Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah, Suami Sahabat Saya Telah Di Temui!

Saya terjaga pukul 4 pagi tadi secara mengejut kerana merasakan yang sahur telah pun berlalu. Hubby lupa kunci jam dan saya terkocoh kacah amik hp nak tgk pukul berapa. Rupanya pukul 4 pagi. Dah alang-alang tgk hp, saya terus baca msg yang ada.Ada satu mesej dari Kak Siti @ Harian Metro yang bertanyakan tentang perkembangan terkini suami Salwa di samping memberi nombor telefon seorang pakcik untuk Salwa hubungi sebagai salah satu usaha untuk mencari beliau.


Saya terus forwardkan maklumat tersebut pada Salwa disamping bertanya khabar tentang suaminya. Hanya selepas SMS tersebut di hantar, barulah saya buka FB @ BB dan alangkah terharu dan seronoknya saya apabila Salwa mengemaskini wall FB beliau dan memberitahu suaminya telah dijumpai selepas genap 3 hari hilang. Saya salinkan semula apa yang Salwa tulis untuk iktibar dan tatapan kita bersama:

"Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian....saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..

terima kasih atas ukhuwwah dan sokongan dari kalian....inshaALLAH akan saya memorikan secara terperinci pada saluran yang tepat...terbukti, bila kita bergantung harap hanya pada ALLAH....DIA akan cabut segala keresahan dan duka dalam sekelip mata...saya bersujud syukur atas kurniaan ini...Ramadhan ini adalah Ramadhan yang benar2 mentarbiyyah saya..."

Syukur Alhamdulillah, betapa saya dan semua rakan-rakan lega mendengar perkhabaran gembira ini. Saya setulus hati ingin ucapkan terima kasih pada semua yang turut membantu dari apa sahaja segi terutama dalam menyebarkan berita kehilangan Ithnin Ngadiman dan berdoa serta melakukan Yassin Mubin dan solat hajat sebagai usaha mencari beliau. Ternyata banyak iktibar yang boleh kita perolehi di bulan yang mulia ini. Jumaat penghulu segala hari dan berkat doa dan usaha semua, Allah SWT telah memperkenankan doa kita. Sungguh saya terkesan dengan peristiwa ini dan membuatkan saya lebih insaf tentang keagungan Allah Yang Maha Esa. Terima kasih Tuhan, terima kasih rakan, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Khas untuk Salwa dan keluarga, rasanya inilah Ramadhan yang paling memberi makna dan menginsafkan kita kan? Pasti ada hikmah dan keajaiban yang Allah SWT mau kita lihat sendiri dengan mata kepala kita, DIA boleh menghilangkan orang yang kita sayang dengan sekelip mata, dan mengembalikannya dengan sekelip mata juga. Sungguh Watie terkesan, sampai hantar satu mesej pada jiran rumah yg bertanya khabar Salwa, "Allah tu hebat lah kak ..!" padahal memang dah tahu Allah yg paling HEBAT! Bila baca balik, rasa bongok pun ada, tapi itulah kata hati yang terbit penuh keinsafan bila Watie tulis msg tu. Rasa insaf sangat dengan keajaibanNYA. Semoga kasih sayang antara Salwa dan suami akan bertambah dalam selepas ini di tambah pula dengan kehadiran anak-anak yang comel dan bijak manja. :) Salwa rehat puas-puas yer, selamat berpuasa dan berbuka. Semoga ukhwah antara kita akan berkekalan. Amin... :)

post signature

post signature

No comments: