Berita baik untuk semua kawan-kawan yang mempunyai anak berusia 1 – 11 bulan !!
Pihak Genius Baby On Board dengan kerjasama Baby Wellink Services, syarikat yang berdaftar dengan International Association of Infant Massage Malaysia akan mengadakan sessi DEMONSTRASI PERCUMA di pejabat kami pada hari pelancaran GBOB iaitu pada 2 October 2010. Happy sangat nak bgtau semua kengkawan neh … * mode teruja & excited *
Sessi Urutan bayi adalah satu sessi yang sangat penting sebagai salah satu cara stimulasi sentuhan antara ibu dan anak. In fact, aku suka sangat massage time sebab time ni lah aku dapat rasakan hubungan aku dan Qarissa & Zayra sangat rapat dan semakin hari aku praktikkan sessi urutan nih, semakin aku memahami anak-anak aku. Walaupun aku bukanlah pakar dalam bidang nih, tapi boleh lah sikit-sikit kan ..:) hehehe.. Sebab tuh, kursus Infant Massage ni akan menjadi salah satu kursus yang aku akan pergi, untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan bolehlah nanti aku pulak ajar parents on how to massage ur baby correctly ..:)
Aku bertuah sebab kenal dengan Pengarah Baby Wellink Services – Puan Choong Say Mooiyang merupakan CIMA (Certified Infant Massage Instructor) di Malaysia. Beliau merupakan seorang jururawat bersara yang mempunyai 35 tahun pengalaman dalam bidang nih. Sejak 5 tahun lepas, Pn Choong bukak Baby Wellink Services Company yang focus on Pre & Post-natal Services for Mothers & Babies termasuklah Baby Massage. Dari dialah aku tahu yang bukan sebarang orang boleh ajar urutan bayi. Menurut beliau, J & J pun is far away behind them(that’s y dorang tak boleh charge cust bila buat massage course, cust bayar RM 20, dan cust dapat balik barang J & J beharga RM 20, so macam FREE lah kan) cos hanya mereka yang ada pertauliahan sahaja yang boleh charge customer untuk lakukan this baby massage from house to house, atau bengkel on baby massage coz the technique pun lain). Well, we have to understand that after all, business come 1st and the main intention is to sell the baby massage oil, that’s y the bengkel dibuat. But for me, adalah penting untuk parents betul-betul tahu & faham bagaimana cara untuk massage baby dengan teknik-teknik yang betul, barulah kita dapat lihat hasilnya. Dan sebab tuh lah, the course for parents yang nak belajar this technique akan amik masa 3 hari dan bukan sekaligus boleh complete, maybe seminggu 1 kelas, sebab lepas habis kelas, parents kena balik dan praktikkan daily dengan anak, and on the 2nd class, review akan dibuat dan they want to know what is the difference sebelum dan selepas baby massage dilakukan.
To get this CIMA punya sijil, kita kena gi kursus yang khas yang dibuat kat oversea tau! Dah lah mahal lak tuh! But lucky me, sekarang this course dah boleh amik kat Malaysia, the instructor(yang ada sijil pertauliahan untuk mengajar mereka yang berminat nak jadi CIMA) akan datang dari Australia. So sesiapa yang nak jadi CIMA, akan turun ke Malaysia for 4 days course, ada exam dan praktikal session, baru layak dapat sijil, dan barulah boleh mengajar ibu bapa dari rumah ke rumah atau dalam sessi bengkel. Mahal tetap mahal coursenya, tapi since aku memang serius nak buat this business, dapat gak sampaikan ilmu yg aku dapat nanti pada ibu bapa yang datang my seminar & bengkel kan ..:) Insya Allah aku akan amik jugak this course. Kengkawan doakan aku murah rezeki okeh ..:) Leh amik course tu nanti.
Dan, aku juga dah pun menjalinkan kerjasama dengan Puan Choong nih, untuk mengadakan sessi bengkel Baby Massage di GBOB pada bulan November 2010 nanti. Bengkel ini khas untuk mengajar ibu & bapa teknik2 baby massage yang betul. Will blog about this when the time comes okeh ..:)
The best part is, Puan Choong sudi untuk memberikan DEMONSTRASI PERCUMA sempena pembukaan GBOB nanti! Sungguh lah aku terharu dengan keikhlasan dia untuk memberikan demonstrasi supaya semua ibu bapa tahu kepentingan baby massage ni. That’s’ y aku cepat2 blog pasal ni, sebab aku nak kumpul nama, sesiapa yang confirm nak datang on that day bersama bayi anda. Sapa yang nak, boleh cepat2 register dengan aku ok! Jangan tak datang pulaak tau, sebab aku nak confirm dengan Pn Choong the total pax yang akan hadir. Kalau ramai, maybe kena buat 2 sessi atau dia panggil another CIMA to help her. Jadi, aku nak confirm betul2 siapa yang boleh datang on that day. Berikut adalah informasi pasal baby Massage nih:
Tarikh: 2 October 2010 (Sabtu)
Masa: 11 am – 12 noon
(jangan lambat yer, sebab kalau lewat, baby ngantuk & grumpy, the session tak berkesan, lagipun, tak best ah buat kengkawan lain tunggu kita kan..)
Tempat: Seminar Area, GBOB OFfice @ Wisma Bling Lustre,
NO: 47-2, Jalan Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya,
47120, Puchong, Selangor
Maklumat yang perlu di beri pada aku:
Nama ibu, nama anak & umur anak serta hp number, emelkan kegeniusbabyonboard@gmail.com di bawah tajuk : Reservation for Baby Massage
Nama ibu, nama anak & umur anak serta hp number, emelkan kegeniusbabyonboard@gmail.com di bawah tajuk : Reservation for Baby Massage
Aku sangat2 menggalakkan sesiapa yang ada anak kecil tuh, boleh lah datang ke sessi DEMO PERCUMA ni untuk melihat dan merasakan sendiri keseronokannya. Once u get the idea, bolehlah uol decide whether you want to come for the bengkel or not. Very worth it sebab sekali belajar, sampai anak 10 boleh guna. Siap leh ajar Cucu skali okeh kalau korang dah tua nanti! Ahaks!
No comments:
Post a Comment