Saya mendapat berita sedih ini semalam apabila membaca status rakan saya -Siti Salwa mengenai suaminya yang hilang sejak 2 August yang lalu. Terperanjat sungguh dibuatnya. Beliau adalah rakan blogger dan juga pembaca blog Genius Baby On Board. Kami pernah berjumpa buat pertama kali sewaktu majlis hari lahir Eiyman, anak lelaki Ecar Nazrin yang diadakan di Wisma Bling Lustre beberapa bulan yang lepas. Saya masih ingat dalam pertemuan tersebut, kami berborak panjang dan ternyata Salwa @ Wa seorang yg sangat baik dan peramah. Suaminya tidak berborak dengan saya tapi nampak sungguh orangnya baik dan sayangkan anak-anak, rajin melayan kerenah 3 org anak2 yg masih kecil.
Apabila mendapat khabar ini, saya cukup sedih dan tekejut apatah lagi ia berlaku di awal Ramadhan. Tak terkata di buatnya. Saya tahu ia bukan mudah buat beliau yang kebetulan, masa kejadian tersebut dan hingga kini agak tidak sihat seluruh badan akibat demam. Saya cuba membantu semampu yang terdaya, saya memang tidak kenal dengan sesiapa yang pandai mencari orang hilang, tetapi saya ada meminta bantuan jiran saya yang mengamalkan perubatan Islam untuk membantu saya dalam pencarian ini. Saya menghubungi Wa utk memberikan nombor telefon yang mungkin boleh beliau hubungi sebagai usaha mencari suaminya itu. Melalui perbualan kami serba sedikit, dapatlah saya sedikit gambaran tentang kejadian pada pagi 2 August 2011.
Menurut Wa, suaminya keluar menjenguk kereta (yg kemudiannya saya dapat tahu beliau keluar untuk mengambil tafsir Quran dalam kereta) pada pukul 3 pagi, 2 August 2011 dan selepas kira- kira 10 minit, suaminya masih tidak masuk, dan apabila beliau mencari suaminya, beliau tiada di depan rumah. Tanpa membawa sebarang dokumen, hp dan wang, suaminya lenyap tiba-tiba sampai hari ini. Laporan polis sudah pun dilakukan, dan rasanya di facebook juga sudah banyak yg berkongsi maklumat ini di wall masing2 walaupun tidak saling mengenali.
Saya juga amat berharap dan memohon agar semua pembaca blog ini dapat membantu saya dan Salwa untuk menyebarkan berita serta maklumat ini. Semoga suaminya akan pulang ke rumah dengan selamat di bulan yang mulia ini. Saya tumpang simpati dengan Wa, menurut beliau, kehilangan suaminya memang tidak disangka kerana sebelum kejadian, semuanya baik sahaja, mereka sangat gembira malah hari pertama berbuka puasa juga suaminya sgt happy bertanyakan tentang sambutan dan kuih Raya, tiada langsung tanda dan petunjuk yg pelik, malah sebelum keluar menjenguk kereta pagi itu, suaminya sempat mengurut kaki Wa untuk melegakan kesakitan akibat demam dan sekit seluruh sendi yg Wa alami. Sungguh saya tumpang sedih bila Wa cerita. Dan bertambah sedih bila Wa kata anak bongsu beliau yg berusia 6 bulan seolah-olah mengerti yg bapanya tidak pulang lagi, mula menunjukkan rasa risau dan tidak selesa bila asyik merengek2 seolah mencari ayahnya..huwaaaaa...sedih sgt!!!! Ya Allah, bantulah sahabatku ini, semoga suaminya akan kembali dengan selamat. Amin..
Di sini saya sertakan gambaran serta butiran peribadi dan maklumat yg boleh rakan-rakan kongsikan samada di blog, twitter @ FB masing-masing, serta siapa yang boleh anda hubungi jika terserempak atau mempunyai maklumat tentang suami beliau. Saya merayu dan memohon kerjasama semua pembaca untuk menyebarkan berita ini, dan semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Amin..
Kepada Wa, semoga Wa tabah menghadapi cabaran di awal Ramadhan ini. Watie dan kawan-kawan semua akan membantu selagi terdaya dan kami mengharapkan yg terbaik untuk Wa dan keluarga. Semoga Wa cepat sembuh dan Wa diberikan kekuatan oleh Allah SWT yer yang....Insya Allah, semuanya akan selamat. Doa kami bersama Wa dan keluarga. Amin...
Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam.
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat: Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248
Gambar diberikan oleh Siti Aisyah Abdullah (thanks dear) . Baju biru itu diambil sewaktu majlis hari lahir anak Ecar Nazrin di Wisma Bling Lustre. Sedih hati saya bila tgk, nampak sgt yg hubbynya caring dan sayangkan anak kan ..manja sungguh anak yang bongsu dengan ayahnya ..
Marilah kita sama-sama membaca Yassin Mubin (terima kasih Nurul Husna Hj Ani di atas maklumat ini), semoga Encik Itnin akan kembali ke rumah dengan selamat. Kita baca Surah Yassin dan setiap kali kita jumpa perkatan mubin, niatkan di hati kita agar Encik Ihtnin akan pulang kerumah dengan selamatnya. Insya Allah mujarab lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment