Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, January 13, 2011

Seminar ECE Yang Berjaya Mencapai Matlamatnya!


Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas, iaitu pada 9 Januari 2011, GBOB telah pun berjaya menjalankan satu lagi Sessi Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di pejabat kami. Terdapat 11 orang peserta hadir pada kali ini, dan kali ini agak istimewa kerana selain dari wanita mengandung dan ibu bapa, ada juga peserta juga yang masih bujang datang menghadiri Seminar ini. Mereka merupakan staff ADH Brillkids yang di hantar oleh Bossnya:) Apa tujuannya? Adalah untuk memahami mengapa Pendidikan Awal itu penting, apakah kaitannya dengan otak bayi dan kanak-kanak agar mereka lebih faham konsep Early Childhood itu dengan lebih baik. Ini akan dapat memudahkan staff-staff ini untuk membuat presentation di hadapan pelanggan jika mereka faham konsep dan kepentingan ECE. Bila faham konsep dan kepentingan, barulah kita akan nampak kenapa pelanggan perlu membeli produk yang bersesuaian dengan usia anak. 

 Tekun semua peserta!
 Me dengan ibu-ibu yang hebat. Kak Nur & Mommy Lyna. Suka sangat dengar anak Kak Nur speaking London dan suka tgk Hafiy yang sangat baik da tak banyak kerenah. 

Memang cadangan GBOB juga, ingin membuat proposal kepada mana-mana Pengusaha Taska & Tadika untuk menghantar staff mereka ke Sessi Seminar di GBOB kerana mereka-mereka inilah barisan hadapan dan utama yang akan berdepan dengan kerenah anak-anak kecil dan bijak ini. Sebelum ini, memang ada Pengusaha Taska bertanyakan Watie tentang Seminar ini, dan mereka ingin menghantar pekerja mereka, Insya Allah, dalam tahun ni, memang Watie akan buka penyertaaan tersebut. Siap dengan Sijil Kehadiran lagi ..:) Memang itulah hasrat Watie apabila melaksanakan Seminar ini. Objektif  UTAMA adalah untuk membuka mata para ibu bapa tentang betapa berharganya usia emas anak mereka itu. Betapa ruginya  jika mereka tidak memaksimumkan potensi anak mereka seawal usia. Untuk pengetahuan lagi, semua yang datang adalah wanita bekerjaya dan bukannya suri rumah. Ada yang sudah pun mengamalkan ECE sebelum ini, tetapi masih datang untuk menambah ilmu di dada. Ini menunjukkan bahawa para ibu bapa ini sedar tentang kepentingan ECE. Walaupun mereka bekerjaya, mereka tetap ingin memberikan yang terbaik pada anak masing-masing, dan dengan menghadirkan diri ke Seminar seperti ini, barulah mereka sedar dan memahami bahawa stimulasi boleh dilakukan di mana-mana. Ianya tidak ada kena mengena dengan samada anda kerja sepenuh masa, separuh masa atau suri rumah. Semua pun boleh lakukan, cuma teknik yang bagaimana yang akan dibincangkan. 

Semangat aku bercakap! Hhehe
Tekun mendengar perkongsian cerita peserta yang hadir. 

Seminar kali ini sememangnya istimewa, kerana ia telah berjaya meruntun hati saya dan membuatkan saya menangis terharu. Ini kerana di dalam seminar ini, terdapat 2 ibu waja yang mempunyai anak istimewa iaitu Jiey Mommy Lyna. Banyak perkara yang kami kongsikan dalam Seminar kali ini, di mana semua peserta sudi berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing.Sememangnya saya sangat menginginkan adanya interaksi 2 hala antara saya dan para peserta. Saya tak mau hanya saya jer yang beria-ria memberikan ceramah dan maklumat dan para peserta cuma mendengar. Tak best macam tu. Sebab tuh saya rasa happy apabila ramai antara peserta kali ini memberikan respon dan berkongsi pengalaman masing-masing dalam ECE.

Peserta yang sporting dan begitu bersemangat!
Me & Anis yang secara tak sengaja, terjumpa blog GBOB masa blogwalking dan terus mendaftarkan diri! Sungguh saya kagum dengannya dan suami. Tahniah Anis & Azmi.

Seminar kali ini juga mendapat liputan dari pihak RTM, juga rancangan IKS. Mereka membuat liputan selama 2 hari iaitu hari Sabtu & Ahad. Saya cukup berterimakasih pada Aisyah & Krew yang sudi menunggu sehingga saya habis Seminar untuk menemuramah saya. Lama tau, bukan sekejap. Janjinya kan 4 jam sahaja, dari pukul 9.30 am - 2 pm, tapi sudahnya Seminar tuh hanya berakhir pada pukul 3.30 pm kalau tak silap. Hmmm..Memang banyak yang ingin dikongsikan. Itu pun rasanya saya dah squeeze sana sini, untuk pastikan ianya habis pada waktu yang di tetapkan, tetapi memang selalunya akan lebih. Nasib baik semua peserta sporting, mereka memang suka dan teruja sampai tak sedar waktu berlalu begitu cepat. :)

Anak-anak bijak yang baik dan menghabiskan masa di Kids Zone sementara ibu dan bapa mendengar syarahan Auntie Watie ..:)
Sessi temuramah dengan pihak RTM

Memang saya letih selepas Seminar, kerana bukan mudah bercakap 6 jam tanpa henti. Tetapi inilah dunia saya, inilah matlamat saya. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya saya apabila dapat mengubah persepsi ibu bapa dan orang ramai serta masyarakat di luar sana tentang kepentingan ECE. Betapa gembiranya saya dapat menghebahkan kebaikan ECE terutamanya untuk ibu & bapa muda, untuk kaum Bumiputera khususnya. Kerana saya tidak mahu mereka leka, saya tidak mahu kita terlalu mengharap pada "keistimewaan" kita yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara . Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Kalau masih pun ada keistimewaan itu, berapa puluh ribu atau mungkin juta orang akan menjadi saingan kita? Daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti, lebih baiklah kita sendiri menyediakan payung untuk anak kita berteduh kelak. Agar mereka berupaya berdiri di kaki sendiri, agar mereka menjadi orang yang boleh berfikir secara telus, kreatif dan kritis. 

Leka mendengar "bebelan" berguna dan berinformasi!
Me & Mommy waja- Lyna

Apabila kita sedar tanggungjawab kita, apabila kita sedar akan tujuan kita terhadap pembangunan modal insan anak kita, kita akan bertindak sewajarnya. Kita tidak akan mengharap pada orang lain, mengharap pada cikgu, mengharap pada kerajaan atau mengharap pada mana-mana agensi untuk membantu anak kita. Saya sering mengingatkan peserta saya ketika Seminar, "Kita mesti ingat yang Cikgu mempunyai ramai anak murid untuk di jaga, bukan anak kita sahaja. Semua ibu bapa membayar yuran pengajian yang sama! Jadi, kita mesti pastikan anak kita pandai berdikari dan tidak mengharapkan Cikgu "menyuap" segala-galanya di mulut dan minda mereka". Jika kita sedar hakikat yang kita sebenarnya adalah Cikgu terbaik untuk anak-anak kita sendiri, kita akan bertindak sewajarnya. Kita tidak akan menunggu sehingga 4 tahun untuk anak kita membaca, mengenal nombor, mengenal bentuk dan mengenal warna. Kita akan memulakannya seawal mungkin. Memang masih belum terlambat jika anak kita belajar ketika usianya 4 tahun, tetapi sedarlah satu hakikat iaitu - KITA MEMBERIKAN PELUANG ITU KEPADA ANAK KITA HANYA APABILA "WINDOWS OF OPPORTUNITY" NYA SUDAH MULAI TERTUTUP! Rasanya semua peserta Seminar yang perna menghadiri Seminar di GBOB faham maksud saya kan? :)

Muka serius tak boleh blah btol! Hahaha
Kesian Aisyah kena tunggu sampai habis Seminar baru boleh interview Watie.

Perjalanan saya masih panjang. Masih banyak yang saya belum capai. Tapi perjalanan yang saya lalui sebelum ini sangat indah. Membaca semua komen, testimoni dan borang Feedback dari peserta membuatkan saya rasa objektif dan matlamat saya tercapai sudah. Saya berjaya "mencuci minda", memberikan idea dan menjawab persoalan yang mungkin selama ini ada dalam minda mereka yang menghadiri Seminar ECE ini. Melihatkan mereka pulang dengan senyuman dan kepuasan di wajah masing-masing, membuatkan saya rasa saya boleh lakukannya dengan lebih baik lagi di masa akan datang. Insya Allah, dari masa ke semasa, saya akan sentiasa memperbaiki diri untuk memberikan yang terbaik pada semua para peserta saya. 

Dah macam Guru Besar dengan rotan kan? Hehhe
Me dengan seorang ibu & wanita yg tabah - Jiey. I really adore & respect her!

Insya Allah, pada 6 Februari 2011 ini, iaitu pada hari Ahad minggu pertama bulan Februari, saya akan mengadakan Bengkel Stimulasi yang akan mengambil masa sehari suntuk, dari pukul 10am- 6 pm. Di dalam Bengkel ini, saya akan mengajar para ibu bapa bagaimana mereka boleh menstimulasi anak mereka sedari bayi, sejurus selepas melahirkan sehinggalah anak mereka berusia lebih kurang 4 tahun. In fact, kalau umur dah lebih dari itu pun masih boleh :) Hari tersebut akan dipenuhi dengan "role play" di mana setiap peserta akan diberikan anak patung dan mereka harus berlakon seolah-olah anak patung itu adalah bayi @ anak-anak mereka sendiri, dan mereka harus melakukan aktiviti dan stimulasi yang bakal saya ajarkan. Saya membuka sessi ini kepada mereka yang pernah menghadiri Seminar ECE yang saya anjurkan, kerana anda semua telah terbuka mindanya terhadap ECE, dan sudah jelas tentang tanggungjawab yang perlu di mainkan sebagai ibu bapa, maka Bengkel ini adalah medan untuk anda mempelajari BAGAIMANA ingin melaksanakannya. Berikut adalah info tentang Bengkel ini. 

Tarikh: 6 February 2011 (AHAD) 
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Stimulation Day:-How To Develop Your Baby's Brain 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit)
Max Participants: 10 orang sahaja.
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Bird before 30 Jan 11 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Untuk Bengkel ini, saya tidak begitu menggalakkan ibu bapa hadir bersama bayi @ anak. Bukan apa, saya kasihan pada mereka. Takut mereka penat dan tidak mampu bertahan kerana Bengkel akan di adakan sehari suntuk. Sebab itu saya tidak gunakan anak sendiri sebagai "model" tetapi saya gunakan anak patung. Untuk saya dan juga semua peserta. Melainkan jika ada yang boleh mengambil alih penjagaan anak di GBOB sewaktu Bengkel diadakan (di bahagian Kids Zone), saya tiada masalah, malah mengalu-alukannya. Kesian pula pada anda jika dah bayar, tapi kemudian tak dapat nak ikuti Bengkel sepenuhnya sebab melayan anak yang inginkan perhatian atau tantrum. Tapi, jika anda rasa boleh mengawal keadaan, kecil tapak tangan, tapak GBOB saya tadahkan!. Heheheh.. 

Memberitahu para peserta kebaikan upside down dan melakukan demonstrasi.
 
Yeehaaa..! Cam nilah buatnya! 

Sampai di sini dulu bicara saya buat kali ini. Masih banyak entry menanti untuk ditulis. Semoga saya dapat membuat entry berkualiti untuk semua. Nantikan entry kami berkenaan sessi temuramah pihak GBOB dengan pihak RTM dalam Rancangan IKS. :)  

 
Sessi bergambar sebelum bersurai. 

post signature

post signature

No comments: