh di tempat asalnya. Bravo Zayra!
Pastu dia sambung main kat situ pulak! 

Apparatus tu pulak, kebanyakkannya memang Watie beli. Watie ni jenis malas nak korek2 barang dapur dan campur2 pakai. Mungkin Watie ni kurang idea juga, jadi mana bahan2 terbuang tu, memang Watie tak reti guna sgt untuk pakai semula. Contohnya kan, kat kindy Qarissa, Watie nampak ada apparatus - sorting button ikut color, biasa jer button tu, macam recycle button lama tapi berguna juga kan, tapi Watie pikir "Alamak, dah satu hal plak aku nak cari button2 terpakai kat umah aku, mana lah aku ingat aku letak mana kalau betul ada pun??" Sudahnya, Watie beli jer lah set button baru yang banyak color as one of the Apparatus. Tak mahal ah, dalam RM 3.90 satu set. Tu lah perangai Watie, malas nak pikir, malas nak cari dan korek2 dapur, bersepah jer nanti, skali cari2 tak jumpa, baik aku beli jer lah, tak buang masa kan.. Hehhehehe..

Lekanya anakku!
Dalam banyak2 apparatus, dia paling suka Scooping activity, maybe sebab warna merah tuh menarik perhatian kot!

Antara Apparatus yang Watie letak dalam bekas tu kebanyakannya untuk meningkatkan konsentrasi, koordinasi mata dan tangan dan mengukuhkan motor halus Qarissa dan Zayra. Kebanyakkan aktivitinya Watie aplikasikan juga di kelas Playgroup @ GBOB, sebagai pendedahan asas pada setiap ibu bapa tentang bagaimana kaedah ini membantu skill motor halus anak dan mengajar mereka berdikari. Watie tahu, semua ibu yang hadir pada hari Watie memperkenalkan kaedah ini mesti bangga tengok anak masing-masing simpan bekas mainan di rak seperti yang di minta oleh Watie & Teacher At kan? Mesti ramai yang tak sangka yang anak mereka boleh buat begitu tanpa susah payah kita memaksa malah bangga mereka dapat melakukannya. Sebenarnya, mereka memang boleh buat, tetapi mereka tiada kesempatan untuk berbuat begitu kerana anda selaku ibu bapa TIDAK PERNAH MEMBERIKAN ANAK PELUANG TERSEBUT!! Betul tak? Cuba duduk diam-diam, fikirkan semula. Pernah tak kita bagi peluang untuk anak kemas balik barang, tunjukkan pada anak bagaimana caranya mengemas semula selepas main, sabar sedikit jika anak lambat mengemas @ mungkin tidak mahu mengikut kata-kata kita in the beginning , ada tak kita buat camtu? Saya percaya hampir semua ibu bapa tak buat camni kan? Sebab kalau buat, mesti sekarang dah berjaya dah pun! Heheehe.. Kita asyik nak cepat jer...kita rasa kalau anak kemas bukan makin bersih, tapi makin sepah. Kita tak tahan menunggu mereka kemas sebab lambat tak macam kita yang segala serba serbinya cepat. Bila anak buat kerja lambat, atau ambil masa untuk kemas barang permainan mereka, kita jadi tak sabar dan cepat2 tolong mereka kemaskan permainan itu atau lebih teruk lagi, langsung tak suruh anak kemas, kita sendiri yang kemas tanpa cakap apa2 atau suruh maid yang buat kerja kemas2 tuh! Lepas tuh, komplen anak asyik meyepah dan kita penat buat kerja! Haaaaa! Macam lah saya tak tahu kan .. betul tak? Ekekekek.. Saya pun satu ketika dulu macam tu juga..! Heheheh..Sebab tuh saya kata, mendidik dan membesarkan anak adalah satu journey yg sangat saya hargai. Setiap saat dan ketika saya belajar perkara baru dari mereka dan saya sangat menghargainya. Hingga saat ini, saya masih lagi belajar dan semakin saya belajar, semakin banyak yang saya tak tahu dan saya seronok sebab sekarang saya dah tahu. :) Kalau sapa kenal saya dulu, tahu saya ni orgnya jenis tak sabar dan pemarah juga, tapi lepas ada anak, secara perlahan-lahan sikap tersebut mula berubah. Its not easy tapi perlahan-lahan saya cuba ubah sikap itu terutama apabila saya deal dengan kanak-kanak. Saya jadi lebih sabar, happy dan optimis. :) Sebab tuh saya berani consult parents on this kerana saya pernah mengalami apa yang anda semua alami. :) 

Q yg eksaited!

Ada juga parents yang kata, "Anak i ni kat kelas you rajin sangat, sampai rumah semua jadi malas, takmo kemas barang lepas  main!!" Hehehhe.. normal lah tuh Mommy, kat umah sometimes dorang purposely buat camtu, nak tarik perhatian you. Tapi percayalah, kalau kita asuh, kita jadikan aktiviti "menyimpan kembali barang selepas main" sebagai satu rutin, anak kita akan terbiasa. Untuk permulaan, bolehlah "jual" nama Teacher Watie ni kat anak-anak anda. Maksudnya, cakap camni kat anak, "Lepas main, abang @ kakak kena kemas balik tau sayang, nanti Teacher Watie tengok, Teacher Watie datang rumah, tengok barang abang suma sepah-sepah, malulah Mommy!". Ni contoh saja, kalau anda ada idea yang lebih baik, boleh saja gunakannya asalkan ianya berkesan. Sama seperti Watie, Watie juga sometimes "jual" nama cikgu Kindy Qarissa, samada Teacher Azura, Aunty Ros @ Teacher Edward bila Qarissa kadang-kadang tidak mahu dengar cakap Watie :) Berdasarkan pengalaman Watie, memang kalau kita "jual" nama cikgu ni (in a positive way lah kan ..) ia berkesan. Mommy2 yang datang Playgroup mesti ingat dan perasan yang kadang-kadang, kalau uols cakap apa pun, anak takmo dengar, tapi bila Watie datang dan handle the situation, senang jer anak anda dengar cakap Teacher kan? Hehhehe.. Itulah "amazing" nya jadi seorang guru. Same goes to me. Bila turn anak Watie, Watie pun perlukan bantuan cikgu Q juga kerana peranan sebagai seorang guru dan cikgu adalah berbeza.:) Nak-nak, anak kita kecil lagi. Manalah Qarissa dan Zayra tahu yg Watie ni "cikgu". Yang dorang tahu yang Watie ni mak dorang. Buat perangai selebet camner pun, Mommy tetap sayang. Hehehhe.. Tapi bila dengan org luar a.k.a cikgu, mereka ada perasaan segan dan hormat pada figura tersebut, jadi pada Watie, tak salah kita gunakan idola anak kita (Teacher lah tu) sebagai senjata untuk anak kita berkelakuan baik. :) 

Dan bermulalah sessi posing2 anak ku Qarissa!

Bila Watie dah sediakan this workstation, Watie rasa puas sangat, dan suprisingly, both Q's ni tak lah sibuk nak sepah-sepahkan apa yang ada kat situ. Mula-mula  Watie risau juga mereka akan sepah-sepahkan apa yang ada, habislah penat aku nak mengemas jer kerjanya kan, tapi time tuh Watie dah sematkan dalam hati, kalau dorang bersepahkan mainan tuh, I shud be happy sebab itu bermakna ANAK-ANAK WATIE SEDANG LEKA MENEROKA PERSEKITARAN mereka, cuba DISCOVER apa yang ada dan sebagai ibu, Watie harus bangga dengan pencapaian tersebut. Kalau dorang buat bodoh jer dengan apparatus tuh, lagi haru noks! Watie fikir, kalau bersepah pun, ia hanya dalam bilik dan bukan satu rumah, Dah puas bersepah nanti, kemaslah balik. Apa susahhhh....Ajak mereka kemas sama-sama, mesti seronok! Dan ternyata bila kita berfikiran positif seperti itu, semua perkara jadi sangat mudah. Terkejut Watie bila Qarissa tak lah sibuk nak sepahkan the workstation, malah Qarissa sangat cermat, ambil dan simpan semula setiap mainan yang telah dimain. Cuma Zayra yang suka sepah2kan mainan, terlebey excited tapi Watie tak marah pun, bebel2 manja jer, sebab Zayra kecik lagik, so, Watie tak lah expect dia akan cermat macam Qarissa, but suprisingly, Zayra juga pandai kemas selepas main, walaupun tak setiap kali main, tapi usaha dia buat Watie bangga juga. Especially bila tengok dia angkat bekas tuh, guna 2 tangan dan cuba sedaya mungkin simpan semula di rak. Bangga sangat tgk tau! She really want to do it herself. Tapi, bila time dia nak ngada2 tuh, memang dia sengaja jatuhkan apparatus yang sempat dia capai. Sabar jer lah. :P

Proud of her Montessori wokstation

Watie strongly suggest pada semua pembaca blog GBOB ini,  sediakan ruang khas untuk anak anda bermain. Kalaupun tak dapat buat workstation yang besar dan lengkap, sekurang-kurangnya ada ruang untuk anak kita meneroka persekitaran mereka secara tetap dan kerap. Kita jadikan ruang tersebut sebagai tempat mereka meneroka atau senang cakap, "THEIR TERRITORY". Ini dapat melatih dan menanam perasaan hormat dalam diri anak kita terhadap barang-barang miliknya. Watie dapati, ianya sangat berkesan, dan anak kita takkan menyepah, kalau betul dia sepah pun, hanya ketika dia main, dan selepas itu, mereka akan mengemasnya semula. Of course di awal-awal tuh, kita harus galakkan dan beri tunjuk ajar, but later on, they will know their responsibility. Dan, janganlah kita expect yg anak kita tuh akan kemas workstation mereka tu dengan cantik dan kemas macam mana kita kemas. Sebagai anak2 yg baru belajar, mesti ada kekurangan di sana sini. Kita seharusnya bangga jika anak kita mampu meletak kembali bekas mainan mereka  di tempat yg betul walaupun ianya senget-benget. Jangan banyak komplen, tapi banyaklah berikan pujian. Anak kita sangat suka dan dahagakan pujian, so please Mommy & Daddy, jangan kedekut sangat okay! Bukannya kena bayar pun nak sebut kata-kata pujian tuh kan? Heheheh..Dalam masa yang sama, kita berikan tunjuk ajar cara yang betul meletakkan kembali mainan agar dari masa ke semasa, skill mereka semakin baik. 

Sukanyaaaa diaaaa!

Apa yang Watie dapati, kalau EPL - Early Practical Life punya Apparatus, dia tak mahal sgt, tapi kalau yang khas untuk ajar Language, Math, Science & Cultural, memang apparatusnya mahal sedikit. Tidak hairanlah kalau kindergarten yang berasaskan Montessori agak mahal sedikit yurannya, kerana alat bantu mengajarnya juga memang mahal. Tapi, taklah jauh beza sgt kot, dalam RM 20-30 jer beza sebulan dengan normal kindy. Sebab tuh, ramai ibu bapa yang berminat nak gunakan kaedah Montessori @ home akan cuba untuk buat sendiri alat bantu mengajar ini bagi mengurangkan kos. Memang jimat dan rasa puas sebab kita buat sendiri. Untuk ibu bapa yang bekerjaya, memang nak buat2 alat bantu nih agak leceh sedikit lah. Especially kalau tak creative dan masa sering tak cukup. Takut separuh jalan buat, dah rasa lemah semangat dan pastu langsung tak buat! Haru jer.. teringat saya sorang member ni, Sue saya panggil dia, saya tahu dia baca blog ini, wkakakaka.. lawak jer dia nih tau! Dia beli Little Reader, tapi masih buat flash card guna Ms Words! Pastu msg saya tanya pasal Flash Card yg saya jual, sebab dia dah mula rasa penat dan buang masa buat flash card sendiri! Mana nak repair alignment kat Words, cari gambar dan sebagainya, masa terbuang berjam-jam just to repair the whole set of words! Pastu, kira2 balik kos, macam lagi murah jer kalau beli Flash Card terus. Yer lah, nak laminate lagik, kos laminate dah berapa kan? Saya suruh dia buat Flash Card guna Little Reader tuh ha! Kemain senang lagik, tak yah pikir apa dah, tulis jer apa nak tulis, pastu nak color apa, font apa, nak print camner, semua dah siap guna software tuh! Senang giler wei! Rupa-rupanya, selama nih dia tak pernah guna pun LR tuh untuk buat flash card anak! Sabar je haku noksss! Bila dah cuba buat sekali, baru lah dia rasa betapa senangnya hidup ada LR tuh! Lawak jer saya rasa bila pikir balik. Hhehehe..Memang LR tuh dicipta untuk memudahkan para ibu bapa yang bz kerja, takder masa nak buat mender2 remeh temeh nih, dan sgt best utk org yang PEMALAS macam aku nih! Hahhaha.. Saya sejak baca buku Azizi Ali, memang saya setuju betul apa dia tulis. - Jangan jadi macam tikus baiki labu. Kalau kita tak pakar dalam sesuatu perkara, carilah pakar. Biar dia yang buat untuk kita. Cth: Kita tak pandai repair paip air, so tak payah memandai2 nak repair paip air tuh konon2 nak jimat duit, silap2 lagi jahanam paip tuh, dan lebih mahal kos nak memperbaikinya. Baik lah kita cari pakar yg pandai repair, kita bayar pakar tuh dan masalah kita selesai. Kita pakar cari duit (sebab tuh kita kerja @ buat bisnes kan), jadi cari lah duit untuk bayar mereka2 yang pakar dalam bidang masing2 ni. Bila saya baca apa Azizi Ali tulis dan fikir kembali, saya rasa memang betul apa yang dikatakannya itu dan sejak itu, saya mula "let loose" sikit. Kalau tak dulu..selagi boleh aku nak buat semua sendiri, sampai rasa letih sgt, dan adakalanya tak terbuat. Hehehhee...Sebab tuh, jika saya jumpa apa2 Apparatus yang bagus dan sesuai untuk anak saya, dan harganya saya mampu bayar, kira ada dalam bajet ah, saya akan beli sahaja walaupun sebenarnya, kalau nak ikutkan, saya boleh buat sendiri di rumah. Yer, saya memang boleh buat, saya ada keupayaan untuk buat, tapi apa yang saya tiada ialah MASA untuk membuatnya. Daripada langsung tak terbuat, baiklah saya beli, jadi anak saya boleh terus gunakan Apparatus tersebut:)

Pose gini okeh ker? 

Ok, rasanya setakat ni dulu perkongsian saya tentang Montessori Workstation @ Home kali ini. Semoga ia dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menghias dan memenuhi bilik anak anda dengan alat bantu mengajar sambil bermain yang bukan sahaja dapat meningkatkan IQ mereka, tetapi juga dapat meningkatkan skill motor halus anak anda. Its fun summore, tu yg penting kan! Secara tak langsung, bila kita masuk bilik anak jer, kita rasa happy dan nak main sama dengan anak, walau letih macam mana sekalipun lepas balik dari pejabat tu. :) Saya rasa begitu nyaman sekali bila lepak bilik anak2 saya, sampai saya tulis entry ni pun kat bilik dorang. Dah jadi cam bilik saya pulak! Poyozz sungguh! Hahhaha... Saya akhiri entry ini dengan gambar2 model cilik saya, si Qarissa yang begitu excited bila this station dah siap. Dia punya pose bukan main lagi. Pantang saya suruh bergaya, terus dia bergaya sakan. Siap peluk2 tiang workstation tuh! Sengih bukan main lebar. Macam-macam gaya dia buat! Walaupun pakai camera phone jer, tapi pose tetap vogue hokay! Saya dapat rasakan Qarissa memang sgt happy dan teruja dengan workstation ini. Dan saya begitu juga! Meh kita layan aweq ni punya pose2 hokay! Sapa nak amik dia jadi model bolehlah call mak dia.. Wakakakaka... 

Pose2 terhover seorang Qarissa The Diva!





 
  

post signature
post signature

Tuesday, November 22, 2011

FameKids: Ini Memang Confirm Anak Watie! Ada COP SIRIM Lagi!

Semalam, pas htr Qarissa ke kindy, aku balik rumah dan sampai2 jer kat umah, si budak bijak Zayra nih dah tunggu depan pintu, buat2 nangis, macam sedih naaa aku tinggalkan dia, siap bongkok2 badan sambil nangis kesedihan lagi! Hehehhe.. Comey giler wei tengok gelagat bakal pengganti Mia Sara ni (vavava ... perasan tak hengat!!!). 


Norhidawati Abdul Aziz 
Cinta hati saya ..masa ni gemok lagik..skang cam dah kecik plak aku rasa .. ehhehe


Then, bermulalah sessi melayan anak kat umah, si Zayra nih kemain suka main handphone Bibik Ita ni, tapi awal2 aku dah kuncikan keypadnya. :) Best giler melayan dia berborak wei! Ada jer mender dia nak cakap, memang berbeza sungguh dengan kakaknya, Qarissa yg sokmo kontrol cun! Hahhaha. Aku memang suka melayan kedua-dua anak ni bercakap, tapi aku dapati si Zayra ni bercakap "tanpa effort". Maknanya, apa jer yang aku cakap dan borak, senang betul dia follow balik dan boleh siap ajak aku borak2 lagi. Berbanding Qarissa, memang aku berusaha sangat kuat utk bagi dia bercakap (sapa yang pernah borak ngan aku rasanya leh imagine macam mana kuatnya aku berusaha bercakap kan ..hahahha) dan hasilnya boleh lah dia cakap lebih banyak dari dulu, tapi memang tak lah sebaik Zayra dalam hal "cakap-bercakap" nih.Sampai apa jer yg keluar dar mulut aku, aku kena tapis sebab Zayra akan dapat tangkap just within a click. So, perkataan2  yg pelik2 memang aku jaga betul sebab pernah sekali aku termelatah dan tanpa sengaja tersebut perkataan S.H.I.T!. Hambek ko!Dari luar bilik aku dengar dia ikut sama! Aderghhhh! Tobat terus takmo melatah lagi camtuh wei! Terus tukar dan sering sebut perkataan-perkataan yang baik like Allah! Allahuakbar! Subhanallah dan sebagainya. Memang Zayra ikut balik. Siap dengan intonasi lagik! Comey sgt! Memang karekter kedua-dua anak nih sgt2 berbeza, macam langit dengan bumi but I love it! Ia lebih membuatkan aku faham sifat dan perangai antara anak-anak sgt berbeza dan senang lah nak buat consultation pada parents, sebab kat umah aku ada  2 character anak2  yg sungguh berbeza terutama mulutnya!

Gambar ni aku share kat my FB .. tak sangka pula ramai yg terharu tgk dia makan daging guna 2 tangan..hehehe.. Zayra nih memang guna tgn kanan dia macam tgn kiri..dua2 tgn dia tuh sgt kuat ooo..Seksi plak anak aku makan yo! 

Takmolah bebel panjang2, sebab pasni korang nak dengar plak bebelan Zayra nih kan .. Aku sempat rakam 3 video aku melayan dia berborak semalam. Memang bes bila tengok balik sebab mulut dia Masya Allah, becok sungguh! Ni 3 video yg dirakamkan dalam waktu terdekat tau! So korang leh ah bayangkan dari pagi ke malam mulut dia camner! Baru 19 bulan tuh, kalau 3 tahun aku tak tahulah camner agaknya dia bercakap yerk! Hheheheh.. Memang btol anak Watie ni, sebijik ikut mak dia..Dengan muka2, dengan mulut suma sama! Ada COP SIRIM lagi yo! Hahahhaha... Dan, another thing yg buat aku terharu dan bangga juga, bila tgk camner dia memanipulasikan dan menggunakan tangan kanan dia dengan begitu baik skali dalam video2 ni..:) Bravo Zayra ..Mommy is proud of you Sayang ....:)

Zayra bergaya bersama kembarnya! Hahahaha.. Zayra the DORA!


Video 1 - @ Living Room


Video 2 - @ Living Room dan di sebalik langsir


Video 3 - @ Bedroom. Agak censored sebab dia mintak nenen..Sebut direct jer yo! Tak kaver2..hahaha...

post signature

post signature

Thursday, November 17, 2011

Kindy For My Q's: Satu Pencarian, Pengembaraan & Penemuan Yang Menyeronokkan

* ini entry sangat panjang oooo..bebelan Teacher Watie yg tak agak2 ... kalau agak2 malas nak baca, korang skroll jer lah laju2 yer..wakakkakaak *

************************************************************
Diam tak diam, dah masuk bulan November pun di tahun 2011 ni kan? Untuk mak-mak yang dah ada anak umur 3 tahun ke atas tuh, mesti lah akhir-akhir tahun nih sibuk duk toleh kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang kat area sekitar rumah dan pejabat, untuk cari the best kindy for ur genius children kan? I faham sangat lah perasaan tuh, sebab I dah melaluinya. Hehehehe.. Mana yang anaknya dah masuk kindy tuh, mungkin tak risau sgt, sebab just continue sekolah jer thn depan, atau maybe ada yang rasa nak tukar sekolah untuk dapat environment baru, tapi anak dah get used to skool, so taklah risau kan, tapi bagi ibu yang pertama kali nak hantar anak ke kindy, mesti macam-macam perasaan ada kan. Nak-nak jenis mak yang hover melampau overprotective dan risau pasal anak kesayangan dia..(aku lah tuh.. hahahhaha..hover gilerrr noksss!) Hahhahaha...

Masuk2 jer, ni lah rupa kindy tu. Watie tak sempat amik dari luar pun, just amik bhg dalam jer. camera pun cap Ayam jer, harap maaf yer. :) 

So, today Watie  nak cerita pasal pencarian, pengembaraan sampailah penemuan Watie dalam mencari Kindy yang sesuai dan terbaik untuk Qarissa. Hover jer tau..anak baru 3 tahun, nak cari Kindy macam nak masukkan anak ke University! Melampau jer...! Hhahahhaha.. Isk iskk..tak baik kata gitu tau ..Semua org nak bagi yang terbaik untuk anak masing-masing kan? And I believe everybody have their own issue on their children. Dan pada Watie, pendedahan ECE sgt penting untuk anak Watie. Sedaya mungkin Watie cuba yang terbaik untuk cari Kindy yang bukan sahaja memenuhi citarasa Qarissa dalam penerokaannya tetapi juga dapat memenuhi me & hubby punya expectation.  Watie nih kira boleh bertolak ansur lagi dlm certain2 issue, tapi hubby Watie tu mak aiii.. kalah org pompuan tau dia punya cerewet! Watie lah yang pening duk pusing2 satu kawasan perumahan ni ha.:) 

 
Kat ruangan ni dipenuhi dengan EPL - Early Practical Life punya apparatus. Tu lah Teacher Q. Teacher Azura yang sedang sarat mengandung anak kedua. :)

As for me, my main concern on Q is her "attachment disorder" tu. Let be tell you frankly that Q punya attachment bukan calang-calang ooo..3 tahun 4 bulan (until October 2011) Qarissa berada di bawah ketiak Mommy & Daddy dia the whole time! Tidak pernah Qarissa dibiarkan berseorangan tanpa me & hubby kecuali sejak my maid yg lama, si Nor tuh balik kampung 7 months back (Mac 2011). Sejak tuh, Qarissa terpaksa duduk rumah my sister every weekend, which was hard for her in the beginning. Sejak tu lah, boleh nampak Q punya tantrum meningkat dengan sangat melampau, rebel dia tak hengat oooo... Ipad dia pakai campak jer suka2 hati, macam buy 1 free 3 kekdahnya! Lot of things happened, yang I dah ceritakan serba sedikit dalam entry INI, dan I have to admit yang learned a lot, in fact sangat-sangat banyak within this 7 months. Alhamdulillah, Qarissa punya development in terms of behaviour & speech juga semakin bertambah baik, malah bila jumpa Doktor on our last appointment last few weeks pun Doktor kata, she's not and ASD kid pulak dah. She's very normal and apa yang aku risaukan pasal behaviour and speech tuh adalah perkara biasa untuk umur Qarissa. Doktor kata aku anxious sgt ..:P. Pada aku senang je,tak kesahlah apa label yang dorang nak bagi, atau takder label apa pun, yang penting - HOW CAN I HELP MY DAUGHTER TO BECOME BETTER IN ALL ASPECT sementara aku masih ada masa ni? (Well, as I always said, -the 1st 6 years of our child's life is a very critical time for their brain development kan?). Makin lambat start, makin susah dan makin mencabar. Kalau betul aku kena tolong Q to polish her speech & behaviour, I will definitely do anything within my power to help her, to master the skill. Syukur juga sebab in terms of reading, aku dah tak perlu beria-ia sgt, just monitor her from time to time, so my focus now is on her skill yg lack tu. 

Another station of EPL kat ruangan ni. Q suka lepak2 sini lah ..atas karpet tu dia tidur! Dia rasa secured kat situ berbanding di bilik. 

I keep on telling myself that I have only 3 months to go all out looking for all possibilities to help my Qarissa sebelum dia masuk tadika tahun depan. Memanglah kalau ikutkan umur, dia baru 3 tahun setengah on January 2012, tapi kalau ikut tahun, dia dah 4 tahun, so memang dah kena masuk sekolah lah kan..(yang mana anak lahir hujung tahun lagi pening kan..? I can imagine that..!) Thats y aku nak pulun kaw-kaw within this 3 months, - kurangkan attachment disorder dia, tantrum dia dan juga tingkatkan immunity badan dia. Bermula bulan 10, aku masukkan Q ke kelas Pingu near my house. Kelas 1 minggu 2 kali. Cantik juga tempat tuh, Teacher Edward dia bukan setakat buat Pingu, ada juga bilik mainan indoor dan Montessori station yang buatkan Q suka juga ke sana. Cuma, attachment disorder tuh masih ada. Q boleh buat semua benda yang disuruh dengan syarat aku ada sebelah dia. Pantang lepa, melilau dia cari aku. So, aku masih rasa risau di situ.

Jalan menuju ke bilik2 yang ada. Ada 3 bilik yang kesemuanya boleh tahan besar.

Dalam masa yang sama, Watie masih melilau mencari kindy yang sesuai untuk Qarissa. After Watie cuba kaedah Montessori at home, Watie nampak kesan yang sangat memberansangkan terhadap Q. In fact, dalam tempoh yg sgt sekejap, Watie nampak perubahan dia. Itu yang membuatkan Watie jadi excited dan ingin meneruskan kaedah tersebut dalam mendidik dan membesarkan Qarissa dan Zayra. Asalnya, Watie dah niat nak masukkan Qarissa ke Genius Aulad yang baru bukak berdekatan rumah Watie, cantik tempat tuh dan new area, tapi lepas cuba Montessori Method, Watie selagi boleh nak cari jugak Kindy yang guna that method. Kalau dapat Islamic Montessori lagi best, sebab ada add on value di situ. Tapi, ia bukannya sesenang yang kita sangkakan. Kadang-kadang, cakap jer Montessori School, apparatus pun takder @ tak lengkap. Cikgu pun tak terlatih, tu yang kita sebagai parents kena cek betul2 kindy yang kita nak htr tu. Dalam otak Watie, masa tu, dah ada 3 kindy - Genius Aulad, Brainy Bunch Montessori dan Nuh's Ark Islamic Montessori. Ada juga few kindy yang guna Montessori Method di kawasan perumahan Watie tapi bukan mengamalkan pendekatan Islamic, so my first choice of course Islamic based. Kalau tak dapat, barulah nak pikir yg lain2 tu. 

Otw ke kelas, ada satu station utk letak semua stationary dan art item kat sini.

So, Watie dah plan nak melawat ketiga2 kindy sebelum buat pilihan. Siap call my bff- Jegot untuk beritahu my suggestion about this Islamic Montessori yang berkesan untuk anak. Rupanya Jegot pun dah plan nak htr anak ke Genius Aulad tahun depan. Bagus jugak Genius Aulad tuh nak except budak 2 tahun tapi dia amik tak ramai. 3 org jer kot. So, bila Watie citer pasal kindy nih, Jegot pun excited nak melawat kindy-kindy ni. Watie pun bglah tips2 nak cek kindy nih camner (wahhh..cam pandai na nak bg tips kat org! Anak pun lum masuk skolah! Wakakakakak!) Then, my friend pun gi lah tgk Brainy Bunch kat Seksyen 3 sebab dia tinggal berdekatan dgn tempat tu. Watie tak sempat2 nak gi lagi masa dia pergi melawat tu. Lepas my bff ni pergi melawat dan melihat seluruh ceruk kindy tu, dia bg feedback pada Watie, tapi feedback tu tak berapa memberangsangkan. Watie takmo komen sgt sebab Watie tak pergi tgk sendiri, so its not fair for me to comment  @ judge kan, cuma bila dengar dia kata camtuh, Watie pun tak jadi nak melawat dan rasa tak jadi nak join. Bukan apa, sebab Watie tahu hubby Watie orangnya camner, kalau my bff yg ala-ala tak berapa cerewet pun komen camtu, apatah lagi hubby Watie yg sangatlah cerewet! Confirm dia reject nanti. Baiklah jgn buang masa! So, in my mind cuma Nuh's Ark dan Genius AuladWatie dah risau juga, sebab dalam hati Watie duk kata, if Nuh's Ark tak memenuhi citarasa Watie & hubby especially on the conducive environment punya criteria, memang nampaknya we all pilih Genius Aulad jer lah. Masa tuh Watie duk bayangkan Nuh's Ark ni amik corner lot punya housing area, so memang kena cek betul2 sebab pengalaman Watie pergi kindy2 yang lain sebelum ni, dr luar nampak gah & ok, tapi dalam hampeh jer banyak! Tu lah Watie risau sangat. Sampai dalam hati duk kata, "Takperlah, aku masuk Genius Aulad, tapi kat umah aku buat sendiri Montessori Method dengan anak aku!". Then, Watie pun buat appointment dengan Prinsipal merangkap Founder Nuh's Ark tu hujung bulan October yang lalu, Puan Roslina namanya. Puan Roslina ni is the Founder of Nuh's Ark Islamic Montessori dan ia merupakan  Islamic Montessori kindy yang pertama and the only one (kalau tak silap Watie) yang buat sistem Franchise dan berdaftar dengan Franchise Malaysia, boleh rujuk sini.

Ada juga courtyard yang khas untuk anak-anak makan semasa waktu rehat. Teringat Watie masa gi kat Tadika Acmar, private kindy @ Klang tuh, dorang pun ada kantin khas utk makan. Walaupun tak besar, tapi cukuplah untuk ajar anak berdisiplin ketika makan. Ambil pinggan mangkuk, cawan, sudu dan garpu sendiri, cuci tgn sendiri, lepas makan kemas balik, sapu dan mengelap sendiri. Vangga jer bila Teacher Q kata, Q siap lap2 dan mop2 lepas makan. :)

Berdebar2 jer masa pergi tuh, plus tak lah mengharap sgt sebab as I said earlier, Watie ingat ia terletak di cornet lot housing area, sekali tuh, bila sampai jer (penat jugaklah Prinsipal dia explain jalan, sebab tuh kawasan baru kan), punyalah suka hati Watie, sebab ia merupakan bangunan yang khas untuk Tadika, built for purpose orang kata, bukan corner lot punya rumah. Memang cantik sgt tempat tuh, besar dan bersebelahan dengan Taman Permainan Kanak-Kanak yg ada untuk penduduk sekitar and the environment sgt kondusif untuk perkembangan anak. So, Watie pun borak lama dengan Prinsipal a.ka.a Founder dia, a very nice, polite & humble lady, sambil pasang telinga dengar Teacher dia borak apa ngan Qarissa. Hahahha..nak dengar Teacher tuh pandai cakap English tak? Hihihii..Yerlah, kata pun English Islamic Montessori kan, sometimes cakap jer English, tapi Teacher dia tak pandai pun cakap English, tu lah nak kena pastikan jugak. Alhamdulillah, Watie dgr memang Teacher tuh cakap English jer ngan Qarissa the whole time dan English dia bagus juga.:) (wah.kalau Teacher Azura baca nih, mesti kembang semangkuk! Silap2 beranak terus.. eekkeke...sorry Teacher, gurau2 jer ..ahaks!). Watie berborak lama ngan Prinsipal dia, ceritakan semua apa yang Watie hadapi dengan Qarissa, her "attachment disorder" tu, dan segala-galanya yang Teacher dia perlu tahu pasal anak Watie. Yup, kesemuanya. I make it very clear in the beginning what is my expectation & I want to know whether they can cope with it and can handle my Q. So, sepanjang borak2 tuh, sambil we all borak, sambil Prinsipal dia perhatikan tingkah laku Qarissa dan Zayra. Puan Roslina cakap, Q is ok, maybe awal2 dia begini dan begitu, but Insya Allah, dia akan berubah secara semulajadi. Apa yang penting, Qarissa sukakan environment di sekolah tersebut. Yup, sememangnya Qarissa sgt sukakan tempat tu! Melopong2 mulut dia menjelajah ke seluruh pelusuk kindy dan tgk macam2 apparatus yang ada. Zayra pun tumpang sibuk sama, dan bila tgk camtu, Watie pun dah excited nak htr Zayra sekali. Walaupun kindy tuh hanya except kids yang berusia 2 thn setengah ke atas, tapi maybe Zayra ni agak smart dan matang berbanding usia sebenar, selepas melihat how Zayra behave that day, Puan Roslina kata she is willing to accept Zayra if I want to send her there too next year. :) 


Ni lah Bilik 1. Bilik belajar bahasa. English, Malay & Arab if I'm not mistaken. Workstation tuh Montessori punya appratus lah tu. :) Ada radio dan kat sinilah Q melompat dan berjoget nyanyi lagu Ants On The Apple dengan rakan-rakannya!

Another point yang buat Watie suka sgt, they accept kalau Watie nak join bulan November dan December sebagai persediaan Qarissa ke sekolah tahun depan. Patutnya December kan cuti, tapi Prinsipal dia nak train Teacher bulan December, so they open the kindy as usual, another bonus point for me. Watie memang berterima kasih sgt sebab Watie memang nak htr Qarissa at least 3 bulan awal sebenarnya (tapi hanya jumpa Nuh's Ark hujung bulan October, tu yg masuk Pingu dulu tuh...) sebab Watie nak biasakan Qarissa pada persekitaran sekolah. Pada Watie, at that point of time, "attachment disorder" Qarissa agak kritikal. Watie memang takder masa yang byk. Kalau Watie terus htr jer next year, Watie takut dia terkejut dengan environment baru dan terus tak nak ke sekolah, dan masa tuh Teacher takder masa nak layan kerenah dia sebab ada banyak student baru masuk juga. Anak2 kan macam-macam kerenahnya, jadi baiklah Watie start awal, jadi Teacher dan Prinsipalnya dapat fokus pada anak Watie dan memahami sikap dan tingkah laku anak Watie serta dapat mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul. Kebetulan juga, Nuh's Ark di sini baru buka pertengahan tahun ni, so student memang tak ramai, another good point juga kan. They can focus on my dotter too. Hehehe..tahun depan mungkin dah ramai student enroll. Jadi, Q ada 2 bulan untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang baru. Watie sgt berharap dalam tempoh 2 bulan nih, Q akan berubah sikapnya terutama bila Watie tinggalkan dia bersama cikgu. 


Ni Bilik 2 -  Bilik Math dengan bilik Sensorial lah rasanya. Puan Roslina ada bgtau by next year, all the Sensorial Apparatus akan sampai. Nampak tak bulatan tu? Dulu Watie tak tahu tu utk apa. Lepas jatuh cinta pada Montessori Method, baru Watie tahu aktiviti di bulatan tuh banyak fungsinya. Antaranya, melatih anak berjalan mengikut garisan, jalan lurus dan mengimbangi badan mereka seterusnya mengukuhkan koordinasi badan, skil pendengaran, disiplin dan meningkatkan motor kasar dan motor halus anak. Untuk lebih info, boleh baca kat sini. :)

Percaya atau tidak, it took ONLY 5 days for Qarissa to stop crying and throw her tantrum bila Watie tinggalkan dia. In fact, seingat Watie, cuma sehari jer dia tantrum dan baling barang di kindy tuh (tapi pastu dia kemas balik..ehehheh), lepas tuh dia cuma menangis sebut nama Mommy sampai tertidur. Watie masih ingat, hari pertama (Selasa,1 November 2011), I stayed with her for 3 hours, 1 jam jer Watie tinggalkan dia (tu yg dia tantrum tu), hari kedua Watie tak tinggalkan dia sebab dia sakit perut, kesian kat dia, hari ketiga Watie tinggalkan dia sejam juga (nangis jer tapi tak buang barang dah) dan pada hari Khamis (hari ketiga tu) tuh, Prinsipal dia kata Watie dah boleh tinggalkan dia terus next week sebab takut nanti dia terbiasa Watie ada kat sana , dia ngada2 pulak, which I agree too, but Watie kata takmo lah next week, baik terus buat hari Jumaat tu (sebab pastu dah cuti 4 hari due to Raya Haji kan, takut plak Q rasa lama tak gi skool), so malam tuh, me & hubby kept on telling her that I will send her to Teacher Azura & Aunty Ros, she must stay & play with friends and I will definitely pick her up. Seperti yg disangka, dia nangis dan cuba kejar Watie tapi Prinsipal dia kata sekejap jer, she tried to sooth and calm down herself which is good. Lega betul dengar time tu. Kalau tak, asyik rasa nak call jer Prinsipal dia tanya Q ok ker tak. Cuak btol Watie kalau dia baling2 barang kat situ, jahanam barang Teacher kang! Hahaaha.. Tapi, memang sungguhlah tak sangka, masuk minggu kedua, hari kelima tuh, Q dah nampak ok, nangis sikit tapi dia dah ada trust pada Teacher & friends, hari ke enam nangis pun cam tak nangis jer, dan after that is history lah. Hari ni hari ke 10 (16 November 2011), langsung tak dengar dia menangis masa Watie nak gerak pagi tadi, siap berdiri dan jenguk Watie with her friends summore. Allah SWT jer tahu betapa leganya Watie melihat perubahan Qarissa. I shud be thankful to Puan Roslina & Teacher Azura too coz they really take care of my Qarissa. Teacher Azura siap amik gambar and video of Qarissa tgh main, makan dan painting dengan seronoknya kat sekolah. Memang lega dan happy bila tengok tau.:)

Ni lah pemandangan dari dalam bilik Nombor 2 tu, cantik dan menghijau pemandangan dia. Taman permainan Kanak-Kanak yang Watie katakan tuh..:) First time tgk rasa tenang sangat!

Bukan itu sahaja, hari pertama Qarissa masuk skolah, bila nak amik balik @ 12.30 tuh, hubby Watie pun datang sama, dengan niat nak tgk anak dia dan buat inspection lah tuh (sebelum join dia datang tgk tapi tak masuk sebab we all dtg petang nak dekat Magrib, cuma tgk dari luar, dan Watie tunjuk gambar yg Watie amik masa 1st time Watie datang check the skool tu, so masa tuh dia dah approve lah..) Hubby punyalah terkejut tgk Qarissa pakai kasut sendiri masa nak balik! Hihihi... Dia amik kasut dia kat rak tuh, dia duduk dan pakai sendiri! Bukan main lebar senyuman hubby bila tgk. Apa taknya, selama nih memang Q manja dan tak sabar orangnya. Kalau lambat jer sarung kasut atau dia pakai tak betul, asyik nak marah jer. Sebab tu lah hubby terkejut. Sekarang ni memang best lah, pakai kasut, bukak kasut, letak kat rak, suma Q buat sendiri dah, main pun dah pandai kemas balik, memang nampaklah perubahan Qarissa yg sangat nyata. I really feel grateful. :) Harap sgt ia akan berterusan, dan Q akan discover macam-macam lagi perkara baru di kindynya tu. 

Ni bahagian Science & Culture. Ada subjek yang di ajar tentang Sains, Tumbuh-Tumbuhan & Alam Sekitar. Q siap bawak Turtle letak kat sini lagi tau! Hehehehe...

Ha, lupa plak nak citer, lepas balik jer dari check kindy Nuh's Ark for the 1st time tuh, dengan segeranya Watie call my bff yg nama Jegot tuh, dan bgtau yang Watie dah jumpa satu kindy yang sgt best dan dia confirm suka punya! Watie bgtau yang Nuh's Ark ada di Shah Alam juga, asalnya itu adalah HQ, but now HQ dah berubah ke area kawasan perumahan Watie sebab di Shah Alam dah establish, since 1993 dan dah produce student2 yang sangat baik (Watie siap cek tenet & baca forum2 lagi masa nak survey2 tu..), So maybe Founder dia nak develop the kindy in the new area. Watie bgtau kat kawan Watie, cubalah cek di Shah Alam Seksyen 7 tuh cantik tak, Watie tak pernah gi so tak berani nak komen. Tapi yang kat area rumah Watie memang cantik dan memuaskan hati. Kawan Watie dengan segeranya pergi tgk on Monday tu, dan terus call Watie right after balik dr lawatan dia. Alhamdulillah, dia sgt suka juga! She likes everything about it, dari persekitaran, Teacher, cara pengajaran, malah dia berterima kasih pada Watie sebab rekomenkan diaa suruh pergi situ. Masa dia pergi tuh memang tgh ada kelas, jadi dia nampak sendiri bagaimana kelas di jalankan. Dia dah htr anak ke Trial kelas dalam seminggu 3 kali dan tak sangka juga, Aesya suka main dan belajar di sana! Konon2 nak amik awal instead of 12.30, takut Aesya nangis, sekali bila call Prinsipal dia, dorang kata Aesya ok jer, suka jer main, so sudahnya amik at 12.30 juga. :) Watie sampai sekarang tak berkesempatan melawat Nuh's Ark di Shah Alam, tapi rasanya lebih besar dr Nuh's Ark di sini, mesti lagi best kan? Hihihi.. Tak kesahlah tuh, dua-dua pun best! Tu yang penting. Hehehehe..Rasa happy jer bila kawan Watie suka that kindy, taklah malu Watie rekomenkan sebab ia sememangnya memenuhi her expectation.:) 

Ni bilik Nombor 3. Yang uols nampak terbuka tuh pintu dia. Bilik Nombor 3 ni Bilik Sains & Geografi sekali dengan bilik Sembahyang dan belajar Iqra. Besar bilik ni. 
Bahan-bahan pembelajaran yang ada di bilik Nombor 3

Tu lah serba sebanyak (tak leh kata serba sedikit sebab memang banyak pun kan..wakakakak) cerita tentang pencarian, pengembaraan dan penemuan Watie dalam memastikan Qarissa mendapat yang terbaik dan terindah dalam proses penerokaannya. Setakat ni, Watie memang puas hati dengan Kindy Qarissa, in fact hampir setiap hari Watie tanya perkembangan Qarissa dengan Teacher dan Prinsipal dia (jgn dorang boring ngan aku sudahh...kepoh btol mak Q nih kan ..hahahahha) dan feedback yang mereka bg sgt positif. And I can see it with my own eyes, betapa gembiranya Qarissa. Jangan tak percaya, dah masuk 10 hari dia ke sekolah nih, SEKALI pun Qarissa TAK PERNAH MENANGIS bila Watie kejut dia bangun pagi nak pergi skool, padahal sebelum ni Qarissa hanya akan bangun pukul 11 pagi-12 tgh hari! Hambek ko! Lambat kan? Dia diam jer dan tak banyak songeh, siap cakap, "I want to go to skoll!" bila dah pakai baju skolah suma. Happy giler anak suka gi skool wei! Hahhahaa...

Satu  lagi workstation di bilik Nombor 3 ini.
Kat hujung tu ruangan solat & belajar Iqra untuk kids. 

Dan kat sini juga, Watie nak share sedikit panduan yang maybe boleh diguna pakai oleh para ibu bapa yang berhasrat nak htr anak ke kindy. In fact, masa borak ngan Puan Roslina tu pun, Watie cakap perkara yang sama: 

1. Jangan PERCAYAKAN website yang anda lihat. Its true that website tu penting. 1st impression is really important, tapi jangan tertipu dengan keindahan di laman web- PERGI SENDIRI tengok keadaan kindy tuh macam mana. Website adalah untuk u dapatkan maklumat tentang apa yang bakal di ajar, alamat kat mana, map nak pergi macam mana, dan serba sedikit info pasal kindy tuh untuk semakan kita as parents TAPI KITA WAJIB MELAWAT kindy tuh sebelum kita enroll. Kadang-kadang, malah tak keterlaluan kalau Watie cakap - INDAH WEBSITE DARI RUPA! (wah..peribahasa baru oooo...ahahahah) 

2. Sebelum decide nak enroll, buat spot check kat kindy tu, lagi best kalau dtg tanpa bgtau, selamba badak redah jer.. at least you can see the real environment during the class kan. Dan kita ada hak untuk cek seluruh ceruk penjuru kindy tuh, dari hujung ke hujung, kalau rajin, survey lama sikit dan tengok macam mana Teacher tuh handle the kids dan macam mana cara dia ajar murid-murid yang ada. Kita juga berhak untuk tanya segala macam soalan yang penting like program, fee, kaedah pembelajaran, pemakanan yang disediakan, first aid kit ada tak, isu2 keselamatan murid dan sebagainya, tanya terang2 kat Teacher @ Prinsipalnya. 

3. Interview Teacher yang bakal mengajar anak kita tu, BUKAN SETAKAT PRINSIPAL dia jer kita interview. Kita kena ingat, yang ajar anak kita bukan Prinsipal tapi Teacher.Kalau betul Kindy tu claim kata 100% English, kita pastikan betul2 English. Jangan cakap jer English, habis kelas semua bantai cakap Melayu. Tak berkesan macam tuh, susah nak nampak penguasaan bahasa tersebut pada anak kita nanti. Masa borak2 ngan Teacher tuh, kita cakap English, tengok dia reply camner. Kalau berkesempatan, tgk dia ajar murid-murid yang lain camner. Tak guna kalau Prinsipal dia cakap English berabuk tapi Teacher yang ajar anak kita tuh "yang hado!" Sebab, again, yang ajar anak kita adalah Teacher dan  bukan Prinsipal (unless kalau kindy tuh Prinsipal dia tetap mengajar, tu lain cerita lah kan ..) 

Saya harap jika ada Pengusaha Kindy yang baca nih, jangan kecik hati dengan point ini sebab itulah yang kami sebagai ibu bapa mahukan. Kami mahukan Teacher yang terbaik dan berkualiti untuk anak kami, bukan Teacher tangkap muat dan jadikan kerjaya Guru Tadika sebagai sandaran @ stepping stone sebelum mencari kerjaya yang sebenar. Kalau betul pun Teacher tuh kerja sementara, kami harap masa beliau sedang bekerja tuh, beliau akan lakukan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Yuran yang dikenakan bukan murah, malah saya rasa lebih mahal dari Sekolah Rendah. Its very competetive nowadays, parents have no choice but to look for the best utk anak masing-masing, sebab tuh mereka berhak untuk demand pada Prinsipal dan Guru yang bakal mengajar anak mereka. Terus terang, saya menghormati profession Guru Tadika kerana mereka merupakan orang PERTAMA yang mengajar anak kita di alam persekolahan. Ia bukan kerja mudah dan tidak harus di pandang enteng. Sebagaimana saya menghormati, menghargai dan memandang tinggi kerjaya saya sebagai guru Playgroup, sebegitulah saya menghormati, menghargai dan memandang tinggi kerjaya Guru Tadika. Persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting bagi kami. Kebersihan harus di utamakan. Tak sedap mata memandang kalau kindy bersawang-sawang dan berhabuk-habuk, botol susu anak yg dibawak balik berkerak-kerak dan macam2 lagi hal yg saya sendiri takut nak baca bila bukak forum. Anak kami duduk paling sekejap 4 jam, paling lambat 8 jam, anything can happen within that time frame! Jangkitan penyakit senang berlaku jika kebersihan tak dijaga. Janganlah terlalu mementingkan keuntungan sampai kebajikan anak-anak ini terabai (peringatan untuk saya juga yang ada my own ECE Centre).

4. Sebagai ibu bapa, kita jangan nak cover2 apa sahaja isu atau masalah yang kita hadapi dengan anak. Kita harus bersikap terbuka, dan berterus terang dengan Guru dan Prinsipal tentang apa yang kita rasa dan risaukan tentang anak. Kadang2, ada ibu bapa takut kalau-kalau anak mereka tidak diterima oleh Tadika berkenaan jika mereka menceritakan masalah yang dihadapi anak, jadi mereka mendiamkan diri seolah tiada apa2 yang berlaku. Pada saya, ini tidak betul. Bila kita memberitahu masalah ini kepada Guru mahupun Prinsipal, sebagai orang yang bertanggungjawab, mereka akan lebih peka sekiranya masalah itu berlaku semasa ketiadaan ibu bapa iaitu ketika sessi pembelajaran berlaku. Mereka akan lebih faham dan tahu bagaimana untuk bertindak kerana telah diberitahu sebelumnya oleh ibu bapa. Saya dapati, cara ini sgt berkesan untuk Qarissa. Saya memberitahu segala-galanya (cthnya - Qarissa bila tantrum akan baling barang, dulu lagi teruk, boleh hentak kepala kat dinding!) dan saya dapati, Guru serta Prinsipalnya sudah bersedia apabila saya tinggalkan Qarissa bersama mereka. They expect that to happen and know how to handle that. Taklah dorang terkejut beruk bila tgk Q lempar barang for the 1st time. Sebab tuh saya rasa ia penting. Hubungan antara parents dengan Prinsipal dan Guru mesti baik dan kita sebagai ibu bapa, memang kena kepoh sikit. Kalau Teacher tak bgtau perkembangan anak, kita tanya mereka. Tanya banyak soalan, biar sampai Teacher & Prinsipal tuh kenal ngan kita, secara tak langsung, dorang kena amik tahu pasal anak kita sebab kita ni kepoh asyik tanya jer perkembangan anak! Heheheh..Almaklumlah, bila dah ramai-ramai student kan, terlepas pandang juga sorang dua. Kalau kita sendiri tak kesah pasal anak, stok - htr jer lah, sebab suma org htr, tapi tak pernah amik tahu perkembangan anak, jangan akhir tahun bila anak tak pandai apa-apa atau pencapaiannyaa kurang, kita hanya tahu marah dan kutuk saja! Tapi kita pun tak buat apa2, so kutuk diri sendiri dulu okeh! 

Rasanya tu lah serba sedikit yang boleh Watie kongsikan dalam entri kali ini. Watie ucapkan selamat mencari kindy terbaik untuk anak anda! Teringat pula pd student Watie- pasangan kembar Izzati & Izzudin yang terpaksa berhenti Playgroup sebab takder sapa nak jaga masa kelas sejak ayahnya kena kerja on Saturday. Mommynya htr kindy, tapi dia kata, "Tak nak skool bayu (baru), nak Teacher Watie!!" sambil merengek2 kesedihan, sampai Mommynya pening dan sms saya bercerita pasa anaknya. Baru seminggu tak datang kelas tuh sejak last week. Kesian sungguh saya dengar keluhan anak kecil itu. Yerlah, budak kecil kan tak pandai tipu. Mungkin persekitaran yang baru, jadi ambil masa sedikit nak biasakan diri. Dalam masa yg sama, saya ingatkan diri juga, yg saya harus buat yg terbaik, biar anak murid saya semuanya ingat kat saya sampai dorang besar! Hhehehehehe... Pas dapat sms, dapat call pula dari Mommy Aqeef yg juga berniat nak sambung kelas.   Beliau terpaksa stopkan Aqeef sementara atas hal2 yg tak dapat dielakkan. Dah berbulan tak datang pun, si hensem Aqeef masih ingat Teacher Watie. Pergi Nursery pun nak Teacher Watie jugak. Siap cakap ngan mak dia, "Teacher Watie best!" Hhihihi..comey kan anak2 saya semua?? Tu lah saya kata, best jadi teacher Playgroup nih, kanak-kanak genius dan bijak ni sememangnya menceriakan hidup saya, buat saya rasa muda jer selalu! Sampai Daddy Aleesya, anak murid saya yang Level 3 yang baru join 3 minggu lepas, 1st time Daddy Aleesya dtg tgk kelas anak dia, katanya, "Teacher Watie tuh macam Barney lah...!" Hahahhahaha.. Vangga mak noks... bukan senang org nak samakan kita ngan cartoon character femes camtu kan! Hahahaha..Boleh ah Teacher Watie buat Rancangan TV sendiri pasni. Ada tak stesen TV nak jadi buat Rancangan Kanak-Kanak. Ada sesiapa nak jadi Produser? Wakakakakka..:) Verangan tak agak2 Teacher Watie noks... Hahahhaha... .

Oklah pembaca semua, kita jumpa lagi di entry akan datang okeh ..:) Thanks for reading my bebelan yang super panjang kali ini. Lama tak menulis, sekali menulis, hambek ko, satu hari satu malam baru habis! :P.

post signature
post signature