Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, July 1, 2010

My New Company - GENIUS BABY RESOURCES.

Alhamdulillah, pada 25 June 2010 yang lalu, bersamaan dengan hari Jumaat yang sungguh berkat, aku telah pun menubuhkan satu syarikat baru iaitu GENIUS BABY RESOURCESyang akan menumpukan kepada perkhidmatan perundingan @ consultation services on early education serta menjual produk pendidikan dan permainan bayi dan kanak-kanak.

Dah lama sebenarnya niat di hati untuk menubuhkan satu syarikat khas yang akan menumpukan tentang ECE ini, cuma seringkali tertangguh kerana terlalu banyak komitmen yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah, kini masanya telah tiba dan dengan tertubuhnya syarikat ini, ia menandakan bahawa aku telah bersedia untuk berkongsi pengalaman dan belajar segala-galanya tentang ECE ini. Bukan setakat menjual produk, tetapi yang lebih penting adalah perkhidmatan perundingan yang bakal diberikan kepada bakal-bakal pelanggan. Kalau beli produk tapi tak tahu guna dan tak tahu apsal kita beli pun tak guna gak kan. Tengok mak orang beli, kita pun beli sebab takmo ketinggalan kononnya, tapi kita tak tahu sebab apa kita beli dan hanya ikut-ikutan.


Genius Baby Resouces akan menumpukan perhatian dalam perkhidmatan perundingan ECE dengan mengadakan seminar, workshop dan bengkel-bengkel berkenaan ECE kepada bakal-bakal ibu & bapa, 1st time parents & serta ibu bapa yang mempunyai ramai anak tetapi masih mencari-cari cara terbaik mendidik anak-anak yang masih kecil. Kami menumpukan kepada usaha pendidikan dan stimulasi khas untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 0-4 tahun. Ini kerana melalui pengalaman kami, kebanyakan ibu bapa sangat berminat untuk mendidik anak dirumah sedari kecil tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Kekurangan bahan pembelajaran dan alat bantu pendidikan menjadi salah satu kekangan yang sering menyebabkan usaha mengajar bayi terbantut. Jadi, di harap dengan tertubuhnya Genius Baby Resources ini, dapatlah kami membantu para ibu bapa cara terbaik dalam menstimulasikan bayi dan kanak-kanak secara lebih profesional dan teratur.

Genius Baby Resources juga akan menjual produk-produk pembelajaran, pendidikan dan permainan untuk bayi dan kanak-kanak antara 0-4 tahun yang mana aku sendiri telah menggunakannya dan melihat keberkesanannya. Untuk pengetahuan, pihak Genius Baby Resources adalah syarikat persendirian dan bukanlah syarikat yang terikat dengan mana-mana syarikat lain. Ini memberikan kelebihan kepada syarikat kami dalam mempromosikan pelbagai produk dari mana-mana syarikat pengeluar produk bayi & kanak-kanak yang terbukti berkesan dengan lebih bebas dan tanpa rasa terikat. Apa yang penting bagi kami, pelanggan mendapat maklumat yang sewajarnya tentang sesuatu produk itu, yang sesuai dengan usia bayi @ kanak-kanak ketika membuat pembelian dan dapat menimbangkan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh mereka jika anda membelinya.


As Freelance Consultant, I will consult my future customers on the products, what are the best tools to use for ur babies & kids within your budget & after that, its up to my client. No paksa-paksa huh ... coz all my clients are my frends too..:) Malulah aku kalau nanti customer tak puas hati atau kata me like a typical sales person ...opss... no no no .I'm not that kind of person nehhhh... Aku berpegang pd kata-kata ini :

It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you'll do things differently.

So, I'm not going to jeopardise my reputation for the sake of sales yg tak berapa sen tuh ..:) Tak berbaloi noksss....Hu hu ...

Permata hati yg memberi inspirasi..:)

Dan, sebagai aktiviti pertama yang akan dilakukan oleh Genius Baby Resources adalah mini seminar yg bakal di adakan pada 17 July 2010 @ Wisma Bling Lustre, Puchong. Alhamdulillah, few hours selepas dilancarkan, 4 seat telah terjual dan cuma ada 26 seatsahaja yang tinggal (setakat entry ini ditulis pada 28 June 2010, 2.34 pm) . Jadi, pada parents & preggy Mommy yg berminat, grab this opportunity to learn something valuable for you & your baby!!! I'm eager & happy to share the information with uols especially the beginner level & new to early childhood education..:)

* updates on 30 June 2010 - 13 seated confirm, Alhamdulillah, suprisingly, byk hubby yg support wife!!!! they come together. Ada yg siap nk bwk adik yg blum kawin tau!!! Bagus sgt they all ni kan!!

Semoga apa yang bakal dikongsikan akan mendatangkan manfaat bersama. Insya Allah ..:)


*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*


Lot's Of LOVE,

No comments: