Jgn lupa melanggan RSS Feed blog ini untuk mendapatkan tips-tips menarik dari Genius Baby On Board.

Masukkan alamat emel anda di sini:




Thursday, January 13, 2011

Kanak-Kanak Hilang: Tolong Sebarkan!


Saya menerima satu PM di FB dari Ida Che Seliman pada 8 Januari 2011 yang lalu, meminta saya menggunakan platform Genius Baby On Board untuk membantu menyebarkan berita tentang kehilangan seorang kanak-kanak yang comel dan handsome - Adam Shah. Pertama kali melihat wajah kanak-kanak ini, hati saya sudah tertawan. Comel sungguh budaknya. Saya hanya sempat melihat sekali imbas kerana sibuk dengan sessi temuramah bersama RTM dan ingin mempersiapkan diri untuk Sessi Seminar pada keesokan harinya. Saya berjanji pada diri sendiri untuk membuat entry mengenai kanak-kanak comel ini selepas segala-galanya selesai. 


Hajat saya tidak kesampaian apabila kami sekeluarga di serang virus yang entah apa namanya - mungkin Rotavirus atau mungkin virus yang lain, saya tidak pasti kerana tiada ujian lanjut dilakukan, pada hari Isnin selepas pulang ke rumah (will blog about this later). Sibuk memastikan yang kedua-dua buah hati saya ok, terus saya terlupa berkenaan kisah Adam dan tanggungjawab sosial yang harus saya tunaikan. Selepas Qarissa & Quzayra hampir pulih pada hari Selasa, malamnya pula saya dan suami diserang simptom-simpton yang sama. Seksa juga menahan sakit, almaklumlah dah lama tak sakit. Syukur kerana ubat tahan muntah yang saya makan bersama-sama dengan Transfer Factor membantu saya menahan kesakitan dari menjalar lebih teruk. 

Hari Rabu, saya sedikit okay, walaupun agak lemah dan lesu, saya menggagahkan diri untuk menyiapkan entry-entry yang banyak tertangguh termasuklah kisah Adam. Di sini, saya dengan rendah hatinya ingin meminta jasa baik para pelawat blog ini untuk sama-sama membantu menyiarkan kisah Adam agar pihak-pihak tertentu yang mengambil Adam memulangkannya kembali kepada yang  hak. 

Saya melihat album ibu Adam - Norazuin Munaji  di facebook dan dari apa yang saya lihat, dapatlah saya simpulkan yang Adam di "culik" oleh ayahnya sendiri. Saya mengagak yang mungkin ibu bapa Adam telah berpisah dan Adam menjadi mangsa perpisahan ini. Kasihan anak kecil itu, terpaksa menjadi korban perbalahan orang tuanya sendiri. 


Saya tidak mengenali ibu Adam secara peribadi, begitu juga bapa Adam, tetapi sebagai wanita yang juga mempunyai anak, saya berpegang kepada apa yang telah termaktub di dalam undang-undang Islam, yang menyatakan bahawa anak bawah umur seharusnya di jaga oleh ibu bapa sekiranya berlaku penceraian. Penceraian memang memeritkan, tetapi janganlah anak menjadi mangsa. Kisah Adam ini mengingatkan saya kepada rakan baik saya di universiti dahulu, yang berpisah dengan suaminya. Demi untuk merebut kembali hati sahabat saya itu, bekas suaminya menggunakan anak sebagai senjata. Tidak sanggup rasanya saya bercerita apa yang dilakukan oleh bekas suaminya kerana ia hanya akan membuka pekung di dada, cukuplah saya katakan tiada siapa yang akan sangka seorang suami dan seorang ayah sanggup lakukan perkara seperti itu pada bekas isteri dan ibu pada anak-anaknya. 

Kanak-kanak sekecil Adam terlalu mentah untuk memahami betapa peritnya satu perpisahan. Dapat saya rasakan bagaimana parah dan lukanya hati ibu Adam apabila anaknya di bawa pergi. Seperti kawan saya, walaupun perpisahan itu berlaku hampir 2 tahun yang lalu, dan beliau jarang sekali melihat anak-anaknya, sahabat saya cuba bertahan dan kelihatan seolah-olah kuat dan tabah, tetapi adakalanya hati seorang ibu rapuh jua. Pernah juga sesekali dia menghubungi saya untuk melepaskan rasa sedih dan kesal yang berbuku di hati apabila merindui anak-anaknya. Ketika itu, saya begitu bencikan suaminya, yang seolah-olah tiada rasa bersalah kerana memisahkan anak dengan ibunya. 


Saya tidak tahu siapa yang bersalah dalam hal ini, bukan kerana saya seorang ibu, maka saya menyokong ibu Adam, tetapi saya sangat berharap agar masalah keluarga ini dapat diselesaikan secepat mungkin oleh bapanya. Pertalian suami isteri antara kita mungkin telah terlerai, tetapi ada anak yang dapat mengingatkan kita yang kita pernah berkasih sayang satu ketika dahulu. Bukan mudah bekas isteri kita ingin melahirkan satu nyawa, biarlah dia memelihara anak itu sampai bila-bila. Lawatilah anak itu selalu, berikan nafkah zahir yang sepatutnya diberi dan selalulah berhubung dengan anak. Saya tidak rasa seorang ibu mahu memisahkan anak dengan bapanya jika betul cara yang bapa itu lakukan. Saya sukakan cara Chef Wan. Walaupun telah berpisah, sampai sekarang beliau masih lagi menghormati dan berbaik dengan bekas isterinya. Dah dapat cucu pun. Memang susah mencari suami sebaik itu sekarang. :( 

Semoga Adam kembali ke pangkuan ibunya - Norazuin Munaji dengan selamat. Semoga Puan Norazuin akan tabah menghadapi dugaan ini, saya tahu bukan mudah untuk Puan mengharunginya dan doa saya, keluarga dan pembaca setia blog ini sentiasa bersama Puan. 

post signature
post signature

No comments: