Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Tuesday, August 9, 2011

Bagaimana Mengurangkan "Ketagihan" Anak Terhadap VCD Tertentu?


Salam Ramadhan para pembaca semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam yer! Seronok rasanya Ramadhan kali ni bilamana Watie dapat rasakan banyak perkara yang baik akan jadi pada Ramadhan kali ini, lebih bermakna orang kata. Baik perubahan terhadap diri sendiri dan juga anak-anak serta keluarga tersayang. Harap anda juga begitu yerk? Amin. 

Ok, today Watie nak kongsi cara Watie mengurangkan "ketagihan" dan "kebergantungan" Qarissa terhadap cerita Charlie & Lola. Korang semua penah dengar kan citer Charlie & Lola tuh? Sapa ada Unifi mesti tahu sebab dalam rancangan Cbeebees memang ada that story. Jangan pasni bila Watie tulis entry nih, uols tak bagi anak uols tengok citer tu plak yer? Hehehhee...sebabnya, Charlie & Lola memang bagus, dari segi sebutan bahasa dan juga story line nya, cuma apabila anak kita dah terlalu "taksub" dengan cerita tuh, sehingga tak peduli benda lain, asyik dengan berlakon dan mengikut apa yg dia lihat di kaca TV, cuba menjadi Charlie & Lola dan mempunyai "imaginary friends" nya sendiri, ia adalah sesuatu yg harus kita kawal. Tak kisah citer apa pun, prinsipnya sama. Sekiranya ia masih boleh  dikawal, maksud Watie maybe anak kita taksub tengok cerita tertentu, tapi bila berkawan atau bersosial, dia masih boleh berada dalam satu kumpulan, berborak (yang ada proses komunikasi antara kawan-kawan) dan melakukan tugasan bersama, then its ok, cuma kita kena pulak pastikan cerita tu sesuai dengan perkembangan mental anak. Watie akui yang Charlie & Lola is good, macam yg Watie katakan sebelum ni, melihatkan Charlie & Lola suka memberus gigi, Qarissa juga sangat suka memberus gigi. Tak payah paksa, kita yg kena paksa untuk berikan berus gigi pada dia, sampai dah berlambak2 berus gigi budak2 kena beli, asyik hilang jer pas dia guna. Hehhe.. Bila tidur nak pakai selimut paras dada, bila naik kereta, bila kita suh pakai seat belt, dia pun semangat nak pakai serta macam-macam lagi positive value yg dia tahu. Tapi ada jugak yg tak best yg Qarissa ikut dalam citer tu. Lola ni sometimes notty sikit, suka kacau abang dia, kengkadang ada part menjerit (bukan jerit sgt tapi terkejut so macam dia jerit "Arghhhhh!") dan Qarissa sangat suka part tu. Tension mak dibuatnya bila dia suka sgt tiru aksi Lola yg tu .. Hhahahhaa..


Qarissa mula menonton Charlie & Lola sejak usianya 2 tahun setengah kalau tak silap. Sebelum tuh, memang Watie cuma bagi Qarissa pure education VCD yg takder unsur-unsur kartun dalam tu. Kiranya, Charlie & Lola ni kartun yg pertama lah Watie bagi kat dia. Ada campur-campur juga dengan Dora & Strawberry Shortcakes tapi Charlie & Lola nih memang favourite dia. Boleh kata setiap hari nak tengok dan kalau tak dapat, leh ngamuk dibuatnya. Bila anak dah pandai masukkan sendiri CD dalam player, memang susahlah kita nak buat apa pun kan? Nak halang pun tak leh, dia tetap nak jugak. Sebab tu lah Watie kata, ajar baby lagi senang! Hahahaha.. Qarissa dah pandai bukak sendiri cerita Charlie & Lola tuh, sebab tu lah agak sukar nak tukar ke VCD Education yg lain kalau dia tengah sibuk menonton. Memang dia akan tukar balik pada VCD tu. Nak-nak dia dah tahu baca kan, so dia yg pilih sendiri VCD mana satu dia nak. :) 

Tapi, Watie mula rasa "urgency" to do something apabila Qarissa terlalu asyik dengan Charlie & Lola sampai dia kurang berborak dengan sepupu-sepupu dia @ my sister house. Dia main bersama, lari sesama, main slide sesama, semuanya sama-sama tapi  satu jer Watie tak puas hati - kurangnya komunikasi antara mereka. Bila kakak @ abang @ pakcik Irfan dia tanya sesuatu, Q buat tak tahu jer (mungkin juga dia tak pandai jawab, mungkin juga dia tak faham due to language barrier) dan bila dia rasa takmo main, dia akan mula berlakon depan cermin dan apa yang dia cakap semuanya dialog2 Charlie & Lola. Dengan gaya-gaya semua dia hafal. Dan, hasrat untuk melakukan perubahan utnuk mambantu mengubah behaviour Qarissa  makin bertambah bila Watie jumpa Therapist dia buat pertama kalinya. 


Perjumpaan pertama dengan Therapist Qarissa di PPUM berlangsung dalam awal bulan 7 yang lalu. Dalam  pertemuan pertama ini, kami berborak hampir 1 jam setengah di Bilik Rehab PPUM. Therapist Qarissa namanya Puan Shila. Baik orangnya. Kami banyak berborak tentang perkembangan mental dan fizikal Qarissa, apa masalah yg kami hadapi dengan speech dan behaviour Qarissa selama membesarkannya. Puan Shila juga banyak tanya tentang apa yang Q suka dan apa yang tidak serta apa aktiviti yg sering kami lakukan dengan Q di rumah. Ia adalah sessi penilaian dan temuramah antara Therapist dan Ibu bapa untuk mereka lebih memahami masalah yang kita hadapi bila dengan anak kat rumah. 

Percaya atau tidak, sepanjang hampir 1 jam setengah sessi untuk berlangsung, mulut Qarissa memang becok, semua mainan dia main, main ngan adik, main dengan bola dan everything seems very normal, cuma satu jer - SHE WAS IN "THE CHARACTER OF CHARLIE & LOLA" THE WHOLE TIME! Memang sgt obvious! Pastu dah puas dia berlakon, dia mintak Ipad pulak. Memang we all tak bagi lah tapi dia ngamuk lah kejap kan, after that ok lah. Nanti Watie share camner Watie kurangkan ketagihan Ipad pulak yer. Hehehee..So, perkara pertama yg Puan Shila mintak Watie buat adalah mengurangkan kebergantungan Qarisssa terhadap VCD Charlie & Lola tu. Memang Watie risau sebab VCD tuh dah jadi cam darah daging dia tau! Mampukah aku mengubahnya yerk? Tapi, Watie tahu, I have to do it NOW sebab makin besar usia anak, makin sukar kita nak ubah. I have to sacrifice my feelings now, kalau2 Qarissa mengamuk atau tantrum bila tak dapat tgk Charlie & Lola, for the sake of my lovely daughter. So, that is my aim after balik dari Therapy. Puan Shila kata, boleh buat perlahan-lahan, takut2 kalau Qarissa terkejut suddenly tak dapat tgk the series plak kan, nanti dia jadi metal block, asyik teringat2, susah juga. 

So, the first thing saya buat lepas balik adalah simpan semua CD Charlie & Lola yang ada, saya tinggalkan satu jer utk emergency kalau-kalau Qarissa nak sangat tengok kan. Dan, saya tanggalkan kabel VCD, jadi memang tak boleh bukak langsung VCD dia.  Esoknya, both of us, me & hubby tak kerja, we all mengemas rumah, so selamba jer bukak Astro, after sekian lama tak bukak. Saya buat cam biasa jer, bila Qarissa nak bukak VCD tuh, dia sendiri yg discover the VCD takder lampu biru, bila dia tekan2 semua takleh, then dia diam jer. Suprise juga bila dia tak mintak Charlie & Lola. Tapi, menjelang petang, sangat sayu bila dia tak tantrum, cuma dia pergi kat Daddy dia, sambil memutar-mutarkan jari jemari dan buat muka kesian, dia kata "Charlie & Lola???". Daddy dia yg lemah semangat bila tgk anak camtu pun ngadu lah kat saya yg masa tuh ada kat tingkat atas. Saya memang kesian sgt, tapi saya kata, "Takper bang, kita tgk camner, kalau dia sampai ngamuk2 nak mintak, baru bagi, kita relax dulu kay..tgk keadaan camner." Alhamdulillah, Q tak sibuk atau tak ngamuk nak lepas dia tak dapat tgk pertama kali tu. Perkembangan yg baik untuk hari pertama. :) 

Hari kedua dan seterusnya, ada juga Qarissa mintak nak tengok tapi saya bgtau dia VCD tu rosak. Saya siap tunjukkan pada Qarissa yang VCD tuh dah takder lampu dan tak boleh bukak sambil menambah kata-kata begini, "Tak boleh bukak kakak. Tu lah, Mommy dah kata dah jangan main-main VCD sangat, kakak asyik main jer, skang kan dah rosak. See, cannot open, no blue color! How?" Dan Qarissa akan diam sahaja lepas saya cakap camtu, ternyata dia memang paham "dia yg salah" sebab asyik kuar masuk DVD sampai rosak! Dan, sejak hari tu, memang TV bawah kat living room langsung we all tak bukak sebab takmo Q confuse, kejap boleh, kejap tak. Amazing sgt rasanya bila mana saya berjaya membuatkan Qarissa "melupakan" Charlie & Lola dengan cara pendekatan yg lembut begini, bukan sebab VCD tapi sebab DVD dia rosak! Saya sembunyikan VCD tuh supaya Q tak nampak, takut kalau nampak, dia akan paksa saya utk bukak dan tantrum pula kang, jadi saya simpan dulu, ada juga Q tanya saya dan menyebut "Charlie & Lola??", tapi saya gunakan pendekatan begini, saya tanya dia semula, "Mana kakak letak? Go and take the VCD, we watch together. Mana kakak letak?", dan saya berpura-pura membuka laci yang penuh dengan VCD itu, tapi Charlie & Lola punya VCD memang dah takder. :P. Bila we all cari sama-sama tak jumpa, saya pun kata kat Q, "Takderlah kakak. Kakak letak mana? Kan Mommy dah pesan, jangan buang-buang barang, letak dalam ni, where you put it? Now, no more VCD Charlie & Lola. Oh oh..". Pastu saya buat muka "tumpang sedih" sebab cerita Charlie & Lola tu dah hilang kekdahnya!. Alhamdulillah, sekali lagi berjaya. Q tak banyak tanya sebab dia memang tahu dia suka sepah-sepah barang lepas main atau tgk VCD. Sungguh saya tak sangka rupa-rupanya, Q berjaya dalam ujian pertama ini dengan mudah. Saya ni yg tak berubah-rubah perangai, masih lagi ada rasa "underestimate" anak. Saya ingat mesti sukar, tapi rupanya taklah sukar sgt. Yang lebih best, sejak hari pertama balik therapy, memang dia tak tengok langsung Charlie & Lola through VCD tuh, dan tiada mental block pada dia! Tak ngamuk, tak tantrum, semuanya seperti biasa cuma sesekali dia sebut Charlie & Lola tu, its normal lah saya rasa kan. Happy giler bila ia berjaya! 

Dan, mission kedua pula adalah VCD inside the car. Sebelum ni, masuk jer kereta, memang bukak VCD terus. Tak kisahlah citer apa, tapi mesti bukak. But now, no more. Sedih jugak bila tak bukak VCD2 @ Audio CD yg lain, tapi saya kena berkorban sebab kalau bukak VCD lain, maknanya Charlie & Lola pun boleh bukak. Sekarang ni, cuma VCD di bilik saya sahaja yang kami bukak, dan VCD @ the office. And both VCD memang takder VCD Charlie & Lola ditempat2 itu. Saya bukakkan cerita-cerita macam Happy to Solat, Saya Muslim Ana Muslim, Phonics Song, Baby Sign dan sebagainya. Sungguh memberangsangkan bila Qarissa dapat menerima hakikat tiada lagi Charlie & Lola. Dia sendiri yg discover VCD dlm kereta tu "rosak", bila dia tekan Disc, memang takder cerita yang kuar (sebab takder VCD!Ekekek), selalunya bila dia tekan, mesti boleh jer, so bila dia try few times, dia tau lah memang rosak. :) So now, we all dengar radio jer lah..)

Dan mission ketiga, Charlie & Lola kat You Tube. Melalui Ipad, walaupun saya dah "Clear History" dan cuma bukak video Alif Ba Ta sahaja, setiap kali itu jugalah Qarissa akan berjaya mencari You Tube Charlie & Lola. Tension aku dibuatnya! Hahhaa..Camner dia boleh sampai ke video tuh, saya pun tak tahu. Apa yg dia godek ntah, tahu2 jer mesti ada. Kengkadang sampai Charlie & Lola dalam bahasa Spain pun dia leh jumpa. Bila dia dah jumpa tuh, saya biarkan je dia layan, takmo dia rasa saya cuba menjauhkan Charlie & Lola secara paksa, tapi bila dia tidur, saya delete lagi semua history tu. Sampai satu tahap, saya off je Wifi tu so memang takleh masuk internet langsung. Berjaya lagi nampaknya, Qarissa dah tak sibuk lagi nak tgk You Tube @ Ipad. 

Sekarang, Charlie & Lola cuma ada di Ipad (saya create sendiri buku cerita Charlie & Lola versi "saya" melalui aplikasi Ipad), Little Reader (pun saya create file sendiri) dan buku cerita Charlie & Lola. Saya tidak akan membuang semua aplikasi dan buku cerita ini kerana pada saya, ia tidak seharusnya begitu. Saya cuma mahu Qarissa sedar "kewujudan dirinya dan kawan-kawan lain", bukan setakat berimaginasi dengan rakan-rakan VCDnya sahaja, dan ternyata ia sangat berkesan.yang paling best, Qarissa mula mengambil buku cerita Charlie & Lola dan mengajak saya membaca bersamanya. Kalau sebelum ni, dia tak berapa peduli dengan buku tuh, sebab VCD lagi best, ada suara, ada orang bergerak dan sebagainya, berbeza dengan buku kan, tapi akhir-akhir nih, Qarissa suka sgt baca buku bertajuk "Say Cheese" itu. Dengan membaca bersama, adanya proses komunikasi antara saya dengan Qarissa, dan ianya ternyata sangat positif. Saya sgt bersyukur kerana telah membuat keputusan yang tepat dalam hal ini. 


Hal ini turut diakui oleh Therapist Qarissa, bila kami membuat perjumpaan kali kedua, dia mengatakan yang nampak perubahan Qarissa di mana Q tidak lagi "in character" dalam tempoh sejam setengah itu. Kadang-kadang sahaja dia "berlakon", but most of the time, dia bermain dengan adik dan bermain puzzle yang diberikan. Menurut Puan Shila, ia satu perkembangan yg sangat baik untuk Qarissa. Sungguh saya sgt gembira dan tidak sabar ingin mengetahui apa lagi yang boleh saya sebagai ibu untuk membantu anak saya melalui sessi terapi ini. Perjumpaan kali kedua juga kami hanya berborak dan Puan Shila memberikan aktiviti yg boleh saya lakukan sepanjang hari dengan Qarissa. Alhamdulillah, setakat ini, hampir semua aktiviti yg dicadangkan itu saya dapat buat, walaupun kadang-kadang tidak konsisten disebabkan kekangan waktu, tapi selagi terdaya saya akan cuba buat semua aktiviti yg saya ingat. Dan hasilnya, Alhamdulillah, cukup memberangsangkan.Bukan setakat dari segi behaviour, dari segi speech juga saya dapat lihat peningkatan yang cukup baik. Ternyata saya buat keputusan yg tepat dengan menghadiri sessi terapi ini demi untuk membantu anak kesayangan saya. Walaupun saya belum sempat ke Speech Therapy, saya dah nampak perkembangan positif dalam pertuturan Qarissa. Mungkin juga sebab saya ECE Practitioner, saya lebih terbuka dan kreatif dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh kami lakukan bersama untuk mengembangkan bahasa pertuturannya, Alhamdulillah. Kalau dulu, Qarissa lebih banyak bg statement, macam contoh, "nak eat, nak susu, nak sleep" dan sebagainya, tapi baru-baru ini, dia dah mula bertanyakan soalan dan buat ayat macam, "Where's Daddy?", "What is it/What is that?", "Mommy, help me!" "Where's Ipad?", "I want to play Toshi" dan sebagainya. Maksud saya di sini, sudah ada perbualan yg berbentuk pertanyaan di mana saya boleh balas semula pertanyaan Qarissa dengan pertanyaan juga, dan situlah proses komunikasi akan berlaku antara saya dan anak. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, ia satu perkara yang mudah dan semulajadi, sebab anak kita memang becok, tapi bagi ibu bapa yang anaknya pendiam dan tidak mahu @ jarang bertutur, ia adalah satu proses yang memerlukan kesabaran dan skill untuk kita menggalakkan mereka melakukan perbualan. Saya memang tak sabar nak ke Speech Therapy sebab saya nak gali ilmu dari Therapist tuh dan nak praktiskan pada Qarissa juga Zayra. :) 

Jadi, kepada ibu bapa yang mempunyai kes-kes seperti yang saya hadapi ini, jika anak anda terlalu ketagih dengan satu VCD hingga mengganggu perkembangan sosial nya, bolehlah anda gunakan teknik yg saya gunakan ini untuk anak anda, kerana ia sememangnya berjaya. Sejak sebulan yang lepas, Qarissa memang dah tak tengok lagi VCD Charlie & Lola dan dia mula menyedari kehadiran orang sekeliling dan mula berkomunikasi sedikit demi sedikit. Walaupun kadang kala dia masih berimaginasi dan berlakon, tapi tidaklah sekerap dulu. Saya rasa itu normal itu anak-anak sebaya Qarissa. Yang penting adalah bagaimana kita mengawalnya. For me, imaginasi itu penting untuk mengembangkan daya kreativiti tetapi jangan sampai anak kita menyendiri dan tidak peduli dengan orang sekeliling, ia tidak bagus untuk perkembangan sosial mereka. Everything have to be balance dan tanggungjawab kita adalah untuk memastikan keseimbangan itu. :) 

Sekian dari saya untuk entry kali ini, harap ia dapat memberikan idea sedikit sebanyak pada ibu bapa untuk menangani pelbagai ragam anak zaman sekarang. :) Bukan mudah kan? Tapi itulah yang adventurenya, dan saya suka kerana ia menyebabkan kita semakin kreatif dalam menjalani kehidupan! :) Till then, kita jumpa lagi di entry akan datang! 


post signature

post signature

No comments: