Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Wednesday, August 3, 2011

Anak OKU: Peranan Suami & Isteri Di Saat Menerima Khabar Duka

Lamanya rasa tak menulis tentang FAMEKids kan? Jujur saya sebenarnya rindu nak menulis secara aktif macam dulu, sampai satu tahap, boleh tulis 2 entry satu hari. Tapi masa sememangnya mencemburui saya, terlalu banyak perkara yang perlu saya dahulukan sehingga kan blog ini seolah-olah menyepi begitu lama saya rasa. Saya ingat, bila ada Ipad, kerja saya jadi lagi mudah especially nak update blog tapi rupanya bila Qarissa dapat Ipad tu, memang saya tak dapat pegang langsung! Dia konker habis! Sudahnya, program utk Level 3 guna Ipad pun saya tak dapat buat. Huhuhu....

But now, saya boleh tersenyum kembali, sebab saya baru jer menghadiahkan diri ini dengan sebuah Ipad. Hehehe..bolehlah saya mula menulis secara aktif. Banyak lagi yang saya kena belajar terutamanya aplikasi-aplikasi Ipad yang dapat mudahkan kerja saya. Mula-mula Q nampak Ipad ni, dia sibuk nak main jugak, tapi saya terus bgtau dia yg ni Ipad Mommy, for work, dan mulalah saya bebel pasal beza antara Ipad dia dgn Ipad saya..alhamdulillah, setakat ni dia paham, taklah sibuk nak Ipad saya pulak. Tapi adik plak yg kepoh..tak padan umur 15 bulan, dia sibuk duk sebut "Ipad!! Ipad!!"..dah macam mak-nenek dah! Heheheh...so sekarang, azam saya adalah untuk menghapdet blog selalu..sebab skang, time menenen pun masih leh tulis. Janji ada idea dan ada perkara yang nak dikongsikan. Jangan hangat2 taik kucing dahhhh..hehhehehee...

So today, saya rasa nak kongsi cerita pasal FAMEKids, tapi sebelum tu, saya nak ucap jutaan terima kasih pada para penderma yang telah menderma wang ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun GBOB khas untuk FAMEKids. Hanya Allah SWT sahaja yg mampu membalas budi dan jasa anda. Insya Allah, wang itu akan kami gunakan untuk program FAMEKids akan dtg. Sekarang, we all ada plan nak buat something during Ramadhan, harap-harap berjayalah buat, Insya Allah. Today, saya nak kongsi tentang peranan suami dan isteri apabila dikhabarkan tentang berita duka mengenai bayi mereka  yang tidak sempurna ketika lahir. Saya rasa bertanggungjawa untuk berkongsi pendapat saya apabila saya berjumpa dengan rakan saya baru-baru ini dan beliau menceritakan yang sahabatnya sangat sedih dan berada dalam keadaan depress apabila suami tidak menyokong dan tidak dapat menerima hakikat yang anak sulung mereka tidak sempurna. Mengalir juga air mata saya apabila mendengar cerita kawan saya. Balik sahaja rumah, saya terus mengarang entry ini dengan harapan, ia dapat di baca oleh wanita terbabit dan lebih baik lagi, suaminya. Insya Allah. :) 

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak OKU, saya pernah melalui rasa sedih, terharu, terkejut, tergamam, tak sangka dan macam- macam lagi yang tak dapat nak saya nyatakan dalam bentuk tulisan di ruangan maya ini. Semuanya bercampur-baur terutama sekali ketika baru melahirkan. Ketika ini, apa yang saya sangat perlukan sebagai seorang isteri adalah kehadiran suami di sisi saya untuk sama-sama berkongsi perasaan ini. Saya memerlukan kata-kata semangat dan pujukan ikhlas serta keprihatinan suami di saat saya merasa kesakitan yang amat sangat, kesakitan luaran dan dalaman yang maha hebat, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya amat berharap agar suami dapat menenangkan saya, memeluk saya dan mengatakan semuanya ok, walaupun terdapat sedikit masalah pada bayi, tapi semuanya ok, dan suami sangat mencintai saya selain berterima kasih kerana sudi bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. Dan apabila situasi terkejut menerima berita sedih itu berlalu, saya berharap agar suami sama-sama berbincang dari hati ke hati dan menyatakan sokongannya secara terbuka dan akan bersama saya melalui saat-saat sukar ini. Alhamdulillah..saya mendapat seorang suami yang amat saya dambakan itu. Syukur padamu Ya Allah...

Menerima hakikat melahirkan anak yang tidak sempurna fizikal atau mental bukan sesuatu yang mudah. Itu saya akui. Terutamanya jika anak itu anak yang pertama. Ia memberi kesan emosi yang sungguh mendalam bukan setakat pada ibu, tetapi juga bapa serta kaum keluarga terdekat. Kehadiran permata hati yang ditunggu-tunggu seluruh keluarga, lahir tidak seperti yang diharapkan. Di saat orang lain girang menayang anak masing-masing, kita suami isteri dan keluarga bersedih memikirkan masa depan anak. Di saat orang lain memeluk anak dalam dakapan, kita hanya mampu melihat anak di dalam NICU. Di saat orang lain teruja memberikan susu badan kepada anak, kita hanya mampu memerah susu dan menggunakan tiub atau syringe utk memastikan anak kita mendapat khasiat yang sama seperti anak orang lain. Di saat orang lain bergembira dan bergelak ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan, kita memerah otak mencari cara yang terbaik untuk mengkhabarkan pada orang sekeliling tentang keadaan anak kita yang tidak sempurna. Dan ia bukan setakat itu. Ia berpanjangan sehinggalah anak kita dewasa dan boleh menjawap semua soalan yang diutarakan kepadanya dgn hati terbuka. Ya, ia bukan sesuatu yang mudah. Ia adalah satu proses yang sukar..cukup sukar..tetapi kita tiada pilihan.

Terlalu banyak "rawatan" yang perlu di lakukan selepas kelahiran seorang anak istimewa, rawatan yang berpanjangan, bukan setakat merawat anak tersayang, tetapi juga merawat hati ibu bapa serta keluarga untuk menerima hakikat sebuah kenyataan. Apatah lagi jika ia sesuatu yang tidak kita jangka dan sangka. Ia akan bertambah sukar jika sokongan dari suami tercinta tidak kunjung tiba. Sebagai ibu yang mempunyai anak OKU, saya ingin berkongsi pendapat peribadi saya. Saya merasakan yang rawatan pertama sekali perlu kita lakukan adalah rawatan terhadap diri kita sendiri. Rawat apa? RAWATLAH HATI. Bagaimana? Untuk isteri -Fikirkan begini "Anak ni adalah anugerah Allah SWT kepada aku. Mesti ada sebab kenapa Allah bagi dia pada aku dan bukan orang lain. Satu hari nanti, aku akan pasti dapat jawapannya. Kalau anak ini adalah kifarah di atas dosa- dosa aku sebelum ini, aku redha. Kalau anak ini adalah ujian bagiku, aku terima. Kalau aku rasakan aku ibu yg paling malang, ada berjuta lagi ibu yang lebih malang nasibnya berbanding aku. Kalau aku rasakan anak aku yang paling menyedihkan, ada beribu lagi ibu bapa yang mengalami pengalaman lebih buruk dariku. Sekurang-kurangnya, aku dapat merasakan nikmatnya mengandung, nikmatnya merasakan tendangan bayi dan nikmatnya sebuah kesakitan untuk melahirkan umat Muhammad SAW, ada ramai lagi wanita yang langsung tidak berpeluang merasai lengkapnya menjadi seorang wanita sempurna selepas berkahwin. Aku harus bangkit dari kesedihan ini kerana jika bukan aku, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Anak ini memerlukan aku untuk mengasihi dan menyayanginya selagi bernyawa. Jika hayatnya tidak panjang akibat pelbagai komplikasi, sekurang-kurangnya aku ada kenangan bersama anak ini, dan penyesalan tidak akan ada di hati kerana amanah Allah SWT ini dijaga dan dibelai sepenuh hati."

Seringlah bermonolog dengan diri sendiri, ambil masa selama yang boleh untuk berbicara dengan diri, memujuk hati dengan berfikiran positif. Saya bagi contoh diri saya sendiri. Bila saya memikirkan tentang tangan Zayra, saya berfikiran positif dengan menyenaraikan segala kelebihan Zayra berbanding rakan-rakan seangkatan dengannya. Walaupun tgn yang mengalami kekurangan itu adalah tgn kanan, yang mana ia sgt penting terutama bg masyarakat Melayu yang terkenal dgn adab sopan, saya tetap berfikiran positif. Saya akan memulakan ayat dengan perkataan "Sekurang-kurangnya.." untuk memujuk hati dan menanamkan aura positif dalam diri. Contohnya begini : Sekurang-kurangnya, Zayra masih boleh pakai tangan kiri. Hanya tgn kanan sahaja yang bermasalah, anggota badan yg lain ok, otaknya cerdas, kakinya tangkas, walaupun ada satu tgn sahaja, Zayra dah buktikan dia masih boleh menggunakan tgn kanannya dgn cara yg tersendiri. Sekurang-kurangnya ia berlaku dr dalam perut, jadi Zayra sudah terbiasa berkeadaan begitu, kalau dah besar baru belaku sebarang kecacatan, mungkin ia lebih sukar untuknya. Dan saya juga sering bersangka baik pada Allah SWT di mana, di awal kelahiran Zayra, saya yakin ada sebab mengapa Allah beri Zayra pada saya, dan mengapa hanya sedikit sahaja kecacatannya berbanding rakan lain serta bagaimana boleh terbentuk ketulan daging berbentuk tangan dan jari jemari yang sangat perfect tanpa tulang di dalamnya? Apabila saya bersangka baik pada Allah SWT, dengan segera Allah SWT memberikan jawapannya pada saya. Dan inilah hasil coretan saya yang sedang anda tatap dan baca bait demi bait. Inilah hikmahnya, satu perkongsian secara terbuka, secara terus dari hati tanpa sebarang rasa malu, tertekan atau terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati yang sedang anda baca kini. Yang ada cuma rasa syukur kerana dapat berkongsi rasa, serta hati yang penuh bangga kerana melahirkan seorang anak istimewa bernama Rania Quzayra Rizal. Betapa saya sering memeluk dan membisikkan kata-kata keramat ini di telinga anak saya, "Zayra, Mommy bangga sangat lahirkan Zayra sayang..Mommy bangga dengan Zayra, Mommy bangga!" Dan ternyata aura positif itu sampai kepada Zayra sehingga saya seringkali lupa Zayra mempunyai kekurangan di tangan kanan. Hebatnya kuasa minda yang positif kan? Selain dari diri sendiri, ia juga dapat 'berjangkit' dgn org sekeliling..

Bagi sang suami pula, saya mohon agar fahamilah isteri anda di saat sukar begini. Saya akui dan fahami, tidak banyak sedikit anda pasti kecewa kerana cahaya mata yang di idamkan tidak seperti yang dibayangkan. Korbankan sedikit perasaan kecewa dalam tempoh ini dan jika perlu anda berpura-pura "OK" untuk sementara demi menenangkan isteri yang sedang terganggu mental dan fizikalnya, maka korbankanlah. Isteri kita sudah berkorban dan sanggup membawa anak kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan, takkan 9 hari pun kita tidak boleh 'berpura-pura' ok demi untuk memujuk isteri tercinta? Bukan bermakna anda tidak jujur pada diri sendiri, tetapi anda harus kuat untuk sama-sama mengharungi cabaran ini. Di saat isteri anda baru melahirkan, ia adalah satu proses yang boleh diibaratkan seperti "maut menanti tapi tak jadi", sangat menakutkan dan menyakitkan. Apatah lagi bila dikhabarkan berita duka. Emosi mereka lebih terganggu dan ia ibarat "double trouble" situation bag mereka, Tetapi sekiranya mereka menerima sokongan yang tidak bebelah bagi dari anda on the spot, di saat mereka amat memerlukannya, satu pelukan ikhlas dan hangat diiringi kata-kata yang manis dan menenangkan hati dapat melembut dan melegakan isteri. Percayalah wahai sang suami, dalam hati sang isteri terdetik perasaan bersalah kerana melahirkan zuriat yang tidak sempurna buat suami tercinta, tetapi apalah daya mereka, takdir Allah mengatasi segalanya. Jika cinta sejati yang mengikat anda dan isteri selama ini, sekaranglah masa terbaik untuk anda membuktikannya.

Sekiranya anda lihat isteri sudah stabil emosinya hasil dari pujukan, pengorbanan dan "kepura-puraan" anda, bolehlah anda berdua duduk bersama, atau mungkin sambil berbaring-baring manja, berborak dengan isteri mengenai bayi yang baru dilahirkan itu. Berborak dengan isteri dan berkongsi rasa hati anda yang sedih bersama isteri. Perbualan ini harus dilakukan secara hati ke hati dan kedua-dua pihak harus terbuka dalam meluahkan rasa hati masing-masing. Tetapi ingat kata kunci ini-POSITIF!! Ini bukanlah medan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi lebih kepada luahan perasaan terhadap apa yang anda dan isteri rasakan selepas menerima berita sedih itu. Dengan meluahkan apa yang disimpan di dalam hati dengan cara yang positif dan diterima juga secara positif oleh pasangan, ia akan membuatkan segala-galanya menjadi mudah dan kita merasa lega. Jika anda perlu menangis untuk melegakan perasaan yg terpendam selepas penat "berpura-pura" ok, maka lakukan lah sekarang. Isteri anda ada untuk menenangkan anda kembali. Ia adalah satu proses timbal balik yang sangat menyamankan hati dan perasaan masing-masing. Pada saya, tidak salah kita menangis dan meluahkan rasa yang kita kecewa dan sukar menerima kenyataan yang berlaku kerana itu adalah perasaan yang tidak mampu kita hindari. Adalah lebih baik kita bercakap mengenainya, kemudian cuba memperbaiki keadaan itu dari hanya memendam dan menyimpan segala-galanya tanpa dapat meluahkan rasa yg terbuku. Saya percaya, dengan pendekatan positif, perbualan tanpa emosi negatif ini akan merapatkan lagi hubungan suami isteri dan satu kepercayaan dapat dibina antara satu sama lain. Anda faham apa yang isteri mahukan, dan isteri mengerti apa yang anda rasakan. Jika perlu menangis bersama ketika ini, maka lakukanlah..peluklah isteri sekuat-kuatnya dan menangislah bersama..anda pasti akan lega..

Selepas itu, mulalah berbincang tentang apa langkah seterusnya untuk bayi kesayangan anda. Dapatkan mutual understanding dari suami atau isteri, dari apa saja segi. Seperti contoh, pada malam kami berbincang sambil menangis bersama, saya terus bertanyakan pada suami tentang pakaian yg bakal Zayra pakai apabila dia membesar nanti. Adakah suami saya "kisah" jika saya pakaikan Zayra baju tanpa lengan @ lengan pendek, atau dia mahu Zayra dipakaikan dengan baju yang menutup kekurangannya itu? Saya kemukakan pendapat saya dan saya tanya pendapat suami. Alhamdulillah, kami mencapai kata sepakat dan pendapat yg sama, iaitu kami akan melayan Zayra SAMA SEPERTI Qarissa. Apa yang Qarissa pernah pakai, Zayra juga akan pakai, malah dek kerana terlalu inginkan Zayra berdikari sendiri, saya kadangkala macam takder perasaan kalau Zayra terjatuh katil, atau tangannya terpelot sedikit, atau apa sahaja yang insiden kecil yang berlaku, selagi tidak membahayakan, saya akan buat selamba sahaja. Dan, selepas satu tahun berlalu, Zayra pula yang nampaknya lebih berdikari dan tahan lasak berbanding kakaknya. Teringat saya entry yang saya tulis dulu iaitu,"Melampau Sgt Ker Aku Jaga Anak?"-macam tu lah kami suami isteri masa Qarissa kecik. Over protective, anak sulung katakan. But now - tidak lagi!:) 

Baik suami atau isteri,belajarlah menerima hakikat dan kenyataan ini kerana kita harus ingat, semakin cepat kita menerima kenyataan,semakin cepat kita dapat bantu anak kita dari segenap segi dan semakin cepat kita akan dapat melihat keajaiban Allah SWT. Menafikan hak anak kerana perasaan malu, tertekan serta tidak dapat menerima kenyataan hanya akan memburukkan lagi keadaan, bukan sahaja kita dengan anak, malah antara kita dengan isteri, wanita yg paling kita cintai. Jika kita sendiri tidak dapat menerima darah daging kita, apatah lagi org luar, yg takder kena mengena dalam hidup kita. Kalau kita sendiri memandang rendah pada anak kita, bermakna kita membenarkan orang luar menginjak-injak kepala kita. Ingat begini rakan-rakan FAMEKids ku tersayang- ORANG TETAP AKAN BERCAKAP TENTANG KITA, TENTANG ANAK KITA PADA SESIAPA YANG MEREKA INGINKAN, TETAPI CERITA APA YANG AKAN MEREKA SAMPAIKAN?ADAKAH CERITA MENGENAI ANAK KITA YANG TIDAK DITERIMA OLEH IBU BAPANYA SENDIRI, MALU MENGAKUI HAKIKAT ANAK ITU TIDAK SEMPURNA, ATAU CERITA MENGENAI ANAK KITA YANG ISTIMEWA, YG SANGAT DIBANGGAKAN OLEH IBU BAPANYA, TABAH DALAM MEMBESARKAN MEREKA DENGAN PENUH BANGGA TANPA RASA PREJUDIS DAN MAMPU MELAKUKAN PERKARA YG HAMPIR MUSTAHIL BERKAT KEPERCAYAAN DAN MINDA POSITIF IBU BAPA? Well my dear friends.. The answer is in your hand ..Your very own hands. You decide what u want people to talk about you. Malarikan diri dari masalah, melarikan diri dari kawan-kawan atau memutuskan segala perhubungan dengan dunia luar TIDAK AKAN MEMBANTU MALAH MEMBURUKKAN LAGI KEADAAN!! Bukan hanya untuk u, tetapi juga untuk anak. Adakah sehingga anak itu 'pergi', baru kita ingin keluar dari persembunyian, dan fikir orang tidak akan bercakap mengenainya? Well, if you think like that.. You're totally wrong my friends..coz people will STILL TALK ABOUT IT! And the worst part is-IT WILL HAUNT YOU FOREVER!!

Kata-kata terakhir saya untuk entri kali ini:

"Tiada siapa yang inginkan anaknya mengalami kekurangan fizikal dan mental, tetapi jika itu sudah takdirnya, berusahalah untuk menerima anugerah Ilahi ini kerana sudah pasti ia ada hikmahnya yang tersendiri. Janji Allah SWT itu pasti!!"

Cinta hati saya - Rania Quzayra Rizal yang sangat saya banggakan!




post signature

post signature

No comments: