free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, April 22, 2011

Quzayra: Bergusti Sambil Menyanyi?

Video ni kira dah basi dah nih, sebab dah lama jugak dah nih ..dalam bulan Mac rasanya video ni di ambil, masa Zayra umur 10-11 bulan kot, tapi nak share jugak dalam blog sebelum terlupa, memandangkan Mommy sgt sibuk (ntah hapa yg sibuk pun tak tahulah ...) sampai nak menulis pun jadi tersangkak-sangkak, nak rekod suara pun masih serak2 kering, so sebelum blog ni berasap, baik aku share video si comel Zayra tgh menyanyi.

Zayra pandai nyanyi? Hehehhe.. Pandailah! Aku pun sebenarnya langsung tak sangka dia akan sebut di tempat yang betul tau! Sebab asalnya aku suka2 nyanyi untuk Qarissa, si Q tuh segala macam serba serbi lagu dia nak nyanyi skang, dari mula sampai habis plak tuh! Macam- macam lagu dia nyanyi. Kemain lagi tergelek2 siap wat action bagai bila nyanyi. So, one day, bila aku nyanyi for Q, tetiba si Zayra lak yg menyahut kat hujung ayat! Terkejut beruk jap aku. Padan muka, underestimate anak lagi! Hhahaha.. Bukanlah underestimate sebenarnya, sebab mmg aku tak expect Zayra akan sambung, sebab lagu tuh aku suka2 nyanyi sesama ngan Q, sekali dia lak sambung.. mau tak terkejut aku! Pastu bila dia dah sambung line pertama, aku nyanyilah line kedua, saja nak tgk dia sambung tak? Sekali dia sambung lah wei! Wahhhh.. memang Zayra tahu lah .. heheh.. dulu masa Q time 10-11 bulan, dia taklah pandai "menyanyi".. maybe sebab Zayra asyik tgk kakak dia nyanyi.. member sudah jeles dan nak tayang kepoweran dia nyanyi gak kot? Hehhehehe..

So, aku sempatlah rakamkan saat-saat Zayra menyambung ayat aku time lagu Twinkle-Twinkle nih, kesian kan Zayra, kakak kemain sayang sampai habis anak aku sorang tuh kena buli ngan kak long dia, dia grip leher kawan tuh sampai susah Zayra nak gerak (ker bengang sebab Zayra nak overshadow dia? Hahhaha), dah macam nak bergusti pun ada! Aduhai... dah sayang2 ..pastu dia terus lepaskan dengan selamba! Hambek ko..tergolek lah Zayra, sib baik atas katil. Mengong lah Mommy tgk dua budak cilik nih bergurau! Mehlah kita layan video "gusti sambil menyanyi" nih..



post signature

post signature

No comments: