Kalau sebelum ni Watie ada kongsikan cara bagaimana mengurangkan ketagihan anak terhadap VCD tertentu, kali ini, Watie nak kongsikan pula bagaimana Watie mengurangkan kebergantungan Qarissa terhadap Ipad. Sebelum ni, mungkin anda semua pernah baca my entry about pro & kontra nya gadjet2 canggih masa kini seperti Ipad, Iphone, ITouch, Tablet, Android dan macam-macam lagi lah ..tak reti den nak menyebutnya satu-satu. Hehehhe.. Dapat sebut Ipad pun dah cukup baik dah rasanya ..wkakaka..Zaman kita dulu mana ada mender2 ni suma kan ..ahaks! Dalam entry tu, Watie taklah kata gadjet2 ni tak bagus, tapi kalau kita lihat anak kita terlalu bergantung pada gadjet sehingga menyebabkan social skills mereka terganggu, memang kita harus buat sesuatu untuk bantu anak kita sebelum terlambat. Sapa yg belum berkesempatan baca entry tuh, leh klik SINI.
So, macam mana Watie buat untuk kurangkan kebergantungan Qarissa pada Ipad? Mula-mula, Watie kurangkan penggunaan Ipad ni especially masa tidur. Kalau masa mula2 dapat dulu, Q sangat obses dengan Ipad hingga waktu tidur dia terganggu. Sangat-sangat terganggu sebenarnya. Hampir sepanjang masa dia berkepit dengan Ipad sampai me & hubby tak dapat bygkan kalau Ipad tuh takder, macam mana agaknya Q yer? Ha... teruk kan? Tu that extend tau! Apa tidaknya, kitaorang anak beranak tidur malam, Qboleh selamba layan Ipad sampai 9 pagi keesokan harinya! Bila Watie tgk Q dah sampai tahap "ketagih" Ipad, Watie bgtau hubby yg kita mesti buat sesuatu, walaupun apa yg kita buat akan buatkan Q mengamuk dan kita pulak susah tidur malam sebab dia nangis atau tantrum, we have to do it. So, cukup masa jer, biasanya kul 12 tgh malam, Watie akan tutup lampu, tutup TV dan cakap, "Ok sayang, times up, Ipad want to sleep. No battery!". Pastu buat muka selamba takder perasaan, amik Ipad dari tangan Q dan terus simpan. Masa 1st time Watie buat tu, memang dia mengamuk giler ah kan. Menangis tak hengat dunia mintak balik Ipad dia, tapi Watie keraskan hati dan cakap elok2, "Sorry dear, Ipad want to sleep, you must sleep too okeh!" atau "Ipad no battery, esok kita main lagi.." and keep repeating the same phrase over & over again. Bila dia gi kat Daddy, Daddy pun cakap mender yang sama. Malam pertama tuh disaster jugak la, Q nangis sampai tertidur selepas puas menghempaskan diri dan baling apa yg dia nampak. (tapi sebab gelap, there's nothing much dia leh campak selain dr badan dia sendiri ..ekekke.. ada takder dapat capai botol susu dia jer lah ..hihihihi)
Malam kedua, waktu yg sama, Watie ulang balik apa yg Watie buat semalam. Suprisingly, Q nangis tapi tak lama & no tantrum. Happy sgt time nih sebab dia dah start faham yg "Ipad want to sleep"dan dia pun kena sleep jugak. Tak sesia lah we all tahan telinga dan men "TALIBAN" kan diri semalam semata-mata nak lihat Q jadi lebih berdisiplin. Malam-malam yang seterusnya menjadi lebih mudah dan yang paling best & hebat bila Q pulak yang cakap, "Ipad SLEEP" atau "Ipad NO BATTERY" bila Watie amik Ipad dari tangan dia setiap malam. Kalau dulu, setiap kali bateri habis, Q akan ngamuk dan campak Ipad tu, but after dia faham konsep"NO BATTERY" tuh, dia tak ngamuk dah bila Ipad padam secara tiba-tiba, malah dia akan datang pada Watie, bagi Ipad dan cakap,"Ipad charge!". Dia dengar apa Watie cakap setiap kali Watie charge Ipad & follow what we say. :)
Lepas dah berjaya buat every night, Watie cuba juga untuk buat Q lupa pasal Ipad tapi nih memang agak susah sikit. Sedangkan Charlie & Lola yg dia dah tak tengok nak dekat 2 bulan pun, dia masih hafal dan sebut phrase yg dia ingat, antaranya, "No Charlie!!!"dan"See you at the slide Lola"serta melakukan aksi-aksi Lola, apatah lagi Ipad yg setiap hari dia main. So, Watie gunakan teknik yg sama yg Watie guna untuk DVD. Kebetulan pula, masa datang ofis, Watie bawak turun Ipad dan letak kat tangga. Lepas semua barang-barang dah dibawa turun, Watie mintak Q amik Ipad tu dan bawak naik atas. Member boleh wat derk jer hokay! Dia leka tengok semua gambar2 kat dinding dan buat tak peduli langsung dengan Watie. Saat tu lah idea Watie datang & I said to myself, "Okay .. takmo amik Ipad yer... tengok nanti esok apa jadi kat your Ipad Q!". Suprisingly, malam tuh dia tak sibuk nak main Ipad, Watie dah siap2 sorok Ipad dalam almari dah. Dan bila esok dia tanya Ipad dia mana, terus lah Watie kata, "Ipad? Kakak letak mana? Kan semalam Mommy suruh amik kat staircase, Kakak amik tak?" dan Watie pun startlah cerita dan buat ulang tayang what happened last night masa Watie suruh dia amik Ipad tapi dia takmo. Hihihihi.. Member diam jer dengar bebelan mak dia ni. Sikit pun dia tak bantah sebab Watie yakin dia pun masih ingat yg Watie dah pesan suruh amik. Bila dia tanya lagi, Watie kata lah Ipad dah hilang sebab dia tak amik Ipad kat staircase. Siap bawak dia turun ke tangga lagi, nak tunjukkan "tempat kejadian" kekdahnya. Hihihi .. Padahal dia tak suruh pun. Saja Watie nak tunjuk, nak tengok dia paham ker tak. Memang dia paham lah, sebab lepas tuh, dia tak berapa nak mintak sangat. Kalau terlupa jer, dia mintak dan bila Watie ulang balik phrase yg sama, Q akan diam tanda paham and start to play other games. 4 harilah dia tak main Ipad masa tu, tapi bila sampai jer umah akak Watie hari Jumaat, dia ternampak Ipad sepupu dia dan terus main untuk lepaskan gian.
Silapnya we all, bila tgk dia main Ipad sepupu tuh, kitaorang kuarkan Ipad dia dan cakap we all dah jumpa Ipad tu, padahal Q tak mintak pun Ipad dia. Dia tahu Ipad tuh sepupu punya, so kalau balik umah, memang takder Ipad lah kan, but we made a mistake there. Hubby terlalu baik dan tak sampai hati dan Watie pun terpengaruh sama. Selalu Watie yg lebih tegas. :) Memang Q suka giler dan main dengan happy, dan lepas tuh dia memang tak lupa nak amik dan bawa Ipad ke mana-mana, mungkin takut hilang like before, & I have to look for other "reason" why she cant have the Ipad.
Few weeks after that, datang balik perangai lama dia yg suka lempar barang bila ada yg tak kena. So, Watie amik kesempatan, masa dia baling Ipad tuh, Watie kata Ipad rosak dan terus simpan. Kali pertama Watie simpan dan bagi the next day bila dia mintak, sambil Watie pesan, jangan baling lagi, or else rosak 1 more time, memang dia tak leh pakai. Then, few days after that, ntah hapa yg dia hangin ngan kerusi kat opis tuh, Ipad dia jadi mangsa. Memang hangin jer time tu, terus Watie amik dan buat style TALIBAN ah .. memang tak layan semua tangisan dan tantrum. Sampai lah dia nak susu dan tertidur. Lepas bangun, as usual dia mintak Ipad, tapi sejak minggu lepas, memang Watie tak bagi and say that Ipad dah rosak, Mommy htr repair. Memang kesian kengkadang bila tgk muka seposen dia .. hu hu .. tapi sebab banyak perkembangan positif yg Watie nampak after dia tak main Ipad, Watie keraskan hati jugak, selama yg boleh Watie try takmo bg dia Ipad tu. Now dah nak dekat 1 week, this time, walaupun dekat rumah my sis, memang Watie tak bagi. Kali ni juga, Watie mintak kerjasama kakak, mak dan anak buah untuk tak main Ipad depan Qarissa, siap plan ngan Along dan Mak, Watie bagi Ipad tuh sblm Watie gi opis, takut kalau2 Q mengamuk dan berebut Ipad ngan sepupu dia, Watie suruh Mak bagi Ipad Along kat Q dan bagi Ipad Q kat sepupu dia, Watie takmo bg Ipad Q kat dia, nanti dia tahu Ipad tu ada, siap suruh anak buah main sembunyi2 kalau dorang nak sgt main Ipad Q tu. Yang penting, jgn tunjuk Ipad Q tu depan dia. Alhamdulillah, walaupun mula2 Q asyik mintak Ipad lepas sampai umah Along (sebab kes sebelum ni dia dapat Ipad dia masa kat umah Along kan ..so dia ingat this time will be the same), tapi after sometime dia tahu yg Ipad memang takder. Anak buah Watie pun semua baik-baik, tak sibuk pun main Ipad depan Q, siap sorokkan Ipad dorang. Hehehehe..
Yang bestnya tu, pernah sekali Q ternampak Angah Watie main Angry Bird @ Galaxy Tab, dia siap cakap "Angry Bird!!"tapi tak sibuk pun nak amik that tab from my sister. Bila Watie ajak kuar dari bilik tuh, selamba jer dia ikut. Risau gak kalau dia ngamuk nak Tab tu but suprisingly dia tak kesah pun. Another incident masa Watie kat opis tapi anak buah yg citer. Dia kata Danisha main Ipad depan Q, Q pun sibuk main sama, tapi bila bateri low, Q stop main dan bila Watie balik umah, takder lah pulak si Q ni sibuk mintak Ipad kat Watie. Cam tak caya jer Danish cakap Q main Ipad siang tadi. Hehehe..
So far, nampaklah perkembangan yg sangat positif after seminggu takder Ipad nih, walaupun dia masih lagi mengikuti apa yg dia ikut dalam Ipad especially Dora Ballet & she keep on dancing here & there, its normal for her age kan ..Watie tak risau sgt sebab tahu dia sedang membayangkan dirinya seorang penari ballet. Sampai takmo bukak baju ballet dia yg we all beli kat Reject Shop. Tak sengaja masa jalan-jalan kat Kajang, ternampak baju ballet dancing tuh, tunjuk kat Q, suruh dia cuba, kemain suka sampai takmo bukak! Keep on dancing sana sini dan sudahnya, sampai balik dia pakai baju tu. Kiut giler! Hopefully, Q akan dapat kurangkan kebergantungan dia pd Ipad selepas ni. Watie pun tak tahu bila nak bagi dia main Ipad tuh semula. Selagi dia boleh tahan, maybe Watie tak bagi kot. Nak bagi dia bersosial lebih sikit, bercakap lebih sikit, bergaul dengan kawan-kawan lebih sikit, baru Watie nak bagi balik. Memang lah rasa rugi, dah beli mahal2, sekali terperuk jer kan, yang lagi sadis, dengan Ipad2 Watie pun terperuk sama! Yer lah, takmo tunjuk Ipad tuh depan Q kekdahnya! Takut2 kalau dia nampak Ipad Watie, confirm dia nak main kan, sudahnya both Ipad kena sorok dan Watie hanya pakai bila Q tidur atau Q takder depan Watie. Huhhhh...memang mencabar jugaklah, tapi apa nak buat, pengorbanan tu namanya. Rasa macam nak jual jer Ipad Watie tuh... tapi sayang pulak, baru beli tak sampai sebulan.. hu hu ..
Dari segi perbezaan after takder Ipad nih for few days nih, Watie nampak Q pandai cari apa2 mainan untuk menghiburkan hati dia. Dia mula membebel dan main"play pretend"dengan lebih banyak berbanding dulu. Kalau ada Ipad, dia tak payah gunakan imaginasi dia pun kan, tapi bila main sorang-sorang, atau main ngan sepupu @ adik dia, main plak masak-masak, kenalah dia borak dan bercakap serta menjawab soalan-soalan yg Watie tanya. Secara tak langsung, it helps on her speech. Semangat me & hubby gi beli Cooking Set untuk Q main sebab dia cakap, "I want Cook!" belasah jer grammar tak betul janji Mommy paham.. ehhehe..selama ni we all tak beli sebab nak cari yang kayu kononnya, tapi susahlah nak jumpa, lagipun dulu Q tak berapa reti nak main mender2 nih, so rasa cam bazir jer, nanti confirm buang2 jer, but now, boleh nampak dia appreciate the set, asyik bawak ke hulu kehilir. Bila jatuh, Watie suruh amik, dia akan amik dan simpan. Boleh nampak lah interaksi dia dengan persekitaran semakin baik, dia dah sedar lah "kewujudan" Atok ngan Nenek dia kat umah akak Watie, sebelum nih, walaupun nampak, dia buat derk jer, takmo borak langsung but now, siap tegur, salam takyah paksa, siap bye-bye, cakap "see you soon" bagai .. ehhehe.. mak Watie pun nampak dah perubahan Qarissa yang mula start to interact with others. Rasa happy sgt nampak Q punya social development dah meningkat. Memang sebelum ni Q takder masalah pun nak bercampur gaul dengan rakan sebaya, dia boleh je join sama, main sama @ lompat sesama, cuma as I said, I want more than that, especially on her speech, interaction & communication between friends, family & outsiders. Tu yg dia lack sikit, so its my responsibility to help her built that confidence.:)
So, to all parents out there, jika anda juga menghadapi situasi @ isu yang lebih kurang sama (Watie takmo kata masalah, sebab its a negative word, and it will effect the parents & child mindset towards this), bolehlah anda cuba gunakan kaedah yg Watie cuba kat atas, mana tahu it helps kan..? Apa yang penting, kalau nak anak kita jadi lebih baik, nak nampak ada perubahan yg positif, hati kita kena keras sikit. Sebab tuh Watie guna ayat TALIBAN(yang Watie belajar dari jiran rumah jugak...ehhehehe) nak kasik nampak betapa tegasnya dan kerasnya hati Watie demi untuk memperbaiki situasi yg berlaku sekarang. Memang as mother, kita akan sedih dan rasa bersalah, tapi demi untuk kebaikan anak, Watie pejamkan mata, pekakkan telinga. Kengkadang yang jadi susah sikit bila hubby kita yg lembut hati, cuba nak pengaruhi kita ikut kehendak anak, selalu kes Watie camtu lah, Daddy my Q's ni hati lembik, tgk anak merengek2 sikit, tantrum sikit, dia cuba nak saiko Watie bagi apa anak nak. Hehehe.. Kengkadang berjaya juga, tapi selalunya tak, heheh.. sebab Watie yg selalu berkepit dengan anak, so Watie masak dengan kerenah my Q's, I know how to handle them, cuma Watie mintak kerjasama hubby to support what I'm doing for the sake of our children. Watie tak salahkan hubby, sebab dia kerja most of the time, masa dia ngan anak tak lama macam masa Watie ngan anak, so kalau boleh, time dia ada ngan anak tuh, dia nak tgk yang indah2 sahaja lah kan .. hehehe.. jadi dia senang hati tinggalkan anak, but of course sometimes, it doesnt work that way. Sebab tuh, nasihat ikhlas Watie, salah sorang samada suami atau isteri mesti bertegas dan mana yang lembut hati tuh, kena support apa yg pasangan kita buat. Kena sepakat dalam hal ini demi untuk kebaikan anak juga. Jangan bila sorang tgh tegur anak, sorang pujuk on the spot, atau sorang nak buat cara A, sorang nak buat cara B, dan sudahnya buat cara A&B dalam masa yang sama. Tak boleh camtu, nanti anak confuse dan tak bagus untuk perkembangan mindanya.
Cara pendekatan kita pun kena berubah mengikut usia dan arus masa. Mungkin cara yang Watie buat kat atas ni sesuai untuk umur Qarissa sekarang, tapi kalau anak kita dah besar dan dah faham, cara nih mungkin tak sesuai lagi untuk anak. Kalau kita buat juga, mungkin kita akan dituduh PENIPU pula oleh anak kita bila dia dapat tahu yg sebenarnya kita yang sorokkan permainan dia kan? So, kita kena cari idea baru on how to solve the issues dengan cara dan pendekatan yang berhemat. Hmmm.. bukan senang yerk jadi ibu dan bapa nih?? Hehehe.. Its a journey .. a long journey that I will appreciate all my life. Setiap hari Watie belajar perkara yang baru dengan anak-anak, tak pernah habis ilmu yang mereka berikan pada Watie. Setiap ilmu yg Watie pelajari, Watie akan aplikasikan, dan jika ianya berhasil dan memberi manfaat, Watie akan kongsi dan tengok if its work on others too..:) If it helps, Watie sesungguhnya tumpang gembira. :)
Rasanya, sampai sini dulu perkongsian Watie untuk kali ni. Berjumpa lagi di entry akan datang. Sekejap jer dah nak masuk akhir Ramadhan kan? Cepat betul masa berlalu kan? Sedih sungguh nak tinggalkan Ramadhan kali ni.Ramadhan yg sesungguhnya banyak merubah Watie menjadi insan dan hamba Allah SWT yang lebih baik dari yang sebelumnya, Insya Allah. Kita jumpa lagi sebelum Watie start cuti raya okeh? Insya Allah I will try to write satu dua artikel lagi kalau sempat. :) See you soon friends...:)
Diam tak diam, dah sampai pun pertengahan Ramadhan kan? Cepat betul masa berlalu, tau-tau dah nak raya jer nanti. Hu hu..sedihnya nak tinggalkan Ramadhan kali ini. Macam yg saya katakan dalam entry yg lalu, Ramadhan kali ini memberi pengertian yg tersendiri buat diri saya. Banyak memberikan saya kesedaran tentang keagungan, kekuasaanNya serta hidayah Allah pada hambaNya. I will definately miss this year Ramadhan..:)
Macam mana dengan sambutan Raya uols yerk? Dah semangat beli kuih muih ker? Rasanya tahun ni saya buat ala kadar jer kot. Hehehe.. Dulu ada si Nor leh ah tolong masak2 if ada org dtg rumah, tapi kali nih, silap2 beli jer kot semua lauk-pauk! Hahahhaa.. Sorry yerk kengkawan yg selalu bertandang umah aku time raya, tahun ni korang makan nasi bungkus jer nokss! Tak pun, aku hidang satay, agak2 korang suka tak? Jangan tak datang pulak yerk! Wakakakakaka...
Tahun ni agak istimewa jugak bagi family saya, sebab 1st time kakak saya jual kek lapis Sarawak. Memang sedap kek lapis tuh, saya dah rasa dah. Mulanya kakak saya kenal dgn kek lapis ni, masa our family hantar adik saya yang bongsu ke UiTM Samarahan, Sarawak bulan June yang lalu. Semangat satu family turun Sarawak utk htr adik saya, tapi saya tak dapat hantar, takder sapa nak jaga anak plus saya ada kelas Playgroup hujung minggu. Balik dari Sarawak, hambek ko.. Berkotak-kotak dorang borong kek lapis! Macam-macam jenis ada, sampai tak tahu nak makan mana satu! Hahahahhaa.. Tapi serius memang sedap tau! Dah makan susah nak behenti! Hahahhaa...Kakak saya kata kek lapis ni paling terkenal di Sarawak. Dan disebabkan rasa yg sedap dan terkenal tuh la, kakak saya buat keputusan untuk jual kek lapis Sarawak tuh untuk Raya tahun ni. Tak mahal pun, untuk saiz 8 x 3, harga dia cuma RM 25 sahaja. Ada kek lapis special iaitu Idola, Dragon Cheese, Cadbury, Lapis India dan Hati Pari, harganya cuma RM 35 sahaja.
Senarai nama kek lapis dan gambarnya :) Picture 1
The best part is, jangan risau pasal status HALAL tu yer! Sebab kek lapis nih memang diyakini Halal. Syarikat ni tak pernah guna pun mentega Golden Churn tu, dorang pakai mentega Bakels. Kesian akak saya, masa kuar paper pasal kek lapis Sarawak tak halal tuh, panggilan masuk bertalu-talu kat hp dia sebab semua customer dia nak dapatkan kepastian pasal status halal tu, yerlah, kalau saya pun mestilah risau kan..Jadi darah daging tuh beb! But, uols dont worry kay, kek lapis nih memang Halal..tu pun satu petanda bagus, maknanya bisnes dia kencang lah raya ni, alhamdulillah, boleh bagi duit raya lebih sket kat anak aku! Hahahahaa....
So, kalau kengkawan rasa nak tempah kek lapis Sarawak untuk raya kali ni, bolehlah tempah ngan Watie jugak, nanti Watie tolong orderkan jer ngan kakak Watie, kalau nak call dia direct pun ok jugak, sebab if kumpul kawan2 untuk beli, kalau ada 10 tempahan ke atas, penghantaran ke pejabat sekitar KL /Selangor dorang tak charge. Ni info akak Watie (Ayu: 012-3690356). Uols boleh tgk gambar2 dalam katalog yg Watie attach kat sini, jangan pening yer, sebab serius memang banyak jenis! Semuanya sedap2 belaka! Sampai tak tahu nak pilih mana satu! Kalau tanya Watie, Watie suka Kek Lapis Idola..serius sedap weiiiii! Dan Raya kali nih, buat pertama kalinya lah jugak akan ada kek lapis Sarawak atas meja umah Watie. Heheheh. Aku pun borong sama...kasik penuh meja...hihihi...Suka betul tgk kek lapis yg bewarna - warni tuh kan.. Very stylo jer...hehhee..
Senarai nama kek lapis dan gambarnya :) Picture 2
Dari segi tempahan pula, my sis kata tempahan dibuka sampai20 August 2011, so before that day, if rasa nak beli, leh order jer terus kay, nanti leh reconfirm bila nak htr kat uols, kat umah atau opis yerk! Kaylah, sampai sini dulu entry pasal kek lapis Sarawak nih.. Nanti kita jumpa di entry yg lain kay...:)
Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya nak berkongsi dengan pembaca semua satu emel yang sangat istimewa, yang saya terima hari Jumaat yang lepas dari seorang pembaca setia blog Genius Baby On Board. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah berjumpa beliau, kami hanya berhubung di emel, itu pun sekali dua, di mana Aura pernah emel dan bertanyakan beberapa soalan pada saya satu ketika dulu. Sungguh saya tak sangka, walaupun saya "berhenti seketika" menulis akibat kesibukan selepas ketiadaan maid 4 bulan lepas dan begitu sibuk dengan kelas Playgroup setiap minggu serta program yang saya hasilkan, ternyata Aura masih lagi mengikuti perkembangan saya dan GBOB. Terharu betul saya dibuatnya.
Saya ada banyak terima emel dari parents, samada berbentuk pertanyaan, penghargaan mahupun testimoni, tetapi disebabkan kesibukan yg bukan kepalang, saya selalu tidak berkesempaatan untuk membalasnya, atau membuat entri di blog, belum sempat nak buat entry, dah banyak emel lain yg masuk, emel yg harus saya balas dah ke bawah, dan kengkadang dah masuk page kedua, teruslah saya lupa. Memang selalu begitu situasinya. Haruslah saya "mengorek" kembali emel-emel lama dan compile kan dalam bentuk entry blog selepas ini kalau berkesempatan. Sebab kadang-kadang soalannya lebih kurang sama terutamanya dari segi consultation on products that we have, jadi bila dapat di satukan semua pertanyaan, mungkin lebih mudah parents nak buat rujukan. Insya Allah, kalau masa saya ada lebih banyak lepas ni, saya cuba buat juga. Kerana kesibukan ini juga, saya lebih suka client call jer saya terus, jadi saya boleh jawab on the spot dan client pun tak tunggu lama utk dapat info. :) Kengkadang saya rasa bersalah sungguh bila org emel sampai 2 kali tanya menda yg sama sebab saya tak balas emel. Kengkadang msgnya kat FB, kengkadang kat emel, jadi saya pun ala-ala blur gak .. dah lupa mana satu kat emel, mana satu kat FB.. Tua dah aku nih!:) Hehehehe..
Keratan emel Aura
Saya rasa amat terharu malah tidak malu menyatakan air mata saya mengalir bila saya baca emel Aura walaupun hanya melalui handphone. Terharu sebab Aura sudi menghabiskan masanya menulis emel yg bukan pendek untuk saya tatap, baca dan hayati setiap bait kata itu. Saya terasa sangat dihargai apabila usaha saya menggalakkan semua ibu bapa mendidik dan mengajar anak sejak bayi itu dilihat dari sudut positif dan bukan setakat itu, ia telah berjaya membuka mata dan minda para ibu bapa bahawa pendidikan awal kanak-kanak sedari bayi adalah sesuatu yang sangat "possible" dan mudah. Dan apabila ibu bapa ini sendiri telah berjaya dan melihat hasilnya di depan mata mereka sendiri, ia adalah satu kejayaan berganda buat saya. Sungguh saya tak sangka, dalam pada minat menulis secara suka-suka, khas untuk tatapan sendiri, keluarga dan kawan-kawan terdekat malah ia menjadi satu diari perjalan hidup saya, blog serta penulisan saya rupanya telah berjaya memberikan inspirasi kepada ribuan ibu bapa di luar sana. Terima kasih saya ucapkan. :)
Seperti yg sering saya katakan, saya ini hanya ibu yang biasa, sama seperti anda, saya belajar dr pengalaman yang mematangkan saya hari demi hari, saya juga sering berbuat silap dan kadangkala tersilap langkah dalam mendidik anak-anak saya, kita tidak pernah sempurna kan, kerana yang sempurna itu hanya Allah SWT, tetapi melalui amanah yang dikirimkan kepada kita inilah yang menjadkan kita lebih baik hari demi hari. Pengalaman inilah yang sebenarnya menjadi guru yg paling baik dalam kita membesarkan anak-anak. Mungkin anak pertama banyak sungguh yg kita tidak tahu, dan mungkin kita rasakan apa yg kita buat itu adalah yg terbaik untuk anak kita pada masa tu, tetapi bila kita ada anak kedua, anak ketiga dan seterusnya, kita akan jadi lebih bijak mengurus anak, tahu apa yg sepatutnya dilakukan dan apa yang tidak dan mungkin juga kesedaran kita terhadap sesuatu perkara itu timbul hanya setelah kita mempunyai beberapa orang anak. Kerana itu ibu bapa di luar sana, jangan sesekali anda rasakan anda terlambat dalam mengajar anak, adalah lebih baik anda sedar sekarang dari tidak sedar langsung, betul tak? Sekurang-kurang, kita cuba perbaiki mana yang kurang ketika membesarkan anak kita sebelum ini. :)
Ok, takmo bebel panjang2, nanti uols ngantuk, mukadimah jer dah panjang berjela si Watie nih! Hehehe..ok, saya copy paste semula apa yang ditulis oleh Aura dalam emelnya ya. Saya dah meminta izin Aura untuk memaparkan emel beliau di blog saya. Saya tidak mengubah apa yg Aura tulis, cuma membetulkan ejaan mana yang silap atas permintaan Aura. :) Terima kasih sekali lagi atas emel yg memberikan inspirasi kepada saya untuk berkongsi lebih banyak dengan anda semua. :) May Allah SWT bless u always friend ..
*****************************************
Salam Watie..
Baru lepas jenguk ur blog.. rupanya ada updates.. berentry2 lak tu, happy bila baca.. selalu tak de update, bz rupanya yer. Adatlah tu, macam2 boleh jadi yg menggangu rutin hidup kita kan. Selama ni I jadi silent reader.. tapi dah lama nak tulis something kat Watie, tak buat-buat jugak. Tiap kali baca entry Watie rasa mcm nak kasi email kat Watie, kalo nak komen kat comment box tu rasa cam tak best coz biasa la silent reader kan pemalu gitu :)
Actually I think I have to write my appreciation to you for all the things that u've share with us. Dulu rasa mcm tak perlu kasi tahu Watie for my appreciation, tapi pikir-pikir balik, at least u have to know lah kan, dah penat2 karang enty tapi tak dapat feed back dari orang, and kita ni sonok2 free2 je baca & amik ilmu yg di share altho of course ur blog is free and everybody boleh amik apa manfaat darinya. Tapi lama-lama rasa guilty pulak, at least I have to let you know you are doing something so 'noble' (dah tak tahu apa ayat sesuai).. sikit sebanyak at least I hope my email will at least make you happy and lebih bersemangat berkongsi apa-apa ilmu yg Watie tahu. Bukan semua orang boleh write as well as you do and kongsi ilmu dgn public, moreover yg berkaitan dengan bisness you jugak. I know you have the choice either to charge us for ur knowledge thru seminars that U conduct or give it freely thru ur blog. Of course I understand la, in order to gain more knowledge we have to go to seminars and all tapi at least U share jugak thru ur blog freely and I really appreciate it.
I really like the way you write, so passionate and I can feel your sincerity in ur writing. and I really appreciate the effort U put in writing such a long entry, what more with 2 small kids, running ur business and all. Thank you Watie. Please don't stop writing and sharing.
One more thing, I hope u don't get offended. After reading ur latest entry about peranan ibu bapa with gifted child, U ada mention that that "Kalau anak ini adalah kifarah di atas dosa- dosa aku sebelum ini, aku redha.". Please don't ever think that ur Q (Quzayra of course) is something to do as balasan atas dosa U. Ur Q is very precious, dia dilahirkan suci, tak de anak yg Allah beri melainkan satu amanah ke atas parents. Dosa kita, kita yang tanggung..anak kita tak de terlibat dengan dosa kita terdahulu. even org paling jahat kat dunia pun tak semestinya lahirkan anak yg gifted/jahat etc. Allah takkan hukum anak kita atas dosa2 kita. Kita sendiri yg bertanggunjawab atas dosa kita, kita sendiri kena soal nanti atas perbuatan kita. Anak have nothing to do with it, dia langsung tak bersalah atas perbuatan kita terdahulu. It is up to parents yg akan mencorakkan anak tu cemana. They are so precious and bersih. Please don't think about that yer..
*thank you so much for this gentle reminder dear ..I really appreciate it ..Yes, I understand yang, as mother yg ada anak OKU, especially masa mula-mula2 dapat tahu anak kita tak sempurna, sedikit sebanyak mungkin ada ibu bapa yg terfikir pasal ni, kita tengah sedih time tu kan, so macam-macam kita akan fikir, but after kita bertenang, dan mula menerima takdir dan ketentuan Allah SWT yg sudah pasti ada hikmah yang tersendiri, kita tidak akan mempersoalkannya lagi. I dah nampak hikmah yg Allah SWT bg pada I, cepat betul Allah SWT tunjukkan & I rasa gembira dan bersyukur sgt sebab ada Zayra dalam hidup I. :) *
U may not see the hikmah but I as an outsiders nampak banyak sangat hikmah sejak Q is born. U are able to establish FAMEKids, which not everybody can do. U are so strong that U r open to talk about it, share with it with the world without hiding anything. U are an inspiration to other mothers out there who are ashamed/ scared or even have no clue how to deal with special kids. Really Watie, U don't have idea how you are a source of strengh to others who share the same problem. Q is very very bertuah to have you as a mother who have very positive outlook towards life and such. I know it is not easy for you to achieve that and I know for sure it is not something that u've wish for.. but Q is really ur tabung for pahala. U collect more pahala since U have Q and I really believe that coz u've done so many goods since Q is born. And since you are into this ECE business, at least U'll understand better problem faced by parents with gifted child. And I believe since Q is born rezeki u pun mencurah2 right?
Always remember Allah takkan menguji seseorang diluar kemampuan kita. He knows u can do it. He knows you are so strong that not only U can face it, but will be an inspiration to other people as well. In our life, Allah takkan biarkan kita hidup senang lenang. Mesti ada ujian, which means He cared, altho it sounds so ironic. Tiap org ada ujian masing2. U are very lucky to have big beautiful house, car, own business, maid at a very young age which lots of people dream of. And you can afford luxurious things for you kids (ipad, good books/ cd/ learning programme) for an outsiders it seems that financially you don't have any problem ( altho the real situation is known to you only).. some people are faced with financial/ family/ health/ marriage problem. cheating husband etc.. I guess u get my drift. So maybe Q is a gentle reminder from Allah that U have to do everything to help her and other people with ur knowledge .. as you'll do more research and etc.. which will not only benefits you but others to if you care to share. And don't ever forget to banyakkan doa so Allah will help you.
I really pray for the best for U. Hopefully U will continue blogging and share things with us. Lagipun banyak U hutang ngan blog readers :) Recommended books/ cd/ cara urut toodlers etc (tu yg i ingat la) maybe u pun dah lupa right :)
*Hahahaha...see..i told uolsss.. bagus kan Aura nih .. dia keep track my blog tau ..apa yang kurang, apa ygI hutang ..Ai like.. ya lah yang .. memang banyak hutang entry .. Insya Allah .. U doakan I ada banyak masa utk menulis lagi kay ..nanti slowly I tulis entry2 nih semua..Insya Allah....
Ohh.. lupa nak tanya.. Qarissa dah start guna grolier ke? how does she reacts to it? Teringin jugak nak beli satu but cukup tak suka dgn annoying sales person grolier tu..
Oklah Watie.. nak buat kerja pulak :) As i said before i really want to say thank you 4 all the informative things that u've blogged. Bukan senang nak cari blog yg kongsi info cam urs. Berjuta2 blog kat outsides tapi nak cari yg betul2 ngam ngan selera kita is hard and I am very grateful I found urs. Allah had lead me to your blog and this time it is my turn to say thank you to you.. Thank you watie
Saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dengan anda semua. Mungkin ada yang pernah membacanya, dan mungkin ada yang belum. Ini pertama kali saya membaca artikel ini, dan saya tersentuh dengan kisah yang dipaparkan. Marilah kita bermuhasabah diri dan semoga perkongsian ini akan mendekatkan kita dengan Allah SWT. Terutama lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin..
*****************************
Saya dapat cerita ni dari email yang di forward kepada saya oleh Saudara Zaidi. Menarik kisah benar ini. So, saya nak kongsikan dengan anda semua. Baca dan ambik pengajaran yer.
Aku, Lim dan Islam
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi….
Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ”He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.”
Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
“Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…”
“Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?”
“Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?”
“Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?”
“Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?”
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
“Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?”
“Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.”
“Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.”
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
“Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong Agama Allah?”
“Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.”
“Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.”
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : Dikongsikan untuk sama-sama kita muhasabah diri…
Hari ini saya nak berkongsi pendapat peribadi tentang penggunaan Ipad sebagai alat bantu mengajar. Zaman baru, teknologi semakin canggih dan Ipad kini dilihat sebagai salah satu gadget yg paling cool dan memudahkan ibu bapa. Saya masih ingat sahabat baru yg saya temui mengatakan bahawa Ipad sgt memudahk kerja beliau mengajar anaknya. Tak payah susah susah nak buat flashcard, semua dah ada dalam apps dan hanya perlu slide shj. Ketika itu saya masih belum berkesempatan membeli Ipad, jadi saya masih belum nampak dan faham konsepnya dengan jelas. Cuma, memang nampak ketara semua orang gila beli Ipad especially Ipad 2 yg selalu takde stok dipasaran sejak ia pertama kali dilancarkan di Malaysia. Adakah Ipad benar2 membantu dalam mengajar anak-anak?
Pada pendapat saya, ada pro dan kontranya di sini. Ada negatif dan ada positif. Entah kenapa saya merasakan negatif lebih banyak dari positif. Mungkin mereka yg sudahpun membeli Ipad atau penjual Ipad akan memandang serong apa yang cuba saya sampaikan tetapi saya berkongsi cerita peribadi mengenai Ipad setelah melihat pro & cons yang berlaku terhadap anak saya selepas menggunakan Ipad. Saya sebenarnya bukan membelikan Ipad untuk Qarissa. Ipad yg pertama saya beli adalah untuk kegunaan peribadi saya, bg memudahkan kerja saya dan saya becadang utk menggunakannya di kelas Playgroup. Saya ingatkan saya boleh berkongsi penggunaannya dengan Qarissa tetapi ia tidak semudah yg saya sangkakan. Selepas menunjukkan Qarissa aplikasi-aplikasi Ipad yg jumlahnya tidak terkira, Qarissa seolah-olah ketagih Ipad hingga saya sudah tidak punya hak terhadap "mainannya" itu. Sudahnya, Ipad tersebut menjadi hak milik kekal Qarissa dan saya setia dengan Lappy sehinggalah saya membeli satu lagi Ipad untuk tujuan sama.
Ipad - Gadget canggih & stylo masa kini
Dari segi positifnya Ipad, kerja kita memang menjadi semakin mudah. Kita hanya perlu mencari aplikasi-aplikasi permainan atau pembelajaran yg ada di Appstore dan tunjukkan pada anak bagaimana ingin bermain permainan tersebut untuk pertama kali. Tanpa perlu bersusah payah, anak kita akan pandai dengan sendirinya. Ada yg tak payah ajar langsung, kengkadang saya pun pelik camner lah budak2 kecik ni boleh tahu nak tekan sana sini? Kita belum habis explore, dia dah ke mana-mana! Bila pikir balik, yer lah, kids mana ada kisah betul atau salah? Dia "boh" jer kan? Very adventurous, unlike us yang begitu berhati-hati dalam setiap tindak tanduk kita. Bila stuck, barulah anak kita akan sibuk panggil kita suh repairkan Ipad dia! Habis citer! Hehehehe...teringat saya Qarissa yang bila Aplikasinya jem sebab dah banyak gambar dia save, dia cakap, "Mommy, help me!", padahal sebelum tuh jgn harap dapat pegang Ipad dia!
Bergantung kepada aplikasi apa yang diberikan pada anak, tidak semua permainan sesuai untuk anak kita. Jadi kita kena monitor apa jenis mainan yg kita nak mereka main. Kalau boleh, biarlah ia berunsurkan pembelajaran berbanding permainan. Di awal-awal Qarissa menggunakan Ipad, memang boleh dikatakan 100% semuanya berunsurkan education tetapi setelah berjumpa dengan sepupu-sepupu yg lebih besar, dia dah mula pandai main games Angry Bird and few other games yg selalunya adult main. Bukan saya kata Angry Bird tak bagus, kalau kita dah start main, memang leka juga kan, hehehe...tapi kalau boleh saya tak mau lah Q main Angry Bird sepanjang masa! Lucky me, dia taklah terlalu addicted with that game, maybe sebab ada byk games lain, so dia ada byk choices. Bagi yg melihat secara luaran bagaimana Qarissa leka bermain Ipad akan merasa advance sungguh budak ni! Kecik-kecik dah ada Ipad, hi-tech nya! Tetapi, secara peribadi saya risau melihat keadaan ini.
Antara game yg ada. Kopipes from Pakcik Google
Samada sedar atau tidak, gadget- gadget seperti ini membuatkan anak kita kurang bersosial, betul tak? Mereka leka dengan Ipad, Ipod, Itouch, dan segala macam "I" yg saya pun tak tahu apa namanya, termasuk pelbagai jenis gadget lain yg menyebabkan mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. Cuba kita ingat kembali semasa kita kecik dahulu. Gadget canggih seperti ini belum pun wujud tetapi kita masih gembira bermain dengan rakan sebaya kan? We will always know how to entertain ourself dengan 5 ketul batu yg di lambung dan di namakan "batu seremban". Dari 5 biji itulah, kita tahu bagaimana hendak mengawal situasi, mengawal pergerakan tgn memastikan lambungan tidak terlalu tinggi atau rendah, bagaimana mengira dan meningkatkan skill motor kasar dan motor halus tanpa kita sedari. Dan apa yg paling best? Batu tu bersepah- sepah, leh dapat FREE jer kan? Kalau nak cantik dan canggih sket, kita suruh mak kita jahitkan batu seremban dengan menggunakan kain perca dan biji kacang hijau. Tekstur yg berlainan antara batu dan kacang hijau juga sebenarnya adalah satu sessi stimulasi yang kita tidak sedari.
Baru Seremban. Kopipes from Google jugak. I miss this game! Korang rindu tak mainan nih?
Tapi dengan Ipad? Apa anak kita dapat? Setakat menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka. Memang betul dalam kebanyakan games samada entertaining games atau education games, mereka dapat melakukan peyelesaian masalah menggunakan logik akal dan ini bermakna, they devolop the brain function tapi dengan menggunakan 5 biji batu yg saya sebutkan tadi, bukan setakat menggunakan akal, malah lebih dari itu. Mereka meningkatkan skill motor kasar dan motor halus, mereka belajar bergaul dengan rakan-rakan sebaya, mereka belajar "turn taking", mereka belajar bersabar dan semua yang dapat mereka belajar ini adalah secara PERCUMA! Itu lebih menarik dan berfaedah kan?
Happy children playing with Batu Seremban.
Cuba kita lihat pula dari segi mewarna. Dalam aplikasi Ipad, mewarna adalah sesuatu yg sangat mudah. Pilih warna apa nak, tekan, letak kat kepala patung dan tekan lagi skali. Done! Begitu mudah dan hasilnya sangat cantik! Takder pun warna tuh terkeluar dari garisan kan? Kalau nak letak stiker pun sama-Pilih stiker, tekan kat gambar & done! Siap dah. Tapi adakah itu yg berlaku di dunia nyata? Adakah di dunia nyata, anak kita cuma ambil pensil warna, tekan kat gambar dan semua akan diwarnakan secara automatik? Cantik pulak tu! Tidak bukan? Melalui pensil warna itulah, anak kita belajar memegang dan menggenggam. Dari kekok dan setakat scribble sahaja, sehinggalah menjadi kemas dan akhirnya menjadi lakaran huruf A-Z. Dari warna yg comot, bersepah dan terkeluar sana sini, ia menjadi cantik, kemas, dan dari masa ke semasa skill kreativiti juga akan meningkat di mana penggunaan 2-3 warna untuk menghasilkan impak yg lebih cantik. Di dunia nyata juga, anak kita kopek stiker yg dibeli dengan berhati-hati dan tampal di buku stiker. Melalui akiviti yg nampak begitu simple sebenarnya mengandungi banyak teknik dan kemahiran yg diperlukan yg melibatkan pergerakan motor tgn. Jujur saya katakan, pertama kali saya melihat Qarissa mewarna di Ipad, saya agak risau. Ia terlalu mudah dan tidak membantu skill motor halusnya. Sebab tu saya lebih suka aplikasi yg mewarna menggunakan jari jemari berbanding sekali tekan semua bewarna. Tapi kalau nak ikutkan pun, taklah efisen sgt sebab mewarna dengan jari di Ipad setakat jari telunjuk di tarik ke kiri kanan, atas dan bawah sahaja. Tak macam di dunia nyata yg perlukan kemahiran memegang di mana ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan dan jari lain dikatupkan bersama di tapak tgn. Sebab itulah juga, kalau saya ternampak Q main color-color kat Ipad, saya cuba alihkan perhatian dia untuk main games lain, sometimes berjaya, sometimes tak..hehhehe..ikut kepala dia time tu...
Sample game color kat Ipad. :)
Meh kita imbas kembali saat kita remaja. Rasanya time tuh video game dah diperkenalkan betul tak? Melalui pembelian satu alat di mana kita slot in kat device game card tu. Saya masih ingat yg paling femes ialah Mario Bros. Saya ketagih juga main game tuh dulu, tapi tak lah power cam org lelaki main. Hehehe..dan taklah melampau sgt tahap ketagihan sampai takmo bersosial dgn org lain, leka dgn video game jer sampai takder masa nak berkawan! Rasanya time skolah dulu, ada juga saya baca pasal kesan video game pd remaja terutamanya dr segi pergaulan dan social skil. Cuba bayangkan, itu 15 tahun lepas, dan masa tuh kita dah remaja, org kata dah boleh fikir baik dan buruk, dah boleh fikir secara logik. Tapi sekarang? Kanak-kanak semuda 2 tahun dah dapat gadget yg terkini, power malah lebih canggih dr zaman kita dulu. Agak-agaknya, dapat tak mereka fikir secara logik, baik dan buruk penggunaan gadget secara berlebihan teutamanya dari segi pergaulan antara rakan sebaya? Dah tentu tidak kan? Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa dalam memastikan anak mereka tidak terlalu obses dengan gadget-gadjet ini sehingga memberi kesan terhadap pergaulan harian mereka. Saya tidak kata Ipad tidak bagus, tapi kita harus memantau perkembangan anak-anak dan melihat dari sudut positif dan negatif, sebelum dan selepas anak-anak diberikan Ipad tersebut. Jika lebih banyak perubahan negatif yang berlaku selepas mempunyai Ipad, we shoud control and do something to help and guide our child. Jika lebih banyak perubahan positif, alhamdulillah, kita harus meneruskan pemantauan kita dan sering update aplikas-aplikasi pembelajaran yang baru agar anak kita mempunyai permainan berasaskan pembelajaran yg mempunyai variasi.
Game Mario yg saya suka sgt main satu ketika dulu. Skang kalau sebut org gelak jer kot?? Hahah
Sebagai ibu yg memberikan anaknya Ipad (secara tak sengaja), saya dapat rasakan yg Ipad membantu saya dari segi bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan Mandarin. Ia juga dapat membuatkan Qarissa duduk diam ketika saya dan suami shopping, dinner @ jalan jauh dalam kereta (dah tak dapat tgk VCD dalam keta kekdahnya! Ipadlah penggantinya.Heheheh). Ia membantu Qarissa dari segi mental terutamanya permainan seperti Memory Game dan Sight Words, tapi dari segi social skills serta fine & gross motor skills, ia memang tidak membantu. Jika ditanya secara jujur pada saya, jika saya ada pilihan dan jika saya boleh berpatah balik - Saya tidak akan memberikan Qarissa Ipad itu @ untuk tidak kelihatan "sangat kejam", saya mungkin hanya akan bg dia main Ipad dihujung minggu sahaja, ketika dirumah kakak saya. Heheheh... Tapi, saya dah terlanjur dah (ewahh..lain macam jer bunyi tu ..wkakakk), so memang sukar jugaklah nak patah balik, tapi alhamdulillah, saya berjaya juga kawal penggunaan Ipad pada Qarissa. Tidak seperti mula2 dulu, dia main Ipad dari malam sehingga 9 pagi keesokan harinya! Dasyat kan? Hu hu .. Dan baru-baru ini, 4 hari berturut-turut Qarissa tak main Ipad. Dan tak merungut pun! Heheheh.. Kalau berkesempatan, saya akan share ceritanya.
So, pada semua parents, ini adalah pendapat peribadi saya, terpulang pada anda samada ingin terus memiliki Ipad atau tidak sebagai alat bantu mengajar kepada anak anda, pilihan terletak di tangan anda. Yang penting adalah kawalan dan pemantauan yg berterusan. Jika kita boleh kawal, Insya Allah anak kita akan dapat segala kebaikan yang boleh Ipad tawarkan di samping meningkatkan skil social serta fine & gross motor skill mereka melalui aktiviti di sekolah, nursery atau playgroup yg mereka sertai.
Sampai sini dulu perkongsian saya hari ini, semoga membawa manfaat dan sedikit idea pada anda semua, Insya Allah. Jumpa lagi di entri akan datang ..:)
Saya tahu ramai yang mungkin tertanya-tanya cerita di sebalik kehilangan Encik Ithnin Ngadiman selama 3 hari sejak 2 August - 5 August 2011 yang lalu. Sejak Encik Ithnin ditemui, saya tidak menghubungi Salwa, saya segan sebenarnya, saya tidak mahu menghubungi beliau dan merosakkan keseronokan pertemuan anak beranak itu dengan soalan-soalan ala-ala wartawan tak bergaji. :P. Jadi, saya dengan sabar menunggu entry dari Wawa tentang apa yang berlaku, kronologi kejadian dari mula suami tercintanya hilang hinggalah ditemui kembali.
Saya membaca entry tersebut dengan pelbagai perasaan berbaur. Apa yang pasti, bulu roma saya baik ditengkuk mahupun di badan serta peha turut naik seiring dengan perasaan takjub saya pada kekuasaan Allah SWT. Maha Suci Allah, hanya DIA yang mengetahui mengapa ini semua berlaku dan apa rahsia disebalik peristiwa ini. Semoga ia memberikan iktibar kepada kita semua, lebih-lebih lagi di bulan yg mulia ini. Insya Allah.
Selepas meminta izin dr Wawa, saya copy semula nukilan beliau di laman webnya iaitu - www.cintahati.com dan paste kan di laman blog saya untuk tatapan kita bersama. Ia juga sebagai tanda terima kasih saya kerana anda semua mendoakan yang terbaik buat keluarga ini. Saya tidak mengubah apa yg ditulis Wawa, cuma membetulkan sedikit mana-mana ejaan yang tersalah dan meletakkan sedikit warna di perbualan yg ada bagi mencantikkan lagi susunan di dalam blog ini. Selamat membaca dan menghayati isi hati Wawa selama kehilangan suami tersayang.
Disclaimer ; Tujuan saya menulis entry ini selain dari untuk rujukan sendiri, adalah bagi bacaan kawan-kawan yang selama ini mengikuti dan mendoakan kkami sepanjang kisah ini berlangsung. Mana-mana bahagian pada kisah ini yang tidak dapat dijelaskan secara logik, adalah diluar kemampuan saya untuk menerangkannya…kerana saya juga mengalami perasaan sama seperti anda..
Sebarang ulang siar semula samada dalam bentuk cetakan, republish blog entry atau siaran di media atau yang sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali setelah mendapat makluman persetujuan dari saya. Ini kerana saya mendapat tahu ada pihak yang ingin menemubual kami untuk dijadikan bahan cerita terbitan majalah/akhbar, jadi entry ini tidak boleh diterbitkan semula sebagai bahan cerita anda, untuk menjaga nama baik pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam peristiwa ini.
Namun buat blogger, saya memohon jasa baik untuk mewar-warkan kepulangan suami saya, agar pihak yang mendapat khabar kehilangan, juga akan dapat update mengenai kepulangan suami saya.Terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger dan facebook sekalian, saya amat terhutang budi dengan anda..
Segala yang baik dan manis itu adalah kurniaan dari ALLAH, manakala yang kurang dan pahit itu adalah datang dari kekurangan diri saya sendiri.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH yang telah memanjangkan usia saya dan suami untuk meraikan pesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Tahun lepas saya menyambut Ramadhan dalam keadaan mengandung. Alhamdulillah ALLAH telah memberi kekuatan dan kemudahan sehingga saya berjaya berpuasa penuh dan dapat bertarawikh walau tak penuh.
Tahun ini kami menyambut Ramadhan dengan baby baru *alhamdulillah*. Saya bisikkan kepada baby saya : “Tahun lepas masa dlm perut, baby dah behave very good. Ibu dapat berpuasa, bertarawikh, khatam al-Quran, alhamdulillah. Therefore, i really hope that this year i can perform better. Please doakan ibu ya ”…dan baby saya nampak macam tersenyum, entahlah kenapa senyum tu, agaknya seronok terkena angin di telinga semasa saya berbisik.
Untuk menyambut Ramadhan ini, kami hanya bersiap dengan cara mengemas rumah dan membeli kurma sahaja. Minuman kesihatan seperti performance drink shaklee, dan evergreen centella HPA memang sentiasa ada dalam stock. Cadangnya kami nak kerapkan berbuka di masjid berhampiran saja, lepas berbuka boleh berjemaah untuk solat Maghrib dan seterusnya.
Hari Pertama Ramadhan.
Malam Ramadhan pertama, kami dikunjungi oleh sahabat baik saya, Huda. Suami saya pula ke masjid bersama anak sulung kami. Awal pagi itu saya bangun sangat lewat kerana saya kurang sihat,saya tak sempat masak nasi…jadi saya dan suami hanya sempat makan roti walnut dan minum performance drink untuk bersahur. Dalam hati saya rasa sangat malu dengan suami, dan saya berazam hari-hari seterusnya saya akan bangun awal untuk menyediakan sahur buat suami tercinta.
Pagi itu ialah hari pertama suami saya hadir ke tempat kerja baru. Kami sekeluarga memang amat bersyukur bila suami mendapat kerja baru ini kerana gajinya jauh lebih baik dari di tempat lama. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan apa yang ada, tapi saya dan suami menyedari keperluan kewangan hidup yang makin meningkat dalam keadaan saya pula tidak berkerja.
Pagi itu hati saya amat riang, terasa penuh dengan charge positif dan semangat waja, mungkin kerana terlalu gembira suami mendapat kerja baru.Sebenarnya saya demam panas, sakit tekak, suara hilang…tapi terasa sihat dan bertenaga kerana saya taknak suami risau meninggalkan saya demam di rumah.Hari itu suami pergi ke tempat kerja menaiki bas, beliau ingin mencuba menaiki kenderaan awam sebagai langkah berjimat. Saya bercadang ingin memasak makanan kegemaran beliau untuk juadah berbuka puasa. Pada jam 5.00 petang, suami saya menelefon saya, memberitahu beliau akan pulang menaiki tren dan dari stesen tren beliau akan menaiki bas. Saya menawarkan diri untuk menjemputnya di stesen tren. Pada mulanya suami enggan kerana mengenangkan saya demam, tapi saya katakan yang saya boleh buat dan saya juga nyatakan yang saya nak bawa anak-anak ke pasar Ramadhan untuk membeli kuih dan air soya.Suami akhirnya bersetuju.
Sekitar jam 6.00 petang suami saya tiba di stesen LRT, dan kami terus ke pasar Ramadhan berdekatan. Semasa sedang membeli kuih, ibu saya call dan mengajak kami berbuka bersama di rumah ibu. Suami saya bersetuju. Saya pula wakgtu tu dah masak di rumah, jadi lauk-pauk semua kami bawa ke rumah ibu saya.
Seronoknya berbuka pada hari pertama Ramadhan itu. Suami saya kelihatan sangat gembira dengan kerja baru. Kata suami saya, esok beliau akan menaiki bas ke office, dan akan pulang menumpang motor kawannya. Saya pun gembira sangat melihat suami saya selesa dengan kerja baru beliau.
Selesai tarawikh, kami pun makan kuih-muih yang dibeli dari pasar Ramadhan. Semasa sedang makan, adik bongsu saya dan suami saya rancak bersembang. Suami saya begtu optimis untuk menjual kerepek yang makcik saya di Sabak Bernam buat. Kata suami beliau akan hantar kerepek-kerepek Cik Ram ke kedai-kedai berhampiran dan akan cari gerai di pasar Ramadhan untuk di tumpang jual kerepek. Saya senyum sahaja, dalam hati saya berdoa agar semua perancangan kami dipermudahkan oleh ALLAH dan diberi kejayaan oleh ALLAH.
Hari kedua Ramadhan.
Sekitar jam 12 malam kami pulang ke rumah. Saya mula demam lagi, suami ambil suhu badan saya, ianya 38.9 darjah celcius. Suami berikan saya 2 biji paracetamol, performance drink dan evergreen centella satu sudu, kemudian kami tidur. Sekitar jam 2.45 pagi saya terbangun kerana tekak sangat perit. Saya ke dapur untuk minum air, lalu suami pun terbangun mungkin sebab terdengar bunyi saya di dapur.
Suami minta saya berehat, kemudian beliau memicitkan kepala dan kaki saya. Suhu badan saya pun dah turun sedikit. Sambil mengurut tu, suami saya menyebut yang beliau ingin mengaji al-Quran. Jadi beliau mencari tafsir, sementara memicit bolehlah mengaji katanya. Setelah mencari-cari baru teringat yang tafsir ada dalam kereta, jadi suami ingin mengambil tafsir itu.
Saya lihat jam waktu itu menghampiri jam 3.00 pagi. Suami saya pun switch on kereta dari dalam rumah, dan keluar untuk ambil tafsir. Saya waktu itu berehat dalam bilik sambil menyusukan Umar. Selepas aagak lama, saya masih tak dengar suara suami saya. Jadi saya bangkit dan pergi ke ruang tamu, saya lihat suami saya tiada. Jadi saya jenguk ke luar tingkap, saya tak nampak suami saya. Hati saya dah mulai rasa gusar. Kereta elok di tempatnya, tapi suami tiada di luar. Saya pun keuar untuk melihat ke dalam kereta. Saya lihat tafsir al-Quran masih ada di tempatnya. Kereta masih tak berkunci, tapi suami saya tiada di dalam. Saya panik…!
Saya masuk ke rumah, saya lihat atas meja ada wallet, kunci rumah, kunci kereta dan handphone milik suami…..Tiba-tiba jantung saya berdegup laju sehingga terasa tekanan di pangkal tekak. Tak tahu apa nak fikir, saya anggapkan suami pergi ke surau untuk qiyamullail. Walau jauh di sudut hati saya menyebut : “mustahil abang pergi surau tak bagitau apa2,apatah lagi tengah demam-demam begini”….tapi saya pegang juga hipotesis mengatakan suami ke surau, saya nak ke surau untuk lihat suami tapi saya tak berupaya…3 anak saya sedang tidur di dalam rumah.
Dalam hati saya beri alasan lagi : “takpe sahur nanti abang balik”…saya kuncikan grill dan buka pintu luas-luas…saya bimbang jika saya tertidur dan tak dengar suami beri salam.
2 august, Jam 5 pagi :: suami saya masih tidak muncul lagi..saya amat berharap saya mendengar suara suami memberi salam. Saya menunggu sehingga azan subuh berkumandang…masih…suami saya belum pulang…
Saya meluru ke bilik, saya peluk anak-anak saya..saya tak menangis waktu itu, saya cuma mahu dapatkan kekuatan dari mereka…anak sulung saya bangun, dia bertanya “mana ayah?" saya jawab:“ayah pergi surau….” dalam hati ini, saya menangis-nangis, tapi di mata ini, tiada air mata keluar..
2 august jam 7 pagi :: saya masih tak menutup pintu. Saya buka tingkap seluas-luasnya, saya bawa anak-anak ke ruang tamu..saya menunggu suara suami memberi salam, namun masih tiada..
2 august jam 8 pagi :: saya nekad ingin mencari suami saya, saya terfikir, hari itu adalah hari kedua suami berkerja di tempat baru. Jam 10 pagi sepatutnya suami di offcie..jadi bila jam 8 pagi suami belum pulang. Saya sudah lupa yang saya sedang demam. Saya bawa anak-anak memasuki kereta, lalu saya mula meronda.
Mula-mula saya ke surau di taman perumahan saya, dalam hati saya amat berharap yang suami ada di sana, mungkin suami saya tertidur. Saya mahu kejutkan suami dan bawa suami pulang ke rumah…begitulah fikir saya waktu itu.
Tiba di perkarangan surau, saya dukung Umar, anak-anak yang besar saya tinggalkan dalam kereta…saya pusing sekitar sura..saya nak masuk tapi surau terkunci…Ya ALLAH!! saya sangat panik…saya berlari ke pondok security, saya bertanya adakah surau buka pada waktu subuh tadi, security kata : tidak..
Surau di taman perumahan kami, saya pada awalnya berharap suami ada di sini..
Jadi di mana suami saya??
Waktu itu terasa lutut bagai longgar..tapi Umar berada dalam dakapan saya, maka saya kuatkan kaki, saya menuju ke kereta, saya peluk anak-anak saya erat-erat…dan saya teruskan memandu ke masjid alam damai…Tiba di masjid, saya berjalan kaki sambil mendukung Umar, manakala anak-anak berdua ini mengikut saya. Kami pusing sekitar masjid, saya masuk ke tempat muslimin…saya pergi ke tempat wudhu’, namun suami saya tak kelihatan..Saya periksa rak kasut, tiada selipar suami saya. Saya pergi berjumpa beberapa jemaah muslimin, saya tunjukkan gambar suami, namun tiada siapa melihat beliau..
Saya terasa bagai sebeban batu memberati hati, perasaan itu sangat berat, saya umpama mahu terjatuh, namun anak-anak saya memegang tangan saya dengan erat. Saya lihat ke mata Umar, Umar senyum dengan ikhlas, Umar tidak tahu ayahnya hilang…saya peluk Umar, Saya peluk Arif, saya peluk Aisyah…umpama dapat kekuatan, saya pun teruskan langkah.. Dalam hati, saya cuba positif : Suami terus ke tempat kerja, suami akan pulang untuk berbuka..Saya tahu itu tak logik, tapi apa lagi yang boleh saya pegang? Saya mahu call suami, tapi handphone nya di rumah…suami keluar sehelai sepinggang!
Saya pun pulang ke rumah bersama anak-anak..tiba di rumah, saya jadi marah pada diri sendiri..mana tahu sepemergian saya mencari suami, beliau pula telah pulang ke rumah, namun saya dan anak-anak tiada…lalu mungkin suami pun pergi semula…saya amat marah dengan diri saya waktu itu,saya amat kecewa kerana tak memikirkan sesuatu sebelum keluar tadi..saya kecewa dengan diri saya..Tiba-tiba saya memperoleh idea, saya ambil cover drawing paper anak-anak saya, lalu saya tuliskan satu nota di atasnya..
Saya selitkan di hadapan pintu rumah saya, dan saya buka pintu rumah luas-luas, grill utama saya kuncikan.. lalu saya dan anak-anak tertidur di hadapan pintu utama… Dalam tidur yang singkat itu, tiada mimpi langsung, yang ada hanya gelap.. Saya tersedar pada jam 12 tengahari..Lalu saya sediakan makanan untuk anak-anak, saya masakkan bubur untuk Umar dan sup ikan merah untuk Arif dan Aisyah..
Dalam hati saya berpegang kepada hipotesis yang suami ke tempat kerja dan akan pulang untuk berbuka puasa. Saya beharap suami akan pulang ke rumah bersama rakan office nya dengan motosikal, seperti yang suami ceritakan ketika kami makan kuih selepas tarawikh semalam.Lalu dalam jam 5 petang saya mula memasak makanan untuk berbuka. Saya sediakan sambal kicap resepi ibu kak E-car yang amat suami saya sukai untuk di makan bersama lauk berbuka.
2 Aug jam 6 petang :: Saya menunggu dengan penuh debar. Pintu dan tingkap masih saya buka seluas-luasnya..sehingga jam 6.30 petang, tiada kelibat suami, saya menunggu bunyi enjin motor, pun tiada juga..
Saya menunggu sehingga tiba-tiba azan Maghrib berkumandang…saya pun meneguk air kosong dan mengambil 3 biji kurma.. kurma yang manis itu berasa amat kelat di tekak. Lalu saya simpankan segala lauk dan nasi..dan saya bersiap untuk solat. Dalam solat Maghrib, saya berdoa agar ALLAH tunjukkan jalan, tunjukkan apa yang perlu saya buat.. Selesai solat, saya beroleh kekuatan, saya pack pakaian anak-anak dan pakaian saya, kemudian saya hubungi ibu saya. Ya ALLAH, KAU tahu betapa beratnya suaraku hendak keluar tika saat mengkhabarkan berita suamiku kepada ibuku… Saya tidak tahu bagaimana hendak mengkhabarkan… Saya hanya berkata : “Mak, kakyong nak tumpangkan anak-anak tidur di rumah mak malam ini, kakyong ada kerja” Mak saya bertanya :“Ithnin mana?” saya kelu…Saya menjawab : “nanti kat rumah mak, kakyong cerita..”
Tiba di rumah mak saya, saya terus meluru menuju kepada mak…saya peluk mak saya..saya khabarkan semua yang berlaku..saya sangat keliru dan buntu. Saya katakan kepada mak : “Mak, ini bukan suami kakyong, suami kakyong sayang anak-anak, suami kakyong sayang Umar, suami kakyong tahu kakyong demam, mustahil dia lakukan semua ini, mustahil dia pergi begitu saja…kakyong tak tahu apa nak fikir…” Mak saya pun bagaikan kelu…mak berkata yang masa tarawikh di surau nanti mak akan lihat kalau-kalau suami saya ada..
Saya tidak bertarawikh malam itu…jiwa saya kusut…sepatutnya, ssepatutnya sebagai seorang hamba, bila kita ditimba musibah, kita sepatutnya makin dekat dengan Rabbul ‘alamin, maka solatlah dengan kerap lagi, dekatkan lagi diri kepada ALLAH, minta dan adulah kepadaNYA. Saya tahu semua itu, tapi saya tak amalkan, saya duduk…termenung, berfikir yang entah apa, saya renung telefon, saya peluk anak-anak, kemudian saya bawa kereta, saya pulang semula ke rumah….hancur lagi hati ini, suami saya masih belum balik, nota saya tidak berjawab….di mana suami saya?
Nota dari hati untuk encik suami yang dicintai, saya titipkan dengan sebatang pen, dengan harapan jika beliau pulang, dan tika itu saya tiada di rumah, maka beliau boleh menulis pesanan di nota ini….
Mak saya pulang dari tarawikh, saya amat berharap berita baik…namun mak menyatakan, tiada kelihatan suami saya di surau pada malam itu..dan rasa hati dihempap batu itu makin ketara..
2 August 11.30 malam : saya call polis, saya ingin buat laporan.Tapi mereka tak mahu terima kerana belum cukup 24 jam..Aduhai polis, perlukah tunggu sehingga 24 jam? Sejam pun sudah cukup berat bagi saya….
Hari ketiga Ramadhan
3 August 1.30 pagi : saya ke balai polis berhampiran taman perumahan saya bersama Umar. Saya membuat laporan, terpaksa saya mengawalkan sedikit waktu suami saya keluar rumah itu kerana tak sanggup saya menunggu sehingga jam 3 pagi.
Pegawai yang mengambil laporan terus menghubungi ibu pejabar polis daerah Cheras. Kes ini diserahkan kepada Sarjan Radha untuk di ambil tindakan. Pegawai berkenaan kemudiannya meminta saya pergi ke balai polis cheras yang terletak di Taman Maluri. Waktu itu jam hampir 3.00 pagi, saya meminta agar ada pegawai polis yang boleh membawa saya ke balai polis Taman Maluri, namun kata polis berkenaan tiada siapa yang boleh meneman kerana tidak cukup anggota..huhu, maka saya pun pergilah ke Taman Maluri bersama Umar..sudahlah jalan pun saya tak tahu…saya hanya berbekalkan map yang dilukis oleh polis tadi. Sebelum ke Taman Maluri, saya singgah sebentar ke rumah untuk melihat, mana tahu suami sudah pulang…namun hampa…tiada sebarang tanda yang suami ada pulang ke rumah…
3 August, Jam 3 pagi ::Saya tiba di balai polis Cheras di Taman Maluri dan terus di bawa berjumpa sarjan Radha.. Selepas keterangan saya di ambil, saya dibenarkan pulang. Saya tiba ke rumah mak dalam jam 5 pagi. Saya bersahur.. terkenang saat puasa hari pertama, suami hanya bersahur dengan roti walnut…saya menangis…Setelah bersahur, saya cuba untuk lelapkan mata, namun tak berjaya juga untuk tidur..sehingga kedengaran azan subuh berkumandang..Dalam solat, saya tak putus meminta pada ALLAH..Ya ALLAH, pulangkan suamiku ke pangkuanku dengan selamat, pulangkan ayah kepada anak-anakku kepangkuan anak-anak dengan selamat..Dan butir doa saya hanyalah berkisar tentang keselamatan dan kepulangan suami..
Pagi itu saya call rumah ibu bapa mertua, bertanya jika ada suami saya di sana …ya ALLAH, sungguh pedih hati ini ingin bertanya sebegitu, kedengaran seperti kami bermasalah…sungguh…saya tidak tahu bagaimana untuk bertanya…lalu hal ini pun diketahui semua..saya maklumkan kpada sahabat baik suami, yang kemudiannya datang untuk membantu mencari suami saya.
Hari itu, saya mencari di HUKM, Hospital Serdang, Hospital Kajang, Hospital Kuala Lumpur, PPUM, Hospital Ampang…saya bertanya di unit admission jika mereka ada menerima pesakit tanpa kad pengenalan…dan jika ada, saya akan perincikan pula dengan kriteria yang menepati suami saya..tiada satu hospital pun yang ada pesakit seperti yang saya cari..Hati saya amat pedih tiap kali saya mencari di hospital…saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan…ya ALLAH baru saya faham betapa sakitnya ibu bapa/suami/isteri untuk menerima berita kehilangan….Sesudah mencari di hospital dan tidak bertemu, saya cari pula di surau-srau dan masjid-masjid..pun tidak ada, lalu saya kecilkan skop pncarian, saya telusuri longkang-longkang besar berula dari tepi rumah saya sehingga ke jalan besar…ya ALLAH..itu amat sakit…saya tak mahu menemui apa-apa di sana, tapi saya perlu juga mencari..namun keputusannya sama, suami saya tiada…
Longkang besar yang bermula dari tepi rumah kami, saya telusuri sehingga ke jalan besar..
Saya teruskan mencari sehingga jam 4 petang, kemudian saya singgah ke rumah saya untuk periksa nota di pintu, still tiada perubahan…lalu saya pulang ke rumah mak.
Dalam hati dan minda, saya tak putus memikirkan;
Apa yang suami saya makan?
Di mana suami tidur?
Di mana suami saya berada sekarang?
dan semua persoalan-persoalan ini bermain di fikiran setiap masa..
saya masih belum tidur sehingga tiba waktu berbuka puasa.
Malam 3 august, saya update status kehilangan suami di Facebook
Tidak saya sangka, begitu ramai yang memberi comment..
sungguh saya tidak jangka semua itu..
niat saya memaklumkan di Facebook adalah supaya customer sya tahu yang buat masa terdekat saya tidak dapat respond sebarang email/PM..
tapi rupanya ALLAH berikan kasihnya melalui rakan-rakan Facebook..
terima kasih ya ALLAH..
Saya terima panggilan pertama dari kak Watie GBOB, kemudian dari kak Kamariah, dan kak E-car (tak sempat angkat) dan mesej bertalu-talu memasuki telefon, maaf kerana saya tidak reply mesej-mesej kalian…saya membaca mesej-mesej anda, serta reply anda di Facebook, tetapi saya tiada daya nak membalas, mungkin kerana takut akan menngis tersedu-sedan depan PC..
4 August
Pagi itu selepas bersahur, saya pulang ke rumah…saya buka pintu seluas-luasnya, saya kuni grill, dan saya buat kerja rumah seperti biasa. Saya terima panggilan dari kak Yasmin, rasa mahu menangis tika berbicara dengannya, saya tiada kakak, namun saat itu saya berasa seperti ALLAH kurniakan saya seorang kakak….T_T. Sehingga petang, masih suami saya belum pulang.. Saya tidak sanggup melihat Facebook, di sana wajah suami saya ada di mana-mana, saya jadi pilu.. Saya cuba untuk tidur, sudah 2 hari saya tidak tidur…namun saya tak dapat lelap..
Mesej juga masuk dengan sangat banyak…maaf kerana saya tidak reply..saya amat letih..setelah bosan menunggu dan tidak tidur, saya keluar lagi, mencari lagi di masjid dan surau serta hospital,namun tidak bertemu.. Jam 3 petang, saya ulang semula ke rumah.. Saat itu, saya amat rindukan suami..Saya ke bilik, mencari kemeja pejabat yang dipakai yang belum dibasuh…saya ambil dan peluk kemeja itu, saat tu saya menangis…an tangisan saya menjadi-jadi, saya minta ALLAH tamatkan pencarian ini, saya minta ALLAH pulangkan ayah anak-anak saya dalam keadaan selamat…saya minta ALLAH kasihani kami, kami hamba tak berdaya, tiada daya kecuali apabila ALLAH memberikan daya kepada kami…
Umar pula sejak ayahnya tidak hilang, asyik menangis…nafasnya berbunyi, saya syak mungkin ada kahak…entah bila saya mahu membawa ke klinik…saya hanya fikirkan suami sehingga mengabaikan baby…ya ALLAH ampunkan aku…
5 August
Masuk hari ketiga. Dengan bantuan kak Lyna, saya berjaya mendapat slot untuk TV3 menghebahkan hal ini melalui media..Hari ini juga saya menerima kunjungan ziatah dari kak Kamariah dan suami, kak Rita Rahayu dan Dr. Faridah..Saat itu saya rasa kasihnya ALLAH pada saya, DIA berikan saya kasih dari sudut yang tidak disangka. Dalam kunjungan itu, Dr Faridah memeriksa Umar dan menasihatkan saya bawa Umar ke klinik. Kemudian Kak Kamariah dan suami serta kak Rita dan Dr Faridah dengan mulia hatinya telah membawa saya ke TV3
Di sana saya menjalani temubual untuk menghebahkan kehilangan suami…waktu itu, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan..namun jauh di sudut hati…saya amat berharap suami pulang dalam keadaan selamat…di TV3 kami berenam sempat bersolat asar…dan dalam perjalanan menghantar saya ke rumah, kami berempat (saya, kak Kamariah, Kak Rita dan Dr Faridah) bersembang panjang mengenai susuibu dan mengenai penulisan…tak sangka saya dan Dr Faridah meminat karya Andrea Hirata…saat itu terasa bagai seketika saya lega dari berat di dada…namun tiba di rumah, bila berbuka puasa tanpa suami, hati kembali sayu..
Selepas solat Maghrib, saya tertidur..sudah 3 hari saya tak tidur sebelum itu, dalam tidur yang tak lena itu, saya tidak bermimpi, betapa saya berharap akan mimpikan suami, namun tidak kunjung juga mimpi yang dinanti.. saya terjaga sekitar jam 11 malam, bila saya lihat suami tiada, saya menangis..saya menuju ke Facebook, mengharapkan ada yang terlihat/terjumpa suami…namun tiada…lalu saya menaipkan isi hati saya di atas papan dinding facebook ::
"entering 4th day : maaf sebab saya tak update atau jawab call atau reply sms..mungkin waktu itu saya ada kerja..hari ini saya dibantu dan disokong secara emosional oleh 4 sahabat (hanya ALLAH dapat membalas)
suami saya belum ada berita
bila saya keletihan, sepinya tak terasa..saya tidur
bila saya bangun, saya berharap dia ada, tapi masih belum…
dan saya terus berharap, takpe pagi nanti mesti abang balik…
saya perlukan doa rakan2 dan kenalan untuk suami saya…."
ya ALLAH, waktu itu saya menangis tersedu sedan, saya benar-benar rasa kehilangan….saya teringatkan semua saat saya bersama suami, saya tahu saya mungkin tak boleh hidup tanpa suami…saat itu saya tahu..saya perlukan suami…
ya ALLAH, aku perlukan suamiku..
ya ALLAH anak-anakku perlukan ayahnya
ya ALLAH aku perlukan suamiku
ya ALLAH aku perlukan suamiku
dan saya teruskan berdoa sebegitu..
tiba-tiba telefon saya berdering..
terpapar nama encik Deen atas layar telefon..
saya jawab panggilan itu..
saya menyangka encik Deen ingin bertanya mengenai TV3
“Assalamualaikum” sapa suara di sebelah sana telefon..saya tergamam..
“Assalamualaikum….sayang..” suara lain macam, tak macam suara encik Deen. Saya diam lagi..
“Assalamualaikum…sayang, ”
Saya jawab..“Abang??”
di sana suara itu menjawab ”Ye abang ni, abang nak balik ni”
Lalu tangisan saya berderai..
Ayah saya datang memarahi, kerana saya menangis kuat..
Saya tidak berkata apa, hanya menyerahkan telefon kepada ayah
Ayah saya ambil telefon itu dan bercakap dengan suami
Selesai itu, ayah saya berkata : “Itulah, kita perlu minta dengan ALLAH…ALLAH saja mampu mengubah dan menetapkan segalanya..”
saya memeluk ayah dalam tangisan yang tak henti…
tangan saya bergetar..
getarannya sehingga ke bahu..
saya terasa pandangan ALLAH mengenai saya
terasa ALLAH memandang saya
saat itu, saya terasa ‘pelukan’ ALLAH..
saya ambil wudhu’
saya sujud padaNYA
sajada wajhiya lillazi..khalqahu…wa sawwarahu..wa shaqqa sam’ahu wa basarahu bi haulihi wa quwwatihi..
saya ulangi bacaan pujian kepada ALLAH itu berulang kali…
selesai sujud, saya bingkas menyediakan air untuk menyambut suami
saya tahu suami pasti kehausan, pasti sangat lapar dan letih…
tidak lama kemudian terdengar deruan enjin kereta encik Deen, saya jadi gelabah, oh apakah reaksi yang patut saya tunjuk…saya ke pagar, saya lihat kelibat itu, kelibat insan yang saya cari dan rindu sejak 3 hari lalu..
Ya ALLAH KAU telah kabulkan doa kami,
Ya ALLAH KAU telah berikan apa yang kami perlukan
tak putus-putus kesyukuran dalam hati dan di bibir saya..
saya lantas menuju ke suami saya..
subhanALLAH
suami saya bersih
wajahnya segar
tubuh dan pakaiannya berbau harum
rambutnya rapi
saya salam dan cium tangan suami
kulitnya bersih, dan harum
saya dakap suami
harum lagi…
wajahnya segar..
subhanALLAH
saya pandang encik Deen
beliau mengangguk
saya tahu encik Den turut hairan..
mak saya memanggil kami masuk
saya berikan air, anak-anak berlari menuju kepada ayah mereka
“ayah baru balik work ke?” soal Arif
saya terharu, saya tahu…anak kecil ini lebih rindu kepada ayah mereka, namun tidak tahu cara menzahirkannya..
kemudian, suami saya tidur…saya juga setelah itu, terasa sungguh letih dan lapar…namun tidak dapat lelap
saya belek suami saya, kakinya juga bersih, seluarnya juga, saya kemudian update kisah suami ditemui itu di facebook..
Sahur hari itu, saya menyiapkan nasi dan lauk buat suami..
kemudian siangnya kami terus menghubungi TV3 dan pihak media lain untuk memaklumkan kepulangan suami
Dan saya terus menghubungi Sarjan Radha untuk memaklumkan berita ini. Kami di minta ke balai polis untuk membuat laporan dan Sarjan Radha mengambil keterangan dari suami saya. Terasa bagai sinar kembali ke rumah yang suram.
Dari Encik Deen
Semenjak kehilangan suami saya, Encik Deen setiap hari bersolat tarawikh di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak. selepas solat encik Deen akan meneruksan pencarian. Namun sepanjang 3 hari, tidak pernah bertemu dengan suami.
Hari itu (5 August) setelah selesai solat tarawikh dan tadarus, dan berbincang dengan jemaah masjid mengenai kehilangan dan operasi melebarkan pencarian..
Tiba-tiba Encik Deen terpandang di satu sudut kelibat seorang lelaki sedang mengaji, dihampiri lelaki itu, kelihatan seperti suami saya…dipanggil nama namun tidak menyahut, lalu ditepuk bahu kanan…lelaki itu menoleh…confirm itulah suami saya..
kedua-dua mereka terkejut :
suami bertanya mengapa encik deen di situ..
encik deen bertanya sejak bila suami saya di situ..
dalam kebingungan kedua-duanya, encik deen memberi telefon untuk suami saya menghubungi saya..
Dari suami
Suami keluar mengambil tafsir, kemudian terdetik hati ingin ke surau. Lalu suami menjerit memberitahu di tingkap kepada saya (saya tidak mendengar ini)
kemudian suami pergi ke surau, mengaji, kemudian bersahur, bersolat jemaah dan bertadarus dengan jemaah…kata suami, beliau berniat untuk pulang selepas tadarus itu..
Yang berlaku
Suami dijumpai di masjid, bukan surau
suami hilang 3 hari, nak masuk 4 hari….bukan sekejap cuma
Yang lebih mengetahui hanyalah ALLAH SWT
Saya amat mengharapkan agar pembaca sekalian dapat mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga kami menjalani kehidupan selepas ujian ini..
Di saat saya mendapat tahu suami sudah ditemui, saya amat berasa kasihnya ALLAH terhadap saya
Di saat itu, saya mahu memeluk dan mendakap semua yang telah mendoakan dan membantu saya:
saya ingin memeluk kak Watie
saya ingin memeluk kak Kamariah
saya ingin memeluk kak Fid
saya ingin memeluk kak Lyna
saya ingin memeluk kak Yasmin
saya ingin memeluk kak Rita
saya ingin memeluk kak Faridah
saya ingin memeluk semua yang mendoakan dan memberi kata semangat di facebook dan sms
akhirnya saya sedar, sebenarnya saya ingin ‘memeluk’ ALLAH
saya ambil wudhu’
saya ambil al-Quran
saya dakap erat-erat
lalu saya membuka surah al-Baqarah
saya baca 10 ayat terakhir
ya ALLAH, terima kasih
aku ini, bukan hambaMU yang soleh
aku ini kadang leka dengan dunia
hatiku kerap lupa kepadaMU
namun
KAU tetap menyayangi aku
KAU tetap kasihkan aku
KAU dengar setiap doaku
KAU pelihara aku sentiasa
KAU kurniakan aku hidup yang baik
KAU kurniakan aku nikmat yang banyak
KAU selamatkan aku sentiasa
Ya ALLAH…ampunkanlah aku hambaMU yang rapuh ini….
"detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu"
"Ikhlas dari hati saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas gangguan dan kesulitan yang tidak sengaja saya telah timbulkan sepanjang berlaku insiden ini.. Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatiann semua pihak yang saya tidak dapat menyebutkan kesemuanama di sini…terlalu ramai, dan yang pasti semua kasih itu datang dari ALLAH..
apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa agar ALLAH kembalikan kebaikan yang berganda-ganda buat anda semua, segala doa anda akan menjadi bekalan untuk menuju syurga ALLAH inshaALLAH..